Isnin, 30 Jun 2014

Waktu kerja semasa dibulan puasa

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah... hari ni dah masuk 2 Ramadhan dan juga hari pertama bekerja semasa dibulan puasa :). Uols macam mana dgn puasa? semua berjalan baik? dan ada yg tak puasa?. Zaza bersyukur kerana diberikan kesihatan yg baik semasa menjalani ibadah puasa. 

Okey... sebenarnya nak citer waktu kerja semasa bulan Ramadhan ni. Opis zaza start jam 9 pagi [macam biasa] sampai la jam 5 petang [awal setengah jam dari hari biasa] dan waktu rehat [setengah jam je dari sebelum ni sejam]. Memang tahun2 yg lepas pun sama. Bos berperihatin jugak dekat staff2 dia kan! tak kan tak ada hati perut langsung hehe. Tq so much bos.

Kerja dekat opis time2 bulan puasa pun tak banyak mana.. so boleh la relaks sikit sambil2 tu taip blog ni hahh! hihihi. Sebenarnya zaza rindu sangat2 dengan uols. Mana taknya, rasa dalam 2 bulan kot zaza tak on9 blog. Zaza taip ni pun guna lappy sendirian berhad lagi... giler kentang!. Kalau tak, zaza langsung tak merasa nak BW dengan uols hukhukhuk.. 


Nak selit jugak gambar selfie Arissa yg sedang membesar dengan sihat. :) Uncle n Aunty jangan ponteng puasa ye! sahur jangan nak malas sangat bangun!. dan yg penting solat sunat terawwih pun sama. Arissa mcm biasa la puasa nasi je sb gigi tak ada lagi hehehe.


nOte : Alhamdulillah... diberi kesempatan utk berpuasa tahun ni.. :)


Jumaat, 27 Jun 2014

Selamat Datang Wahai RAMADHAN

السلام عليكم ورحمة الله


Selamat datang wahai RAMADHAN.. 
Selamat datang wahai IBADAH.. 
Selamat datang wahai KEBAHAGIAAN..


Hati kecil ini ingin mohon maaf setulus2nya..
 dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa.



nOte : In Shaa Allah, kita bertemu dilain catatan ye.. :)