Isnin, 30 September 2013

“Segmen gambar saya di illustration doodle oleh Alya Balqis Studio"


السلام عليكم ورحمة الله


join klik banner
tag : cma
Tarikh Tutup : sehingga penyertaan cukup 20 orang peserta

Stainless Steel Cookware


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah.. 
Rezeki sempena my besday tempoh hari..
Walaupun dah nak masuk bulan Oktober..
En. suami tetap hadiahkan zaza set periuk ni ngeee!! mekasih. 

Nasib baik periuk ni jenis induction pon boleh.. 
Zaza tak boleh beli periuk sebarangan coz nanti tak ngam dengan dapur.

Kami beli di jualan gudang Cosway 27-29 september 13 at subang. 
Memang berbaloi harga yg di tawarkan.
Set periuk ni zaza dapat harga RM80 je.!! 
kalau harga biasa mesti mahal kot!..


nOte : time sale ni la gaji tak masuk lagi huhuhu.. kalau tak mesti semua bersih!! hihihi


Sabtu, 28 September 2013

Pencuri di pukul tapi di balas baik


السلام عليكم ورحمة الله

Menitis ari mataku apabila menonton video di bawah ni.. walau pun banyak kali tegok still sebak. Iktibar untuk kita semua, semangat jati dalam diri dan tak lupa asal usul siapa diri kita.



Firman Allah SWT :
"Maka barangsiapa yg beramal (dengan amal yg baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yg beramal (dengan amal yg jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa) [Al-Zalzalah : 7-8]

Memang benar kata org tua2 "buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat." Oleh itu, sebagai seorang mukmin yg beriman dgn Allah S.W.T dan Rasul-Nya maka sudah pasti wajib ke atas kita untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan untuk menjamin tempat kita di Syurga nanti.


nOte : walaupun ini sekadar video namun tontonan yg bagus untuk kita menjadi lebih baik.

Jumaat, 27 September 2013

Penggali kubur menjumpai sesuatu


السلام عليكم ورحمة الله

 Pelik tapi benar! ungkapan yg keluar dari mulut zaza. Citernya macam ni, petang tadi adik zaza wassap bagi tau yg hari ni dekat kG sebelah kG zaza ada org meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun. Zaza tak tanya pulak lelaki or perempuan.. yg jadi tanda tanya.. masa org nak menggali kubur, ada org terjumpa tempayan emas besar sebiji dan kecil sebiji serta dalamnya ada emas, mutiara, tombak dan macam2 lagi la.. kira macam barang2 purba gitu. 

gambar ehsan google

Org ramai yg berada di situ beranggapan harta karun tu peninggalan zaman jepun. So, mereka yg ada di situ ambik peluang mengambil barang2 tersebut, namun tiba2 hilang dengan sendirinya. Masing2 terpaku sesama sendiri..! takut pun ada. Dan didatangani seorang ustaz, lalu ustaz tersebut mengambil sedikit barang berkenaan untuk dibuat kajian. (mybe ustaz ada baca ayat2 suci) alhamdulillah barang2 tersebut tidak hilang. 

Org yg menggali kubur itu memberitahu lagi, semasa dia tengah menggali..sebelum menjumpai barang2 tersebut. Dia merasakan ada seseorg menarik tangan dia. semua org2 kehairanan. wallahualam.

Alhamdulillah jenazah tersebut selamat dikebumikan. Mereka kebumikan jenazah tadi tepi sedikit dari tempat asal yg digali kerana sempit dgn barang2 tadi. 

 Sama2 kita sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin.



 



Khamis, 26 September 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


السلام عليكم ورحمة الله



klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponser oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawada Mojat, DyshaSahir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013

Happy Birthday Ateh [250913]


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, 25 september besday my adik [ateh].. 

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan Ateh..

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran..
Semoga sentiasa dirahmati oleh ALLAH S.W.T
Semoga diberkati oleh ALLAH S.W.T
Semoga menjadi seorang muslimin yg sentiasa mengingati ALLAH S.W.T
Dan tidak lupa menunaikan perintahNya
Menjadi seorang anak yg taat pada mak ayah
Semoga menjadi seorang pekerja yg rajin dan bersemangat
Serta semoga bertemu jodoh hendakNya. In Shaa Allah

Along sentiasa mendoakan untuk ateh. Aamiin


nOte : along sayang adik2 along ketat2 tau!! muaahhh!!..


Rabu, 25 September 2013

Macam2 perangai budak sekarang


السلام عليكم ورحمة الله


Korang mesti pelik kenapa aku post gambar pintu ni hehe.. 
Mata liar je duk cari apa yg tersembunyi disitu kan!
Sebenarnya, aku geram dengan kerenah2 org yg gatal tangan duk tekan bell tanpa urusan penting!.
Selama ni aku bersabar je..hukhukhuk nak nanges!!

Nak dijadikan cerita, petang tadi masa kat opis bell bunyi lagi.
Aku angkat la phone then heloo berkali2.. tak ada pulak jawabnya..
[dalam kepala otak aku duk fikir mesti keje budak2]
Bila aku letak je ganggang phone.. bell masih berbunyi..
Maybe button yg diaorg tekan tu melekat kedalam.

Adoii terpaksa la aku bangun dari kerusi nak jengguk sape gelaran yg rajin menekan tu..
Sah!! aku nampak 2 kepala budak..tapi dia sempat pulak tengok aku then terus lari lintang pukang ngee!!..
Aku tak sempat lagi nak cakap apa2.. tau pun takut!.
Tak pasal2 aku kena turun tangga sb nak tekan bell tu kembali okey. :p


nOte : Macam2 perangai budak sekarang! bell dijadikan bahan mainan diaorg :(

#56 Wordless Wednesday [BIHUN GORENG]


السلام عليكم ورحمة الله



nOte : macam2 idea diaorg hahaha !!


Selasa, 24 September 2013

Easy Peasy Giveaway by Fatin Diana


السلام عليكم ورحمة الله


klik banner untuk join 

Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello KITTY 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scwnted Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponser oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet dan Abam Ming.

Tamat 13 Oct 13, 10 malam

Jumaat, 20 September 2013

"On The Way" yg selalu kita guna


السلام عليكم ورحمة الله

Sudah habis layan video ni?.. Apa pendapat korang?.. 
Korang selalu buat macam ni tak? haha. Mesti biasa kan!...tipula kalau tak pernah!. 
Dan pada yg tak pernah tu, alhamdulillah..bagus!. 

Kalau tanya pada diri aku memang pernah la, tapi bukan selalu ye!... hihihi. 
Kadang2 niat kita sebenarnya nak bagi org yg sedang bercakap dengan kita tu tenang sikit bila dengar jawapan OTW. So, mesti dia rasa lega la kan.. dalam fikiran mesti dah nak sampai. Tapi korang pulak jangan OTW tu baru nak mandi la.. nak keluar rumah la itu sudah melampau!.. tup2 setengah jam baru sampai tak ke kesian sidia menunggu kita lama. 

Macam mana pulak situasi itu berlaku pada kita?. Sape2 pun tak boleh tahan sabar kan.. kalau asyik OTW je.. sampainya tidak..hahahaha. Melainkan OTW kita tu memang betul di atas jalan raya. :)


nOte : OTW..OTW jugak, yg pasti jangan sesekali suka guna trend ini ye!.

Khamis, 19 September 2013

Kami serupa tapi tak sama la..


السلام عليكم ورحمة الله



 "Ewah!! dah macam filem hindustan.. cakap kawan zaza muahaha..  tergelak jugak bila pandang banyak kali. tak salah bila kami nak romantik kehkeh. Dan paling cute bila si kecil dua beradik pun sama mengayakan aksi macam kami".

nOte : selamat diulit mimpi ye rakan blogger kesayangan hamba semua!


Rabu, 18 September 2013

#55 Wordless Wednesday [SPAGETI]


السلام عليكم ورحمة الله



"Balik keje suami request spageti.. bahan yg ada ini aje. so bertukang kat dapur dapat lah hasilnya".


 

Isnin, 16 September 2013

Resepi : Kari Kepala Ikan Merah


السلام عليكم ورحمة الله

Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia di mana jua berada..! dan selamat bercuti..
Aku hari ni memang tak pergi mana..duduk rumah je coz semalam seharian lepak2 di Subang Parade.

Hari ni aku nak share resepi untuk menu tengahari kami bersama.
Malas nak pergi ke kedai, so aku main tibai je apa yg ada. Jadi aku ambik keputusan masak kari kepala ikan merah. Sebab semua bahan ada kecuali terung dan bendi.


"Mak memang suka masak kari tanpa santan, sb pebret ayah! dan suami pun hantu kari kepala ikan hehe"


BAHAN-BAHAN :
  •  1 keping kepala ikan merah
  •  1 biji tomato belah 4
  •  1 camca besar cili kisar
  •  3 1/2 camca besar rempah kari ikan [aku letak kari daging sb ni je yg ada hehe]
  •  1 keping asam gelugor
  •  Air Secukupnya 
  •  Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
  •  1/2 biji bawang besar
  •  2 biji bawang merah
  •  3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • secubit belacan

BAHAN TUMIS :
  •  1 camca teh halba campur
  •  1/2 biji bawang besar - hiris
  •  2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 pelepah daun kari - dilurut

PENYEDIAANNYA :

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba campur hingga harum, masukkan daun kari, bawng besar hiris dan bawang putih hiris. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2. Sementara itu bancuh rempah kari dengan bahan kisar, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk, masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan kacau rata. Biar mendidih.

3. Masukkan kepala ikan juga asam gelugor. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan.



nOte : mekasih untuk resepi asal


Ahad, 15 September 2013

Sepetang bersama family tersayang..


السلام عليكم ورحمة الله

Hmmm.. baru hari ini, aku berkesempatan nak selitkan beberapa keping gambar aku bersama family semasa berada di kG tempoh hari. Nak cakap sibuk tu tak jugak!! tapi, malas bila mood banyak kelautnya huhu.

Kalau korang tengok ada bebudak kecik tu jangan terkejut ye! mereka2 semua tu anak jagaan my mom. Nak ada anak sendiri belum ada rezeki lagi.. in shaa allah. Doa2 kan untuk zaza ye!. 




"Satu-satu sayang ibu.. dua-dua sayang ayah.., tiga-tiga sayang adik-adik.. 123 sayang semuanya!".

nOte : rindu mereka dan sayang mereka ketat2!!






Sabtu, 14 September 2013

Terjumpa benda ni yg masih elok tersimpan rapi.


السلام عليكم ورحمة الله

Hari ni cuti aku tak pegi memana pun.. so, aku mengemas apa yg patut kat bilik store.. 
tetiba terjumpa benda ni yg masih elok tersimpan rapi.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


hehehe.. comey je kan! tahun 99.. masa tu aku baru form 5 kahkahkah!. masa ni en. suami atlit untuk pemilihan suksess bagi daerah Petaling Jaya. Alhamdulillah, now en.suami coach untuk UiTM Puncak Alam/Perdana.

Dan petang tadi, baru je habis tournament untuk Kejohanan Pencak Silat IPT, di UiTM Kelantan. Mereka telah membawa pulang [3 Emas, 1 Perak & 5 Gangsa] peserta seramai 13 org.

Alhamdulillah.. tahniah! korang semua.. yg tidak berjaya tu hope cuba lagi di masa akan datang [Karisma UiTM Dungun]. In Shaa Allah. Jangan putus harapan.


nOte : menunggu sidia pulang ! hehe


Kita Tidak Boleh Menutup Mulut 0rang


السلام عليكم ورحمة الله



saje selit gambar baby Aman yg cute..! a.k.a anak sepupu aku :)

kita tidak boleh menutup mulut org utk terus berkata buruk tentang kita. Tapi, suatu masa kita pasti boleh merubah pandangan mereka jika kita berjaya. Hidup ini tidak senang dan tidak susah. Semua itu terletak pada usaha kita. Ingat, kita adalah apa yg kita inginkan. Kejayaan hanya ada pada mereka yg tidak pernah putus asa..!
nOte : bersyukurlah dan terus berdoa !


Happy Birthday Zaza [120913]


السلام عليكم ورحمة الله




testing selendang baru hihihihi :)


Terima kasih Ya Allah utk usia yg Engkau berikan kpda isteriku. Terima kasih jga utk setiap rezeki yg Enkau kurniakan kpd isteriku. Terima kasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan. Terima kasih utk bakat dan ilham yg Engkau anugerahkan kpdnya. Sesungguhnya terlalu banyk yg telah Engkau berikan kpdku.. dan terlalu sedikit pengabdianku terhdapMu. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah kurniakan aku seorg isteri yg cukup tabah dan cekal terhadap perangai aku. aamiin.. aamiin..aamiin.

 "msih tringat smpai skrg dan in shaa Allah smpai bila2.. msa tu sya drjah 5, smpai je kelas bru nk ambk buku kdtangan dlm beg (time ni jdi penolong kelas so kena catat sape yg dtg dan yg xdtg) tiba2 tgk dlm beg tu ada kad & hadiah besday.. terharu sgt2!! than sebak.. mata dah merah2 nak nangis.. serius tharu.. sb sya memng senstf.. thnks along..byak kenangan yg msih trsimpan rapi di ingatan dan saat jari mnaip semua ni masih terbyg kjadian tu.. dah 14 thun ianya berlalu.. tpi bgaikan smlm ianya terjadi..terima kasih byak2.. nie blom lgi bercrita pasal along hantr jam masa sek tenik dulu.. smoga kasih syg kita akan kekal hingga akhir hayat..ateh sentiasa doakan yg terbaik utk along.. :) ** happy birthday along ** 12 september !! september utk kita hihihi..
 ................................................................................

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t sbb diberi peluang diri ini utk bernafas dan melihat dunia selama 31 tahun. dah tua rupanya!! hehe

Terima kasih korang!! hope doa dari korang utk aku dimakbulkanNya..
Pagi2 bila baca post korang semua membuatkan daku hiba sangat ! dan paling tersentuh dgn dua kata2 diatas..sumpah mengalir air mataku kerana terlalu heppy coz masih ada insan yg menyayangi diriku.

 Semoga aku semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan yg semakin mencabar dgn usia baru.. semuanya terindah dan terbaik dalam hidup aku. 

**thanks jugak buat ibuku yg melahirkan anak pompuan yg tersangat cute! hahaha 
**dan jugak utk ayah! yg membesarkan diriku..
**thanks utk suami tercinta.. 
**thanks jugak utk adik, angah/hadar, ateh & atie luv u !!

I love all people around me
I love September !!
I love everything about me..


Khamis, 12 September 2013

Segmen 1st Mama


السلام عليكم ورحمة الله



join klik banner

 A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda.                        B) Linkkan terus ke blog mama lah.. seperti biasa anda selalu buat tu..                          C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga..                                      D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah.. janji anda join cukup dah..                    E) Letak tajuk 'Segmen 1st Mama'                                                                          F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je..hihi (Takde fb pun takpe)                            G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.
Segmen ini ditutup pada 30hb September 2013. Mencari 15 pemenang bertuah. Pemilihan berdasarkan random. Jika penyerteaan kurang dari 30 bloggers, automatik terbatal.


Give Away Set Kurus/Diet Shaklee :)


السلام عليكم ورحمة الله



join klik banner

Wah!! tetiba terpandang GA utk set diet ni.. aku memang plan nak diet, kebetulan pulak ada segmen ni.. mana tau rezeki kan.. jom2!! kita memeriahkan lagi segmen ni.

SET DIET, EKLUSIF DARIPADA SHAKLEE!!

P/s : Kedua-dua produk ini membantu untuk anda diet secara sihat. Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak, manakala Alfalfa bertindak sebagai detoks iaitu menyahtoksin yang ada dalam tubuh kita. Produk Shaklee terbukti selamat, berkesan dan 100% semulajadi. Tak caya korang Google la..

Segmen GA ini akan bermula pada 11 September 2013 dan berakhir pada 10 Oktober 2013.

**Jika penyertaan kurang daripada 50 bloggers, secara automatik segmen ini terbatal.


Happy Birthday To Me


السلام عليكم ورحمة الله


12am/12 Sept 13
HAPPY BIRTHDAY TO ME
Nggeeee!!!!



Rabu, 11 September 2013

#54 Wordless Wednesday [MISI SPORTING]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Alahai kawan aku sorg ni lawak je hahaha..