السلام عليكم ورحمة الله
Mewah je kan, menu pilihan kami yg tersedia atas meja hehe. Selaku AJK bertauliah, ditolak bahagi campur darab bagai.. kami sepakat menggunakan khidmat Catering Makcik Rokiah bertempat SS19 Shah Alam. Kami tahu pasal catering ni pun melalaui kawan Kak Arifah. So, Kak Arifah lah yg handle bab makanan ni hihi. Tqsm kak menolong kami yg lagak bertauliah. Kalau nak tahu, AJK pun dibahagikan tugas masing2.. org kata bekerjasama adalah lebih baik dari segalanya.
Selepas solat Jumaat makcik Rokiah bersama pembantu iaitu anak perempuannya yg menghantar sendiri ke pejabat kami. Antara menu yg dihidangkan iaitu MEE KARI, BIHUN GORENG, CUCUR UDANG, ROTI SARDIN GULUNG, PULUT PANGGANG, TEH PANAS dan TEH O PANAS. Korang yg tengok menu ni pun dah rasa kenyang kan ! hehe. Apatah kami yg ada kat situ. Harga untuk 35 org makan, makcik Rokiah cuma ambik RM400 sekali dengan penghantaran. Memang sangat2 berbaloi dan kami berpuas hati. Jom layan beberapa keping gambar hasil tangkapan sebelum acara bermula.
Mee Kuning |
Limau Kasturi dan Telor Rebus |
Tauhu Goreng |
Sawi Celur |
Cucur Udang |
Pulut Panggang |
Roti Sardin Gulung |
Bihun Goreng |
Pernah dengar sate kajang tak ?. Rata2 semua dah tau yg sate kajang memang femes terlajak laris hihi. Haah, sate lain tuan ye !.. kami menggunakan khidmat Din Sate Kajang Retro yg beroperasi di Foodcourt USJ 8, Subang Jaya. Harga secucuk sate hanya RM0.70 je ayam dan daging. Memang giler kentang.. walaupun kentang takde kene mengena ok !. hahaha. Isi setiap cucuk gedebak beso. Rugi sangat2 kalau sate tu hanya di pandang bukan di makan kehkeh.
Sate Ayam dan Daging |
Alhamdulillah, rata2 semua org memuji makanan sedap dan mereka berpuas hati. Bukan senang nak handle bab2 makan minum ni hehe. Tapi yg menggelikan hati.. diaorg budak opis ingkatkan ada kek besday je rupanya package sekali dengan makan. Ofkos la kan, nanti kembong kek je dalam perut hihihi.
CATERING MAKCIK ROKIAH, SS 19 SHAH ALAM
H/P NO. : 013-3689128
H/P NO. : 013-3689128
DIN SATE KAJANG RETRO, USJ 8
SUBANG JAYA
H/P NO. : 017-3585446
Next..
nOte : GST sudah bermula 1 April... selamat semuanya !!
sate tu memang best. catering makcik rokiah tak pernah cuba lagi
BalasPadamkan ! memang sedap sangat.. berbaloi dengan harga. Alhamdulillah, semua kenyang hehehe.
Padamsate tu memang best. catering makcik rokiah tak pernah cuba lagi
BalasPadamapasal macam lapar jer tiba-tiba bila tengok makanan ni?
BalasPadamhihihi sorry ye farah.. nak makan pun jauh kan hehe..
Padamnasib dah petang baru tengok makanan ni sumer..akak terliur ngan sate jer..hahaaa
BalasPadamolooo sian kak.. suka sate erk !
Padamdap dap semua menu
BalasPadamkek utama nya mana
hahaha surprise !
Padam