Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Bila tuan tanah bersuara..


السلام عليكم ورحمة الله


Pernah tak terkena??
Tak kisah la pada diri sendiri or family..
Buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali kan, pepatah org2 dahulu. Tapi itu lah, zaman sekarang ni kalau kita dah buat baik pun diaorg bukan nak ambik kesah. Ambik kesempatan lagi adalah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Manusia oh manusia. 

Pengalaman membuatkan kami lebih berhati2.. tak kira la siapa gerangan org itu. Sebelum ni tak pernah jadi pengalam yg sangat perit buat kami. Kami redha dgn apa yg berlaku. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi siapa tahu kan!. Allahuakhbar Dia yg Maha Mengetahui segalanya.

Kami dah anggap dia sebagai adik bukannya musuh. Kami tak pernah ungkit sedikit pun malah kami tak pernah nak tengking dia. Mintak itu ini lagi lah jauh sekali. Tapi dia langsung tak ada hati dan perasaan terhadap kami. Bahkan, ucapan TERIMA KASIH dan juga MEMINTA MAAF langsung tak ada sekelumit dibibirnya.

Dia yg kami anggap baik di mata kami selama ini hanyalah meleset sama sekali. Pada luaran memang org2 lain pun akan terpikat dengan perwatakannya. Mungkinkah? itu semua hanya lakonan semata2 utk mengamburi mata2 org diluar sana. Ataukah? dia sememangnya berperangai macam tu cuma kami sahaja yg tak nampak!. Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya agar dia menjadi seorg yg baik budi perketinya. Semoga dia menjadi insan yg berjaya. Sedih sangat bila dia perlaku kami sedemikian. 

Tak pernah nampak suami marah sangat2 dengan apa yg terjadi. Sampaikan suami tekad kalau jumpa nak pukul dia. Tapi zaza nasihatkan suami, biarlah apa yg dia buat selama ini kat kita..tuhan yg balas. Akhirnya suami mengalah. Siapa tak marah kan? bila ditatang bagai minyak yg penuh, akhrinya lenyap. Kalau lenyap macam tu je tak apa lah.. ini tidak, suami difitnah macam2. Tak sangka sangat2 bila dipikir balik apa yg terjadi.

Alhamdulillah, kami diberi kesabaran dengan ujian sedemikian. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg telah dia lakukan sebelum ni. Kami tak cakap yg kami ni baik sangat.. tapi kami akan sentiasa memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. In Shaa Allah. :)

sabar ye mak long n pak long..arissa pun sedih jgak ni huhu

 nOte : siapa pun gerangan citer diatas.. biarlah dia dengan kisah dia. dan kami dengan kisah kami.  


Rabu, 5 November 2014

Jangan la terlalu menghukum seseorg..


السلام عليكم ورحمة الله


Jangan la terlalu menghukum seseorg seperti kita sudah confirm ada syurga di sana.. 
Kalau tinggi ilmu didada, akhlak dan amalan yg sangat mulia.. 
Berilah nasihat dan juga teguran dengan adap sopan budi pekerti yg baik tanpa mengeluarkan kata2 kesat.
Semoga kita sama2 berubah melihat kekurangan diri dan memperbaikinya.

Ehsan google'


nOte :  Semoga Allah ceriakan hati dgn kemanisan iman hari ini dan hari2 seterusnya. Aamiin.


Rabu, 15 Oktober 2014

Hati aku tersangat MERINDUIMU..


السلام عليكم ورحمة الله

Tetiba malam ni teringat pulak dekat bff time skoll dulu..
Sejujurnya jauh dasar hati aku tersangat MERINDUIMU sahabat..
Kau sentiasa ada saat aku memerlukanmu. aku pulak? aku tak tau samada aku masih lagi berfungsi dgn baik dalam hidupmu. [cewahh ayat tak boleh blahh mcm meminta simpati je kan kan!.] :p



Kau menjadi tempat untuk aku mengadu susah senang, menjadi teman yg sering menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan.. maafkan aku teman, jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini dgn izinNya. Tetapi kita terpisah jauh hujung KL dan Kemaman hehehe..

Masih kau ingat?
Sejak zaman persekolahan lagi memang aku lebih rapat dgn dirimu berbanding yg lain. Suka duka kita lalui bersama. Aku rindukan detik2 itu.. semuanya sentiasa diingatanku.. [yg paling best time kelas malam kita sama2 naik basikal lalui satu kawasan yg gelap tanpa lampu jalan hanya diterangi lampu suluh yg malap.. tetiba time tu jugak la rantai basikal aku tercabut.. grrrrrrr!! nak tak nak aku terpaksa berhenti utk membaiki dan kau masih setia menolong aku.. oh so sweet hehe..]

Namun,
Kini kau sudah berkeluarga ada suami dan anak2.. aku tumpang gembira kerana hidup kamu sangat bahagia kawan. Kau sibuk dgn urusan tak terkecuali dgn aku yg masih lagi 'honeymoon' bersama suami tercinta hehe..
[doakan utk aku dan suami agar dikurniakan juga anak2..]



Sering kali jika aku balik ke kg halaman, hati melonjak utk berjumpa dgnmu.. itu pun jikalau ada jodoh masa yg sesuai erti kata.. hari kau betul2 free. Bila dah dapat jumpa hati ini terasa gembira yg teramat walaupun sekejap je kita bersama. Apa yg ingin aku katakan padamu mungkin kedengaran seperti sudah basi.. namun kata2 ini adalah sesuatu yg lahir dari hati.. aku amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik dirimu. Terima kasih utk segala kebaikan yg telah kau beri padaku.

Aku doakan yg terbaik untukmu teman. Semoga kita sama2 berjaya dlm perkara yg diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. Sekali lagi maaf ku pohon darimu atas segala kesilapan dan keterlanjuran diriku semasa kita berkawan. Satu perkara yg aku harus tahu.. aku sangat menyayangi dirimu kerana bagiku engkaulah anugerah terindah yg diberi Allah padaku.



nOte : nak sangat lepak2 sampai ke pagi hehe


Jumaat, 22 Mac 2013

:.Aku Idola Secara Diam..:


السلام عليكم ورحمة الله

Kenapa manusia suka mengaibkan sesama mereka ? urmmm manusia memang penuh dengan hasad dengki. tak b0leh teng0k 0rg lain. "Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yg lain". dan islam sangat menuntut umatnya supaya mengh0rmati sesama mereka.

Nampak sangat dia0rg tu menjadikan aku Id0la secara diam ! hahaha. kalau aku buat sekalipun, kenapa nak dengki ? nasihat aku kepada yg suka membuat fitnah, berhentilah fitnah mefitnah..standard manusia yg tak b0leh neng0k manusia lain dari dia kan!.




(◕‿◕) MUTIARA KATA PAGI JUMAAT (◕‿◕)

•►jika 0rg buat jahat kat kita ~
•►kita balas dengan kebaikan ~
•►insyaALLAH kebaikan pasti akan menang ~


nOte : pening bila memikirkan macam2 ragam manusia.

Jumaat, 15 Februari 2013

:..Bila Hilang..:

السلام عليكم ورحمة الله


Hilang mood...
Lately ada banyak sangat benda masuk dalam kepala.
Bukan patut fikir pun kan..!!








nOte : Sedeh pon yer..huhu nak nanges rasa..!


Khamis, 27 September 2012

... TerLaLau PeriHaTiN ...

السلام عليكم ورحمة الله

Pantang melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain, ada jugak manusia yg di lahirkan untuk menyibuk  dan bergosip!!.Tak payah la terlalu "PERIHATIN" sangat kan, tentang hal-hal peribadi orang.. Cube letakkan situasi orang tu kat tempat kita, amacam?? rasa apa?? hmmm...yg penting, kita doakan sahaja yg terbaik sesama kita.. itu sudah mencukupi (renung2kanlah) ♥



nOte : makan ikan ni lagi sedap kan?? hehe


Jumaat, 13 Julai 2012

Menahan Kesakitan!!..

  السلام عليكم ورحمة الله

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Siapa membaca pada Jumaat sebelum solat Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha ila huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi' 3 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut. Salam pagi Jumaat!..

Huhuhuhu sakit..sakit..sakit!!!! tengah menahan kesakitan gigi ni (baru telan ubat penahan).. dah seminggu duk menahan derita.. kalau ibu mengandung tu, aku rasa dah sarat nak bersalin.. aku sakit gigi graham bawah pulak tu..nak makan pun pikir banyak kali..wawawa tolonggg!!!.. memang derita giler.. mood aku semua jadi baikk.. jadi budak pendiam..huhuhu sabooo je la kan!.. org cakap kalau gigi tengah sakit... tak digalakkan pergi cabut.. huhuh kena tahan lagi sampai ler ia surut..baru aku leh cabut ko GIGI!!.. yg malasnya nak gi cabut bukan pe, sebab kena cucuk bius kat mulut.. tidakkkk!!! boleh tak bius kat badan ke? ngeeh..ngeehh.. pam! kena penampar doktor...suka-suka je kan!..

Aku rasa, korang pun mesti pernah alami nasib yg sama mcm aku kan?.. ni dah tua-tua baru nak sakit gigi...seingat aku masa sekolah dulu je pernah cabut gigi..:).. Itupun terpaksa sebab doktor datang sekolah..hihiihihi (dasar penakut!)

nOte : boleh bagi petua x utk hilangkan rasa sakit sementara nk gi cabut ni..


Isnin, 12 Mac 2012

♥ .•*''' ♥'*•. ♥ Dilema wanita... ♥ .•*''' ♥'*•. ♥

Assalamualaikum..

Bila kahwin lewat, dikatakan tak laku, bila kahwin awal dikatakan gatal. Bila berkarier dikatakan mengejar kerjaya sehingga mengenepikan kebajikan suami dan anak-anak, bila surirumah sepenuh masa, dikatakan rugi belajar tinggi ,akhirnya terperuk di dapur jua. Lebih teruk lagi dikatakan, makan tidur sajalah hari-hari. Bila berfesyen dalam berpak...aian dikatakan nak menarik perhatian, bila berjubah dan berniqab dikatakan nak tunjuk alim. Bila ramah dalam pergaulan dikatakan nak menonjol, bila lebih banyak diam, dikatakan sombong. Bila aktif dalam majlis yasin untuk wanita atau program masyarakat, dikatakan gila kuasa, bila senyap dan kurang aktif menghadirkan diri dikatakan tak bercampur dengan masyarakat

♥ .•*''' ♥'*•. ♥ Wahai wanita ♥ .•*''' ♥'*•. ♥
Tetapkan pendirianmu dan janganlah gusar akan pandangan manusia kerana sesungguhnya pandangan Allah jua yang lebih utama.


nOte : sumber Disini

Selasa, 28 Februari 2012

aku~~~ dalam di dilemma

Assalamualaikum..

 (gambar diatas tidak ada kene mengena k! saje nk tunjuk muka aku yg cute hahahahaha)

Seperti tajuk entri yg aku suggest, aku seriously dalam dilemma sekarang. Perlukah aku berterus terang! adoii...pening bila memikirkan masalah yg aku hadapi...apakah? masalahnya...dengar macam kecik je kan?. mungkin kah! aku ni seorang yang baik hati?? atau pun seorang  yg suka masuk campur hal2 diaorg?...  hanya Tuhan saja yg tahu hati aku tak duduk diam dan sering berkata2...Ya Allah, kau lindungilah hamba2 mu.  semoga hati kalian berdua tetap dalam keadaan baik..amin..

Sebenarnya aku berkawan dengan Alya dan Fatiha (bukan nama sebenar). aku kenal diaorg sama2 ditempat kerja. Permulaan kehidupan berkawan sangat2 mesra alam katakan...xde sedikit pun bermasam muka antara satu sama lain. Jikalau masing2 ada masalah... kami bertiga sama2 memberi pendapat mana yg bagus dan elok untuk diteruskan...

Dalam awal  pertengahan tahun baru2 ni..  Fatiha mendapat kerja baru ditempat lain dan tinggalah aku dan Alya berdua.. tapi kami masih  berhubung melalui hp dan juga fb. Fatiha Sibuk bercerita ditempat baru..alhamdulillah...dia pun dh dapat kerja kan? so masalah sekarang...Alya macam melarikan diri dari Fatiha...tapi kenapa?  itu pun aku tau dari mulut Fatiha..Fatiha ada bertanyakan aku sama ada Alya  ada cerita apa2 tentang dirinya..aku rungsing!!!..pening pun  ada..serba salah...aku menTIDAKkanya je..huhuh maafkan za ye... xde  niat langsung nak sakiti hati korg ber2.. kalau boleh..aku nak jaga hati korang ber2..tapi macam mana??..
Tapi, tu la.... haish, pening la... pening... pening...

Masalah diorg biarlah menjadi rahsia antara kami ber3.. masing2 memberi kata janji kpd aku untuk tidak mencertikan kpd pihak sebaliknya. ohh! tidak...aku rasa mungkin aku perlu berjumpa dgn Fatiha untuk  mengesahkan jalan cerita oleh Alya kpd aku.. atau? akau membiarkan ia terpendam dalam lubuk hati..huhu
Kata org2 di luar sana...kita jangan dengar cerita  dari sebelah pihak je kan? kalau tidak mana kan tahu yg mana betul dan yg mana salah?.. yg penting! aku akan ikhtiarkan jalan penyelesaian yg elok.

  

Sabtu, 14 Januari 2012

Sesekali hati ini berbicara...

 Assalamualaikum..

Arini tetiba pulak aku nk update belog!.. sebelum ni aku xde mood bagai la... tapi bukan special pun tuk tatapan korang semua...kalau korang nak tahu~~skrg aku kat opis sebab nak langsaikan hutang yg tertangguh... 0T ~~buat apa yg patut dulu..nanti bila bos tanya dah siap ke lom?? so xde ler mengelabah satu badan aku nak menjawabnyer...hahahahaha..cian aku buat keje sorg2 je..xde sape nk tolong huhuhu..

Sejak akhir-akhir ini, terasa macam banyak sungguh ujian yang Allah berikan... aku pasti akan ada 'matahari' yang akan menerangi hidupku. aku hanya mampu berdoa dan  berdoa. Ya Allah bagi aku kekuatan.. bagi aku kemampuan.. kuatkan iman aku Ya Allah. kuatkan agama ku Ya Allah.. sekiranya aku terkeluar dari landasan mu.. bagi la aku petunjuk mu Ya Allah.. jadikan aku sbagai hamba mu yang soleh Ya Allah.

Ya Allah hambamu yang hina ini menerima segala ujian darimu dengan redha. Ya Allah tolonglah hambamu ini..berikanlah kemudahan jalan dalam menyelesaikan masalahku…engkau Maha pengasih maka kasihilah aku. engkau Maha Penyayang maka sayangilah aku.Ya Allah, Berikanlah hambamu ini kekuatan. Berikanlah hambamu ini kesabaran. Berikanlah hambaMu ini ketabahan dan aku hanya mmpu berusaha utk yg tbaik.Ya Allah terima kasih krne sentiasa bsme hambamu yg lemah ini .. aku b'syukur walau seberat mne pun ujian ... yang kau mahukan aku terima dengan redha. bagilah nur mu di hati ku.. tabah kan hati hambamu ini.. amin ya rabballamin..!!

Isnin, 12 September 2011

Mood aku tetiba sedih pilu...

Assalamualaikum....

Mood aku tetiba sedih pilu...
aku igatkan besday aku hari ni so happy...tpi
sedih bila mengenangkan pertanyaan org yg mulut xreti nak tanya soalan dgn cara baik..
"bila nak ada baby, umur dh tua"..."mesti x pandai ni"
patutkan timbul soalan2 cam gini????...
klu nak bergurau pun tgok keadaan la....
 xpun, apa kata bagi kata semangat..kan ok!

kita manusia hanya merancang..yg pasti Allah swt yg  menentukannya..
sama ada jodoh, anak dan ajal maut...
bagi yg ada anak tu...adakah kita pasti yg anak kita tu akan berjaya?? tolong ibubapa mereka??
cuba renung2kannya wahai manusia...

dan satu lagi!!!
"awak nampak gemokkk" mkn nape??
adoiii..please la...pertanyaan cam budak2..
  time aku kurus suruh makan itu ini..tpi aku abaikan..sb mak aku marah!
semua yg kita buat xkena kan??
aku tau aku skrg dh gemoksss...
tpi yg aku kesalkan org tu jugak yg tnya!..adoiii


terEMO lebih pulak aku di petang hari..sob..sob..

 skrg dak gemoksss!!


nOte: tolonggg!!!!
 

Rabu, 22 Jun 2011

"..kepoh ke aku ni??.."

Assalamualaikum...

Pagi2 aku terpanggil nak tulis pasal hal ni....
sebab aku masih waras lagi..(waraskah aku??hehehe)..
bukan aku nak kepoh..bukan nak kecoh..
tapi kadang2 naik rimas juga bila terbaca macam2 ragam kat wall fb..
kalau nak gaduh tu janganlah bising2..malulah sikit dengan semua org..
bknnya sorg yg baca wall korang...tpi pikirlah sendiri!!..
takkan gaduh suami isteri nak heboh2 kan!!..
bila berbaik balik..sayang la..rindu la..itu  la.. ini la..hmmmmd..
macam2 la korang ni..korang pun boleh pikir mana baik mana buruk.. 
kalau boleh, pasal rumahtangga ni jgnlah nak memalukan diri sendiri tau!!..
aku ni bukanlah berlagak pandai mcm tahu segala2nya..
cuma manusia biasa mcm korang jugak.....
biasalah adat berumahtangga ni..gaduh2 kecik tu..perkara biasa la..
jgnlan nak dibesar2kan..sesama kita bertolak ansur..
kalau x mcm mana rumahtangga korang nak bahagia kan??..
pikir pasal anak...
 
kalau nak conteng2 kat wall pun..yg baik2 je..kita kan nak heppy2..xmo sedih2!!.. 
 Bagi mereka yg sibuk menghentam sana sini..lebih baik kite banyakkan istighfar, 
ia adalah penawar dan penyembuh derita jiwa seorang hamba.Insyallah..
nOte : salam maaf jika kata2 aku ni keterlaluan!!..

Khamis, 28 April 2011

Bukan - - - - -> kejar GLAMOUR

Assalamualaikum..

Petang2 cam gini terasa nak luah isi hati plak..aduuhhh!! 
Aku berbelog hanya untuk suka-suka bukan untuk kejar glamour!!..wahhh!!..ayat tu mcm power je..Bajet macam la ramai sgt yg baca belog aku kan..kan..isshhh..

Tapi kan, xsalah untuk aku terus masih  berbelog selagi idea dan jari jemari ni rajin menaip..so aku punya hati la nak story  apa pun kan..kan..yg penting xde niat jahat nak memburukkan kaum sendiri...tak gitu??

Satu lagi..aku suka bila bukak je belog kawan2..sungguh comel dan kreatif diaorg hiasi diary kecik dia tu..
* macam2 nama belog mereka..
* nak baca pun tenang jerk...
*cerita tu.. xpayah nak bgitau la..mcm2 boleh aku kongsi..
*yg bagi informasi baik pun ada...
* mencuit hati bila diaorg citer tentang anak2 dia...sungguh cute!!!..

bak kata blogger sharing is caring, heheh..

Jumaat, 15 April 2011

Dah takde soalan lain ke nak tanya ??

Assalamualaikum...

 
Pagi jumaat ni bukannya aku nak marah2 orang xtentu hala tuju..cuma nak meluahkan sedikit rasa hati yg terpendam ni..aku terbaca kat wall fb kawan aku sorg ni yg berbunyi camni..

"if kalu xkawen org tnye bila nk kawe, if dh kawen org akn tanye bila nk dpt anak pulak.. n dh ada anak org akn tnye bila nk tambah anak..org2 ni sbnr nye sj nak cri kelemahan kite ke ape atau sengaja mau amik berat..?? whatever asal hidup aku bahagia..happy..puas..enjoy..syukur dgn apa yg ada.."

Dah takde soalan lain ke nak tanya?? 
Tensen bukan? Ada je menda nak ditanya pada 'kita' .. Dari mula lahir hinggalah ke tua ... cuma dah tua tu soalan nak ditanya tu tak berani nak tanya .. " bila nak mati?? ".. kalau tanya soalan tu, aku jamin si penanya tu akan tempah kuburnya sendiri .. kan kan?

Pelik? Bukan.. mmg dah lumrah manusia ni suka bertanya cuma yg di tanya tu tak selesa... Contohnya, bila nak kawin? Bukannya dia tak nak kawin, tapi dah belum sampai masanya .. Atau bila nak ada anak? Kalau nak kurang ajar senang je nak cakap, jap lagi beranak la aku .. Adoi... sah sah la tu bukan kerja kita .. Kerja kita dah buat... cuma lom ada rezeki .. 

Soalan2 kehidupan ni mmg kita tak dapat lari .. Pasti akan di tanya bila jumpa orang2 yg kita kenal tapi lama tak jumpa .. Hurmm .. bagi aku, soalan2 gini umpama soalan menyapa rakan .. seperti memberi salam .. Beri salam skang ni ibarat bersalam tanpa benar2 memaksudkan salam tersebut ... Mmg la, bukan semuaaa.. haih.. umum ler ... 

pasni tukar soalan pulak bile jumpe..
"awak, berapa no ic ye?"
ok x? haha

Wallahualam ... sedar sedar la diri tu yer...

nOte: aku pun sama lum ada rezeki..berdoa dan terus berdoa kpdNya...amin.

Isnin, 3 Januari 2011

"WHy"....


السلام عليكم ورحمة الله


Pagi ni takde apa yg menarik sangat pun.. kadang2 buat jiwa ni kacau bila mengenangkan org yg pegang title PHD pastu buat apa2 pun diaorg ikut mood je. Lepas tu nak suruh kita faham mood dier.. abis tu mood kite camne? hahaha. WHY ada juga manusia yg suka susahkan hidup org erk!.





Kadang2 disebabkan org lain, hidup kite jadi kacau.. tapi zaza tak salahkan diaorg seratus peratus ye. Pada zazam apa yg berlaku dalam hidup mesti bersebab kan!. Mybe org PHD sebab duit.. tak pun sebab pangkat, tapi kalau renung balik semua tu tak kan bawak kemana pun betul tak? ehhh kesalah hehehe.

Pada zaza, dalam hidup, paling penting kite bina Relationship. Bila kita baik dengan org so org pun akan suka dengan kita.. tak rugi malah berlipat ganda baik. Dari segi pertolongan pun, diorg lebih mudah nak menolong kita antara satu sama lain. Think positive ye!. In Shaa Allah.