Selasa, 31 Januari 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)



xde apa yg menarik..just nk share lagu ni je..
selamat mendengar ye!!..

  
nOte :suka..suka..suka..lagu ni!!...^_^


Rabu, 25 Januari 2012

#2 - Wordless Wednesday

Assalamualaikum..
Senyum pagi.. xperlu kata apa2!!..





nOte :  ♥ ♥ ♥ (^_~) 


Isnin, 23 Januari 2012

~senyum sokmo ngee~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..jam 8:00 pgi tadi, en.asben dh sampai umah..
senyum sampai ke telinga la aku..he3
setelah 2minggu berjauhan..


en.asben yg selipar merah tu.@thailand_hua hin

masuk je umah..xbyak ckp terus dia ajak aku kuar bekpes..
pekena teh tarik ngan roti bakar je..
nak ajak dia gi jalan2 pun xbest..mesti ler dia penat kan??
so..rehat kat umah je..xbyak citer..he3..
apapun hati ku riang gumbira...

nOte: selamat bercuti ye!!!...

Ahad, 22 Januari 2012

Bermalam Dirumah Shima


السلام عليكم ورحمة الله


Perempuan diatas merupakan opismate zaza. Disebelahnya pulak suami tersayang hehe. Zaza nak ucap ribuan terima kasih kerana sudi tumpangkan zaza bermalam dirumahnya selama seminggu baru2 ni. Macam biasalah bila menumpang rumah org ni.. suami OST lagi. Bukan tak boleh duduk rumah sendiri tapi tau2 je lah. area rumah zaza mengambil tiga kali perkhidmatan awam huhuhu. Penat kat situ je. Sekarang pun tengah mencari rumah sewa lain.. In Shaa ALLAH, nanti senang la zaza nak pegi keje macam biasa.

Shima dengan suami orgnya tak kedekut.. siap ajak zaza pergi tengok movie BUJANG TERLAJAK di IOI MALL Puchong. Memang terhibur sangat citer dia. Esokan malamnya shima bawak pergi KOLAM AIR PANAS, Selayang KL. Perghh ! org ramai yg teramat. Alang2 dah sampai kan, takkan nak balik pulak.. so mandi je lah celah2 manusia hihihi. Tengah feeling mandi, boleh pulak sorg mamat ni siram aku dengan air panas satu baldi. Ehh, dia ingat zaaz ni wife dia ke ? or saje cari pasal. Terdiam zaza tak tahu nak cakap apa hahahaha. Rupanya dia saje nak test air tu kat kepala zaza.. sebelum ni zaza ada cakap dekat shima 'giler panas air ni' dia menelah 'kalau kita fikir panas so panas la jadinya'. Maybe itu yg dia siram ngeeee. Sabo je la.. kalau suami ada mesti dah kena sound mamat tu. Tapi zaza penyabar orgnya hikhikhik.



Sabtu, 21 Januari 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum..


InnaliLLAHi wa-inna ilaihi roojiun..
Penyanyi Khairil Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6:15 ptg jumaat.. Demikianlah realiti hidup ini, setiap seorg kita yg membaca berita kematian ini akan juga mengalami perkara sama suatu ketika kelak.:( Moga keluarga ALLAHyraham diberikan kekuatan dan kemudahan dalam perjalanan dan penantiannya di alam barzakah, semoga kuburnya diberi cahaya dan dilapangkan, moga segala dosanya diampunkan dan moga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya dan diampunkan bersama para solehin.amin..

nOte: Ajal maut dh ditentukan ALLAH S.W.T..xkira muda atau tua..kaya atau miskin.. tempat kita disisiNYA..



Rabu, 18 Januari 2012

Luahan Hati

Assalamualaikumm..

Pagi2 tdi smpi opis..terus on9 fb..hik3
tup..tup..terbaca statament ni....



Terharu sangat2 kat en.asben..^_^
mekasih sayang...luv u so much!
bila dh berjauhan  tu..mcm2 ler rindu-rinduan tu dtg kan??..
ngeeee~~..dh melampau2 lak aku ni...
mcm ler aku sorg je yg berjauhan kan..what ever!! 

so..kpd - - > en.asben apa kata dgr lagu ni..he3
wife awk ni jiwang karak pulak ptg2 camni kat opis..
tapi  sebelum dgr.. apa kata (pause) dulu radio sebelah atas..mekasih!..




Jangan kau salahkan org  merindu dgn kerinduannya, sehaingga kau mampu menyelamai jiwanya..
petikan dari |Mutiara Hati|~



Selasa, 17 Januari 2012

menghitung hari....^_^

Assalamualaikum..

tetiba tengok gambar ni.........teringat family kat kampung pulak..
rindu rasa hati bila teringat diaorg semua !..
gambar ni diambil time raya tahun lepas..
jeles bila tgok aku xde sekali..huk3
iyelah kan..bila dh kawin ni..
kena la beraya ikut turn..
insyallah thun ni aku beraya dgn family aku di kampung!..

bila dh lama xbalik tu...
 plan ngan en.asben memang nak balik time raye cina ni..
4hari cuti..rugi woo kalau xbalik kg..
tapi apakan daya..masa xmengizinkan..
(en.asben time tu bru balik dari oustation)
xpelah..sabar dan sabar jelah..
yg pasti dihari lain..kalau dizinkannya...aku balik jugak
xkira la..bila harinya..

 nOte:  menghitung hari....^_^

Sabtu, 14 Januari 2012

Sesekali hati ini berbicara...

 Assalamualaikum..

Arini tetiba pulak aku nk update belog!.. sebelum ni aku xde mood bagai la... tapi bukan special pun tuk tatapan korang semua...kalau korang nak tahu~~skrg aku kat opis sebab nak langsaikan hutang yg tertangguh... 0T ~~buat apa yg patut dulu..nanti bila bos tanya dah siap ke lom?? so xde ler mengelabah satu badan aku nak menjawabnyer...hahahahaha..cian aku buat keje sorg2 je..xde sape nk tolong huhuhu..

Sejak akhir-akhir ini, terasa macam banyak sungguh ujian yang Allah berikan... aku pasti akan ada 'matahari' yang akan menerangi hidupku. aku hanya mampu berdoa dan  berdoa. Ya Allah bagi aku kekuatan.. bagi aku kemampuan.. kuatkan iman aku Ya Allah. kuatkan agama ku Ya Allah.. sekiranya aku terkeluar dari landasan mu.. bagi la aku petunjuk mu Ya Allah.. jadikan aku sbagai hamba mu yang soleh Ya Allah.

Ya Allah hambamu yang hina ini menerima segala ujian darimu dengan redha. Ya Allah tolonglah hambamu ini..berikanlah kemudahan jalan dalam menyelesaikan masalahku…engkau Maha pengasih maka kasihilah aku. engkau Maha Penyayang maka sayangilah aku.Ya Allah, Berikanlah hambamu ini kekuatan. Berikanlah hambamu ini kesabaran. Berikanlah hambaMu ini ketabahan dan aku hanya mmpu berusaha utk yg tbaik.Ya Allah terima kasih krne sentiasa bsme hambamu yg lemah ini .. aku b'syukur walau seberat mne pun ujian ... yang kau mahukan aku terima dengan redha. bagilah nur mu di hati ku.. tabah kan hati hambamu ini.. amin ya rabballamin..!!

Selasa, 10 Januari 2012

Kisah Si Pemotong Kayu

Assalamualaikum..

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.”

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni? Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini.

Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ….

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Berapa banyak harta yg kita ada? Bayangkan … baju2 kita yg “18 kodi” kat rumah tu. Blm lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari.. Berapa lama lah agaknya kita nak kena soal nanti?

nOte : info diambil dari tuan fb lupa dh nama pe..sorry ye!! just saya nk share..mekasih



Jumaat, 6 Januari 2012

Wasiat Penting..

 Assalamualaikum..

Satu hari Ajoi yang tak sihat kerana demam sikit memanggil isteri dan semua anak duduk mengelilingi katilnya.

Ajoi: “Duduk sini..abah nak bagi wasiat nih!”

Anak Ajoi: “Waaaaa….! apa ni bah? main wasiat-wasiat ni ? Baru demam sikit jer tu..”

Ajoi: “Takpelah, just wasiat.”

Isteri Ajoi: “Ok.! ok..! Apa wasiatnya bang..?”

... Ajoi: “Tanah di belah kanan dan kiri rumah kita jangan dijual…..Juga tanah yang dibelakang tu….Sesekali korang jangan cuba nak jual..!”

Anak Ajoi: “Kenapa bah?” (saspen)

Ajoi: “Tu kan tanah orang lain, bukan tanah kita…. Mana boleh jual…!”

“Sobona eh, abah sajo jo hilang boring duk atas katil ni ha…huahuahua”
 cik google



nOte : esok cuti..esok  cuti..he3


Khamis, 5 Januari 2012

Coklat Mini untuk Ulangtahun ke4


السلام عليكم ورحمة الله


COKLAT MINI BAR ni zaza tempah on9 melalui FB Chocolate Wrapper. Memang sangat2 sedap sampai tak cukup nak jilat jari hehehe. Design pulak kita boleh pilih je kat situ nak yg macam mana. Kalau taknak letak gambar pun boleh.. tapi zaza nak letak sb abadikan buat kenangan hehehe. Pasal harga, korang jangan risau.. memang berpatutan dengan hasil kerja yg dibuat.
 

Memandangkan tahun ke3 zaza tempah CUPCAKE. So, tahun ni saje bagi kelainan tukar kepada coklat pulak hehehe. Suami pun suka bila kita surprisekan dia hehe





Selasa, 3 Januari 2012

Jumaat, 30 Disember 2011

EntRi TerakHir

 Assalamualaikum..

Minggu depan dah masuk tahun baru....jadi, ni entri terakhir untuk tahun 2011.
Esok, dah mula cuti panjang sempena Tahun Baru 2012..so aku nak ucap selamat tahun baru kpd korang yg sudi follow-up blog aku dan jugak berbanyak2 terima kasih ye!! memandangkan tahun baru ni, aku dh berazam nk menjalankan tugas2 aku sebagai isteri kpd suami aku..seorg anak kepada kedua ibu bapa aku.. seorg  pekerja kepada majikannya dan juga sahabat kepada teman2 seperjuangannya..insyallah.
 dan aku  nk ucap banyak2 time kasih jugak  pada bos aku coz bagi aku balik awal harini jam 3.30ptg.. korang yg tgah keje tu jgn jeles erk!!!.. bos aku ni memang pemurah hati orgnya..hehehee... sorry entri kali ni pendek...xde ideal dh nk update coz duk pikir nak balik..nak balik..he3

photo gedikssss...


nOte : aku dh balik...tatatatata



Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat~

 Assalamualaikum..

Salam jumaat yang mulia salam penghulu hari.
Semoga segala yang kita lakukan pada hari ini lebih baik dari semalam.

Pagi2 lagi smpi opis terus aku on9 fb ngan email bos! cam biasa..hahah kat wall memasing!!...boleh  dikatakann ramai yg tgok citer "Tentang Dhia".. termasuk ler aku ngan en.asben!!..biasa balik dri kje aku terus ke dapur  masak.. ni bila dh citer dah nak ending.... opsss apa lagi terpangku ler kat dpan tv tu... bila kan iklan, kejap2 ke dapur.. he3 sib baik ler ikan goreng aku xhangus...kuat betol tendangan citer ni kan??...

memang sadis bila last ending Dhia meninggal.. pastu aku kedapur ler nak sambung jdi chef..he3 tiba2 en.asben aku ckp "ayg suami dia pun meninggal jugak"..owh !! lagi ler tersentuh...aku cakap "Sehidup Semati..Bersama dunia n akhirat".Cinta mereka cinta sejati.

dan......aku cakap lagi!!!

"mane adil...mummy n adik zikir xdapat apa2 balasan pon...pastu en.asben cakap..ayg..nk buat camner pengarah dh buat camtu..haha yelah aku jawab.."

Gedebak..gedebuk kat dapur sorg2... siap ler hidangan malam aku yg  sunguh2 simple ~ nasi putih +  ikan goreng + kacang goreng + budu tetap ada!! + air suam dan pemasuh mulut ~ serawa durian..
Tamat sudah episode 'Tentang Dhia'
dari cik google
 nOte : Buat baik dibalas baik..dan buat jahat dibalas jahat~~

 

Selasa, 27 Disember 2011

Hujan Yang Renyai2

 Assalamualaikum..

、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`
`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ Hujan Yang Renyai2...ヽ`、`、ヽ、ヽ
`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、
ヽ、ヽ``、、`Membuatkan
Zaza Bellezza Bertambah Syukur...、、ヽ`、
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ
...
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ`、Kerana...、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ、`、、ヽ、
ヽ ヽSaya Ada Tempat Berlindung Dari Kesejukan...`、、ヽ`、ヽ、ヽ
``、、、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽヽ 、ヽ 、`、ヽ、ヽ、ヽ、
、、ヽ`、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ `、ヽ`、ヽ
Sedang Ramai Orang Lain Diluar Sana Tiada Rumah...、ヽ
``、、`、、ヽ`、`、、ヽ 、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ` 、ヽ`、
ヽ```、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ 、ヽ`、ヽ`
、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`
、ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、 (“.) <----- its me,, TAKUT LA KALAU KNE KILAT `、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ
ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``/█\.ヽ 、ヽ`、ヽ、ヽ`、ヽ 、ヽ`
ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、ヽ _||_`、、|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ |`、

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓ ▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓


Fenomena air pasang dan ombak besar

  Assalamualaikum..


24 Disember 2011 berlaku fenomena air pasang dan ombak besar dipantai 
Teluk Lipat Dungun, Terengganu.
Info gambar dibawah dari fb Nur Azlina Rashid







 Semoge kita semua dlindungi Oleh-Nya..



Khamis, 22 Disember 2011

TENANGKAN JIWA ... TABAHKAN HATI (~,^)

Assalamualaikum..
::: hari ini RESULT PMR keluar kan ??? :::
so, to ALL  STUDENT, ADIK² , SEDARA² , SEPUPU SEPAPAT , AND SUME YANG TERLIBAT ... I WISH YOU LUCK DEAR :)

TENANGKAN JIWA ... TABAHKAN HATI (~,^)
GOOD LUCK ♥
 

Rabu, 21 Disember 2011

ambik mood heppy ckit ^_^

Assalamualaikum..

Arini aku xde M O O D langsung!
Arini jugak ler en.asben dah pun otw ke U P S I
selama 5hari wooooo!!!
kalau dekat2 leh ler dia jenguk aku..

aku xde mood coz aku D E M A M!!
petang semalam msa nak blik kje
ujan selebat-lebatnya!..hukhuk
cian aku..dah ler kena duk sorg2 kat umah..
time2 demam cam ni!

 nak gi klinik M A L A S..
tidak2 mesti aku dapat M C..

aku gagahkan jugak pegi O P I S
tengokler camne..kalau esok  masih lagi xchat..
aku MC ler nampaknya!
tapi..harap2 aku chat cam biasa...
sayang pulak nk cuti@mc ni...
konon mcam aku ni pekerja yg dedikasi pulak dah!..hikhik
  

ambik mood heppy ckit ^_^
 nOte : musim demam kot skrg ni !!..hukhuk



Selasa, 20 Disember 2011

blue colour >>>> kenduri kahwin

 Assalamualaikum..

Dengan sehelai tisu ditangan mengusap2 idung..he3  biasalah aku klu xsah dengan penyakit selsema!!.. pagi ni, aku kureng cbuk lagi...so mengambil kesempatan utk menulis novel..opsss!! en3 biasa 2je..

Ahad baru ni aku pegi 2buah kenduri kahwin..pertama akak kwn opis aku kawin kat Kg. Melayu Subang dan kedua adik ipar bos aku kawin bertempat Tun Hussin Onn, Cheras dan ketiga anak kwn en.asben khatam al-quran  kat Taman Medan..

 So..1st aku mesti ler pegi kg.melayu subang coz aku dri sunway.. aku xpegi ngan en.asben sb en.asben kena pegi umah kawan dia kat taman medan..so balik nnti aku singgah je sana nnti sb kwn memang duk sana jugak.....plan nk ada umah pengantin jam 12tgri..tup..tup..bru  nk gerak..hahahah..kwn aku sorg lagi dri puchong dh tggu area sana..dah smpi..apa lagi..makan cepat2 ler coz nk kejar lagi satu  umah nun jauh di cheras....

ni gambar masa majlis akak-kawan opis aku...cantik kan ke-2pengantin??
dan atas sebelah kiri tu..couple hangat kat opis..hhahaha dan aku??biasa ler klu xposing xsah!!he3..

  Dan Gambar ni pulak.....tema warna di sma kan??
biru putih... kebetulan pulak. .he3
ni kat umah bos aku...cheras
kitaorg konvo 4buah kete...

 gambar atas yg bju merah tu..kak zura n family - - aku tumpang di ler
dan yg bertopi merah tu.. en.asben cma yg gambar kat bawah ni..
gambar atas sebelah kiri ber3 tu family kak fiza..
 dan ada lagi 3org anak dia..duk tgah main kat taman pulak ngan 2org anak kak zura..

 sempat lagi tu!!!
pasangan gediksss ahakkss...

 pengantin cbuk duk layan tetamu kat luar ..
aku 3org cbuk duk bergambar atas pelamin..hahahaha
jangan marah yer pengantin!!...:))

Balik je umah bos..terus aku ke taman  medan pulak..coz en.asben dh tunggu sana.jam 10mlm bru balik umah..hahaha jalan sakan aku...  ^_^

nOte:  penat teramat sangat..tapi enjoy!!!

Jumaat, 16 Disember 2011

♥♥ heppy anniversary day!


السلام عليكم ورحمة الله


Kisahnya..
Zaza terima panggilan dari org yg tak di kenali.. bila tak di layan, asyik SMS pulak kat kita. Sampai ler 2 bulan zaza hanya mengenali belaiu melalui SMS itupun kalau sidia rajin nak call hehe. Akhirnya, sidia memberanikan diri datang dari jauh iaitu KL - Terengganu. Org cakap dah jodoh kan.. dan semua dah ditentukan oleh ALLAH swt. Lepas tu kami bertunang secara rasmi selama 8 bulan dan bernikah secara sah dalam tahun yg sama. Sekarang si dia lah suami zaza yg tersayang hehe. Bila dikenang2 balik peristiwa tu rasa tak sangka pun ada. Ajaibnya cinta cewaahhh !.


 
Alhamdulillah, usia perkahwinan sekarang dah masuk 4 tahun. Semoga dengan pertambahan usia bersama, maka bertambah mekar cinta kasih sayang kami hingga ke Syurga. In Shaa ALLAH.

Abang,
Terima kasih kerana menerima saya seadanya.
Terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya tak kira senang dan susah.
Terima kasih kerana menyayangi saya.
Terima kasih atas kesabaran dan ketabahanmu melayari bahtera perkahwinan kita walaupun kita belum dikurniakan zuriat.


Abang,
Bila ALLAH cepat memakbulkan doa kita, maka Dia menyayangi kita.
Bila lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin menguji kita.
Bila Dia tidak memakbulkan doa kita, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik buat kita.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaaNya. Semoga ALLAH akan terus makbulkan doa-dia kita untuk terus hidup bahagia bersama hingga ke hujung nyawa.

Abang,
In Shaa ALLAH, saya akan cuba baiki segala kelemahan yg ada. Saya akan sentiasa menyayangi abg dan bersama abg. In Shaa ALLAH, saya akan menjadi isteri yg baik buatmu.