Isnin, 2 Mac 2015

Dialah sahabat zaza dunia akhirat


السلام عليكم ورحمة الله


Sekejap je masa berlalu.. arini dah masuk bulan Mac. Alhamdulillah, niat nak berjumpa dengan kawan2 sek lama terlaksana. Tapi, bukan semua la hehe. Minggu lepas sempena Tahun Baru Cina, zaza ada balik kg. Kemain jadual penuh seminggu tu muahahaha.. perdana menteri pun tak sibuk camni hahaha poyo je!. Okey zaza nak citer pasal kawan dulu ye, yg lain In Shaa Allah menyusul kemudian.




Ini la dia kawan yg zaza maksudkan.. Rezeki kami setelah sekian lama masing2 menghilangkan diri selepas abis sek. Ayu sememang asal kg zaza. Tapi disebabkan berkahwin dengan org Lipis terus berhijrah ke sana. So terus putus hubungan. Time raya zaza ada la pegi rumah dia..alamak ! rumah dia pulak hilang dari tempat asal huhuhu. Pening zaza nak mencari ke mana hilangnya family dia tinggal. 
 
 
Baru zaza teringat yg adik ayu ni kawin dengan abg kepada kawn sek zaza jugak. Alhamdulillah, akhirnya zaza dapat juga no hanpdone ayu sorg ni melalui beliau dekat fb hihihi. Dah rezeki kan.. kat mana pun dia menghilang In Shaa Allah, dengan izinNya dapat bertemu kembali. So kami plan nak jumpa sebab masing2 kebetulan nak balik kg. Ha ha ha.. rupanya, family ayu dah berpindah patut ler kami cari tak jumpa.
 
 
Pejam celik, ayu dah pun mempunyai 5 org anak.. sorg girl and 4 boy. Alhamdulillah, rezeki mereka suami isteri. Tengok ! org yg dah ramai anak pun slim molek je.. jauh langit dengan zaza muahahaha. Padahal masing2 masa sek kurus macam papan. Rindu sangat dengan dia sorg ni.. mana tak rindu kan! hampir 16 tahun kami terpisah.
 


Dan yg sebelah ayu ni pulak anie, sekarang mempunyai sepasang anak. Sorg lagi 'simpan'. Anie ni.. zaza tak payah pening sangat dengan dia.. kalau zaza balik je kg mesti anie datang rumah zaza ajak lepak2 hihi. Maklumlah, anie duduk sekampung je.. itu yg senang sangat nak jumpa melainkan dia balik kg suami KL. Eh, terbalik pulak dengan zaza kan?. Suami anie asal org N9 tapi family menetap di KL dan beliau berkeje dia Trg.





Sebenarnya kami ada lagi tiga org kawan. Lely selalu je jumpa bila zaza balik kg.. tapi biasalah kalau hari dia bz tak dapat jugak nak jumpa kehkeh. Lely mempunyai sepasang anak dan sekarang tengah pregnant lagi. Syukur Alhamdulillah, kami tumpang gembira. Menetap di Kemaman. Manakala, Che Wan pulak zaza jarang sangat dapat jumpa dia. Maklum ler org tu berhijrah keje kat Melaka sana. Masing2 balik kg date berlainan itu parah hahaha. Last jumpa dengan dia hmmmm tak ingat dah hehehe nampak sangat lama kan! dia sorg je kawan kami yg masih 'single. In Shaa Allah, kami doakan semoga cepat2 naik pelamin. Sorg lagi kawan kami Nemah.. yg kami tahu mempunyai 5 org anak jugak. Masing2 tak dapat contact dia setelah dia tukar no handphone huhuhu. Last zaza jumpa raya beberapa tahun lalu. Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk bertemu dengan kawan2 kami. Walaupun masing2 dah bersuami, kami takkan lupa persahabatan yg kami jalinkan.

  


nOte : Dialah sahabat zaza dunia akhirat. In Shaa Allah.


10 ulasan:

  1. klau dh jumpe kawan lame mesti mengimbau kenangan lalu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu dear.. mcm2 memori melekat kt kepala hihihi... wlpun skjap je dpt jumpa tpi happy sangat2.. ada rezeki lagi In Shaa Allah.

      Padam
  2. aamiin
    in shaa Allah pasti dapat ketemu nanti
    seronokkan bila dpt bertemu.kenangan lama kembali bertaut .)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. In Shaa Allah, smoga suatu hari zaza dapat bersama mereka semua. Teringin sangat2!..

      Padam
  3. Wah dah jumpa kawan ye...alhamdulillah...
    Cik akak raye je jumpa kawan2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      Raya tak boleh masing2 ada family sndri..mesti tak sama dgn kita hahaha..

      Padam
  4. Sronok jmpa kwn2 lama kan kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la nusha.. best sgt2.. masing2 mcm dulu lgi kepala giler2 hahaha..

      Padam
  5. semoga persahabatan terus kekal...amin...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.