Rabu, 23 Oktober 2013

Road to KARiSMA UiTM Dungun 2013


السلام عليكم ورحمة الله

Tarikh : 25-31 Oktober 2013
Tempat : UiTM Dungun, Terengganu



Ucapan ini khas untuk adik2 fighter! selamat maju jaya ye..
Semoga segala ilmu yg dipelajari selama ni di pergunakan sebaiknya. In Shaa Allah.
Adik2 semua boleh buat dan yg penting bawak balik pingat ! hehe
Opss!! jangan lupa dengar cakap coach serta jaga diri dan kelakuan di tempat org.
 

"Janganlah pernah mengeluh. Mengeluh adalah tanda kelemahan. Ingatlah, kita adalah makhluk Tuhan yg paling sempurna".







Sabtu, 19 Oktober 2013

Makeover by adik Amni


السلام عليكم ورحمة الله

Sebelum tu, zaza nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Maaf zahir batin. Walapun raya haji ni zaza beraya sorg2, coz en. suami OST Macau.. zaza tetap gembira dengan adanya family dan dapat beraya bersama2.


comey tak adik Amni?

Tergelak besar zaza bila tengok muka adik Amni sorg ni hehe.. Mana taknya, Zaza dengan umi Amni sibuk berborak dengan kawan xskool dulu. keluar2 dari rumah muka Amni dah siap touchup lipstik celak bagai ngeee! Yang tak tahan tu celak hahaha... sabor je la. Nak kata ikut perangai umi Amni suka bermekap memang tak sangat2!! coz umi Amni orgnya simple je.. memang tak gemar bermekap. 


Umi Amni bertudung corak sebelah kanan.. simple je orgnye

Mybe ikut nenek belah suami.. org bekerjaya katakan.. mestilah sentiasa nampak cantik je kan. walaupun dah pencen namun nenek Amni tetap nampak macam org muda2 hihihi. penampilan haruslah di jaga.


nOte : Amni ni sblm lipstik merah... Zaza dah pakaikan puprle kaler tau masa kat rumah zaza.. apa lagi, senyum lebar la adik Amni sorg ni... :)

Ahad, 13 Oktober 2013

Hasil tanaman mak buyong


السلام عليكم ورحمة الله

Petang2 ni tak ada apa nak di buat, so aku nak update lah pasal hasil tanaman mak buyong a.k.a sahabat zaza yg memang rajin betul berjasa pada tanah. Nampak hijau je mata ni memandang! hehe. Zaza pun tak serajin dia ni hahaha. Belum masa lagi kot nak bercucuk tanam ni. tak pun malas kan! ngee..

pokok terung dgn sebiji buah
pokok cili api bersama buah yg montok hihi
pokok daun kesum yg subur
pokok daun pandan elok je dalam pasu kecik
pokok daun pegaga..yg nyum2 boleh dibuat ulam ngee!!
pokok daun kaduk yg segar lagi tu


nOte : mood raya dah sampai.. lagu raya pun dh byak berkumandang! :)

Khamis, 10 Oktober 2013

Kami sebagai pelawat HALFEST


السلام عليكم ورحمة الله

HALFEST - Ekspo Halal Terbesar di Malaysia yg diadakan baru2 ni selama 5 hari iaitu 2-6 hb Oktober 2013, bertempat di Pusat Pameran Mines (MIECC). Alhamdulillah kami tak lepaskan peluang untuk melawat pameran berkenaan walaupun masa tak mengizinkan kami lama disitu.

Kami sampai agak lewat petang, dengan merempuh jem bagai. Maklumlah, semua nak ke situ. So redha je la. dah sampai pusing agak 2kali baru dapat parking. itupun park area perumahan ok!. then jalan kaki ler menuju ke pameran tersebut. exercise sikit baru la badan sihat dan kuat hihihihi loya buruk pulak..

Sebelum masuk kena isi form pendaftaran dulu.. save masa coz 1 form boleh isi 3 nama sekali. haha. semua nak senang kan!. Tapi sebelum kami menunggu form di isi, kami bergambar dulu dengan maskot CHAMPS hehe. comey je cam bebudak pulak ngeee!!


Dan inilah dia pas PELAWAT yg kami ada. ikut suka hati korang nak tampal kat mana2.


Masuk2 terus cari makan untuk suap ke mulut coz dari tengahari tak makan lagi. kami ternampak booth nasi arab. hmmm apa lagi belasah la 2bungkus kongsi ber3 dgn harga RM10 sebungkus. Memang berbaloi dengan nasi yg banyak, ayam yg banyak dan sedikit acar timun. Itupun tak habis huhuhu.

Dah selesai makan, pergi booth sahabat no.227 yg menjual segala jenis kek.
tadaaaaa....kek blueberry ni ler hasil tangkapan muat free yg kami dapat hihihi :) mekasih ye! sangat2 sedap.


Kami juga tak lepaskan peluang bergambar dengan maskot SUNBEAR terbaik!!. 


nOte : walapun kami hanya sempat singgah beberapa booth [coz nk balik ada hal lain pulak].. kami tetap berpuas hati.

Isnin, 7 Oktober 2013

Jangan pernah tinggal solat kerana..


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Sebagai peringatan untuk diri sendiri.. bertaubatlah sebelum terlambat. In Shaa Allah. Sama2 lah kita bermuhasabah diri moga amalan2 kita diterimaNya. Aamiin.

Ahad, 6 Oktober 2013

Mini giveaway by Arni & Fatin Diana


السلام عليكم ورحمة الله



KLIK BANNER UNTUK JOIN !! 

Giveaway ini dianjurkan oleh Arni dan FD dan disponser oleh Alyaa, Xiey Pop, Nur Farahain, NurulHuda, Wanie, Khadijah, Munirah

Senarai hadiah yang awesome !
1) Brooch x2
2) Mini diary book x2
3) Brooch x2
4) RM5 voucher untuk 10 pemenang di KNZeq.SHOP
5) Top up 10x2
6) Bookmark x2
7) 3 unit fridg magnet x3
8) Top up 10x2
9) Button badge x3
10) Top up 10 x2

Jom meriahkan giveaway ini ! :D


Giveaway tamat 20 October 2013


Rokok 0h Rokok


السلام عليكم ورحمة الله

Dalam banyak2 benda haram rokok agak istimewa
Rokok, Arak, Judi dan Dadah semua HARAM..
Minum arak majlis agama tangkap..
Hisap dadah polis tangkap..
Tapi, hisap rokok tak ada siapa tangkap.. 
Habis.. apa makna haram pada rokok?

Putus kekasih boleh cari ganti, putus rokok badan merana..
Kerja tak jadi tanpa rokok..
Sebab tu hukum haram jadi mainan..
Rokok haram atau halal sama sahaja..
Ramai hisap tanpa takut..
Orang hisap rasa bangga..
Tak hisap dipandang lekeh.

Kata syarikat mereka rugi 1.9b sebab rokok seludup..
Rokok seludup dipanggl rokok haram..
Rokok haram sebab tak bayar cukai..
Rokok dikedai halal dijual tapi haram pada hukum..
Hukum jual halal, hukum hisap haram..
Hukum beli apa pula?

Kerajaan tubuh Lembaga Tembakau untuk jana ekonomi petani..
Maka kerajaan galak rakyat tanam tembakau..
Tembakau itu jadi rokok..
Rokok itu kan, haram..
Apakah kerajaan galak rakyat buat kerja haram?

Kerajaan dah lama haramkan iklan rokok..
Media siar iklan rokok kena denda..
Tapi kedai jual rokok tak kena apa2..
Maknanya yang haram itu iklan..
Rokok tetap Halal.

Setiap kotak rokok perlu tulis tanda amaran;
Rokok membahayakan kesihatan..
Kata perokok yang bahaya itu adalah rokok..
Yang hisap tak bahaya pun.

gambar ehsan google

nOte : sumber copy and paste [fikir-fikirkan]


Jumaat, 4 Oktober 2013

Kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya..


السلام عليكم ورحمة الله

Untuk Renungan kita... 

Sempena menyambut AidilAdha, kisah seorg sahabatku, penjual haiwan ternakan. Setelah melayani pembeli, saya melihat seorg wanita sedang memperhatikan dagangn kami.

Dilihat dari penampilannya seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan 
"Silakan puan" Dia menunjuk, "kalau yg itu berapa?" 
wanita itu menunjuk pada haiwan yg paling murah.

gambar ehsan google


Kalau yg itu harganya RM300, jawab saya. 
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah". harga sebegitu untung saya kecil, tapi biarlah..
"Wang saya cuma ada RM200, boleh ya.."

Alahai.. saya bingung, kerana itu harga modal kami, akhirnya saya berlembut. "Biarlah.."
Saya pun menghantar haiwan wanita itu, ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullah..
Allahu Akhbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu hanya tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak melihat tempat tidur yg ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua kurus. 
"Mak.. bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa",
perempuan tua itu terbangun.
"Mak Sumi sudah beli kambing buat emak qurban, nanti kita hantar ke Masjid ye mak."

gambar ehsan google
Orang tua itu terkejut namun kelihatan bahagia, sambil mengusap-usap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

"Ni abang duitnya, maaf ya kalau saya menawarkanya terlalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan duit untuk beli kambing yg mahu saya niatkan buat Qurban ibu saya..

Ya Allah.. Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMu yg satu ini. HambaMu yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

"Abang ni duit kambing itu"! panggil wanita itu,
"Tak apalah puan, kambing ini..saya yg bayarkan.

Saya cepat pergi sebelum wanita itu perasan bila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yg sudah mempertemukan dengan hambaNya yg dengan KESABARAN, KETABAHAN dan PENUH KEIMANAN ingin memuliakan ORANG TUANYA..

Semoga Allah mempermudahkan kita semua.Aamiin.





Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya bagi setiap umat itu berhadapan dengan fitnah. Fitnah bagi umatku ialah HARTA" Riwayat al-Tirmidhiy (2336). Kata Abu 'Isa : Hadith Hassan Sahih.

nOte : sumber copy and paste.



Rabu, 2 Oktober 2013

#57 Wordless Wednesday [ANGGUR HIJAU]


السلام عليكم ورحمة الله




#Berbakti kpd tanah.. inilah hasilnya.. Anggur Hijau# 


Selasa, 1 Oktober 2013

Saje ambik mood pujuk diri ini


السلام عليكم ورحمة الله

test tudung baru corak rama2..


Saje ambik mood :)
[sarawak..macau..terengganu]
Alhamdulillah rezeki kami berdua..
yg untung en. suami la, bekerja sambil bercuti..
*asyik kena tinggal*

 
"Rezeki ada dimana2, datang tanpa diduga.. tepat pada masa.. yg penting berdoa, usaha dan tawakal" In Shaa Allah.



SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750


السلام عليكم ورحمة الله


join klik banner

Tamat : 10 Oktober 2013 (5 petang)