Selasa, 29 September 2015

Birthday Party Kedua [PART3] - Menu Utama Nasi Tomato


السلام عليكم ورحمة الله


Siapa tak suka makan kan ! nak2 lagi bila makan free hihihi. Okey, zaza nak kongsikan menu makanan sempena birthday party bahagian ke-2 yg sebelum ni menunya disini. Korang yg tengok pun mesti gigit jari kan, hehe. Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Macam biasa jugak, kami order semua makanan ni dari katering makcik Rokiah. Kalau korang pun teringin nak tempah dengan makcik Rokiah la kan, boleh je call 013-3689128. Cakap je yg korang tengok makanan ni semua kat blog zaza salah sorg yg keje dengan pejabat Gafis hehe. Zaza tak dapat apa2 persen pun, cuma sekadar nak menolong makcik Rokiah. Kita kan sesama sedara Islam, tak gitu ?.

nasi tomato

ayam masak merah

acar timun dgn nenas dan dalca

bihun goreng

roti jala bersama kari ayam

sate ayam dan sate daging

buah tembikai dan kuih keria

Meriah pulak tengok macam2 makanan ni. Eh, ingat makcik Rokiah cuma sediakan makanan je ? air pun ada sekali la.. korang boleh request nak sejuk or panas dan kedua2 sekali. Kami order Teh Panas dengan Sirap Ais tak silap la hehe. Maklumlah kejadian ni agak basi so otak pun dah blurr, sorry !.


nOte : next birthday party pun kami order dengan makcik Rokiah hehe.



3 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.