Jumaat, 28 November 2014

Buah tembikai isi merah nyummm!



السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, dapat 3 biji buah tembikai isi merah. Harga borong yg memang murah RM10 sahaja. Berterima kasih kepada suami susah payah awak belikan buah kesukaan saya ni. Tak pun awak rasuah saya dengan buah ni sb awak nak pegi outstation kan! hahaha. Suka2 pulak zaza buat tafsiran yg salah. Kalau dia baca belog ni mau dia majuk seminggu kehkeh. Mestilah encik suami ikhlas untuk isteri tersayang kan tak gitu. Suami beli sehari sebelum berangkat ke Shanghai China. Salah satu buah pebret zaza apatah lagi kalau dibulan puasa, rasa macam tak lengkap je bila buah ni takde hehe. 



Jom, kita tengok khasiat tentang buah tembikai;

Tembikai banyak terdapat dikawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yg lain.

Disebalik rasanya yg manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yg mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat.

Ia kaya vitamin A dan C, tidak lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama.

Ramai yg sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yg baik untuk kesihatan.

Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dikunyah bagi mendapatkan khasiatnya. Misalnya di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur bersama salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup.

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yg bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki.

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yg penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan.

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembaikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorg sembuh dengan lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan.

Tubu memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan.

Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.

Ia juga penuh dengan magnesium yg penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein.

Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yg baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersama 30 gram protein.

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yg lain serta mampu mengelak masalah penuan pramatang.

Apabila disapu pada rambut, minyak yg berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat. [sumber metro]


nOte : tak sabar nak serbu jualan gudang cosway tenghari nanti.. :)




Khamis, 27 November 2014

Seronok pulak dengan hobi baru..



السلام عليكم ورحمة الله


Mesti ingat wallet kembung ada banyak duit kan! hehe. Gaji belum lagi takde nak kembung sangat ye. Tengah kira2 duit syiling lagi ada muahaha. Okey, dalam banyak2 wallet [eh giler apa banyak wallet??] yg ni ler paling zaza sayang dan awesome giler kot!!. Nak tahu pemberian dari sape baca sini.


Kalau korang nak makan angin, berbulan madu or outstation ke luar negara la kan. Tak kira lah negara mana korang akan pergi yg penting mesti kena tukar duit.. nanti tak pasal2 korang tak boleh nak shoping or makan jika guna duit ringgit malaysia kehkeh. 


Berlainan pulak dengan situasi zaza muahaha. Zaza ada beberapa keping duit luar negara tapi bukan sengaja tukar ye!.. ada org baik hati bagi so buat koleksi sendiri je lagipun not yg ada kecil je jumlahnya kalau besar dah lama zaza tukar ke ringgit malaysia buat shoping ahaaksss!!. Zaza memang tak pernah sekali jejak kaki ke luar negara lagi huhu.. eh, semenanjung pun belum habis pusing camne nak ke luar negara? kehkeh. Ada peluang, ada rezeki, In Shaa Allah akan sampai jugak suatu hari nanti.


wallet awesome ni sebenarnya zaza simpan duit ni haahh

Duit yg zaza maksudkan kebanyakan dari encik suami. Suami memang selalu outstation sana sini ditempat org. Erti kata selalu kena tinggal lah sedih kan huhu. Sebenarnya suami pergi atas urusan kerja  dan sambil2 tu boleh la makan angin sekali itupun kalau sempat uwekk. Alhamdulillah, rezeki suami. Zaza sebelum ni memang tak terlintas pun dalam benak fikiran nak kumpul duit2 luar nagara ni. Dulu2 masa bujang ada la berjinak2 kumpul setem hihi. Itu pun zaman dulu2 duk pos surat.. facebook, whatsapp semua mana muncul lagi time tu hikhik.. sekarang semua dah moden.


Koleksi duit yg zaza ada buat masa ni SINGAPORE, AUSTRALIA, HONG KONG, KOREA, TAIWAN, CINA, BRUNEI, INDONESIA, THAILAND dan PILIPINAS. Sepuluh negara yg tersenarai kecuali Korea dan Australia je yg suami belum jejak.. duit itupun zaza dapat dari kawan suami. Seronok pulak bila ada hobi baru.. tak baru jugak la ada dalam dua tahun dah zaza simpan hihi. Ada sape2 baik hati tak nak kasi zaza duit luar negara?.


nOte : Minggu ni suami berada di Shanghai, China. 
          Semoga esok suami dipermudahkan urusan balik ke Malaysia dengan selamatnya. Aamiin.
 



Diaries Bellezza "Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia"


السلام عليكم ورحمة الله


Minggu lepas zaza tergangga kejap bila dapat email dari pihak ZALORA Malaysia. Pelik jugak macam ZALORA ada terdengar perbualan kami sebelum ni ngeee. Sebab dua hari lepas, akak opismate baru je beli kasut dari ZALORA. Berbaloi harga murah giler, lepas tu penhgantaran pun sekejap je. So zaza excited giler nak shoping kat ZALORA ni.  Paling terkejut tetiba pulak dapat "Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia". Rezeki dah datang kan, so terima dengan hati yg terbuka ahaksss!..





Disini zaza kena buat entri dan sebagai token penghargaan dari pihak ZALORA akan bagi kita voucher. Jumlah voucher yg zaza dapat sebanyak RM100. Banyak tu!! korang pun mesti tak terkecuali jugak kan, dan ada yg dah dapat dari tahun lepas lagi. Cuma zaza je yg ketinggalan sikit hehe. 


Alhamdulillah.. baru je beberapa hari zaza post mengenai khidmat review produk untuk letak artikel bagi pihak ZALORA. baca siniZaza ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ZALORA yg Awesom sudi menjemput zaza!!


nOte : Ingat nk shoping untuk suami hehe.. suprise!


Rabu, 26 November 2014

Mereka adalah orang yg sama


السلام عليكم ورحمة الله

Gambar kat bawah ni adalah seorang budak perempuan yang comey lagi vouge gitu.. haha ni ler adik bongsu zaza, Nurul Jannah namanya.. panggilan kami dalam family 'adik' anak bongsu merangkap anak manja [jangan marah ye dik]. Oh ye, Gambar kiri kanan tu sememangnya org yg sama okey!. Jangan ada yg ingat mereka itu org yg berlainan erk. Zaza pun macam kurang percaya betul ke dia adik kesayangan zaza.
 
Nurul Jannah tahun 2011 vs tahun 2014

Maklumlah.. bila dah meningkat dewasa a.k.a perempuan melayu terakhir gitu hehe.. adik dah pandai menjaga penampilan diri. Sebelum ni selalu je tengok akak dia sorg mekap pakai itu ini dan sekarang lagi adventure kot! kalah kak ton dik hahaha. 


Bagi penjagaan kulit muka, adik zaza menggunakan set Dnars skincare salah satu produk yg semakin popular sekarang. Alhamdulillah ternyata memang berkesan bila adik zaza menggunakannya. Sebelum ni ada jugak la dia bertukar2 produk tapi yg pasti produk yg digunakan mempunyai tindak balas yg berlainan untuk setiap jenis kulit. Adik zaza menggunakan produk dnars ni dah setahun. Sangat berkesan dimata kami adik beradik. Bahkan, dua org adik dan zaza sendiri pun baru berjinak2 dengan produk dnars hehe.  


Skincare [set normal/jeragat] - Sabun Beras, Sabun Colagen, UV Day Cream dan Night Cream.


Untuk rahsia awet muda dan pencerahan badan yg menyeluruh, adik menggunakan Pear White. Ambil satu sudu dengan 120ml air, goncang menggunakan shaker atau kacau dalam gelas sehingga larut. Mudah je kan! Pear White Jamu Jelita ni diformulasikan dengan kolagen yg telah dihidrolisiskan, ceri acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu pine yg mempunyai pelbagai khasiat.

Apa yg pasti, soal kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada seorg yg bergelar wanita kan!. Semua nak nampak cantik, anggun dan bergaya.

Isnin, 24 November 2014

Cinta hati peneman setia


السلام عليكم ورحمة الله

Salah satu pepatah melayu
'sediakan payung sebelum hujan'
bermaksud berjaga2 dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.


Alhamdulillah, hujan baru je berhenti.. bukan apa risau jugak kalau hujan lebat tak henti2 sb zaza balik sendiri takde sape nak tolong pickup muahaha. Mengalahkan tuan puteri pulak nak ada org datang jemput kehkeh. Tuan puteri pun tak macam ko zaza weh!!..


Zaza sebenarya dah standby awal2 payung [cinta hati] kat opis. Kalau takde payung ni alamak terpaksa ler lepak opis sementara tunggu hujan berhenti.. kan dah susahkan diri sendiri. Tapi nasib ler rumah zaza tak berapa jauh dari opis so mudah la nak balik tak payah nak rushing hehe.


Sekarang ni kan musim hujan@tengkujuh. Bila2 masa je dgn kehendakNya hujan akan turun. So kita kena lebih berhati2 dikala musim hujan ni. So disini zaza nak nasihatkan sapa2 yg bawak kete tu drive la hati2 jangan duk kalut sangat.. lambat takpe janji diri selamat. Manakala yg naik bas pulak jangan duk sibuk2 nak berebut sana sini kan nanti tak pasal2 korang jatuh tergolek nak selamatkan diri dari hujan terus dapat sakit. 



payung pun nak selfiV jugak tau! ingat zaza je ke boleh?

pattern ni bulat or petak? ke tigasegi hahaha

Zaza sangat sayangkan payung ni.. payung ni ler peneman setia zaza tak kira hujan or panas. Lagipun payung ni tersangat besarnya dan yg best special sponser CIMB Classis untuk tournament golf tahun lepas tak silap zaza. Tahun ni zaza tak pegi tengok pon.. abe bz hihihi. sekian... nak balik dah bai.



nOte : Turut simpati banjir yg berlaku di pantai timur.. semoga akan beransur pulih dgn segera.

Jumaat, 21 November 2014

Bergaya Bersama Ray-Ban Aviator


السلام عليكم ورحمة الله


Sape suka pakai Rayban hitam sila angkat kening ye!!! hehe..
Rayban adalah kaca mata hitam merupakan item fesyen yg popular dan mesti ada setiap org. Macam dah trend sekarang ni kan, tak kira la tua ke muda ke semua nak nampak macho dan bergaya hihi..


Lagi pun Malaysia kan sebuah negara yg beriklim tropika. So keadaan panas terik dan keterangan cahaya yg tinggi amat menyilaukan mata kita. 


Bahkan, terdapat jugak sebab lain mengapa org menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV seperti tujuan kosmetik (penampilan), bersukan atau riadah dan juga mengelak malu (menyorokkan muka).


Zaza sendiri terpikat dengan personaliti ERRA FAZIRA antara selebriti malaysia yg berani menggayakan kaca mata hitam dan tak terkecuali jugak anaknya ENGKU ALEESYA yg nampak cute gitu. Gambar mesra mereka ini telah dikongsikan melalui akaun IG dengan caption "Love of my life of my life..! Mom miss u always sayang..".

Dress up mereka dua beranak ni pun simple je bila mengayakan rayban hitam. Janji selesa kan!.


Tapi, apa pun pilihan cermin mata hitam korang, pastikan ia memenuhi ciri2 seperti berikut:
  • Mampu menghalang silau dari cahaya yg terlalu terang
  • Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru
  • Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata
  • Boleh menghalang impak dari objek yg melayang ke arah mata
  • Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion) 
 
Jadi, kepada yg sudah jatuh cinta dengan RAYBAN HITAM atau pun sedang mencari tetapi terlalu sibuk.. korang jangan bimbang, di ZALORA pun ada menawarkan seleksi sunglasses ONLINE. Dan "RAY-BAN AVIATOR" merupakan jenama popular dengan harga yg reasonable di website beliau. Apa lagi!! cepat2 la tengok apa yg menarik disana dan memang tak rugi pun kalau korang membeli.

dua beranak ni pun eksyen dengan ray-ban aviator

Rabu, 19 November 2014

#14 Wordless Wednesday [BMI ANDA]




السلام عليكم ورحمة الله




nOte : tahap 'overweight' uolls??


Selasa, 18 November 2014

Jualan Gudang COSWAY jom kita serbu..



السلام عليكم ورحمة الله


Tarikh : 28hb - 30hb November 2014
Masa : 10.30 pagi - 6.00 petang
Bertempat : Lot 766, Jalan Subang 4, Off Persiaran Subang, Sg. Penaga Industrial Park, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
--------------------------------------------

Jom! sape2 yg dah bergaji time ni boleh la datang ramai2.. yg tak bergaji pun boleh je datang tapi kena kuat semangat la yer.. kan meleleh pulak air liur tu keluar hihihi. 


Bukan main bersemangat lagi zaza snap gambar banner di atas tu hehe.. tadi masa nak pegi lunch ternampak pulak banner ni tergantung kat pokok  itu yg excited lebih. Tiap2 tahun memang kami suami isteri tunggu benda alah ni [JUALAN GUDANG COSWAY] kehkeh. Itu pun sebab rumah kami berdekatan.. kalau jauh hmm angkat kaki je la. Bulan Jun baru ni dah melepas.. Masalah macam biasa la bila hujung bulan 'tak bergaji lagi'. Bulan November ni pun sama adoiii macam mne ni? Kalau buat awal2 bulan kan best!. Untung la bagi2 org yg dah bergaji kan :p
[Rak tingkat RM30] - [Kasut RM10] - [Set Periuk RM80] - [Perfume RM8]

Barang2 ni semua Jualan Gudang Cosway untuk tahun lepas punya. Ini je yg dapat kami pancing. 
Rambang mata tu tak payah nak citer la kan.. kalau boleh semua benda kami nak sapu. 
Bahaya org macam kami berdua ni muahahaha.


  
nOte : Alhamdulillah, kenyang makan tengahari tadi. #rezekiAllah.

Bila bunga-bunga rindu sudah datang..


السلام عليكم ورحمة الله


Suasana sangat sejuk beku sekarang ni kat dalam opis yg tak berapa nak happy sebab perut den lapoo mintak di isi hehe.. Pagi tadi sempat breakfast Bliss yogurt drink dengan sebiji roti kacang je. Itu pun beli kat speedmart sebelah opis. Nak pegi kedai mamak belakang opis malas ler pulak.

Semalam dapat wassp.. "belanja gambar satu kali"

hahaha.. pagi2 lagi suami mintak gambar! rindu ler tu. so terhegeh2 la aku duk selfie sorg2.. ehh macam tak biasa pulak buat keje tu kan!.. kali ni posing maut mata langsung tak tengok camera hp :p

Kejap tu jugak send je terus!! laju macam kilat. hihihi

Sebenarnya.. aku pun rindu giler dekat cinta hati sorg ni.. Alhamdulillah suami dah pun selamat sampai. Tak sabar tunggu balik pulak. Wahai encik suami, keje tu elok2 ye kat tempat org.. dan yg penting jangan nakal2.


nOte : bila bunga2 rindu sudah datang 

Jumaat, 14 November 2014

"Searching" - "No Service" - "My Maxis"



السلام عليكم ورحمة الله


Sedey :(
Tetiba benda ni boleh terjadi kat diri sendiri.
Masalah maxis @ pun HP zaza erk!
Tapi nak kata HP yg problem, elok je bila sampai opis berfungsi dengan baik..
Bila kat rumah hampeh!!! dan macam berada dalam hutan rimba pulak dah huhu..
Tiga hari berturut2 buat perangai macam ni.. help me!!!

"Searching" - "No Service" - "My Maxis" itu je yg tertulis kat atas HP sebelah kiri..


Rugi je tau, bila line tenet tak dapat guna disebabkan line problem..
Nak call org pun susah.. apatah lagi org lain nak call kite :(
Ada 'Emergency' tak ke susah??
"My Maxis" tu semasa berada kat opis.. pelik kan? padahal rumah sejengkal je dengan opis ngeee!!

Sampai terfikir nak beralih ke "Digi" or "Umobile"..
Sebelum ni memang zaza setia dengan "Maxis" ni.. tapi hati dah merajuk sangat2.
Suami memang dah lama tukar pun dari "Maxis" ke "Tune Talk"..
Dan nombor hp yg satu lagi suami guna perkhidmatan "Digi".

Hmm, sorry ye "Maxis".. mybe setakat ni kot kite guna awak! 
Terima kasih banyak2 atas perkhidmatan yg sebelum ni..
Ehh, tapi kite kena tunggu suami free dulu baru kite tukar awak hahahaha..


nOte : esok lusa cuti.. hampa lagi la perasaan. Kalau HP yg bermasalah, hmm.. 



Khamis, 13 November 2014

Gambar Arissa tengah leka bermain..



السلام عليكم ورحمة الله

Kenapa org melayu selfie sambil muncungkan mulut?
Sebab, omputeh selfie cakap 'CHEESE' tapi melayu cakap 'KEJUUU' muahahaha..
Ehh, Arissa cheese ke kejuu??


Alhamdulillah, dah besar anak sedara mak long sorg ni #NurZaraArissa.
3hb November baru ni, cukup 10 bulan umur arissa dan semalam baru je pegi klinik timbang berat. 
Alamak! arissa dah 10kg laa.. nak kena diet ke tak ni? hehe..


Rutin harian arissa macam ni ler.. bangun pagi mama dia akan siapkan arissa baju comey.. ikatkan rambut dan sepit sekali. Dulu masa baby boleh lah arissa pakai headband tapi sekarang dah tak boleh sebab kepala besar sangat hahahaha. Mama arissa ni jenis kemas dan pembersih orgnya.. tengoklah, arissa main kat rumah pun sentiasa nampak comey.


Tapi sebelum arissa main, mama arissa akan pastikan arissa makan kenyang2 dulu.. baru ada tenaga kan? hihi.. untung arissa sebab mama sentiasa ada untuk temankan bermain. Buat masa ni, mama arissa suri rumah sepenuh masa. Doakan mama arissa dapat keje ye! 
 
Terubat rindu mak long bila tengok gambar2 serta video arissa yg mama arissa send melalui fb, whatsp. Sekejap je membesar dengan sihat. Hari2 mak long mesti msg mama arissa nak tahu perkembagan arissa. Kalau tak tengok gambar arissa memang tak sah. Nak peluk cium jauh sangat. Nanti arissa tunggu mak long dengan pak long balik kg ye.. bila tu tak janji lagi hehe. Ada rezeki In Shaa Allah. Sekarang ni pak long bz sangat dengan keje. Sabar ye arissa!! [arissa ke mak long yg kena sabar ni?] :p

Arissa dengan mama tersayang

nOte : sekarang dah pandai nak gigit org sb gigi dah tumbuh banyak cuma jalan je belum boleh lagi.. Mak long doakan arissa cepat2 jalan ye..Muaahhhh!!


Rabu, 12 November 2014

Badan berat sangat sampai boleh jatuh..


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat petang!!
harapan agar petang rabu yg cukup indah..
petang rabu yg tiada tekanan dan perasaan..
dan.. petang rabu yg barakah.
Nak story sikit tapi malu sebenarnya hihi.. 


Dalam malu2 ada aku kesah? kasarnya bahasa kak jemah! hehehe.. 
Macam ni, selasa minggu lepas time nak balik keje. Seram sejuk pulak nak citer ni kehkeh [gimik je yg lebih]. Dalam sedar tak sedar tengah berjalan boleh pulak zaza jatuh! [jangan gelakkan zaza tau!]. Tapi time tu pakai sandal takde la tinggi sangat hukhukhuk.. cuma ada tali getah kat belakang. Bila nak jatuh tu kan, sah2 lah tak boleh nak selamatkan keadaan kaki lagi sebab kaki terikat baik punya.. sekali dengan tuan2 dia jatuh mcm buah nangka ada kot! :p


Malu tu tak payah nak citer la.. laju je terus bangun tak tengok kiri kanan dah dan tak pikir sakit janji dapat jalan terus meluru kerumah. Sebaiknya sampai kat umah.. Alhamdulillah, luka cuma sikit je kat bahagian lutut kiri. Kain pun takde koyak rabak.. so memang tak teruk la jatuh kali ni. Ehh.. kali ni? macam pernah jatuh je sebelum ni? muahahaha!!!. Itu lah report kat suami boleh dia cakap BADAN BERAT sangat.. huhu sabo je la. Bukannye dia nak perihatin kat kite. Sedey tau!.

Sebelum ni memang pernah jatuh pun, hahahah tapi tak ingat bila dah.. yg ni berlaku time nak pegi keje. Tetiba jatuh tersungkur macam ada org tolak dari belakang.. nak kata pakai heel takde cuma pakai kasut je pun. Dah ditakdirkan zaza jatuh pagi tu kan, so zaza redha je apa yg berlaku. Bersyukur luka kat lutut kanan takde la teruk tapi teruk jugak la berbanding jatuh kali ke2 tu. Poyo je kan!.. kain siap koyak rabak lagi. Sampai opis tengok luka dah macam jatuh moto. Kawan pun ingat zaza jatuh dari moto.. nasib kawan ada ubat, dialah doktor zaza time tu. Bila teringat balik kan, geli hati pulak hehe.
 
kasut ni pulak yg boleh dpt luka teruk



"Bila Allah berkehendak serta mengkehendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya : "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Quran. 


nOte : jatuh tak semestinya naik moto, naik basikal, naik gunung bagai kan, tengah berjalan pun boleh dengan kehendakNya.



#13 Wordless Wednesday [AISKRIM UNIK]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : pasu apakah??


Selasa, 11 November 2014

Suami dalam diam-diam je..



السلام عليكم ورحمة الله


Hari ni Selasa kan, semalam Isnin dan kelmarin Ahad hehe.. Bersemangat gigih pagi ahad untuk siapkan 'popia mini sardin' menggunakan bahan utama kulit popia dengan sardin. Sangat2 simple je bahannye. Tapi nak menghabiskan gulung kecik2 tu sakit pingang2 den ni.. tu baru satu paket, kalau dua tiga paket? 



Sebelum goreng untuk di ngapp!! zaza simpan dalam peti ais terlebih dahulu. Ehh, nak goreng terus sebenarnya pun boleh.. zaza buat kudap2 ni untuk makan petang. Kebetulan suami tak jadi pegi keje.. tq bos! bagi encik suami rehat hihi. Maklumlah keje suami tak menentu.. kekadang sabtu ahad pun kene keje.
 

Alhamdulillah akhirnya petang tu dapat jugak kami menikmati makan berdua hehe. Ditambah pulak dengan kopi O panas, nak2 hujan tengah turun perghhh!.. sambil makan sambil tengok 'running man' :p

Sebenarnya ni makanan kudap2 kesukaan encik suami.. pergi je maydin beli barang dapur, sampai rumah tau2 kulit popia dah terletak cantik je dalam beg plastik. Alahai suami, dah pandai request ye!. Apa pun encik suami punya pasal isteri sanggup tunaikan dan yg penting hati mesti mau ikhlas. Bukan encik suami je yg suka.. isteri dia pun 2x5 sama naik hihi.. mana taknye, ranggup je dalam mulut. Ada pulak sardin kat dalam lepas tu tergigit cili api pedas2 kan!.. bukan main laju la kunyahnye.


nOte : seronok sebenarnya main masak2 ni walaupun bukan pakar sangat bab masakan.. yg penting semangat juang tu ada muahahaha.. tapi ada ketika semangat malas pun sama naik ngeh3.



Jumaat, 7 November 2014

Bila tuan tanah bersuara..


السلام عليكم ورحمة الله


Pernah tak terkena??
Tak kisah la pada diri sendiri or family..
Buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali kan, pepatah org2 dahulu. Tapi itu lah, zaman sekarang ni kalau kita dah buat baik pun diaorg bukan nak ambik kesah. Ambik kesempatan lagi adalah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Manusia oh manusia. 

Pengalaman membuatkan kami lebih berhati2.. tak kira la siapa gerangan org itu. Sebelum ni tak pernah jadi pengalam yg sangat perit buat kami. Kami redha dgn apa yg berlaku. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi siapa tahu kan!. Allahuakhbar Dia yg Maha Mengetahui segalanya.

Kami dah anggap dia sebagai adik bukannya musuh. Kami tak pernah ungkit sedikit pun malah kami tak pernah nak tengking dia. Mintak itu ini lagi lah jauh sekali. Tapi dia langsung tak ada hati dan perasaan terhadap kami. Bahkan, ucapan TERIMA KASIH dan juga MEMINTA MAAF langsung tak ada sekelumit dibibirnya.

Dia yg kami anggap baik di mata kami selama ini hanyalah meleset sama sekali. Pada luaran memang org2 lain pun akan terpikat dengan perwatakannya. Mungkinkah? itu semua hanya lakonan semata2 utk mengamburi mata2 org diluar sana. Ataukah? dia sememangnya berperangai macam tu cuma kami sahaja yg tak nampak!. Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya agar dia menjadi seorg yg baik budi perketinya. Semoga dia menjadi insan yg berjaya. Sedih sangat bila dia perlaku kami sedemikian. 

Tak pernah nampak suami marah sangat2 dengan apa yg terjadi. Sampaikan suami tekad kalau jumpa nak pukul dia. Tapi zaza nasihatkan suami, biarlah apa yg dia buat selama ini kat kita..tuhan yg balas. Akhirnya suami mengalah. Siapa tak marah kan? bila ditatang bagai minyak yg penuh, akhrinya lenyap. Kalau lenyap macam tu je tak apa lah.. ini tidak, suami difitnah macam2. Tak sangka sangat2 bila dipikir balik apa yg terjadi.

Alhamdulillah, kami diberi kesabaran dengan ujian sedemikian. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg telah dia lakukan sebelum ni. Kami tak cakap yg kami ni baik sangat.. tapi kami akan sentiasa memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. In Shaa Allah. :)

sabar ye mak long n pak long..arissa pun sedih jgak ni huhu

 nOte : siapa pun gerangan citer diatas.. biarlah dia dengan kisah dia. dan kami dengan kisah kami.  


Khamis, 6 November 2014

Kami yang keterlaluan.. bukan salah kami ye..


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah..
Kenyang perut bila dah diisi dgn nasi putih berlauk kan ayam goreng, peria goreng dan air suam. 
Ke semua harga cash RM6.00 ye! 
Okey la jugak sb kedai mamak ayam goreng semuanya besar2 sampaikan boleh tak habis ayam tu huhu.

Sebelum makan.. 
kami ber3 pergi atm dulu baru singgah cosway. 
Kelmarin dah pegi cosway tapi bila dah sampi tutup pulak..takde ribut takde angin hihihi. 
Bukan nak shopin banyak pun.. saje gatal nak keluar biasa terperap je kat opis kehkeh.
Zaza beli toiletries bag -RM14.90, Kak Arifah dgn Fatimah beli Storage Case -RM9.90 seunit.

Berbalik pasal makan..
Asalnye kami ber3 order tosei.. tunggu punya tunggu sampi dah nak pengsan dibuatnya. 
Zaza dgn Kak Arifah cancel sb jam 10 minit lagi nak kul 2pm. 
Apalagi nasi putih jadi mangsa kami muahahaha :p
Fatimah sorg je yg setia dgn tosei..katanya pagi tadi dia dh makan nasi lemak. 
Hilang diet tenghari aku ermmmm. 

Bila dah dapat makan kan, semua tak ingat sampai kan jam dah 2pm.
Masih lagi berada di kedai mamak ngeeee.. 
Alamak! mati MAK.. cepat2 bayar then terus meluru je masuk opis.
Nasib ler kedai belakang opis je huh.
Masuk je opis.. tengok2 jam punchcard dah kul 2.15pm adoii.. 
Lepas tu, boleh pulak bertembung dgn MADAM.
Kami buat2 tak tahu je.. bukan salah kami. Kami tak sengaja. sorryyy bos!!!!

muka poyo! buat salah pun nak selfiV lagi :p


nOte : Laa..ingat esok dah merdeka hehe.. rupanya sehari lagi keje.
 
 

Rabu, 5 November 2014

Giveaway By Mamaniza.com


السلام عليكم ورحمة الله




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com beserta dengan para sponsor yang cukup hebat beserta dengan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita. 

Follow Blog:


Like FB:




Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka. 

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5.Giveaway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada 12 tenghari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random. 


Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana) 
Keychain - Norihan
Top up RM5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy