Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Khamis, 28 November 2013

First Year Of A Baby Born 3.5 Months Premature


السلام عليكم ورحمة الله

Subhanallah.. Allah Maha Besar!
Sangat2 tersentuh apabila menonton video ibu bersama anak yg dilahirkan belum cukup bulan.
Betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.. menyedihkan sanubariku..



Siapa sangka.. bila melihat wayar2 bersama anak kecil ini..
Tiada yg mustahil, bila Kau menghendaki sesuatu.. dengan IzinNya maka jadilah ia.. 
Anak kecil ini membesar dengan sihat dan comey..
Zaza yg menonton pun terasa gembira sangat2!!

nOte : teringat kata2 mak zaza.. badan arwah abg pun penuh dgn wayar2 dan mata tertutup disebabkan demam kuning.. arwah time tu baru 3bln. Al Fatihah. Sedey!!


Ahad, 17 November 2013

HIJJAZ - Kau Pemilik Cinta


السلام عليكم ورحمة الله



Lirik yg sangat INDAH.. 
Setiap manusia telah ditentukan JODOHnya.. 
Buat SUAMIku, teman terindah Dunia dan Akhirat.


"Oh Tuhan, Kau Yang Maha Tahu, Cintaku padanya tak pernahku ragu, Ku pinta kekalkan cintaku, Hanya bersamanya disyurga Mu". 


nOte : mengusik kalbu.. tak puas dengar! best sangat :)


Sabtu, 28 September 2013

Pencuri di pukul tapi di balas baik


السلام عليكم ورحمة الله

Menitis ari mataku apabila menonton video di bawah ni.. walau pun banyak kali tegok still sebak. Iktibar untuk kita semua, semangat jati dalam diri dan tak lupa asal usul siapa diri kita.



Firman Allah SWT :
"Maka barangsiapa yg beramal (dengan amal yg baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yg beramal (dengan amal yg jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa) [Al-Zalzalah : 7-8]

Memang benar kata org tua2 "buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat." Oleh itu, sebagai seorang mukmin yg beriman dgn Allah S.W.T dan Rasul-Nya maka sudah pasti wajib ke atas kita untuk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan untuk menjamin tempat kita di Syurga nanti.


nOte : walaupun ini sekadar video namun tontonan yg bagus untuk kita menjadi lebih baik.

Jumaat, 20 September 2013

"On The Way" yg selalu kita guna


السلام عليكم ورحمة الله

Sudah habis layan video ni?.. Apa pendapat korang?.. 
Korang selalu buat macam ni tak? haha. Mesti biasa kan!...tipula kalau tak pernah!. 
Dan pada yg tak pernah tu, alhamdulillah..bagus!. 

Kalau tanya pada diri aku memang pernah la, tapi bukan selalu ye!... hihihi. 
Kadang2 niat kita sebenarnya nak bagi org yg sedang bercakap dengan kita tu tenang sikit bila dengar jawapan OTW. So, mesti dia rasa lega la kan.. dalam fikiran mesti dah nak sampai. Tapi korang pulak jangan OTW tu baru nak mandi la.. nak keluar rumah la itu sudah melampau!.. tup2 setengah jam baru sampai tak ke kesian sidia menunggu kita lama. 

Macam mana pulak situasi itu berlaku pada kita?. Sape2 pun tak boleh tahan sabar kan.. kalau asyik OTW je.. sampainya tidak..hahahaha. Melainkan OTW kita tu memang betul di atas jalan raya. :)


nOte : OTW..OTW jugak, yg pasti jangan sesekali suka guna trend ini ye!.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Video Sempat Dirakam Mengenai Mesir


السلام عليكم ورحمة الله

Astaghfirullahalazim.. moga Allah merahmati mereka semua. Sedihnya aku melihat keadaan mereka. Menitis air mataku. Peluru menembusi tubuh badan mereka, bayi turut menjadi mangsa, anak2 kecil kehilangan ibu bapa. Ya Allah, berilah kemenangan kepada Agama-Mu, berilah kekuatan kepada mujahidin dan saudara2 kami yg teraniaya. Berilah kesabaran kepada mereka Ya Allah !.





"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata : Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - [Surah Al-Baqarah : Ayat 30]

Bersama2 lah kita amalkan Doa Qunut ini, mudah2an diangkat segala kesukaran yg dihadapi saudara2 seIslam kita. Aamiin.





nOte : Sesungguhnya Ya Allah kami redha dan ketentuan Mu, tapi kami bermohon dengan rendah hati dan kepiluan ini berilah kemengan kepada saudara kami. Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.