Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Semoga pakcik-pakcik ku sihat walafiat..


السلام عليكم ورحمة الله


Zaza sedih dan bimbang sangat sebab pakcik2 zaza sakit. Ayoh Teh dengan penyakit Gaout [seminggu dah tak bangun], Pok Zam disahkan menghidap sakit buah pinggang [baru je keluar wad] dan Ayoh Ngah pulak menghidap batu karang [masih berada diwad HSNZ, Terengganu]. Subhanallah.. besarnya ujian Mu Ya Allah. Semoga pakcik2 zaza di anugerahkan sifat sabar dan mendapat pahala diatas dugaan dan ujian ini. Mohon jasa baik kalian semua, doakan pakcik2 kesayangan zaza semoga sembuh sediakala.


"Dengan nama ALLAH, sesungguhnya tiada satu pun yang boleh memudaratkan kami apa yang ada dibumi dan dilangit melainkan dengan izinMu.. Sesungguhnya kamu maha mengetahui.. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Engkaulah tuhan yang bisa menyembuhkan apa jua penyakit.. Maka Engkau sembuhkanlah dia seperti sediakala. Aamiin."

nOte : Sedih pulak tengok berita tadi.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yg memikul terutama buat ahli keluarga serta sanak saudara mangsa MH17. Al-Fatihah.

Sabtu, 19 Julai 2014

Muhasabah diri sesungguhnya DIA maha mengetahui..


السلام عليكم ورحمة الله

MH370 masih lagi jadi tanda tanya..
Datang pulak Sabah bergelora..
Gaza pulak bercahaya api..
Bermandikan darah..
Dalam doa untuk mu Gaza..

Tak sedar macam2 kata untuk CDM..
Timbul pulak MH17..

Ya Allah,
Apa petanda, di mana petunjuk..
Untuk siapa, kenapa..
Penuh persoalan menjadi tanya..

Ya Allah,
KUN FA YA KUN
Sesaat pun tidak, apatah lagi seminit..
Muhasabah diri sesungguhnya DIA maha mengetahui..
Allah bagi musibah kpd org lain..
Kadangkala bukan kerana kesilapan org itu..
Tapi kerana kesilapan kita..

Jika kita bercakap pasal org lain..
Kesilapan org lain mengutuk, menghina.. betapa berdosanya mereka di atas kesilapan yg mereka lakukan..
Cubalah bercakap di depan CERMIN dan lihatlah pada siapa kata2 itu dituju..

Ya Allah,
Ampunilah dosa mereka yg telah pergi kerana kekhilafan ku dan seandainya mereka pergi kerana dosa2 ku, Engkau tempatkanlah mereka di dalam Syurga Mu.. In Shaa Allah.


'ehsan google'


nOte : Takziah kpd semua mangsa yg terkorban.. Al-Fatihah.

Selasa, 25 Mac 2014

Berakhirnya satu penantian..


السلام عليكم ورحمة الله

Disentak dengan kejadian MH370.. walau berat untuk terima, kita perlu REDHA. 
Pasti ada hikmah disebalik kejadian.. pasti ada rahsia yg indah.
Hanya Allah ketahui segalanya.. dan bukan senang untuk kita menerima sesuatu kenyataan. 

Jadi hormatilah keluarga mangsa.. elak dari mempersendakan situasi ini.
 Usah dipolitikkan.. cukuplah membina spekulasi dan kembalilah kepada Allah.

Syukur kerana diberi petunjuk dalam kemelut pencarian walaupun ia tak seperti yg kita inginkan.
Di mana QADA dan QADAR wajib dipercayai.

Al-fatihah buat mereka yg beragama Islam dan takziah kepada seluruh ahli keluarga MH370 .
Sungguhpun,  tiada kaitan antara zaza  tapi kita masih  saudara seIslam. Tabah dan redhalah atas ketentuan Ilahi. Sesungguhnya percaturan Allah adalah terbaik.



  
nOte : Moga Allah permudahkan kita temui KOTA HITAM. In Shaa Allah.

  
 

Sabtu, 8 Mac 2014

PRAY for MH370


السلام عليكم ورحمة الله

Sebak sangat dengan apa yg berlaku.. Hari minggu terus menjadi hari sugul.. Event penumpangnya tiada yg zaza kenal, tapi perasaan sedih hiba tu berbakul2 di hati.. Setia didepan tv untuk mengetahui info yg lebih lanjut. Pray for MH370 penumpang dan krew pesawat. Sesungguhnya doa adalah penggerak dalaman yg memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jual amal perbuatan. In Shaa Allah.




nOTE : Sama2 kita nantikan info kerana ramai sangat membuat spekulasi. In Shaa Allah, kita hanya mampu berdoa.

Ahad, 2 Mac 2014

Sembuhkanlah dia sahabatku Nora


السلام عليكم ورحمة الله

Sekarang tidak kira sama ada musim sejuk atau panas, kedua2 keadaan ramai yg mengadu tidak keselesaan kan!. Selain peningkatan bagi kes DEMAM yg terlalu ramai. Termasuklah, sahabat zaza sorang ni.. yg sudah seminggu demam. Namun masih lagi berada di Hospital Putra Melaka. Zaza mintak maaf banyak2 coz tak dapat menziarahi namun dengan iringan doa, semoga nora cepat2 sembuh dan kembali sihat seperti biasa.


"Ya Allah, jauhkanlah dia dari kesakitan wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia dan Engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali pernyakitnya". Doa Rasulullah SAW [Riwayat : Muslim]

Zaza dapat tahu pun melalui wechat dan fb beliau. Sahabat, jangan fikir yang bukan2. Ujian adalah TARBIYAH. Sebenarnya ada hikmah bagi Org yg ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekaligus meningingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yg tinggi Allah berikan kepada mereka yg tabah dan sabar dalam menghadapi musibah. 


nOte : seminggu lagi baru nak senyum lebar!! hehehe


Jumaat, 12 Julai 2013

Jom! aamin kan DOA ini


السلام عليكم ورحمة الله



Semoga tahun ini kita dapat beramal ibadah dengan lebih sempurna.
Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui RAMADHAN, bulan yg penuh keberkatan. Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yg baik oleh ALLAH SWT. 

nOte : Alhamdulillah.. hari ke3 berpuasa


Khamis, 15 November 2012

:.. Salam Muharam Semua ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Ramai kawan2 opis yg ambik cuti tambahan direct seminggu sempena Deepavali dan Awal Muharam. Wahhh best betul korang ehh, selamat bercuti ye!!. #Bila datang kerja ramai yg cuti adalah terbest, tetiba rasa opis ni aku yg punya, lalalala#

Dan lagi best! bila en.suami selamat pulang dari outstation.. :) 
tengok gambar bawah! ada muka riang tak? hahaha! 



Plan asal ingat memang nak ambil cuti direct juga (nak balik kg katakan hehe).. tapi disebabkan aku dan en.suami ada tanggungjawab besar di Uitm Puncak Alam. so, semua plan cancel... huhu. Tinggal 3hari lagi game silat untuk karisma. memang xsabar rasanya nak tengok player2 dari skuad kami berjuang demi mendapatkan pingat emas!. Insyallah.. semoga semua berjalan dgn lancar. amin.

Sedar xsedar esok 1 Muharam 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis), mari kita bersama2 membaca kedua2 doa akhir tahun dan doa awal tahun supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, Insya Allah. 

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kamu bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kamu memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami.

Apa yg kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia.

Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Doa Awal Tahun


Maksudnya:

"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau  pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah, Tuhan merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua."


 nOte : selamat bercuti semua!! heppy always.. :)


Isnin, 29 Oktober 2012

:.. Syukur Alhamdulillah ..:

السلام عليكم ورحمة الله


Subhanallah... Alhamdulillah Ya Allah, hati dan jiwaku terasa bergetar saat mendengar dan melafazkan Zikir dan Puji-Pujian Untuk Mu. Bila hatiku tiada ketenangan.. PadaMu jua ku mencari Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa besarku. Berilah ku kedamaian hati walau secebis sekalipun. Rahmahtilah ku Ya Allah. Hanya padaMu ku memohon segala kemudahan dan perlindungan. Janganlah engkau berpaling dariku walau sedetik pun. Amin

Sesungguhnya diriku, cintaku dan hatiku adalah milikMu Ya Allah


Isnin, 1 Oktober 2012

... Doaku Untuk Mereka ...

السلام عليكم ورحمة الله

Selamat datang Oktober. Semoga keinginan terwujud, lebih baik dari sebelumnya dan dimudahkan olehNYA. Selamat petang (•ˆ⌣ˆ•)


Ya Allah, Ya Tuhanku,
Mungkin aku tidak mampu membahagiakan 
ibubapaku dengan kemewahan dan kasih sayang.. Dengan pertologanMu.. Perkenankanlah doaku.. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka..

"Ya Allah, Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil". 

Amin Ya Rabbol Alamin


nOte : luv u more mak..ayah!!

Selasa, 12 Jun 2012

RINTIHAN..

 Assalamualaikum..


Alhamdulillah...aku dalam pandanganMU ya ALLAH...



Jumaat, 13 April 2012

"Doa Nabi Sulaiman - Surah An-Naml" " Ayat 19"

 Assalamualaikum..
 
"Rabbi auziqni an asykura nikmataka allati an 'amta a'alaiya"
Ya tuhan kami, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yg telah Engkau anugerahkan kepadaku :

"Wa 'ala wa lidaiya"
dan kepada kedua orang tuaku;

"Wa an 'akmala solihan tar dhohu"
Kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yg Engkau redhai;

"Wa adhilni birohmatika fi 'ibadikas solihin"
Dan masukkan aku dgn rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yg soleh..

Amin.

Ayat ini mengandungi doa yg sangat aula untuk diamalkan agar Allah S.W.T menjadikan kita hambanya yg senang dan sentiasa bersyukur..InsyaAllah.

Selamat beramal.. 


Isnin, 5 Mac 2012

11 Orang Mendapat Doa Malaikat

 Assalamualaikum...

Pagi2 kuar umah nak pegi keje..ujan renyai2.. alhamdulillah..ujan rahmat dipagi2 hari... sempat juga aku smpi opis awal ...bekpes ngan en.asben roti  bakar ngan teh tarik je.. he3,  apa cer korg semua? dh bekpes lom?  pagi isnin..aku xde apa nak kongsi citer ngan korg cuma aku nak share satu benda je...jom! kita amalkan..



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al- Fatihah
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
10. Orang yang sedang makan sahur
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

nOte : ya Allah masukkanlah aku dari golongan2 seperti hamba2 mu di atas..amin .


Khamis, 17 Februari 2011

Sahabat yg membaca..


السلام عليكم ورحمة الله


Sahabat yg membaca ni adalah sahabat yg soleh dan solehah. Kuat dan sabar. Sayangilah dia serta kasihanilah dia. Bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia dan permudahkan langkahnya.


[gambar ehsan google]
Dalam dunia ni, kta tak punya sesiapa kecuali diri  kita sendiri. Tapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorg sahabat yg memahami kita.






Rabu, 16 Februari 2011

Doa untuk sahabatku


السلام عليكم ورحمة الله


Ya ALLAH, panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yg baik padanya. Terangi hatinya dengan NR pancaran iman. Tetapkanlah hatinya.. perluasakanlah rezekinua.. dekatkanlah hatinya kepada kebaikan. Jauhkanlah hatinya pada kejahatan. Tunaikan hajatnya .. baik hajat agama, dunia dan akhirat.
 
 
Ya Muhaimin, Jika dia jatuh hati.. izinkanlah dia menyentuh hati seseorg yg hatinya bertaut padaMu agar dia tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabukan hatinya pada hatiMu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorg yg merindui syahid di jalanMu.
 
 
Ya ALLAH, jangan biarkan sahabatku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu. Jaika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kekasih sejati hanya untukMu.
 
 
Ya ALLAH, kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Aamiin. 





Selasa, 1 Februari 2011

Ya ALLAH Ya Tuhanku..


السلام عليكم ورحمة الله

 
[gambar ehsan google]




Ya ALLAH tuhanku yang maha pengasih, Kuatkan semangatku, Jangan kau lenturkan kerana kemalasan, Jangan kau lenturkan kerana penghinaan, Jangan kau lenturkan kerana kelemahan.


Ya ALLAH tuhanku yang maha agung, Engkau telah mencipta langit dan bumi, Engkau telah mencipta tumbuhan dan ternakan, Engkau telah mencipta manusia, Dari pelbagai bentuk rupa, Tetapi mengapa?. Mengapa masih ada yang tidak mensyukurinya?. 


Ya ALLAH tuhanku yang maha mengetahu, Engkau mengetahui setiap dari apa yang telah hambamu niatkan, Engkau mengetahui setiap dari apa yang telah hambamu laksanakan, Maka ku pohon Ya ALLAH. Semoga kau membersihkan niatku ini untuk melaksanakan sesuatu dengan ke ikhlasan hati.


Ya ALLAH tuhanku yang maha pengampun, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, Ampunkanlah dosaku, Ampunkanlah dosa suamiku, Ampunkanlah dosa sahabatku handaiku Ya ALLAH. Ampunkan dosa mereka yang tidak melihat akan kewujudanMu. Berikanlah kami hidayah, berikan kami perlindungan agar kami berada dalam lindungan kasih sayangMu.


Ya ALLAH tuhanku yang maha mendengar, Engkau mengetahui setiap masalah yang dihadapi oleh hambamu ini, Aku khuatir Ya ALLAH. Kekuatn imanku tidak sekuat yang disangka. Namun Ya ALLAH, aku berpegang pada firmanMu bahawasannya Engkau tidak akan menduga hambamu melainkan mereka yang benar-benar layak untuk diduga. Aamiin.



 



Isnin, 15 November 2010

Doa untuk Wanita


السلام عليكم ورحمة الله


"Ya Allah, jadikan wanita yg membaca ini menjadi wanita yg cantik, kuat, sabar, sihat dan disayangi ramai org. Tolong tingkatkan kehidupannya. Begitu pun dia melangkah, selamatkan dia Ya Allah".



Selasa, 9 November 2010

Munajatku..


السلام عليكم ورحمة الله


Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yg ku sembah, Engkau menciptakan aku dan aku terikat dengan janji-janji akan mentaati segala perintahMu. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yg telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat2 yg Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui segla dosa2 yg telah aku lakukan. Oleh itu Ya Allah, Kau ampunilah aku, sesungguhnya tiada Tuhan yg dapat mengampuni segala dosa2 kecuali Engkau Allah Yang Esa.

Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgaMu, maka oleh itu Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa2ku sesungguhnya Engkaulah yg dapat mengampuni segala dosa2 besar yg telah aku lakukan. Aamiin Yarobill Aalamiin.