Memaparkan catatan dengan label Office Birthday Party. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Office Birthday Party. Papar semua catatan

Khamis, 8 Oktober 2015

Birthday Party Kedua [PART 5] - Kami Bergambar Kenangan


السلام عليكم ورحمة الله

Kira ni last story mengenai birthday party kedua hehe. Kekangan masa itu yg agak lewat. Tema untuk birthday party ke-2 kami pilih warna MERAH + KUNING yg sebelum ni disini. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar selepas waktu solat Jumaat dan berakhir pada jam 6 petang.

Masing2 yg punya birthday kan, akan dapat hadiah dan jugak kad ucapan. Alhamdulillahm rezeki buat diaorg. Dah ler dapat makan free.. lepas tu diraikan kat pejabat dengan deko bunga yg cantik, memang banyak untung hehe. Semua kos untuk perbelanjaan birthday party ni ditaja khas dari pejabat. Aamiin, syukur !. Cuma pakaian je kena sendirian berhad muahahaha. Apapun, kami berterima kasih kepada big bos sebab sudi meralisasikan impian kami kehkeh [dushh! kena tumbuk].

Jom ! terjah beberapa keping gambar [sebab nanti bila letak semua boleh termuntah kuning pulak kan, hehe] yg agak over bila berposing. Itulah kami bila dah nama perempuan hehe.

gambar aksi melampau kami hehe

macam biasa kan, gegel yg lebih2 muahaha..



nOte : Esok birthday party ke-3 hihi. 

Rabu, 30 September 2015

Birthday Party Kedua [PART 4] - Kek Besday Untuk 11 Orang


السلام عليكم ورحمة الله


Haishh.. rajin pulak kita update blog hehe. Okey la tu kan, bila mood rajin tu datang.. so masa ni la kita pulun habis2 story yg lama masih berbaki hikhik. Okey, tak nak citer panjang lebar.. zaza cuma nak share beberapa jenis kek untuk 11 org yg sambut birthday party kedua. Kali ni kami order dari Berrys yg sebelum ni kami order disini.

Mocha Dream Cake


Chocolate Blackforest Cake


Dua kek lagi zaza dah lupa nama hehe. Apapun, semua kek ni sedap ! masing2 siap tapau lagi muahahaha. Kek dari Berrys yg kami order semua ada buah strawberry. Berlainan pulak dengan kek secret recipe, rata2 semua dah tahu kan dengan konsep beliau. Dan kami bertuah sebab dapat makan kek free 4 kali dalam setahun. Wahh ! suka bangat. Macam ler tak boleh beli sendiri ngeeee. Tapi bila kek untuk birthday perasaan ni lain macam sikit kan ! hehe.


KEDAI KEK BERRYS
No. 19, 1 Floor Jalan USJ 10/1E, Subang Jaya, 47610 Petaling Jaya, Malaysia.
Tel : 03-5632 8618, 03-5632 6616 Fax : 03-5632 9618



Selasa, 29 September 2015

Birthday Party Kedua [PART3] - Menu Utama Nasi Tomato


السلام عليكم ورحمة الله


Siapa tak suka makan kan ! nak2 lagi bila makan free hihihi. Okey, zaza nak kongsikan menu makanan sempena birthday party bahagian ke-2 yg sebelum ni menunya disini. Korang yg tengok pun mesti gigit jari kan, hehe. Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Macam biasa jugak, kami order semua makanan ni dari katering makcik Rokiah. Kalau korang pun teringin nak tempah dengan makcik Rokiah la kan, boleh je call 013-3689128. Cakap je yg korang tengok makanan ni semua kat blog zaza salah sorg yg keje dengan pejabat Gafis hehe. Zaza tak dapat apa2 persen pun, cuma sekadar nak menolong makcik Rokiah. Kita kan sesama sedara Islam, tak gitu ?.

nasi tomato

ayam masak merah

acar timun dgn nenas dan dalca

bihun goreng

roti jala bersama kari ayam

sate ayam dan sate daging

buah tembikai dan kuih keria

Meriah pulak tengok macam2 makanan ni. Eh, ingat makcik Rokiah cuma sediakan makanan je ? air pun ada sekali la.. korang boleh request nak sejuk or panas dan kedua2 sekali. Kami order Teh Panas dengan Sirap Ais tak silap la hehe. Maklumlah kejadian ni agak basi so otak pun dah blurr, sorry !.


nOte : next birthday party pun kami order dengan makcik Rokiah hehe.



Selasa, 22 September 2015

Birthday Party Kedua [PART 2] - Bulan April, Mei Dan Jun 2015


السلام عليكم ورحمة الله

Birthday Party untuk kali ke-2 ni dah basi hehe. Tapi zaza nak jugak update !. Berlangsungnya pada 29hb Mei 2015 iaitu kira2, 3 bulan lepas. Ingat lagi tak Kertas Bunga yg kami buat ramai2 tu.. so inilah hasilnya setelah dihias rapi. Tema untuk kali ni MERAH + KUNING dan yg sebelum ni PINK + BIRU.


Gambar yg tertampal kat atas tu merupakan background dalam bilik makan, manakala gambar kat bawah ni pulak background untuk kami bergambar sambil potong kek birthday la la la. Ni lah dia tuan deko yg cantik dan hasil kerja tangan pun cantik !. Ada je idea, kalau zaza mesti pening bila nak fikir bab dekorasi. Mujurlah jugak kami semua ringan tulang walaupun masing2 keras tangan muahahaha. Menjadi jugak akhirnya. Jom cuci mata untuk beberapa keping gambar hehe.





nOte : tunggu sambungan seterusnya ye !



Rabu, 27 Mei 2015

Birthday Party Kedua [PART 1] - Fokus Kertas Bunga


السلام عليكم ورحمة الله


Hihihihi minggu ni sibuk sikit sampaikan nak update blog kesayangan hamba ni tak menang tangan. Alamak ! cuma tinggal lagi sehari nak birthday party huhu sempat ke tidak ni ?. Apa pun.. alhamdulillah, bunga2 cinta dah pun siap lepas lunch hour semalam. Cumanya tinggal untuk deko2 kecil je. Bila dah semua selesai baru boleh senyum lebar sampai ke dinding pun tak kisah muahaha. Untung sangat ! bila rakan2 semua ada sikap tolong menolong antara satu sama lain. Kiranya ini hasil kerja ke2 kami untuk birhtday partyi kali ni. Tema kali ni combined 2 kaler jugak iaitu Merah dan Kuning.. perghh ! kemain warna tak nak kalah.. nak terang2 gitu hehe. Pertama sekali zaza nak ucap ribuan terima kasih kepada kak Amy selaku ketua deco kerana semuanya ni idea asal dari dia. Kami selaku dayang2 hanya turut perintah je hehe. Nak idea kami  ? hancur.. ke laut je ahaks !. Apapun, memasing dah di bahagikan tugas.


Kak Amy - selaku ketua deco haruslah kena beli kertas A4 kaler, gam tembak serta ballon.
Kak Arifah - cake stand dan juga tempah makanan utk jamuan memang kena bagi dekat dia hehe..
Maya - macam biasa jugak.. kena order sate serta buat kad birthday hihi.
Wani - pun sama.. kena order kek birthday !
Fatimah - kali ni opis nak beli sendiri tray makanan..lain kali dah tak payah nk sewa bagai.
Zaza & Mira - selaku org baru ajk hihi.. kena beli bekas makanan/cawan/garfu/tisu/plastik sampah itu aje.




Semua gambar kat atas tu hasil air tangan kami semua.. opss ! kami hanya menggunting je okey ! yg gubah menjadi bunga tu harus lah ketua chef kak Amy hehe. Air tangan zaza cuma anak bunga warna kuning tu je muahaha. Kena asah bakat lagi lepas ni. Okey la zaza nak sambung fokus keje lain pulak. ok bai.



nOte : update seterusnya akan menyusul jikalau semua dah selesai ye..



Isnin, 6 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 5] - ALLAH Selamatkan Kamu !


السلام عليكم ورحمة الله



ALLAH selamatkan kamu ! ALLAH selamatkan kamu !
Selamat Hari Lahir kepada mereka yg menyambutnya pada bulan Januari, Fabruari dan juga Mac iaitu En. asri selaku bos besar, Pn. Laili selaku bos perempuan, Edy, Riduzan, Haziq, Hairi dan Hamidi. Semoga kalian semua dirahmati ALLAH swt.

Alhamdulillah, majlis semua berjalan dengan lancar. Walaupun majlis sederhana kecil, tapi semua nampak happy!. Masing2 sporting dan bekerjasama bila diperlukan pertolongan. Pembuka bagi acara pada petang tu iaitu kak Arifah selaku ketua AJK dan diikuti Shaz dan akhir sekali bacaan doa oleh pakcik Mustafa. Selepas tu barulah acara potong kek besday dan tak lupa juga, masing2 dapat hadiah yg tak seberapa.. namun ikhlas dari kami semua hehe. Barulah semua dijemput makan. Haaahh memang semua laju je bab makan sebab masing2 dah kosongkan perut khas untuk besday party ni hihihi.




Bila perut dah kenyang, apalagi kan !.. masa untuk berselfie lah. Dah nama perempuan korang pun tahu hihihi. Dapat bos pulak sporting habis. Time ni baru je siap kemas2 apa yg patut. Iyelah kan, nanti nak balik takde la bergegas sana sini. Lagipun masing2 nak balik ambik anak.. yg ada anak la hehe. Bujang macam zaza ni relaks sampai malam pun takpe. Bujang la sangat... padahal suami dah menunggu kat luar hehe. Last sebelum masing2 nak balik.. selfie dulu dengan bos besar hahahaha.


Haaaa ni gambar selfie kami sebelum acara bermula. Bab gediks santai mesti laju je hehe. Sorry ye ! bukan selalu kami dapat selfie macam ni.. minggu depan dah kena start keje macam biasa. Takde dah nak selfie giler2 macam ni. Kena fokus keje pulak ye anak2 semua hehe. Akhirnya.. siap jugak entri keseluruhan untuk besday party yg diadakan pada 27hb Mac 2015 (Jumaat).

perasan tak baju kak arifah dan tudung fatimah ngeee ! baju kak arifah sempat beli kat maydin mall, manakala tudung fatimah dan kak arifah sewa khas dari zaza wardrobe muahahahaha !.



nOte : Next event In Shaa ALLAH 29hb Mei 2015.
 

Khamis, 2 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 4] - Kek Besday Untuk 7 Orang


السلام عليكم ورحمة الله


Kali ni kek sponsor by Secret Recipe. Ehh, ingat retisss ke nak kena sponsor kan ! hehe. Sebenarnya yg sponsor adalah GAFIS (M) SDN BHD ok !. Disebabkan yg menyambutnya 9 org iaitu pada bulan Januari, Februari dan juga Mac 2015. So disini kami hadkan kepada empat biji kek iaitu [OREO CHEESE CAKE, WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE, CHOCOLATE INDULGENCE CAKE dan RASPBERRY CHEESE CAKE]. Hahahahahaha kemain ayat 'hadkan' macam zaza big bos pulak. Kesemua kek2 ni kami order main belasah je yerk, sebab nak try rasa.. mesti tuan punya kedai tak bagi ! kehkeh.


Alhamdulillah.. kek untuk Puan Laili, White Chocolate Macadamia memang kena dengan citrasanya. Kembang kempis jap dayang2 semua hahaha. Chocolate Indulgence Cake pulak ramai yg suka.. katanya sangat sedap sampai menjilat jari hihi.. nasib jari kalau kaki ?. Dan dua kek lagi bukan tak sedap cuma kurang menepati citrasa masing2 je. Tapi kami nak mintak maaf banyak2 kepada besday boy and girl tu.. sebab ada 2 kek tinggi dan 2 kek rendah. Kami pun tak tahu sangat bab2 ketinggian kek ni. Apapun, kami dah buat yg terbaik untuk semua yg meraikannya.

Oreo Cheese Cake
White Chocolate Macadamia Cake
Chocolate Indulgence Cake
Raspberry Cheese Cake


SECRET RECIPE
NO. 19, JALAN USJ 10/1G, USJ 10, 47620 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
 TEL. NO. : 03-56310039
 

nOte : Dalam banyak2 kek, serius zaza suka wana kuning tu sb coklat2 ni tolak tepi hehe.





Rabu, 1 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 3] - Menu Utama Mee Kari


السلام عليكم ورحمة الله

Mewah je kan, menu pilihan kami yg tersedia atas meja hehe. Selaku AJK bertauliah, ditolak bahagi campur darab bagai.. kami sepakat menggunakan khidmat Catering Makcik Rokiah bertempat SS19 Shah Alam. Kami tahu pasal catering ni pun melalaui kawan Kak Arifah. So, Kak Arifah lah yg handle bab makanan ni hihi. Tqsm kak menolong kami yg lagak bertauliah. Kalau nak tahu, AJK pun dibahagikan tugas masing2.. org kata bekerjasama adalah lebih baik dari segalanya.



Selepas solat Jumaat makcik Rokiah bersama pembantu iaitu anak perempuannya yg menghantar sendiri ke pejabat kami. Antara menu yg dihidangkan iaitu MEE KARI, BIHUN GORENG, CUCUR UDANG, ROTI SARDIN GULUNG, PULUT PANGGANG, TEH PANAS dan TEH O PANAS. Korang yg tengok menu ni pun dah rasa kenyang kan ! hehe. Apatah kami yg ada kat situ. Harga untuk 35 org makan, makcik Rokiah cuma ambik RM400 sekali dengan penghantaran. Memang sangat2 berbaloi dan kami berpuas hati. Jom layan beberapa keping gambar hasil tangkapan sebelum acara bermula.


Mee Kuning
Limau Kasturi dan Telor Rebus
Tauhu Goreng
Sawi Celur
Cucur Udang
Pulut Panggang
Roti Sardin Gulung
Bihun Goreng

Pernah dengar sate kajang tak ?. Rata2 semua dah tau yg sate kajang memang femes terlajak laris hihi. Haah, sate lain tuan ye !.. kami menggunakan khidmat Din Sate Kajang Retro yg beroperasi di Foodcourt USJ 8, Subang Jaya. Harga secucuk sate hanya RM0.70 je ayam dan daging. Memang giler kentang.. walaupun kentang takde kene mengena ok !. hahaha. Isi setiap cucuk gedebak beso. Rugi sangat2 kalau sate tu hanya di pandang bukan di makan kehkeh.

Sate Ayam dan Daging

Alhamdulillah, rata2 semua org memuji makanan sedap dan mereka berpuas hati. Bukan senang nak handle bab2 makan minum ni hehe. Tapi yg menggelikan hati.. diaorg budak opis ingkatkan ada kek besday je rupanya package sekali dengan makan. Ofkos la kan, nanti kembong kek je dalam perut hihihi.




CATERING MAKCIK ROKIAH, SS 19 SHAH ALAM
H/P NO. : 013-3689128

DIN SATE KAJANG RETRO, USJ 8 SUBANG JAYA
H/P NO. : 017-3585446

Next.. 



nOte : GST sudah bermula 1 April... selamat semuanya !!