Jumaat, 27 Mei 2011

Hantaran CokLaT

 Assalamualaikum..
 Asyik nak publish hantaran plak aku ni..
oppsss!!..skrg kan musim org kawen..so apa lagi layan jerk la!!..





nOte: comel kan..nampak wana emas jerk.. (mahal tu!!) kopak2..hahaahahaa



Hantaran Strawberry

 Assalamualaikum..
Pagi ni aku saje nak publish gambar buah strawberry ni...comel plak kan.kan..
biasa org buat hantaran kawin mesti nak campur pelbagai buah kan?? so..apa kata kalau korang buat simple mcm kat bawah ni..so sweet!!...

 Jom layan je gambar2 buah strawberry ni..so yummy!!










 nOte : comel kan..my bekpret tu!!!!

 

Khamis, 26 Mei 2011

berkampung!

 Assalamualaikum...

Pagi uols..harap2 chat hendaknya...pejam celik ari ni dah kahmis rupanya..2..3 hari lgi dah nak msuk bulan 6..sekejap masa berlalu..oklah...tetiba rase rajin nak buat en3 kali ni.. tpi, bukannya penting sangat pun..hehe..

 Alhamdulillah, semuanya selesai setelah 2hari berkampung kat opis smpi ke mlm utk siapkan tender bersama kwn2 yg sporting giler..dah 3 tahun aku tggal keje camni..dulu2 sebelum kawin..memang  ada jerk stayback kat opis smpi pagi.. Sekarang dah keje opis lain..jarang sangat stayback..bunyi jerk jam p/card terus off komputer..apa lagi! balik la.. hari2 macam tu la keje aku...wakakakakaka memang sempoi la kan..

opsss...ada kje yg nak kene langsaikan dulu..next time citer lagi!!...




Ahad, 22 Mei 2011

Sayangilah ISTERI anda!!..

Assalamualaikum..

Haii uols!!..selamat petang.. bz ker??
jom!! baca posting kat bawah ni...aku dpt dari fb


Seorang isteri mengadu pada suaminya
”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu
”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak
”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon
”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis
”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….
SAYANG….abang mintak maaf….Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….
nOTE: sob..sob..sob..sadey tol..:((

Jumaat, 20 Mei 2011

DOSA GUGUR APABILA SUAMI & ISTERI BERSALAMAN

Assalamualaikum..

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

 Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basuh dengan berzikir kepada penciptamu ,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan rabbmu..
dan..dosa2 yg silam disulami dengan taubat kepada dzat yg memilikimu."




Rabu, 18 Mei 2011

Pemilihan Pesilat Suksess Daerah Petaling 2011

Assalamualaikum..

mod arini : bosan!!
oklah...aku ada benda nak share ngan korang semua..

Tarikh : 14hb Mei 2011
Tempat : Anggerik Mall, Seksyen 14 Shah Alam
Acara : Pemilihan Pesilat Suksess Daerah Petaling 2011

Tapi sebelum tu...kitaorg ingat nak bermalam di Intekma Resort..tpi..huhuhuhuu last minit nak booking..dah penuh..sb budak konvo..wawawawawa.. so terpaksa la kitaorg bermalam di home stay (blok 21)-seksyen 7 dgn bayaran RM150/day. Senang la sikit xpayah nak bertolak dari rumah utk ke anggerik mall..sb, game bermula pukul 8.30 pgi..klu x mesti kelam kabut dibuatnya kan??..so, sebelum aku sampi ke tmpt tersebut,kitaorg pegi sarapan dulu kat seksyen 2..hehehehe.. (makan nasi lemak + teh tarik)

Setelah acara bermula..gedabak...gedebuk...
Alhamdulillah...dengan jayanya..3org budak dari pertubuhan Tonggak Siliwangi Biru telah memenangi pingat:-
Emas Olahraga Putri : Afifah
Emas Olahraga Putra : Haris
Emas Jurus Tunggal : (nama lupa daa)..
 Perak Solo Lelaki : Lokman
Gangsa Olahraga Putra : Eddy
Dan kepada 2org lgi...jgn putus asa k!!..

1hari jugak game tu nak abis..huhuhuhu..memenatkan tpi gembira!!

Urusetia - my hubby
Haris (Putra-kelas C)
Afifah (Putri-kelas B)
org kuat game (abg Ijan& abg Soib)
my hubby bersama bdak2 gombak
ketua kecemasan..hehehehe

Dan terima kasih jugak kpd yg sudi datang tengok..
serta memberi sumbangan utk pertubuhan kami..
hanya Allah swt yg dapat memblas jasa baik korang semua..Amin

nOte : Minggu ni select game daerah Gombak pulak..jom!!

Isnin, 16 Mei 2011

16 Mei - - -> Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..


Adehh.. hari ni 16 Mei kan..kan..semua org pun tahu hari ni ari apa?? Hari Guru yeehh!!..so tak terlambat lagi aku nak wish Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di Malaysia terutama guru2 Sek.Ren.Keb.Paka, Sek.Men.Keb.Paka dan juga buat kawan2 aku yg telah menjadi guru.
Kerana dirimu begitu berharga...mcm kata L'oreal hehehe..
nOTE :dulu klu hari guru mesti beli bunga yg ada jual kat koperasi..hehehehe



Rabu, 11 Mei 2011

Majlis Perkahwinan Fazren Rafi, Pelakon Drama Spa Q

Assalamualaikum...

En3 kali ni saje nak tayang gambar kahwin pelakon spaQ tu.. 
Fazren Rafi @ lebih dikenali sebagai Dafi telah selamat bergelar suami baru-baru ini..Tahniah!!..

Cantik dan sopan… suke tengok! See… baju kawen yang simple dan tak sexy2 pun boleh serlahkan pengantin kan… Semoga berbahagia!












nOTE: suka bju kuning tu..hikhikhik!!

Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡

Assalamualaikum..
Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡ happy mother's day to u... i love u.. ♥̸̨ `°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°``°``°•.¸¸.•°
 
Mak, biarpun dunia ada merayakan hari untuk ibu..namun bagiku, setiap hari ni dan hari2 seterusnya adalah hari untukmu mak.. Selamat hari ibu mak!!..saya syg mak..bergenang air mata bila dengar lagu aiman jap tdi..i love you mak..Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibuku.limpahkan kasih sayngmu padanya Ya Allah..mak, dirimu tiada ganti...terima kasih kerana sentiasa menyokong diri ini..saya sayang mak!!!Terima kasih atas kasih sayang dan perhatianmu. Hanya Allah saja yg dpt membalasnya..I Love You Mak...

Nak cabar korang la kan, play lagu kat bawah ni. Kalau korang rasa hiba atau mengalirkan air mata, itu tandanya korang betul-betul sayangkan mak korang


nOTE : seronok bila ada 2 ibu kan..kan..

Khamis, 5 Mei 2011

SekinChan - - - > Ikan Bakar

Assalamualaikum..

Adoii..petang semalam terkena selsema plak.. skrg ni pun xhilang2 lgi..
nak buat  keje pun xde mood!!..duk sok..sek..sok..sek..huuuhh!!..
klu mkn ubat selsema kan ..ngatok plak..tolonggg!!!

Ok, en3 kali ni pun aku nak citer pasal makan..
aku ni memang suke buat korang terliur...hehehe
tpi xdela special sangat ..dan aku pun xnak citer panjang lebar..so kita happy!!..
opsss silap!!..zasss layan...

nOte: memang berbaloi2..nyum2!!!..

Rabu, 4 Mei 2011

Jom Terjah - - - - > Pizza Hut

Assalamualaikum..

Jumpa lagi hari rabu..sekejap je tahun 2011 dah masuk bulan Mei..
banyak benda yg belum aku langsaikan lagi..
apa dia erk??.. salah satunya (ganti puasa)..
apa la aku ni.. tahun ni lambat pulak aku nak menggantikannya! adoii..
Insya'Allah..klu xde halangan..minggu depan aku akan langsaikan..

oklah..berbalik pda en3 sebenarnya....jeng..jeng...jeng...
minggu lepas aku syukur sangat2 ada org belanja makan pizza!!
tq so much darling!!....
skrg kan pizza buat dis 50% ...hebat tu!!..
so, apa lagi?? kita belasalah la..hehehe
aku kesana bukan ber2..tpi ber4..
jom layan!!...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


pizza..nyum2
50% tuuuuuuuuuuuuu.....
time ni...my hubby duk sabar menunggu!!...
klu korang nak tau  dkt 1jam jgak la bru nak sampai...
ada la 2 meja yg blah mcm tu..
tuuuuttt2..bila pizza dah siap..tgok diaorg dah xde...
manager dia marah2..siap sound lgi dia xnak bayar!!..adoii...
suasana masa tu memang kelam kabut..
ada plak 2 meja lain woww..ckp xhengat org sekeliling...masing2 takut nak tegur..hahahaa
sabar jelah...lpas dia blah...my hubby ni ckpla.."aman ckit"..
yg kelakar tu....ada plak kaum pompuan MPSJ gelak2..
mesti diorg pon benggang tahap gaban gak tu...
so..kita org layan sup cendawan ni dulu sementara pizza sampai...
lepas tu...minum2 air ni plak..sedappp sangat2!!
roti...memang the best!!..
 haaa...tu dia..dah sampi  pizza kami...
so apa lgi..kita org mkn cpt2 sb time lunch dah abis..
terlewat setengah jam..smpi ka opis..buat relaks jerk..hehehehe

nOte: sorry!!..gambar my hubby jer yg glamour!!..hikhikhik..