Isnin, 21 Julai 2014

Resepi : Kerepek Ketam


السلام عليكم ورحمة الله

Ehhh dah jam 1:32 pagi mata tak mau jugak lelap.. 
Alahai mata nanti jam 4:30 pagi nak kena bangun lagi siapkan makan sahur hukhukhuk... 

Okey, sementara mata masih segar bugar ni.. zaza nak share resepi yg zaza buat semalam ehh bukan semalam je tau! minggu lepas pun zaza ada buat juga. Maklumlah dah jadi pebret asben pulak :) Kalau boleh hari2 pun dia mau muahahaha... yg bestnya siap suruh zaza tolong ingatkan dia beli Stick Ketam tu lagi :p

Zaza ambik resepi ni pun dalam fb. Tq lah pada yg sudi share resepi yg sangat simple dan senang :)





BAHAN-BAHAN :
  • 2 paket stick ketam
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • 1/2 sk serbuk lada putih/hitam 
  • 1/2 sk serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk mengoreng

PENYEDIAANNYA :

1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.

2. Tos stick ketam dan koyak2 hingga halus.

3. Dah siap koyak stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur
   daun kari.

4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. [zaza tak jemur pun] 

5. Kita panaskn minyak dan goreng hingga kuning dan ranggup.

6. Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara [kan masuk angin jadi lemau]

Senang je kan! dah pun siap... so zaza harap korang pun boleh buat dengan mudah. Selamat Mencuba ! :)


nOte : Assalamualaikum... ok bai nak tido dulu :)



5 ulasan:

  1. mudahnya tak pernah pon buat.
    thanks zaza.
    blh le buat utk kudap kudap raya kann

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ciksu hihihi... lapar je terus ngappp

      Padam
  2. salam perkenalan....diterjah kerana mencari resipi ini...thanks for the share...

    BalasPadam