Memaparkan catatan dengan label anak buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak buah. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Bila tuan tanah bersuara..


السلام عليكم ورحمة الله


Pernah tak terkena??
Tak kisah la pada diri sendiri or family..
Buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali kan, pepatah org2 dahulu. Tapi itu lah, zaman sekarang ni kalau kita dah buat baik pun diaorg bukan nak ambik kesah. Ambik kesempatan lagi adalah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Manusia oh manusia. 

Pengalaman membuatkan kami lebih berhati2.. tak kira la siapa gerangan org itu. Sebelum ni tak pernah jadi pengalam yg sangat perit buat kami. Kami redha dgn apa yg berlaku. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi siapa tahu kan!. Allahuakhbar Dia yg Maha Mengetahui segalanya.

Kami dah anggap dia sebagai adik bukannya musuh. Kami tak pernah ungkit sedikit pun malah kami tak pernah nak tengking dia. Mintak itu ini lagi lah jauh sekali. Tapi dia langsung tak ada hati dan perasaan terhadap kami. Bahkan, ucapan TERIMA KASIH dan juga MEMINTA MAAF langsung tak ada sekelumit dibibirnya.

Dia yg kami anggap baik di mata kami selama ini hanyalah meleset sama sekali. Pada luaran memang org2 lain pun akan terpikat dengan perwatakannya. Mungkinkah? itu semua hanya lakonan semata2 utk mengamburi mata2 org diluar sana. Ataukah? dia sememangnya berperangai macam tu cuma kami sahaja yg tak nampak!. Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya agar dia menjadi seorg yg baik budi perketinya. Semoga dia menjadi insan yg berjaya. Sedih sangat bila dia perlaku kami sedemikian. 

Tak pernah nampak suami marah sangat2 dengan apa yg terjadi. Sampaikan suami tekad kalau jumpa nak pukul dia. Tapi zaza nasihatkan suami, biarlah apa yg dia buat selama ini kat kita..tuhan yg balas. Akhirnya suami mengalah. Siapa tak marah kan? bila ditatang bagai minyak yg penuh, akhrinya lenyap. Kalau lenyap macam tu je tak apa lah.. ini tidak, suami difitnah macam2. Tak sangka sangat2 bila dipikir balik apa yg terjadi.

Alhamdulillah, kami diberi kesabaran dengan ujian sedemikian. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg telah dia lakukan sebelum ni. Kami tak cakap yg kami ni baik sangat.. tapi kami akan sentiasa memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. In Shaa Allah. :)

sabar ye mak long n pak long..arissa pun sedih jgak ni huhu

 nOte : siapa pun gerangan citer diatas.. biarlah dia dengan kisah dia. dan kami dengan kisah kami.  


Ahad, 13 Julai 2014

Ada Tetamu Berkampung My Rumah


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, Iftar hari ke 14 kami berbuka dengan menu...



Horny Beef Soup yg istimewa dari incik asben. Amboii sakan erk nama menu asben zaza bagi hehehe.. Kalau nak tahu, asben zaza memang rajin ke dapur itupun bila mood dia free hahahaa. Apapun Zaza bersyukur dan berterima kasih. 

Kami bukan berbuka bertiga je tau! [ehhh bertiga? siapa lagi sorg?] hehe lupa pulak nak bagitau sorg lagi tu Boy anak angkat kami. Sejak2 ni Boy dah pandai request nak makan itu ini.. terharu pun ada, iyelah.. bila kita masak apa yg dia nak makan kemain semangat. Zaza pun heppy je tengok. 

Oh ye.. lupa pulak, family Arissa pun join sekali berkampung kat rumah. Tapi 2 hari je coz papa Arissa [adik ipar] ada hal kat sini. Zaza heppy lagi bila anak buah menziarahi Mak Long dengan Pak long dia ni. Geram je bila tengok pipi Arissa macam nak kena cubit je..

Arissa sekarang dah masuk 6 bulan.. sekejap je rasa. Emosi pun berubah2 hahaha.. Mak Long nak dukung meraung macam jumpa anak tikus hihihi.. Maklumlah berjauhan, jumpa Mak Long dengan Pak Long pon time kat kg je.. mana nak mesra alam kan!. Tapi bila dia senyum sampai telinga tu lah yg buat kita sakit hati.. rasa nak tampor je pipi gebu dia ngeeee!!.. [suka ati aku je nak tampo ank org hihi] :p


Haahh tengok tu sekejap je meraung malalak dia.. kemain seronok diaorg lepak sambil layan phone. Gedik pun ada Arissa sorg ni dah pandai main2 dengan Pak Long dia.. nanti rindu la Mak Long dengan Pak Long bila Arrisa balik huhuhu.


nOte : aktiviti petang tadi sempat bawak Arissa ke Maydin je pun :) #PrayforGAZA

Rabu, 2 Julai 2014

#9 Wordless Wednesday [ARISSA BERBUKA PUASA]

السلام عليكم ورحمة الله


Ini budak sibuk nak BERBUKA sama2. duduk pun bukan main sopan lagi hehe.. Arissa oh Arissa! bila time sahur krooohh zzzz!! lepas sahur habis baru bangun.


Isnin, 30 Jun 2014

Waktu kerja semasa dibulan puasa

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah... hari ni dah masuk 2 Ramadhan dan juga hari pertama bekerja semasa dibulan puasa :). Uols macam mana dgn puasa? semua berjalan baik? dan ada yg tak puasa?. Zaza bersyukur kerana diberikan kesihatan yg baik semasa menjalani ibadah puasa. 

Okey... sebenarnya nak citer waktu kerja semasa bulan Ramadhan ni. Opis zaza start jam 9 pagi [macam biasa] sampai la jam 5 petang [awal setengah jam dari hari biasa] dan waktu rehat [setengah jam je dari sebelum ni sejam]. Memang tahun2 yg lepas pun sama. Bos berperihatin jugak dekat staff2 dia kan! tak kan tak ada hati perut langsung hehe. Tq so much bos.

Kerja dekat opis time2 bulan puasa pun tak banyak mana.. so boleh la relaks sikit sambil2 tu taip blog ni hahh! hihihi. Sebenarnya zaza rindu sangat2 dengan uols. Mana taknya, rasa dalam 2 bulan kot zaza tak on9 blog. Zaza taip ni pun guna lappy sendirian berhad lagi... giler kentang!. Kalau tak, zaza langsung tak merasa nak BW dengan uols hukhukhuk.. 


Nak selit jugak gambar selfie Arissa yg sedang membesar dengan sihat. :) Uncle n Aunty jangan ponteng puasa ye! sahur jangan nak malas sangat bangun!. dan yg penting solat sunat terawwih pun sama. Arissa mcm biasa la puasa nasi je sb gigi tak ada lagi hehehe.


nOte : Alhamdulillah... diberi kesempatan utk berpuasa tahun ni.. :)


Jumaat, 28 Februari 2014

56 hari dah si budak tembam Arissa!


السلام عليكم ورحمة الله

Sedar tak sedar Nur Zara Arissa 56 hari dah..
Sekejap je membesar dengan sihat, Alhamdulillah. Minum susu ibu katakan hehehe!
Makin besar makin comey! geram pulak Mak Long tengok Arissa ni.. 
Pipi pun tembam semangkuk dah..hahahaha. Rambut je belom tumbuh panjang lagi..sabar2 :) 


Amboi Arissa! jauh termenung tu... merenung masa depan ye dik!
Arissa cepat2 besar nanti boleh jenjalan rumah Mak Long tau.



  Sepi bukan bererti hilang.. diam bukan bererti lupa.. jauh bukan bererti putus kerana ada satu ikatan yg tak mungkin putus iaitu PERTALIAN. In Shaa Allah.


nOte : Muaahhhh 50x untuk Arissa 50x lagi untuk incik suami yg berjauhan hahahaha.

Khamis, 13 Februari 2014

Budak kecik ini sudah botak


السلام عليكم ورحمة الله


Budak ini sudah BOTAK ! cam comey je... cam cantik je...
SENYUM pun dah pandai.. yg penting Mak Long, SAYANG.. RINDU.. Arissa Muaahhh!!!


Jumaat, 3 Januari 2014

Welcome to the world baby!


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Jumaat yg Barakah..
1st of all zaza nak ucap syukur alhamdulillah my sista (angah) selamat melahirkan baby GIRL sulung berat 3.015kg jam 1.20pm pada 3/1/14. Heppy sangat2.. So makin bertambah bilangan ahli my family... :)
Yang paling gembira mestilah ke dua2 nenek dengan atuknya.. maklumlah 1st cucu hehehe..


Tahniah!! Angah and Hadar.. lepas ni kena berjaga malam la ye. 
#rasa2 baby ikut muka sapa erk?? zaza tengok sebijik ikut muka ayah yg pasti tang mulutnya hihihi..
org2 cakap..kalau anak perempuan ikut muka ayah SEJUK :)



nOte : tak sabar nak balik peluk ciummm.. baby tunggu mak long ye!