Memaparkan catatan dengan label selfiV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selfiV. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2014

Kami yang keterlaluan.. bukan salah kami ye..


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah..
Kenyang perut bila dah diisi dgn nasi putih berlauk kan ayam goreng, peria goreng dan air suam. 
Ke semua harga cash RM6.00 ye! 
Okey la jugak sb kedai mamak ayam goreng semuanya besar2 sampaikan boleh tak habis ayam tu huhu.

Sebelum makan.. 
kami ber3 pergi atm dulu baru singgah cosway. 
Kelmarin dah pegi cosway tapi bila dah sampi tutup pulak..takde ribut takde angin hihihi. 
Bukan nak shopin banyak pun.. saje gatal nak keluar biasa terperap je kat opis kehkeh.
Zaza beli toiletries bag -RM14.90, Kak Arifah dgn Fatimah beli Storage Case -RM9.90 seunit.

Berbalik pasal makan..
Asalnye kami ber3 order tosei.. tunggu punya tunggu sampi dah nak pengsan dibuatnya. 
Zaza dgn Kak Arifah cancel sb jam 10 minit lagi nak kul 2pm. 
Apalagi nasi putih jadi mangsa kami muahahaha :p
Fatimah sorg je yg setia dgn tosei..katanya pagi tadi dia dh makan nasi lemak. 
Hilang diet tenghari aku ermmmm. 

Bila dah dapat makan kan, semua tak ingat sampai kan jam dah 2pm.
Masih lagi berada di kedai mamak ngeeee.. 
Alamak! mati MAK.. cepat2 bayar then terus meluru je masuk opis.
Nasib ler kedai belakang opis je huh.
Masuk je opis.. tengok2 jam punchcard dah kul 2.15pm adoii.. 
Lepas tu, boleh pulak bertembung dgn MADAM.
Kami buat2 tak tahu je.. bukan salah kami. Kami tak sengaja. sorryyy bos!!!!

muka poyo! buat salah pun nak selfiV lagi :p


nOte : Laa..ingat esok dah merdeka hehe.. rupanya sehari lagi keje.
 
 

Jumaat, 17 Oktober 2014

Kita tersenyum bila hati bahagia


السلام عليكم ورحمة الله



Rindu itu kurniaan Allah.
Ada kalanya kita tersenyum bila hati bahagia merindui seseorg.. namun ada juga senyum dalam gundahnya.. yang penting bila tersenyum dapat menyenangkan mata yang memandang dan mengubati rindu yg bertandang :)

Senyum dan ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah masih izinkan kita bersama mereka yg kita sayang.

#selfiev #shawl10 #bluecolour

nOte : walau apa pun cabaran hari ini.. jangan lupa senyum walaupun sekadar untuk diri sendiri :)


Jumaat, 3 Oktober 2014

Sebulan ketinggalan rupa dah jadi macam ni hehe..


السلام عليكم ورحمة الله

Sebelum zaza lebarkan kata2.. terlebih dahulu zaza nak mohon maaf, bukan kerana sombong atau merajuk tak update blog dan juga terjah blog uols ye!.. tapi kerana sedikit kesalahan kecil iaitu penyakit MALAS hehe.. [ayat tak boleh blaahhhhh..macam ada org kesah kan!]. 

Seingat zaza last update 26 Ogos itu pun citer pasal raya AIDILFITRI yg dah basi hihihi..ni nak raya ADILADHA baru muncul aptb :p so, bermakna sebulan lah zaza ketinggalan dengan citer2 uols yg menarik kan!. Opss sebelum tu, tahniah kepada blogger mimie a.k.a CINTA ITU INDAH dan blogger ciksu a.k.a QASEHNYARANIA kerana kelahiran baby pertama. Selamat perpantang ye!

Malam ni pun entah macam mana terRAJIN pulak on9 lappy terus login hahahaha.. Okey sebelum zaza mengundur diri buat seketika waktu.. zaza selitkan gambar kami yg tersangat lawak-gelojoh-whtevr ngeee!.

muka tak boleh blah!!!!!!!!!!!!!

In Shaa Allah, ada masa jika diizinkan zaza akan kembali aktif berblog macam biasa. 
Kami berdua nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA HAJI, SELAMAT HARI RAYA KORBAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat uols semua. Pada yg dalam perjalanan balik ke kg halaman atau pun plan esok baru nak balik, zaza doakan semoga perjalanan uols selamat sampai ke kg halaman masing2.



nOte : zaza balik JERAM umah mertua, dekat je pun hihihi..


Jumaat, 27 Jun 2014

Selamat Datang Wahai RAMADHAN

السلام عليكم ورحمة الله


Selamat datang wahai RAMADHAN.. 
Selamat datang wahai IBADAH.. 
Selamat datang wahai KEBAHAGIAAN..


Hati kecil ini ingin mohon maaf setulus2nya..
 dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa.



nOte : In Shaa Allah, kita bertemu dilain catatan ye.. :) 


Jumaat, 14 Mac 2014

Dr. Zaza Kimono from Afganistan?


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Jumaat Barakah penghulu segala hari. Terima segala musibah Allah dengan kesyukuran... jerebu yg kuat, kekeringan air, panas yg terik, kehilangan pesawat MH 370. Dan segala yg ditakdirkan adalah bersebab. Yakinlah ada hikmah disebalik pemberianNya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, hanya kepada Kau aku bermohon, turunkan hujan agar pencemaran udara [jerebu] dapat dikurangkan. Dan juga permudahkan urusan mencari peswat MH370 yg telah hilang. Ampunkan kami Ya Allah, kepada Kau aku memohon pertolongan. Aamiin.
Berselfie dulu okey! hehe.. yg penting face mask jangan lupa [jerebu terlampau kuat sekarang]. Dr. Zaza Kimono from Afganistan? muahaha. macam2 diaorg bagi gelaran bila tengok gambar zaza pakai mask ni. Mana lah dia dapat nama tu, jauh bebenor datangnya ngeee!! ok, whatever. 

nOte : esok lusa cuti duduk rumah... alasan! jerebu oh jerebu hihihi.. 

Ahad, 23 Februari 2014

Datang KEMALASAN susah la kan!


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk zaza menulis.. 
sejak2 ni lembap je nak update blog huhu..
semangat zaza dah keras macam batu hurmm..
tak tau kenapa.. idea xde kot! entah la..
On9 tu tiap2 hari tak kira siang malam..
tapi bila dah datang KEMALASAN susah la kan!
zaza teringin jugak nak update blog tiap2 hari macam uols..
cuba dan cuba sedaya upaya tapi kepala otak blurr sudahh..
terus off blog then main game fb hahaha..


Alhamdulillah dapat duit BRIM dan terima kasih kpd PM kita.. kpd yg masih belum dapat lagi tu, sabar banyak2 ye! In Shaa Allah nanti turn uols pulak :)