Isnin, 31 Oktober 2011

Kali ni dia datang lgi...

 Assalamualaikum..


Seingat aku masa kecik2 dulu idung aku penah kuar darah..so mak aku standby sirih time aku kena, mak aku gulung sirih tu masukkan dalam lubang idung yg berdarah tu then dongakkan paler..huhuh

Kali ni dia datang lgi ptg semalam..dan skrg!!...
org cakap..klu idung berdarah panas dalam badan...
memang aku rasa badan aku ni panas sejuk je...walaupun aicond terpasang sana cni..sob..sob ..sob
sib baik la aku ada tisu..klu x?? mana aku nak lap...huhuhuhu
cuaca sekarang pulak xmenentu...siang malam ujan je...


Tapi yang sebenarnya, kita penah amik tau tak kenapa hidung kita berdarah? hidung kita boleh berdarah bila saluran darah kecil dalam hidung pecah. sebabnya, saluran darah kat hidung dekat sgt ngan permukaan. selain tu, boleh jadi jugak saluran darah tu kena jangkitan seperti di bawah;
  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan
1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
3. Berjumpa doktor:
  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.
nOte : dari Sumber
 

Terengganu - - > NELANG

 Assalamualaikum..

::: Perlawanan Akhir Piala Malaysia :::

Walaupun kalah dgn skuad Hobin Jang Hobin 2-1, tak bereti gagal.. yg penting "gol" pertama Tganu yg mulakan hahahaha..(sedapkan atie).. Team Tgnu dh buat yg t'baek.... dan smpai pringkat final.... yg ptng ade hikmah stiap yg b'laku~~ > budi bahasa budaya kite < ♥ TERENGGANU ♥ TETAP DIHATI ♥ (^_^)


 nOte : bangga....Tganu Juara dan Naib Juara!!..



Jumaat, 28 Oktober 2011

Teringin nak makan - - - - >

 Assalamualaikum..

Petang2 cam gini boleh plak kepala aku terbayang nak makan "Kuih Lompat Tikam"..
Kalau aku kat Kg. mesti suruh mak aku buat punya!!... boleh makan tambah2 hahahaha..

Mak!!..tolong, along nak makan ni.... (poyo je ayat kan??) nk buat sendiri hmmmmm...pandaikah aku?? xpe2 nanti aku nk belajar buat..tpi bila erk??..


Nak tau tentang kuih ni...Jom baca!!..
Merupakan sejenis kuih tradisional yg popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Kuih Lompat Tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yg biasanya bewarna hijau dibahagian bawah dan lapisan santan yg bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

Sekian, mekacih!..:)

nOte : info dari cik google - - > nyum2!!..




Khamis, 27 Oktober 2011

Doa Seorang Adik~

Assalamualaikum..

::..Mintak share yer tuan empunya...timekasih..: : 

 Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama...-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.

Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.

Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tekad supaya lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.

Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama sekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempat bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.

Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.

Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.

Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.

Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.

Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:

"Yaa, Allah. tiada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, "

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.
 
nOte : Sedih bila aku memacanya..YA ALLAH.... mudahkanlah rezeki keluargaku dan saudara2ku...amin.




Isnin, 24 Oktober 2011

M.A.J.U.L.A.H .S.U.K.A.N U.N.T.U.K. U.i.T.M

 Assalamualaikum sahabat yg dikasihi,
 Semoga Allah sentiasa merahmati kita..

Setinggi2 tahniah diucapkan kpd atlet2 Karisma, UiTM Puncak Alam kerana membawa balik 3 Pingat Emas, 6 Pingat Gangsa dan berada ditangga ke9 keseluruhannya!!.. Majulah Sukan untuk UiTM!!..









nOte : Dengar2 citer...lepas raya haji ni, perlawanan persahabatan nk buat dekat UiTM Pulau Pinang pulak..hehe

 

Jumaat, 21 Oktober 2011

September Untuk Kami [8122511]


السلام عليكم ورحمة الله



SEPTEMBER untuk kami tersangat indah buat kami bertiga. Mana taknya, lahir bulan yg sama walaupun berlainan tahun hihihi. Adik pada 8 September, Zaza pada 12 September dan Ateh pada 25 September. Cuma sorg je yg lahir pada 25 Ogos iaitu Angah. Apapun, kami bersyukur kerana mak dan ayah telah membesarkan kami semua cukup seadanya. Terima kasih buat mereka. Tanpa mereka.. tiadalah kami berempat di dunia ni.












Dapat jugak calibrate sama2 walaupun kek tak berapa nak gahhh sangat kan !. Sebenarnya diaorg berdua dah dapat kek lagi sedap.. lagi mahal dari kek zaza hahaha.


 



MOVIE [Al-Hijab]


السلام عليكم ورحمة الله


Seronok bila luangkan masa bersama sahabat kan !. Alhamdulillah, baru2 ni zaza balik kg. Zaza terharu sangat bila bff kita sanggup ambik half day semata2 nak lepak sama2. Tqsm kak yah.. i love u. So memandangkan kami jarang sangat dapat jumpa, kami lepak at Mesra Mall Kerteh. Kami layan AL-HIJAB Movie. Konon nak berdua macam pasangan kekasih hihihi. Tapi citer menyeramkan hahaha. 
 
Terima kasih jugak kepada Mie sahabat zaza kerana sudi belanja kami KFC. Terima kasih jugak BFF zaza lagi 2org lely and anie kerana sudi datang rumah zaza. Best kan lepak walau pun sekejap je.. teringat time2 skool dulu hehe. Sempat jugak singgah opis lama, rindu kengkawan kat sana. Walaupun jauh dimata, zaza tetap ingat korang semua tau !. Maklum lah tanah air zaza memang kat situ pun.  
 
 


 




Rabu, 19 Oktober 2011

HoyeE~~~ sukanya aku!

Assalamualaikum..




nOte : suka!!! sampai je umah (baru balik dari kg).... ada bungkusan atas kerusi..rupa2nya..... switer oren.. tq en.asben dapat  jugak walaupun x dpt joint group korang ye!!..


Selasa, 18 Oktober 2011

Tak Sabar Nak BaliK Kampung !


السلام عليكم ورحمة الله



Rindu pondok kecil ku ni.. dah lima hari kot tak melayan hehe. Maklum ler sibuk sikit sejak minggu ni. Nak BW pun tak daya huhuhu..sorry ye !. 
 
Sebenarnya seronok sangat dalam hati lalalala.. sebab tiket bas nak balik kg halaman tercinta dah pun beli. Suami tak dapat join sama sebab sekarang ni sibuk dengan Tournament Silat sempena game KARISMA di UiTM Segamat, Johor. Suami bawak team dari UiTM Puncak Alam/Perdana, Selangor. Semoga atlet2 semua di permudahkan segala urusan di sana. Hope dapat bawak balik pingat ye ! hehe.



Jumaat, 14 Oktober 2011

MakaN TiME - - - - -> KFC

 Assalamualaikum..

Rasa syukur dan terimakasih padamu Ya ALLAH atas kurniaan rezeki untuk hari ini..
dan juga kpd en.asben sb belanje sye makan KFC..
sangat2 kenyang!..


 nOte : lagi suka ayam spicy yg biasa dari tomyam baru!!..

Rabu, 12 Oktober 2011

Silat Persahabatan - - - -> UiTM Puncak & UiTM Arau

Assalamualaikum..
Moh! le kita tgok gmbo kat bawah ni..
 





Kalau korang nk tau..semua yg pkai bju silat tu..adalah bdak2 UiTM Puncak & UiTM Arau.. dan korang mesti tertnya2 siapakah?? abg2 yg handsome tu!!...diaorg merangkap COACH bdak2 tu  ler...

Apapun memang terbaeek la layanan dari UiTM Arau... aku ditumpangkan asrama (siswi) iaitu bilik adik FATIN...tq bebanyak!.. dan budak2 laki mestila asrama (siswa)...aku rasa dh mcam budak UiTM plak daaa..hahaha

Ambik kau!....nun jauh ke belakang dewan latihan untuk budak2 silat. dari tmpt aku  menginap..jalan kaki alamak kurus la klu hari2 mcm ni....Game cuma 1hari je...dan keesokannya, kami bertolak ke Padang Besar.. apalagi shoopinn habis ler...hik3..

Kitaorg sampi UiTM Puncak, lebih kurang jam 12tghmlm..itu belum smpi umah lagi tau!..
Memang penat!...dengan perut aku yg meragam..mybe salah makan kot!..so isninnya aku MC!..he3


nOTe : Minggu ni pulak game Karisma di UiTM Segamat..
 

Jumaat, 7 Oktober 2011

Isu Panas!!..


السلام عليكم ورحمة الله



Majoriti penduduk di Kampung Medan kurang berpendidikan tinggi dan berpendapatan rendah serta mencatatkan gejala sosial yg agak tinggi sehingga menjadi punca perbalahan antara satu sama lain meskipun atas alasan remeh. Eh, apa bende ko tulis ni ?

Kami warga Taman Medan berasa bertuah kerana dapat menetap disini.. Alhamdulillah, kami masih berasa selamat berada ditemat kami.. cuma yg kami tak perlukan ialah pengacau2 yg cuba membuat onar ditempat kami.

Luahan dari org2 Kg. Taman Medan..
Perlu ke tulis artikel macam tu ? bagaimana perasaan org2 kg yg telah lama menetap disitu.
 
nOte : Sumber disini. 


 

Jom tengok - - - - -> Rupa RM50 Baru

 Assalamualaikum.. 


Jom! pagi2 cuci mata dgn duit baru RM50 ni..he3

 







apa pandangan korang??..
mana lagi comey baru ngan lama!..


nOte : cantek2..wane die unik..hehe