Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Selasa, 26 Ogos 2014

Riang Ria Raya Aidilfitri Kami Sekeluarga..


السلام عليكم ورحمة الله

Pejam celik pejam celik dah 30 Syawal hari ni, esok dah pun masuk 1 Zulkaedah.. hmmm sekejap je rasa sebulan kita beraya kan! hehe.. Uols masih ada jemputan 'open house' ke malam ni?.

Raya dah nak habis zaza baru nak update citer raya hihi.Sorry! mood terlebih ke laut la. Okey zaza tahun ni turn beraya di kG zaza Terengganu. Zaza kali ni bukan balik beraya ber2 tau! kami ber3 hihi. Kami bertolak pada hari Sabtu 26 Julai jam 12.30 tengahari. Nak tau kami sampai jam berapa? ofkos uols tau kan! time raya je mesti jem sana sini ngeee.. perjalanan kami mengambil masa selama 13 jam :(

Apapun kami bersyukur dapat berhenti berbuka area Kuantan. Dan kami sampai kerumah jam 1.30 pagi beberapa jam je lagi nak bersahur hukhukhuk.. 

Jom! tengok beberapa gambar yg kami dapat snap. 


Tengok! suami tengah kusyuk bakar ikan n sotong. Rajin betul suami kita hihi.. Kalau nak tahu, semua ni kami beli fresh tempat org jual ikan yg betul2 dekat tepian pantai.. memang best! sampai excited suami tak menang tangan memilih hehe.Lauk2 ni kami buat last menu berbuka kami sekeluarga. Alhamdulillah kami dapat juga berbuka sama2 dengan keluarga tersayang :)


Esok raya! esok raya! 1 Syawal 1435H
Syukur pada Mu Ya Allah, kami dapat beraya bersama2 keluarga tercinta.


Kameraman import dari KL [anak angkat kami a.k.a boy]. Raya tahun ni tersangat meriah coz keluarga makin bertambah.. dari suami, adik ipar dan terbaru si kecik comey Nur Zara Arissa dah masuk 7 bulan. Tengok! mak pun heppy je.. Alhamdulillah.


Ni dia.... kami berempat yg sentiasa awet muda muahahaha.. [perasan jap]
Tema baju raya kami pun semua sama ofkos la idea zaza hihi.. sebab sebelum2 ni pon memang kami adik beradik sama cuma mak ayah je lain kaler. Kali ni bila dah ada keluarga besar [ehh besar ke?] so kami kata sepakat nak buat sama.. bior ler org kata kami penari boria hehe. :p yg penting kami bahagia haha.


Apa lagi erk nak citer..cer kabo hehe..
Raya kat sana seminggu so kami beraya sakan rumah saudara mara sampaikan nak beraya rumah kawan2 pon tak berkesempatan.. hukhuk cuma dapat ler beraya kerumah sorg dua teman zaza. Jika diizinkan Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi. In Shaa Allah.


 Sampai sini je kot citer raya yg dapat zaza kongsi bersama walaupun tak berapa nak hangat sangat kan!
Nanti kita tunggu citer Raya Haji pulak ye!! amboii belum lagi dah excited kemain.
turn Raya Haji rumah mertua at Jeram. Tunggu!!


nOte : Alhamdulillah 30 Syawal.. berakhir sudah kita menyambut Aidilfitri. Semoga ikatan ukhwah dan kemaafan sesama kita akan berkekalan dalam redha yg Maha Esa. [lega rasanya bila dah tunai hutang raya :)

Sabtu, 19 Oktober 2013

Makeover by adik Amni


السلام عليكم ورحمة الله

Sebelum tu, zaza nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Maaf zahir batin. Walapun raya haji ni zaza beraya sorg2, coz en. suami OST Macau.. zaza tetap gembira dengan adanya family dan dapat beraya bersama2.


comey tak adik Amni?

Tergelak besar zaza bila tengok muka adik Amni sorg ni hehe.. Mana taknya, Zaza dengan umi Amni sibuk berborak dengan kawan xskool dulu. keluar2 dari rumah muka Amni dah siap touchup lipstik celak bagai ngeee! Yang tak tahan tu celak hahaha... sabor je la. Nak kata ikut perangai umi Amni suka bermekap memang tak sangat2!! coz umi Amni orgnya simple je.. memang tak gemar bermekap. 


Umi Amni bertudung corak sebelah kanan.. simple je orgnye

Mybe ikut nenek belah suami.. org bekerjaya katakan.. mestilah sentiasa nampak cantik je kan. walaupun dah pencen namun nenek Amni tetap nampak macam org muda2 hihihi. penampilan haruslah di jaga.


nOte : Amni ni sblm lipstik merah... Zaza dah pakaikan puprle kaler tau masa kat rumah zaza.. apa lagi, senyum lebar la adik Amni sorg ni... :)

Isnin, 19 Ogos 2013

Perhimpunan Aidilfitri Kali Ke-2


السلام عليكم ورحمة الله

Hari ni baru aku dapat update pasal raya.. Aku pun bukannya blogger tegar kot nak citer detail pasal raya sakan hahaha ayat tak boleh blah ! So aku tak nak membebel panjang lebar dan aku sajikan beberapa keping gambar semasa majlis di adakan pada hari sabtu iaitu raya ke3 di Kg. Gajah, Perak baru2 ni untuk tatapan uols semua.. itu pun kalau masih ada yg sudi baca ngeee!! [padahal idea dah kering giler] harap maklum.

Banner perhimpunan Aidilfitri kali ke-2]



[Meja untuk pendaftaran VVIP]

[Pelancaran borang pendaftaran tabung Hj. Mutalib dan Hjh. Ngah Rokiah] 


[Tuan pengeusi majlis ]


[Wakil dari keluarga Hj. Shaari [yg berucap ayah mertua]


[Wakil dari keluarga Raayah]


[Wakil dari keluarga Sulaiman]


[Wakil dari keluarga Hj. Bahari]


[Wakil dari keluarga Konek]


[Wakil dari keluarga Sharifah]


[Wakil dari keluarga Kuyah]


[Wakil dari keluarga Turi]


[Giliran anak2 cucu cicit menerima sumbangan duit raya]

[Sebahagian hamper untuk cabutan bertuah [sape la yg bertuah tu kan!]


[Opah yg bertudung hijau]



[Sebahagian dari family in law]


[Bersama kazen2 en.suami]



[Itu dia betapa meriahnya family Hj. Mutalib & Hjh. Ngah Rokiah]



[Yeah!! kambing bakar untuk pusingan yg ke2 kali..memang terbaik !]


nOte : nak citer lebih2 mood kelaut ngeee!! sabo je la :p


Selasa, 6 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434H Dari Kami Berdua


السلام عليكم ورحمة الله

Dikesempatan ini zaza ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
andai ada terlanjur kata selama berblog serta tersilap gurauan. 
Mohon diampunkan segala kekhilafan zaza dan suami.



Petang ni zaza dan suami akan pulang berbuka puasa dan akan beraya bersama2 family suami di Jeram, Selangor. Maklumlah Raya Puasa tahun ni turn en. suami hehe.! 

nOte : doakan kami selamat sampai ye.. :)


Khamis, 1 November 2012

:.. Raya Qurban + Tournament Golf The Mines ..:

السلام عليكم ورحمة الله

En3 yg aku nak citer ni seminggu yg lepas iaitu jatuh hari raya pertama qurban. Orang lain sibuk balik kg sana sini, en.suami aku pulak tengah padang golf The Mines. (bkn main golf tau!) tanggungjawab keje hehe. Seminggu game kat sana.. seminggu la en.suami bz, hari2 balik malam. Alhamdulillah rezeki kami.

Tiger Woods bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia)
 Sebenarnya Tiger Woods ada datang utk tournament golf (Cimb Classic). Fuh! memang ramai giler. org glamor memang susah nak di dekati. Tiger Woods siap dgn bodyguards nak masuk padang golf. bukan itu aje, polis2 semua ada duk jaga dia. wow! untung org glamor ni kan!..:) untuk tiket aje dah cecah 1oo lebih sehari dan korang bayangkan kalau 3 hari semata2 nak tengok Tiger Woods. aku xsanggup..hihihi

Nasib baik en.suami bagi pas masuk free kat aku. hari raya ke3 aku datang sekali tgok dgn mata aku sape itu Tiger Woods yg selama ni duk tengok dalam tv dan suratkhabar je kan! memang low profile orgnya. tapi kalau korang nak ambik gambar dia xpayah cakap.. memang xboleh. asal?? mana nak ambik kalau bodyguard depan belakang kiri kanan. bukan itu aje, nak sign autographs pun xboleh!.
gambar ni pun aku ambik dgn cik Google.hehe

Tiger Woods
 Masa kat padang.. Ya Allah, org2 dah macam tin sardin pecah. mana Tiger Woods pegi semua duk ikut. cuba tengok gambar atas ni, ramai kan? mau pengsan dibuatnya.hahahahaha. aku memang xikut perkembangan Tiger Woods masa kat padang. ramai sangat org, entah2 org tu pijak kita kan??..ngeee

Aku steady je dalam bilik Tourism Malaysia (sponser utk golf). lepak2 dalam bilik aircond sambil makan2 dan tgok Tiger Woods dlm tv je hihihi. korang nak masuk dalam bilik tu memang ketat sb yg boleh masuk hanya ada pas ok!.

Ya best! masa Tiger Woods siap practice round dan nak masuk hole 1. org ramai duk beratur nak ambik gambar dia termasuk dgn aku sekali la. tiba2 kamera man mat salleh bagi aku bola golf yg Tiger Woods guna. fuh! senyum lebar.. simpan lagi tau! hahahaha xdapat ambik gambar sama pun xpe!

Nick Watney bersama isteri beliau

Nick Watney dari USA mengalahkan Tiger Woods.


Danny Chia dan Shaaban Hussin dari Malaysia uols ber2 pun terbaik!.
dan tahniah buat semua pemain. :)



Tapi time diaorg duk terima hadiah.. aku dah pun mengular The Mines Kompleks hahahaha. biasalah org pompuan kan! itu semua dia xambil tahu.. yg dia tahu window shopping. hahahaha nasib baik en.suami izinkan. Sampailah en.suami habis keje baru aku keluar. ngeee.

nOte : kaya..kaya.. diaorg yg memang!

Khamis, 25 Oktober 2012

:.. Salam AidilAdha 2012 ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Dengan ini, dari lubuk batin dan seikhlas hati, ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam diseluruh dunia. Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan. :)




nOte : kpd yg balik kg tu... hati dijalan raya! igt org yg tersayang k!..


Selasa, 4 September 2012

Terbaik Raya Buat Kami Sekeluarga

السلام عليكم ورحمة الله

Morning!! hari ni raya ketujuh belas kan? tak silap aku la....kejap je rasa.. macam semalam baru nak raya..bukan apa..bila dengar je radio..terdengar lagu raya.. itu yg aku ingat cam baru nak raya..hihihi. aku baru sekarang sibuk2 nak cerita pasal raya kat kG. tempoh hari...jangan ada yg termuntah sudah la yerk!

Ok... tak nak panjang2 sangat story simple je... juadah raya semsetinya sate | nasi himpit | rendang | ketupat palas | nasi ayam semua tu mak aku yg buat! anak2 makan je..hahahaha. Jom layan gambar raya yg tak berapa nak ada..

mak&ayah

keluarga kami

kami adik beradik krem kaler... polka dot lagi! dari sebelum aku kawin sampai ler dah ada en.suami, pakaian tetap sama patern cuma yg nampak lain warna coraknya aje.

kami adik beradik

 Opsss!! korang mesti terkejut kan..apa pasal kepala ada 4..hahaha.. senarnya tak plan pun nak bergambar kat luar ni.. so kebetulan pulak en.suami nak ambik..cepat2 ler posing baik punya!! last2 tengok macam ni rupanya..hahahaha sabar je lah! lagipun masa ni kita org semua nak beraya rumah pakcik makcik dekat2 rumah ni je..

ni rumah paksu...tengok ler makan je kejenya kan??

en. suami bila dah kenyang.................cam ni ler jadinya.

Raya kali ni memang sangat2 heppy! dapat jumpe semua sanak saudara.. rakan taulan.. itu pun ada lagi yg belum sempat nak jumpe coz raya ke empat aku dah pulang ke KL. Insyallah jika dipanjangkan umur murah rezeki kita beraya sama2 lagi... :)



Khamis, 30 Ogos 2012

Kami Di Pagi Raya

 السلام عليكم ورحمة الله

   Selamat hari Raya!!
Lama bebenor cuti raya kan, sampai nak update pun naik malas. Tahun ni aku dan en.asben beraya dia kg halaman aku...Terengganu. Seronok tu xpayah nak gambarkan la.. korang pun tau camnekan!..hehe. Aku balik awak 2 hari sebelum raya..so sempat ler aku berbuka puasa sama2 dgn my family.. rindu sesangat!!

bersambung ok!

nOte : masih malas nk berceritaaaa!!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Dah Apply Cuti Belum??

 السلام عليكم ورحمة الله

Kenapa la mata aku ni ngantukkk sensangatt!!!..
kalau boleh tido kat meja ni..mesti dah meleleh liur basi..ngee
opsss....nasib baik big b0s ada...hmmmm
sabar la wahai mata!!..

Aku nak tnye...korang yg bekerja ni, dah apply cuti raya belum?? kalau belum, cepat2 apply ye..! aku awal2 dah approved..hehehehhe.. mekasih b0s! coz sudi approve my cuti raya!..hahaha aku start coti 16hb sampai la 26hb Ogos 2012.. alhamdulillah. lama kan?



nOte : mood nak berblog minggu ni tergendala daa..:(