Isnin, 14 September 2015

Bila Suami Masuk Dapur


السلام عليكم ورحمة الله

Tiga hari berturut suami zaza rajin masuk ke dapur hahaha. Bukan bermakna sebelum ni langsung tak pernah masuk ye ! pernah jugak masak serta cuci pinggan makan sendiri. Cumanya, rasa dah lama tak masak dan minggu lepas rajin pulak jadi chef hihi. Isteri kat tempat keje tersenyum lebar bila suami menghantar gambar dari whats app. Dengan tiba2 perut rasa lapar hahaha. Rasa nak balik rumah time tu jugak. Alhamdulillah, suami rajin menolong.. tapi kena tengok mood dia jugak ! kalau tak, jangan harap la dia nak masak hehe.  Okey, ni antara menu pilihan suami ;

Hari Pertama - Sayur Kailan Ikan Masin & Udang Masak Sambal Petai.
Dua lauk ni memang zaza suka.. tau2 je suami I nie. Sanggup pergi Maydin beli petai dengan udang. Sambal petai serius sedap ! kalah kak zah masak hehe. Kailan kureng rasa masin.. itu je. Lain perfect ! amboii ko jah, mengalahkan juri.



Hari Kedua - Ikan Siakap Masak Steam Cendawan.
Ikan steam pun zaza suka.. eh ! asyik suka je.. ke nak ambik hati suami ?. Betul, tak tipu.. zaza memang suka ikan steam. Tak kisah la steam nyonya ke, steam asam boi ke, steam serai ke, ntah apa2 je la. Paling best, bila suami campak cendawan kering ni sejambak banyak.. boleh buat ulam hihi. Sebenarnya, suami letak sikit je cendawan kering ni.. tapi bila dah masak.. kemain kembang tak kucup2 hahaha. Apa pun, ikan steam ni memang mabeles !
 

Hari Ketiga - Sayur Bayam Goreng Belacan & Begedil Daging Burger.
Sayur goreng bayam ni kira last masak dari suami. Kan dah cakap ikut mood dia hihi. So, zaza tambah begedil untuk santapan makan malam kami. Sebab zaza tau suami memang suka makan begedil ni. Sebelum makan nasi, begedil dah habis makan dalam 5 biji erk !. Tapi begedil yg zaza buat kecik2 je.. zaza suka buat kecik sebab cantik je pandangan mata hahaha itu pun kisah. Aduhai. 
 



Apapun, zaza nak ucap ribuan terima kasih buat suami sebab sudi luangkan masa masak untuk zaza. Rasa 3 hari tu cukup2 mewah zaza makan sampai berselera.. siap tambah nasi lagi tau, ngeeee !. Ops, jangan pulak suami I baca terus letak jawatan part time masak sudah.. sebab komen yg tak membina dari isteri muahahaha.


nOte : jerebu oh jerebu ! [Al-Fatihah kepada tetamu ALLAH SWT dan salam takziah buat family arwah].



2 ulasan:

  1. Salam pagi selasa...
    wah!seronoknya......Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. bestnya.. sekalli skala bertukar chef, kan. lain seleranya nannti

    sama la dgn ayah rania kalau kita buat begedil, akan hilang separuh sbelum tu.. hahaha

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.