Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2014

Bila Bersama, Hati Rasa Indah



السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. 
Walaupun agak BASI untuk dikongsikan.. 
Saat2 indah kami ber2 kehkeh.. [sila muntah hijau :p

Indah?
Ye... bukan INDAH HARLINA dalam drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' hihihi.. 
Indah yg zaza maksudkan... dapat meluangkan masa dengan org tersayang.. takde paksaan tau!
Bila lagi kan nak luang masa sama2.. kat rumah itu memang dah pasti hehe. 

Iyelah kan, tiap2 hari keje cuma hari minggu je nak havoc muahaha.. havoc la sangat :p

Ada jugak sesetengah suami or isteri yg keje shift takde masa nak bersama. Apatah lagi dengan anak2. Sampaikan tahap salah sorg terpaksa ambik cuti huhu. Tapi, untuk org tersayang tak salah pun.. janji happy! lagipun bukannye selalu cuti hehe.

Gambar yg alaaa gedikss kat atas tu at Subang Parade. Suami melayan kerenah isteri yg naik gilerr nak bergambar haha.. nasib dapat suami yg sporting kadang2 kahkah. Cuma bila di ajak selfiV bersama langsung taknak pandang camera hp. Bukan malu2 kucen tau.. kebanyakan gambar kami ber2 memang mcm tu.. matanye mesti ke arah lain. Whatever la encik suami... janji awak bahagia kehkeh.. :p

Dalam banyak2 tempat mall seperti Main Place, The 19 USJ, One City, Summit, Sunway Piramid, Empire and banyak lagi. Tapi Subang Parade jugak tetap menjadi pilihan hati suami. Luar kawasan Subang memang tak payah citer la kan! membazir masa katanye. Boleh pulak macam tu erk. huhu..


nOte : kira hari.. tengok kalendar.. tungu nak gaji hahahaha.. :p


Ahad, 2 Mac 2014

MOVIE [Sejoli & Non-Stop]


السلام عليكم ورحمة الله

Hujung minggu sebelum incik suami outstation, sempat luangkan masa bersama menonton wayang citer 'Sejoli'. Opss! sebenarya tiket ni kawan incik suami yg belanja hehehe. Alhamdulillah rezeki kami berdua. Kami menonton di Sunway Piramid. Bukan tiket je zaza dapat free tau... sekali package 3 pasang kasut muahahaha. yg ni incik suami la pulak belanja.. thanks :)  syukur sangat2.

Dan Petang Sabtu semalam, zaza pergi pulak menonton 'Non-Stop' dengan anak buah incik suami. Kami menonton di Space U8. First time zaza menjejakkan kaki di sana hihihi. Sebab sebelum ni area dekat rumah je jadi tumpuan kami bila tengok wayang [Subang Parade], [Sunway Piramid], [Summit] dan [One City Mall]. Nak pergi jauh2 incik suami tak layan ngeee!!



Sinopsis : 
SEJOLI mengisakan Gina lakonan [Maya Karin] dan Joe [Bront Palare] , mencari ketenangan di Phuket selepas mereka kecewa dengan pasangan masing2. Mereka tidak mengenali satu sama lain tetapi.. nak tau lebih saksikan sendiri ye! nanti bila zaza citer tak gempak la kan! hehe. Tapi citer ni memang lawak giler2!!

[zaza bagi 4 bintang]



Sinopsis : 
NON-STOP mengisahkan sebuah penerbangan berangkat dari New York menuju London. Marshal Udara Amerika Bill Marks [Liam Neeson] menerima sms ancaman membunuh penumpang setiap 20 minit dan dalam situasi yg sama terdapat BOM.  Citer yg penuh suspen membuatkan kepala otak zaza bekerja keras sebab nak kena fikir dan menjangkakan siapa sebenarnya suspek tersebut haha.. macam biasa la nak tahu lebih detail korang mesti kena tengok! sb apa? sb gempak best!..

[zaza bagi 5 bintang]


Rabu, 29 Januari 2014

MOVIE [Lone Survivor]


السلام عليكم ورحمة الله



Bagi korang yg memang penggemar filem aksi dan perang, filem LONE SURVIVOR salah satu filem yg memang terbaik untuk ditonton. Sebenarnya, zaza baru je balik tengok citer ni hehe... Filem ni berdasarkan satu misi tentera sebenar yg gagal pada 28 Jun, 2005. Misi tersebut diberi nama "Operation Red Wing". Empat ahli kumpulan SEAL Team 10 diberi misi menangkap atau membunuh ketua Taliban terkenal, Ahmad Shad yg sangat2 jahat! ngeee geram pulak zaza. Tapi kan, daripada mereke berempat hanya Marcus Luttrell yg masih hidup. Zaza sedih sangat bila tiga kawannya tak dapat diselamatkan. :( 
 Apa pun, citer LONE SURVIVOR memang TERBAIK di hati zaza. :)


nOte : beli air msuk pwgam.. bwk blik smpi rumah hahaha..


Rabu, 30 Januari 2013

MOVIE [Parker]


السلام عليكم ورحمة الله


DIKALA KU KESEPIAN..
DIHANYUT OMBAK RESH..
KAU MENGUBATI KERINDUAN..
 
 
Angauuu kejap hihihi. Hati berbunga2 wink*
Alhamdulillah.. selama 3 minggu OST Hua Hin, Thailand, suami selamat sampai ahad malam. Jadinya suami ajak zaza tengok wayang hihihi. Kami layan Parker ! memang terbaik citer ni. Dah hero zaza yg berlakon kan !. Memang minat giler dengan Jason Statham ni.. tak kira watak apa yg dia lakonkan. Semua real je aku tengok kehkeh.

sumber google



Isnin, 5 Disember 2011

MOVIE [Tin Tin]


السلام عليكم ورحمة الله



sumber google

Dalam org lain sibuk kemas meja nak balik keje, zaza sempat lagi update blog muahahaha !. 

Saje nak story pasal movie The Adventures of Tin Tin. Citer animasi kartun yg nampak macam real je.. kelakar giler ! pecah satu panggung tu gelak. Merupakan kisah pengembaraan misteri kapal tenggelam. Tin Tin adalah seorg pemuda yg berkejaya sebagai wartawan yg berkaliber. Tin Tin juga mempunyai seekor anjing kesayangan yg sangat bijak. Nak tahu kesudahan ? korang tengok je sendiri ye. kan citer tak best pulakkkk hihihi.



 

Jumaat, 21 Oktober 2011

MOVIE [Al-Hijab]


السلام عليكم ورحمة الله


Seronok bila luangkan masa bersama sahabat kan !. Alhamdulillah, baru2 ni zaza balik kg. Zaza terharu sangat bila bff kita sanggup ambik half day semata2 nak lepak sama2. Tqsm kak yah.. i love u. So memandangkan kami jarang sangat dapat jumpa, kami lepak at Mesra Mall Kerteh. Kami layan AL-HIJAB Movie. Konon nak berdua macam pasangan kekasih hihihi. Tapi citer menyeramkan hahaha. 
 
Terima kasih jugak kepada Mie sahabat zaza kerana sudi belanja kami KFC. Terima kasih jugak BFF zaza lagi 2org lely and anie kerana sudi datang rumah zaza. Best kan lepak walau pun sekejap je.. teringat time2 skool dulu hehe. Sempat jugak singgah opis lama, rindu kengkawan kat sana. Walaupun jauh dimata, zaza tetap ingat korang semua tau !. Maklum lah tanah air zaza memang kat situ pun.  
 
 


 




Isnin, 25 Oktober 2010

MOVIE [Cuti-Cuti Cinta]


السلام عليكم ورحمة الله


Pagi ni sempat jugak curi masa kat opis nak update blog hehe. Sepi sikit sebelum ni sb bz dengan kerja2 yg ada. Alhamdulillah so far, lega sikit. Baru2 ni suami ajak tengok wayang at Piramid. Pilihan kami berdua 'cuti-cuti cinta' perghhh! tak pernah2 suami nak layan citer melayu ni kehkeh.


sumber google


Patut la sakan beria suami pilih citer ni rupanya memang kelakar habis. Memang tak kering gusi kalau korang tengok. Kepada siapa yg nak tengok tu.. selamat menonton ye!.