السلام عليكم ورحمة الله
Siapa suka dan pernah makan aiskrim goreng ? resepi nak buat sendiri pun memang senang dan mudah je kan. Sebenarnya dah lama zaza terliur bila tengok kawan2 blog buat.. jadi semalam bermula lah operasinya hehe.

Aiskrim bahan utama dan zaza pilih yg ada 3 jenis kaler sb suami suka perisa coklat dan zaza pulak perisa vanila hehehe. Tak payah nak gaduh2 dah.. semua dapat merasa kenikmati aiskrim goreng.
Mula2 ambik 1 keping roti dan letakkan 1 scop aiskrim diatasnya dan ambik lagi 1 keping roti dan telengkupkannya.
Selepas itu, ambik mana2 cawan yg korang suka dan tekapkan diatas roti tadi.. pusing sampai menjadi doh bulat.
Tadaaa ! dah pun siap satu roti aiskrim. Pastikan takde sedikit cairan yg keluar. Boleh simpan dalam fridge sebelum goreng.
Bila nak goreng.. pastikan minyak betul2 panas supaya aiskrim kat dalam betul2 beku. Kalau minyak tak panas..confirm aiskrim korang akan cair kat dalam. Nak makan pun takde selera hihihi.














.jpg)














