Khamis, 28 Mei 2015

Hadiah Dari IntaNBerliaN Mega Gave Away2015


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Rezeki zaza dapat telekung sempena menang IntaNBerliaN Mega Gave Away 2015. Semalam, pagi2 dah terima parcel dari pos laju.. kemain terus bukak laju2 walaupun dah tau apa isi kat dalam hehe. Cuma hati ni je yg dah tak sabar nak tengok. Suka sangat ! cantik pulak tu. Tqsm ! semoga rezeki kalian makin bertambah. Tq jugak kepada adik Alisha sebab cabutan bertuah tu terkena nama aunty zaza yg ke 21 hehe.
 
 
 
nOte : sambung keje lagi.. esk dah majlis ALAMAK !
 
 
 

Rabu, 27 Mei 2015

Birthday Party Kedua [PART 1] - Fokus Kertas Bunga


السلام عليكم ورحمة الله


Hihihihi minggu ni sibuk sikit sampaikan nak update blog kesayangan hamba ni tak menang tangan. Alamak ! cuma tinggal lagi sehari nak birthday party huhu sempat ke tidak ni ?. Apa pun.. alhamdulillah, bunga2 cinta dah pun siap lepas lunch hour semalam. Cumanya tinggal untuk deko2 kecil je. Bila dah semua selesai baru boleh senyum lebar sampai ke dinding pun tak kisah muahaha. Untung sangat ! bila rakan2 semua ada sikap tolong menolong antara satu sama lain. Kiranya ini hasil kerja ke2 kami untuk birhtday partyi kali ni. Tema kali ni combined 2 kaler jugak iaitu Merah dan Kuning.. perghh ! kemain warna tak nak kalah.. nak terang2 gitu hehe. Pertama sekali zaza nak ucap ribuan terima kasih kepada kak Amy selaku ketua deco kerana semuanya ni idea asal dari dia. Kami selaku dayang2 hanya turut perintah je hehe. Nak idea kami  ? hancur.. ke laut je ahaks !. Apapun, memasing dah di bahagikan tugas.


Kak Amy - selaku ketua deco haruslah kena beli kertas A4 kaler, gam tembak serta ballon.
Kak Arifah - cake stand dan juga tempah makanan utk jamuan memang kena bagi dekat dia hehe..
Maya - macam biasa jugak.. kena order sate serta buat kad birthday hihi.
Wani - pun sama.. kena order kek birthday !
Fatimah - kali ni opis nak beli sendiri tray makanan..lain kali dah tak payah nk sewa bagai.
Zaza & Mira - selaku org baru ajk hihi.. kena beli bekas makanan/cawan/garfu/tisu/plastik sampah itu aje.




Semua gambar kat atas tu hasil air tangan kami semua.. opss ! kami hanya menggunting je okey ! yg gubah menjadi bunga tu harus lah ketua chef kak Amy hehe. Air tangan zaza cuma anak bunga warna kuning tu je muahaha. Kena asah bakat lagi lepas ni. Okey la zaza nak sambung fokus keje lain pulak. ok bai.



nOte : update seterusnya akan menyusul jikalau semua dah selesai ye..



Khamis, 21 Mei 2015

Bunga-Bunga Cinta Kembali Segar


السلام عليكم ورحمة الله


Wah ! dayang kak zah kembali aktif dengan tugasan yg diberi. Jangan ganggu kak zah okey ! tengah sibuk menggunting kain.. ehhh, menggunting kertas tau !. Kalau gunting kain mesti dah jadi baju kurung moden untuk raya nanti hehehe. Gunting kertas pun ada yg terbabas muahahaha.. ada hati nak buat baju. Kena masuk kelas jahitan dulu ye kak zah. 

Opsss ! 'bunga-bunga cinta' akan kembali segar pada minggu hadapan. Ngeeee ! tak sabar nak tunggu bunga kembang setaman.


nOte : Tema kali ni MERAH + KUNING wahhh gempak habis u !.



Rabu, 20 Mei 2015

Selasa, 19 Mei 2015

#7 - Ole-Ole Perth


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah, semalam bila 2nd bos masuk office kan, terus bagi zaza ole2 satu kotak [tak tahu apa isi kat dalam] dan jugak key chain dari Perth. Lebar la senyuman kita tau !. Terus bukak kotak tengok Pastries Apple kat dalam.. wow ! menarik ke bambom. Gelojoh betul muahahahaha.. tak sabar nak tunggu sampai rumah. Alang2 zaza dah bukak so zaza bagi sikit dekat kawan untuk merasa pastries jauh import dari Australia. Rezeki kita nak pegi sana tak tau bila lagi kehkeh. Apa pun, zaza nak ucap terima kasih banyak dekat my bos !. Bila lunch hour suami whatsapp nak rehat sama. Apa lagi, terus zaza bawak sekali kotak pastries tu sebab nak suruh dia bawak balik hehe. Sampai kedai makan, zaza bukak try bagi suami rasa.. memang sedap giler ! memula suami cakap zaza macam tak yakin je.. zaza ni bab2 kek ke apa ke kureng sikit. Tapi zaza sendiri rasa mabeles sampai ke hati hahahaha gediks. Serius memang sedap lembut je bila kita gigit masuk ke dalam mulut hehe. Pastris ni rasa dia takde la manis sangat.. manis buah gitu.



nOte : masih selsema lagi.. huhu !



Isnin, 18 Mei 2015

Kisahnya, petang Jumaat tu kena selsema..


السلام عليكم ورحمة الله


Kisahnya, petang Jumaat tu kena selsema.. 
Tapi pagi ni baru nak minum benda alah ni hehe. 
Org cakap Panadol Soluble tak digalakkan sangat !
Itu yg zaza jarang sangat telan ubat2 kalau setakat demam biasa je..
Ini pun suami yg baik hati tolong belikan sebab tengok wife dia terosheemmmm je kehkeh.


nOte : dalam handbeg mesti sediakan tuala kecik ngeeee!




Khamis, 14 Mei 2015

REVIEW - Blouse & Sequined Handbag


السلام عليكم ورحمة الله


Selalu dah tengok review org lain pasal beli barang melalui on9. Zaza pun tak ketinggalan membeli secara berhemah hihihi. Macam biasa kalau tak sibuk.. mesti tangan ni rajin je nak terjah nile.com.my ngeeee !. Dalam duk ushar kan, zaza berkenan dengan satu blouse ni, warna dia sedap je mata memandang dah macam warna aiskrim paddle pop hahahahaha. Serius, memang cantik. Harga dia cuma RM31.90 jauh murah dari yg lain dan kualiti kain pun bagus. Kalau korang nak beli cepat2 tau ! sebab blouse pink dark blue ni selalu je sold-out.


montel ni menggayakan blouse saiz 'L' hihihihi..

Perasan tak kat tangan zaza yg mengerlip lip lap tu ? itu la sequined handbag yg zaza beli dari nile jugak hehe. Memang berbaloi beli secara berhemah ni.. kalau korang tengok harga kat luar ada yg jual sampai RM40+ tau !. Tapi zaza beli cuma RM13.90 je, murah sangat. Macam2 korang boleh letak kat dalam tu. Botol susu pun muat hahaha.. tapi agak2 la kan !. Sebelum ni, zaza dah pernah beli kasut, shawl dan handbag. Penghantaran pun memang terbaik. Ada rezeki lebih zaza nak ushar jubah pulak hihihi.


nOte : mudah katanya.. alahai perempuan !.



Khamis, 7 Mei 2015

Ex- Local Engineering Kembali Bertaut


السلام عليكم ورحمة الله


Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi. Sejak ada group whatsapp ni, rindu lama bertaut kembali hehehe ! mengalahkan pasangan bercinta. Sebenarnya, zaza terharu sangat dan berterima kasih kepada admin group iaitu Kak Ida serta Nuru kerana menubuhkan 'EX-LOCAL ENGINEERING' untuk mengembalikan semula sahabat2 lama. Dimana, mereka boleh bertanyakan khabar mahupun update berita terkini tentang diri masing2.. ceewahh ! ayat skema tahap gaban muahahaahha. Tak silap zaza, hampir 7 tahun kot berkhidmat dengan company ni dan 7 tahun jugak zaza meninggalkan company tu. Apapun syukur Alhamdulillah, banyak benda yg zaza pelajari dan juga zaza takkan lupa jasa baik kalian semua. Terutama sekali, big bos En. Ir. Wan Sabri.. terima kasih banyak2. 


Memang tak sangka sangat, rupanya ahli group ni dah mencecah lebih dari 50 puluh org. Perghhh ! memang terbaik la. Opsss ! ada jugak mereka2 yg zaza tak mengenali.. jangan marah ye !. Apa pun, salam perkenalan dari zaza hehe. Zaza ingat lagi time dulu.. seronok je bila masing2 dapat berkumpul sama. Nak2 time rehat, keluar ramai2.. sampaikan terlebih waktu rehat muahahaha. Siap zaza kena panggil dengan 2nd bos alasan keluar semua sekali.. so takde org kat pejabat hihihi. Memang nakal rupanya kami waktu dulu2. Bila di ingatkan semula.. rasa kelakar pun ada. Bukan itu aje, kat depan park kereta bos ada pokok mangga.. bila musim berbuah, kemain kami ambik siap buat colek lagi hehehe. Untung dapat bos yg sporting.. tapi sporting2 jugak la kan, time keje kena fokus okey !.


Al-Fatihah buat arwah En. Azman iaitu 2nd bos zaza yg banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar. Arwah seorg yg baik. Semoga arwah tenang disana. Aamiin. 


Bila dah sembang dalam group, zaza baru tahu yg En. Zubir dah dapat title Ir. Tahniah diucapkan.. dulu2 dialah engineer yg selalu bagi keje dekat zaza hahaha. Tak lama lagi En. Lukman pun akan dapat title yg sama.. Alhamdulillah. Masing2 semua dah ada keluarga dan kehidupan sendiri. Cuma, yg masih single tu.. zaza doakan kalian pun sama akan dipertemukan jodoh dan dipercepatkan jodoh. In Shaa ALLAH. Harap2 lepas ni diaorg akan adakan reunion, maklum lah dah bertahun2 kot zaza tak jumpa mereka selepas berhihrah ke KL ni hihihi. Kalau zaza balik kg pun, biasa dapat jumpa dengan Kak Yah sorg je.. itupun kalau dia free huhu. Seriously, memang rindu giler dekat korang semua. Zaza doakan semoga persahabatan ini akan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya.


Kalau sembang dalam ni memang 3 hari 2 malam pun tak abis hihihi. Opss ! lupa pulak mesti tertanya2 kenapa sampai ramai giler ahli EX tu kan, sebenarnya.. company kesayangan kitaorg dah 'tutup'. Sedih kan, so masing2 bawak diri sendiri. Ok bai.


sumber whatsapp

nOte : mood nak balik kg semakin membuak2..hihihi.



Rabu, 6 Mei 2015

Segmen Cash by Inani Hazwani


السلام عليكم ورحمة الله

http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/05/segmen-cash-by-inani-hazwani.html

[Nak Join, KLIK Banner]
 
 
Hadiah : RM 20 X 10 pemenang
Mula : 04 Mei 2015 / Tamat : 30 Mei 2015


#12 Wordless Wednesday [AJ Jatuh Cinta]


السلام عليكم ورحمة الله





nOte : @norathifie yg ajar pakai AJ.. then @fatimahputeri penghasut mata kak zah pulakkk adehh !



Selasa, 5 Mei 2015

'Keras lah beg awak'


السلام عليكم ورحمة الله


Nak tak nak.. kena semangat jugak pergi keje ! muahahaha.. bila dah cuti lama camtu ler jadinya. Penyakit 'M' datang tiba2 hehe. Okey ! kelakar pulak bila teringat kisah semalam. Berlaku kat kedai kasut, Sunway Piramid.. time tu zaza tengah test kasut.. maklum ler aritu last sale huhuhu. Org tak payah citer memang padat kot dalam tu. Tetiba terdengar suara 'Keras lah beg awak', terus zaza pusing tengok2 sorg pakwe dengan awek time tu dia nak menyusul keluar. 'Sakit ke ?' ehhh, boleh pulak zaza tanya soalan yg sengal muahahaha. Ofkos la sakit kan, dah dia kata beg tu keras.. cuma takde la sampai luka bagai... poyo !. 'Aaahh sakit', erk.. pakwe ni sempat jugak mencelah pertanyaan zaza hihihi. Nasib awek dia tak jeling2.. kalau tak masak zaza. Terus zaza minta maaf then terus sambung pilih kasut.. dapat jugak dua pasang hihihihi. Alhamdulillah, rezeki.



nOte : suami tak dapat pakai.. isteri pun jadi muahaha.. #adiahanniversary7


Rabu, 29 April 2015

Selasa, 28 April 2015

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"


السلام عليكم ورحمة الله


[Join Klik Banner]
 
Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
 
1) Blogger yg menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 
 
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015

Khamis, 23 April 2015

Terjumpa Duit Syiling Tahun Kelahiran


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat Pagi ! Alhamdulillah.. pagi ni cuaca mendung je kan.
Semoga pagi ni kita semua dipermudahkan segala nawaitu kita. Aamiin.


Comey tak, gambar kartun duit syiling 20 sen tu hehehe. Maksud tersirat disebalik gambar tu sebenarnya. Ada perasan tak, tahun duit syiling tu ?. Okey kalau perasan diam2 sudah muahahaha. 


Kisahnya, semalam zaza ternampak satu beg kecil.. dalamnya ada duit syiling. Alaaa tak banyak pun jumlahnya. Konon nak asingkan duit lama and duit baru. Eh, tetiba ternampak pulak duit tahun kelahiran kami suami isteri. Excited kemain.. sebab sekarang ni kan dah ada duit syiling baru. So apalagi, terus zaza simpan duit ni elok2 jauh dari kawan2 dia yg lain hehe. Walaupun jumlah cuma 20 sen.. tapi bagi zaza beribu2 lemon tersirat sangat.



nOte : ehh, dah khamis.. ngee tak sabar !


Selasa, 21 April 2015

Outstation Jakarta


السلام عليكم ورحمة الله



Budget HOT ! macam datin la kan.. rayban hitam hihihi.
Selfie dalam kereta pun jadi muahahaha..


Ahad baru ni dalam pukul 1 petang, zaza bersama sorg kawan hantar suami ke KLIA. Flight suami pukul 4 petang so kena awal dua jam la kan. Tapi zaza hantar je tau ! takde nak ikut sekali sebab urusan kerja bukannya melancong !. Kalau melancong memang laju je kaki ni melangkah hahaha. Lagipun, zaza keje, kalau suri rumah boleh jugak tumpang dua kaki hehe. 


Kami terpaksa berjauhan seketika selama seminggu. Sekarang seminggu pun cepat je kan !.. pejam celik dah nak masuk bulan lain hehe. Kali ni suami zaza terbang ke Jakarta, Indonesia. 


Zaza doakan semoga suami diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan dan berjalan dengan lancar. Balik nanti kalau ada ole2 dari sana lagi sukaaaa ! hihihihi. Baru je sampai sana, dah mintak bukan2 ngeee.


nOte : minggu ni sibuk sikit..

 

Khamis, 16 April 2015

Surprise Birthday Party [Gelanggang Silat]


السلام عليكم ورحمة الله


Terharu zaza sebagai seorg isteri kerana masih ada segelintir manusia ingin menyambut birthday suami zaza walaupun dah tua hehe. Apapun diucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga buat kalian semua yg hadir pada malam tadi. Sumpah ! zaza pun tak jangka semua tu berlaku.


Kisahnya, sebelum habis latihan silat.. diaorg bekas2 silat datang bawak kek. Eh, bukan kek je tau ! siap package dengan tepung gandum dan juga telor ayam ahaakks !. Okey, plan seterusnya setelah semua budak2 silat habis latihan.. diaorg pun bawak masuk kek then nyanyikan lagu happy birthday. Suami selaku ketua jurulatih, terkejut ! dalam masa yg sama zaza tengok muka dia happy sangat. Alhamdulillah, dengan zaza sekali turut happy.


Dengan takde preparation bagai.. so potong kek pun ada org yg tolong peganggkan muahahaha. Dapatlah budak2 yg baru belajar merasa kek sikit sorg sebelum diaorg semua balik. Cuma yg tinggal hanya budak2 lama. Jadi untuk mengubati rindu yg telah lama terpadam cewaahh !. kami bergambar bersama. Plan seterusnya haaahh.. zaza dipaksa curahkan tepung gandum dekat suami sendiri adoii. Sabo ye suami.. hari bahagia.. hari bersejarah awak tak boleh nak marah2 org kan hihihi. Suami dengan muka yg terpaksa, diam tak terkata. Kiranya plan kami semua berjalan dengan lancar. Kecuali.. balingan telor ayam. Di sebabkan perjalanan balik kerumah kami berdua agak jauh.. so idea nak baling telor tu terpadam macam tu.. alasan kesian hehe.


Jom ! kita layan beberapa keping gambar pada malam tu.


masa ni kek meyorok belakang zaza hihihi. konon nak surprise !
birthday boy memotong kek
kek untuk diberi kepada budak2 silat sikit sorg.
bekas2 silat otai.. dari kiri : abg zul, haris, nuzul, shima, suami, zaza [tak termasuk dlm list hihihi], eda, ain & ecah
masa ni kek bertukar tangan.. plan seterusnya !
curahan tepung gandum.. muka terpaksa redha hihihi.
erkkk.. jangan bertukar jadi hulk sudahhh


Terima kasih kepada Abg Zul, Abg Syoib, Nuzul, Haris, Shima, Eda, Ain dan Ecah. Tanpa korang semua.. birthday party ni takkan terjadi walaupun sederhana je kan ! kan ! hehe. Memori ni semua.. kami berdua takkan lupa. In Shaa ALLAH.


nOte : 63 hari lagi 1 Ramadhan.