السلام عليكم ورحمة الله
Zaza sedih dan bimbang sangat sebab pakcik2 zaza sakit. Ayoh Teh dengan penyakit Gaout [seminggu dah tak bangun], Pok Zam disahkan menghidap sakit buah pinggang [baru je keluar wad] dan Ayoh Ngah pulak menghidap batu karang [masih berada diwad HSNZ, Terengganu]. Subhanallah.. besarnya ujian Mu Ya Allah. Semoga pakcik2 zaza di anugerahkan sifat sabar dan mendapat pahala diatas dugaan dan ujian ini. Mohon jasa baik kalian semua, doakan pakcik2 kesayangan zaza semoga sembuh sediakala.
"Dengan nama ALLAH, sesungguhnya tiada satu pun yang boleh memudaratkan kami apa yang ada dibumi dan dilangit melainkan dengan izinMu.. Sesungguhnya kamu maha mengetahui.. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Engkaulah tuhan yang bisa menyembuhkan apa jua penyakit.. Maka Engkau sembuhkanlah dia seperti sediakala. Aamiin."
nOte : Sedih pulak tengok berita tadi.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yg memikul terutama buat ahli keluarga serta sanak saudara mangsa MH17. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.