Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Semoga pakcik-pakcik ku sihat walafiat..


السلام عليكم ورحمة الله


Zaza sedih dan bimbang sangat sebab pakcik2 zaza sakit. Ayoh Teh dengan penyakit Gaout [seminggu dah tak bangun], Pok Zam disahkan menghidap sakit buah pinggang [baru je keluar wad] dan Ayoh Ngah pulak menghidap batu karang [masih berada diwad HSNZ, Terengganu]. Subhanallah.. besarnya ujian Mu Ya Allah. Semoga pakcik2 zaza di anugerahkan sifat sabar dan mendapat pahala diatas dugaan dan ujian ini. Mohon jasa baik kalian semua, doakan pakcik2 kesayangan zaza semoga sembuh sediakala.


"Dengan nama ALLAH, sesungguhnya tiada satu pun yang boleh memudaratkan kami apa yang ada dibumi dan dilangit melainkan dengan izinMu.. Sesungguhnya kamu maha mengetahui.. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Engkaulah tuhan yang bisa menyembuhkan apa jua penyakit.. Maka Engkau sembuhkanlah dia seperti sediakala. Aamiin."

nOte : Sedih pulak tengok berita tadi.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yg memikul terutama buat ahli keluarga serta sanak saudara mangsa MH17. Al-Fatihah.

Sabtu, 19 Julai 2014

Muhasabah diri sesungguhnya DIA maha mengetahui..


السلام عليكم ورحمة الله

MH370 masih lagi jadi tanda tanya..
Datang pulak Sabah bergelora..
Gaza pulak bercahaya api..
Bermandikan darah..
Dalam doa untuk mu Gaza..

Tak sedar macam2 kata untuk CDM..
Timbul pulak MH17..

Ya Allah,
Apa petanda, di mana petunjuk..
Untuk siapa, kenapa..
Penuh persoalan menjadi tanya..

Ya Allah,
KUN FA YA KUN
Sesaat pun tidak, apatah lagi seminit..
Muhasabah diri sesungguhnya DIA maha mengetahui..
Allah bagi musibah kpd org lain..
Kadangkala bukan kerana kesilapan org itu..
Tapi kerana kesilapan kita..

Jika kita bercakap pasal org lain..
Kesilapan org lain mengutuk, menghina.. betapa berdosanya mereka di atas kesilapan yg mereka lakukan..
Cubalah bercakap di depan CERMIN dan lihatlah pada siapa kata2 itu dituju..

Ya Allah,
Ampunilah dosa mereka yg telah pergi kerana kekhilafan ku dan seandainya mereka pergi kerana dosa2 ku, Engkau tempatkanlah mereka di dalam Syurga Mu.. In Shaa Allah.


'ehsan google'


nOte : Takziah kpd semua mangsa yg terkorban.. Al-Fatihah.

Ahad, 18 Ogos 2013

[Aku Terkedu] Tidak Sengaja Mengajar Isteri


السلام عليكم ورحمة الله


Maaf? Tak Sengaja? Mengajar? Astaghfirullah. Lelaki bacul sahaja memukul wanita. Nabi saw TIDAK PERNAH memukul isterinya. NO man has the right to ever hit a woman! Got it? STOP VIOLENCE AGAINST WOMAN. REPORT AND HELP ANY CASE YOU KNOW.


nOte : [petikan dari fb Wardina Safiyyah OfficialPage]. uols semua pun mesti sama pendapat dgn kak dina kan! aku pun cukup2 kesian dgn nasib isteri dia yg teruk dibelasah oleh suaminya. Harap dgn apa yg terjadi suami2 or isteri2 di luar sana, berhati2 lah sebelum bertindak sesuatu mengikut hawa nafsu.  


Isnin, 8 Julai 2013

Takziah kepada Hadar Atas Apa Yang Berlaku


السلام عليكم ورحمة الله


3 Julai 2013, CHUKAI - Seorang pesara kastam bereputih mata apabila tiga kenderaannya yang diletakkan dalam garaj rumah dikebas pencuri ketika mangsa sekeluarga nyenyak tidur dalam kejadian di Jalan Delima 6, Lot 144, dekat sini awal pagi semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi dan kenderaan yang hilang ialah Toyota Hilux, Toyota Altis serta Naza Kia Forte. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 57 tahun meninggalkan set kunci pendua rumah dalam kenderaan Toyota Hilux.

Menurutnya, suspek yang membuka Yoyota Hilux menggunakan kunci pendua itu untuk membuka pintu rumah dan mengambil dua lagi kunci kereta iaitu Toyota Altis dan Naza Kia Forte yang diletakkan atas meja dalam rumah terbabit.

"Selain itu, sebuah komputer riba milik anak mangsa turut dilarikan dan semasa kejadian, pagar rumah mangsa tidak berkunci.

"Kita percaya kes ini dilakukan lima lekaki dan mereka adalah suspek sama yang terlibat dengan kes curi tiga Toyota Hilux di Kuantan, Pahang, dua hari lalu, " katanya semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini bekerjasama bersama IPD Kuantan untuk mengesan semua suspek terbabit.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A/Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh untuk melakukan jenayah. - (Sumber Sinar Harian)


Takziah kepada Hadar (adik ipar) dan keluarga yang berlaku. Harap dapat bersabar di atas ujianNya. Semoga Allah menggantikan dengan yg lebih baik. 

nOte : Penjenayah tidak takut dengan hukuman.. walau di mana saja kita berada, penjenayah tetap ada. kita tak kenal dia.. tetapi dia kenal kita.. so sentiasa berwaspada walau dimana kita berada. Semoga kita semua dilindungiNya. Aamiin.


Ahad, 23 Jun 2013

Indeks Pencemar Udara (IPU)


السلام عليكم ورحمة الله

Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;

3 stesen pada tahap berbahaya:
• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:
• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:
• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121) 
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

Sumber: Jabatan Alam Sekitar




"Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yg benar). " Ar-Rum (30):41

nOte : Jangan lupa minum air yg banyak ye !

Sabtu, 2 Mac 2013

Lahad Datu Berbalas Tembak


السلام عليكم ورحمة الله



1hb Mac 2013,
Beberapa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu, Sabah.
 
Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yg terkorban di Kg. Tanduo. Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena seragan mortar di Kg. Tanduo yg menjadi kubu kumpulan pencerobohan bersenjata dari Filipina ketika sedang berkawal satu daripada pos di sekitar Kg itu.

gambar ehsan google


hAL-FATIHAH buat perwira Nehara ku. Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan dan keselamatan tentera2 dan pasukan polis kita yg sedang berjuang sekarang ni. Semoga ALLAH swt melindungi mereka.. Aamiin.

nOte : Sumber disini.



Isnin, 15 Oktober 2012

Suami Maut Kemalangan, Anak Lahir..


السلام عليكم ورحمة الله



GEORGETOWN - Dalam keadaan sakit hendak melahirkan anak, seorg isteri tetap mengagahkan diri untuk menziarahi dan mencium jenazah suaminya yg maut akibat kemalangan jalan raya sebelum terus dikejarkan ke Hospital, semalam. Adegan pilu itu menyentuh perasaan org ramai di Masjid Jamek Hashim Yahaya di jalan Perak, disini sebelum Siti Jannah Mohamed Amin 27, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang [HPP].
 
Siti Jannah dimasukkan ke wad bersalin HPP sejal dua hari lalu kerana menunggu masa melahirkan anak keduanya, namun dikejutkan dengan berita kematian suaminya yg terlibat dalam kemalangan di Lebuh Leith, disini awal pagi semalam.
 
Berikutan itu, ahli keluarga wanita itu membawanya keluar dari hospital untuk menghadiri pengembumian suamina dan sebaik selesai solat jenazah dan mencium jenazah arwah, Siti Jannah mengadu sakit perut.
 
Dia kemudian dibawa ahli keluarga ke HPP dan selamat melahirkan bayi perempuan kira2 jam 3.30 petang semalam, kira2 12 jam selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan. 

Ya, ALLAH, rasa sedih sebak pula bila terbaca artikel ni.. kuatnya wanita ni. Kasih suami isteri sampai ke hujung nyawa. Semoga arwah suaminya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. AL-FATIHAH. Semoga baby yg baru lahir menjadi anak yg solehah buat ibunya.


nOte : sumber MyMetro
 



Selasa, 22 Mei 2012

Bila BE menempek


السلام عليكم ورحمة الله



Jam 7.00 pagi zaza dah terpacak kat pejabat hehe. Padahal masuk keje jam 9.00 pagi hahaha.. rajinnya awak datang awal2. Kisahnya, zaza terpaksa ikut suami sekali, kalau tak nak naik bas hehe.
 

Okey, tajuk diatas berkenaan BE. Bersyukur walau tak sehebat macam org lain hehe. Bukan minta simpati tapi realiti. Seketul BE menampak dekat blog zaza ni. Bukan senang Nuffang nak kasi hahahaha. Lain Kali kasi lagi banyak ye !.
 


Jumaat, 11 Mei 2012

Loji Petronas Gas Berhad - GPP3 Meletup!


السلام عليكم ورحمة الله



Tersentap ! pagi2 terbaca statement kawan2 dekat FB pasal kejadian meletup yg berlaku di Petronas Gas Berhad, GPP3. Terus teringat dekat ayah.. laju2 call adik tanya perkhabaran. Syukur alhamdulillah, ayah zaza selamat dari tempat kejadian. Lagipun tempat yg berlaku tu jauh dari tempat ayah zaza buat keje.
 
Berlaku kejadian tu di sebabkan, mereka membuat kerja2 pemotongan kimpalan di Pipeline Gas. Spark terpercik masuk ke dalam Pipeline. Berita sedih, seorg meninggal dunia dan sorg lagi cedera parah. Manakala sepuluh org cedera ringan. Al-Fatihah, buat arwah dan salam takziah buat keluarga arwah. 



                 

Khamis, 26 April 2012

Pengorbanan Boleh Dianggap Jihad


السلام عليكم ورحمة الله



KUALA LUMPUR - Kematiannya boleh dikategorikan sebagai jihad kerana dia sanggup mengorbankan dirinya demi kasih sayang terhadap abangnya dan ini sangat jarang berlaku pada zaman sekarang.
 
Pujian juga harus diberikan kepada keluarganya yg berjaya menerapkan sifat kekeluargaan yg cukup erat di kalangan adik-beradik sehinggakan si adik sanggup mengadaikan nyawanya demi abang tercinta. Kata pendakwah bebas yg juga Kaunselor, Dr. Rubiah Hamzah.
 
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar di Terengganu, Muhammad Muaz Yusof, 13 yg meninggal dunia akibat paru2 berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum2 tulang belakang kepada abangnya yg menghidap Leukemia.
 
Ibunya, Asma Ismail 51, dalam laporan itu berkata, sebelum memasuki bilik rawatan untuk menjadi penderma kepada abangnya Sabtu lalu, dia bertanya kepada arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu. Menurut Rubiah, masyarakat sekarang takut untuk berkorban dan tindakan arwah menunjukkan dia seorg adik yg meletakkan kasih sayang kepada abangnya melebihi nyawanya sendiri.
 
Org zaman sekarang nak korbankan cinta kepada kekasih pun susah, apalagi kalau nak korbankan diri mereka lagilah susah. Arwah adalah hero dalam keluarga itu dan masyarakat perlu menjadikannya sebagai contoh pengorbanan dalam sesebuah keluarga.
 
Ibu arwah seharusnya berasa bangga mempunyai anak seperti itu yg sanggup berkorban demi darah daging sendiri, katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
 
Buat kawanku YAYA, tabahkan hatimu..
Kak Za merasai apa yg Yaya rasa kehilangan org yg disayangi menyebabkan kita seperti kehilangan kehidupan kita didunia. Memang sangat menyedihkan. Banyak2 kan bersabar dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga tenang disana. Aamiin.



Jumaat, 7 Oktober 2011

Isu Panas!!..


السلام عليكم ورحمة الله



Majoriti penduduk di Kampung Medan kurang berpendidikan tinggi dan berpendapatan rendah serta mencatatkan gejala sosial yg agak tinggi sehingga menjadi punca perbalahan antara satu sama lain meskipun atas alasan remeh. Eh, apa bende ko tulis ni ?

Kami warga Taman Medan berasa bertuah kerana dapat menetap disini.. Alhamdulillah, kami masih berasa selamat berada ditemat kami.. cuma yg kami tak perlukan ialah pengacau2 yg cuba membuat onar ditempat kami.

Luahan dari org2 Kg. Taman Medan..
Perlu ke tulis artikel macam tu ? bagaimana perasaan org2 kg yg telah lama menetap disitu.
 
nOte : Sumber disini. 


 

Khamis, 6 Oktober 2011

Berita best ni!!...


السلام عليكم ورحمة الله



Berita best ni.. Semalam suami bagitau yg dia dapat invite dari PESAKA SELANGOR. Tapi, sempatkah kami nak join sama.. sebab malam tu jugak kitaorg [UiTM Puncak Alam/Perdana] kena gerak ke UiTm Arau, Perlis huhuhu. So kata putus.. memang tak dapat nak tolong pegi hehehe. Takde rezeki kami.
 
Sempena : Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2010
Bertempat : Grand Ballroom, Hotel De Palma Inn, Seksyen 19 Shah Alam
Pada : 7hb Oktober 2011 [Jumaat], Jam : 8.00 Malam
Pakaian : Batik
 
blurr sudah pic ni hehe..

 

Jumaat, 14 Januari 2011

Berita Sensasi


السلام عليكم ورحمة الله


SALAM JUMAAT.. sekejap je dah tengah bulan Januari kan!. Sorry ye, lama pulak rasa zaza tak online hehe.. maklumler dapat MC sehari sebab demam. Okey ! saje suka2 takde keje nak dibuat apa kata kita tengok sape yg terkena muahahaha.


BERITA SUKAN : Jaguh Negara, komando kembali beraksi 2011 betul ke ni?

PERCAYA ATAU TIDAK? - Ain bakal menjadi bos.. hahaha kita tunggu je.


JOM KITA IKUTI - Pengakuan dari Chaz macam mana nak jadi awet muda..


TAHNIAH ! - Nur Azlina bakal gelaran Datin hehe.



 





¸¸.•* ❤*❤ Zaza Nizam ❤*❤*•.¸¸