Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

Rabu, 25 September 2013

Macam2 perangai budak sekarang


السلام عليكم ورحمة الله


Korang mesti pelik kenapa aku post gambar pintu ni hehe.. 
Mata liar je duk cari apa yg tersembunyi disitu kan!
Sebenarnya, aku geram dengan kerenah2 org yg gatal tangan duk tekan bell tanpa urusan penting!.
Selama ni aku bersabar je..hukhukhuk nak nanges!!

Nak dijadikan cerita, petang tadi masa kat opis bell bunyi lagi.
Aku angkat la phone then heloo berkali2.. tak ada pulak jawabnya..
[dalam kepala otak aku duk fikir mesti keje budak2]
Bila aku letak je ganggang phone.. bell masih berbunyi..
Maybe button yg diaorg tekan tu melekat kedalam.

Adoii terpaksa la aku bangun dari kerusi nak jengguk sape gelaran yg rajin menekan tu..
Sah!! aku nampak 2 kepala budak..tapi dia sempat pulak tengok aku then terus lari lintang pukang ngee!!..
Aku tak sempat lagi nak cakap apa2.. tau pun takut!.
Tak pasal2 aku kena turun tangga sb nak tekan bell tu kembali okey. :p


nOte : Macam2 perangai budak sekarang! bell dijadikan bahan mainan diaorg :(

Khamis, 30 Mei 2013

Kisah Duit Syiling Dan Batu


  السلام عليكم ورحمة الله

TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan- nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

nOte : sumber fb

Sabtu, 2 Februari 2013

Al - Kisah Seorang Pemuda


السلام عليكم ورحمة الله


Seorg lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya, dia masuk hutan untuk memburu Ayam Hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor Harimau yg sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelongsor ke dalam jurang. Dia pulak tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan kraaakk, kedua2 kakinya patah. Jangan risau, ini bukanlah berita buruk. Okey, ada lagi berita beruknya.. Harimau tadi terus menhambatnya sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.

"Ya ALLAH", doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yg mulia ini. Ampunilah aku Ya ALLAH, makbulkan hajatku ini. Jadikanlah Harimau yg memburuku Harimau yg beriman, tolong Ya ALLAH. Aamiin".

Tiba2 guruh berdentum ! Harimau tadi tiba2 terhenti betul2 dihadapan lelaki tadi. Harimau itu bertukar menjadi seekor Harimau yg beriman dan sopan santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit, Harimau tersebut pun berdoa.. "Allahumma barik lana, firma razaktana, wa qina azabbannar. Aammin".

MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT MERUPAKAN PERBUATAN YG DITEGAH KERANA SOLAT JUMAAT HUKUMNYA ADALAH FARDHU AIN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUSLIM. RG YG MERINGAN2KAN HUKUM ALLAH INI AKAN MENGUNDANG KEMURKAANNYA DAN MEREKA BAKAL MENERIMA BALASAN YG SETIMPAL DENGAN DOSA YG DILAKUKAN.



Selasa, 16 Oktober 2012

Haram Berkahwin Wanita 1 Pejabat


السلام عليكم ورحمة الله


Mie : Aku nak kawin la Joe..
Joe : Dengan budak mana ?
Mie : 1 pejabat la je..
 
Joe : Ishh, mana boleh kawin 1 pejabat.. haram namanya !
Mie : Ehh, apa pasal pulak haram ? ko ni dah kenapa ? terikut ajaran sesat erk !
Joe : Aku pun alim jugak la.. aku pun ada dengar ceramah jugak kat masjid.
Mie : Okey.. cuba ko bagitau aku apa sebab boleh jadi haram.
Joe : ISLAM suruh kawin paling ramai 4 org je.. yg ko nak kawin 1 pejabat tu kan ramai.. bayangkan dalam tu ada 2o org perempuan.
Mie : #%^&$ isshhhh.. podahhh !
 
 
nOte : hehehe lawak pagi supaya korang tak mengantuk..



Selasa, 17 Julai 2012

Kakak, saya nak segelas air kosong.. boleh ?


السلام عليكم ورحمة الله


Seorg budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yg diusahakan oleh ibunya. Menjelang tenghari, dia sudah berasa lapar.. namun, tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
 
"Kakak, saya nak segelas air kosong boleh ?"
 
sumber google
 
 
Direnungkan wajah budak yg kelihatan lesu dan sayu itu. "Tunggu sebentar ye" seketika kemudian.. wanita itu keluar dengan segelas susu ditangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah. "Berapa ye saya berhutang dengan kakak ?" katanya sambil meyeluk saku poketnya. "Tak perlu bayar". "Tetapi, saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar.. jangan ambil apa2 daripada org lain tanpa bayaran". "Kalau begitu, bayarlah dengan ucapan ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH". "Okey, ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH kakak.."
 
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata2 kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu.. kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya. 
 
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yg serius. Dia telah dirawat di sebuah Hospital di bandar tersebut dengan dibawah pengawasan oleh seorg doktor pakar. Rupa2nya, doktor pakar yg merawat wanita itu adalah budak lelaki yg pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu walaupun dia sudah berusia. Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Diatas bil itu tertulis..
 
"Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima Kasih". Dr. Muhammad.
 
 
Moral of The Story,
Walaupun kecil bantuan yg dihulurkan, namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH swt sering ada dimana2 dalam pelbagai bentuk dan kadang2 disampaikan melalui perantaraan org yg berada berdekatan dengan kita.
 
Renungkanlah Firma ALLAH swt yg bermaksug, "Berbuat baiklah kepada hamba ALLAH seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatNya yg melimpah2. Surah Al-Qasas : Ayat 77.
 
Renungkanlah Firma ALLAH swt yg bermaksud, "Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik2 antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat daripada ALLAH". Surah Al-Hujrat : Ayat 10. 

Renungkanlah sabda RASULULLAH saw, "Perumpamaan org2 mukmin dalam hal kecintaan, kasih sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut, maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia [tidak boleh tidur] dan demam [panas dingin]". Hadis Riwayat Muslim.


nOte : sumber fb.. sharing is caring !




Jumaat, 2 Mac 2012

Hargai Isteri 'TIDAK BERKERJA'


السلام عليكم ورحمة الله


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal ?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula ?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja.. hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Taip2 pagi siapa yg sediakan sarapan pagi ?
Encik Zainal : Halimah yg sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan ?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia dah bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak2 encik Zainal ke sekolah bagaimana ?
Encik Zainal : Halimah yg hantar sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak2, Halimah buat apa ?
Encik Zainal : Pergi ke Pasar.. kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak kerja.
Kaunselor : Petang hari selepas encik Zainal balik rumah, apa yg encik Zainal lakukan ?
Encik Zainal : Balik berehar kerana seharian saya penat bekerja..
Kaunselor : Apa Halimah buat ?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia jugak mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
 
Berdasarkan cerita diatas, anda rasa siapa yg levih banyak bekerja ? rutin harian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam itu jugak dikatakan TIDAK BEKERJA ?. Suri rumah memang tidak perlaukan segulung ijazah atau pangkat yg besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting !.
 
 
nOte : Hargailah isteri anda.. kerana tanpa dia mungkin korang tak dapat segala nikmat yg diberikan.



Jumaat, 6 Januari 2012

Wasiat Penting..

 Assalamualaikum..

Satu hari Ajoi yang tak sihat kerana demam sikit memanggil isteri dan semua anak duduk mengelilingi katilnya.

Ajoi: “Duduk sini..abah nak bagi wasiat nih!”

Anak Ajoi: “Waaaaa….! apa ni bah? main wasiat-wasiat ni ? Baru demam sikit jer tu..”

Ajoi: “Takpelah, just wasiat.”

Isteri Ajoi: “Ok.! ok..! Apa wasiatnya bang..?”

... Ajoi: “Tanah di belah kanan dan kiri rumah kita jangan dijual…..Juga tanah yang dibelakang tu….Sesekali korang jangan cuba nak jual..!”

Anak Ajoi: “Kenapa bah?” (saspen)

Ajoi: “Tu kan tanah orang lain, bukan tanah kita…. Mana boleh jual…!”

“Sobona eh, abah sajo jo hilang boring duk atas katil ni ha…huahuahua”
 cik google



nOte : esok cuti..esok  cuti..he3


Khamis, 7 Julai 2011

:..Selipar +Nyamuk..:

Assalamualaikum..

Dah seminggu aku xupdate blog aku yg kecik molek ni..hehehe
tengok my flower laju jerk update..nyeles plak rasanya!..
tpi uols jgn marah erk..aku memang suka baca korang punya citer...
klu xde bosan plak rasanya...hahahahaa

ok..aku ada satu  benda nak share ngan korang semua..
jom kita tengok!!..

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



hahahahahaaa...kelakar giler kan??
ada jugak soalan mcm nii..lawak2...

nOte: tunggu en3 pertunangan brother in-law k!!..

 

Isnin, 27 Jun 2011

~SenyuM SejeNak~

 Assalamualaikum..

Pagi..!!!
Alhamdulillah...ujan dah pun reda kan..kan..
datang keje pun aku main redah je...hmmmd~
so terlewat la aku smpi opis..jam 10pgi..hehehe

 
Apa kata kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.
nengok apa yg korang kena!!...


i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


nOte: jgn lupa korang kongsi jawapan anda ya!!...

Khamis, 26 Mei 2011

berkampung!

 Assalamualaikum...

Pagi uols..harap2 chat hendaknya...pejam celik ari ni dah kahmis rupanya..2..3 hari lgi dah nak msuk bulan 6..sekejap masa berlalu..oklah...tetiba rase rajin nak buat en3 kali ni.. tpi, bukannya penting sangat pun..hehe..

 Alhamdulillah, semuanya selesai setelah 2hari berkampung kat opis smpi ke mlm utk siapkan tender bersama kwn2 yg sporting giler..dah 3 tahun aku tggal keje camni..dulu2 sebelum kawin..memang  ada jerk stayback kat opis smpi pagi.. Sekarang dah keje opis lain..jarang sangat stayback..bunyi jerk jam p/card terus off komputer..apa lagi! balik la.. hari2 macam tu la keje aku...wakakakakaka memang sempoi la kan..

opsss...ada kje yg nak kene langsaikan dulu..next time citer lagi!!...




Selasa, 29 Mac 2011

Kisah Ibu Mertua & Menantu..

Assalamualaikum..

Hari ni keje aku adalah tgk emel dan berFB..
x terlarat aku nak baca sume2..
bila ada yg best ngan lawak2..
mula la gelak sorg2 kat opis neh..
dan..kat bawah ni aku nak share sesuatu ngan korg..
jom bacaaaa!!...

Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"

Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

Mendengarkan itu Li Li sangat berbahagia karana mertuanya masih boleh hidup bersama. Seketika itu ia langsung pulang ke rumah dan meminta maaf kepada mertuanya atas kesalahan yang diperbuatnya selama ini, sambil memeluk mertuanya, dan berkata, “Mama, Li Li sayang mama.” Mertuanya juga dengan terharu memeluk Li Li dan telah memaafkan Li Li. Demikianlah akhirnya Li Li dan mertuanya hidup bahagia.


Pesan :
Sadarkah kita bahwa bagaimana kita memperlakukan orang lain maka demikian pula mereka akan memperlakukan kita. Sebelum menuntut merubah orang lain, rubahlah diri kita sndiri terlebih dahulu.
Pepatah kuno, "Orang yang mencintai orang lain akan dicintai juga sebagai balasannya."

Rabu, 23 Februari 2011

Kisah Buang Bayi Lagi


السلام عليكم ورحمة الله




Di pagi yg nayaman, 2 org sudah lanjut usianya duduk berhat2. Pak Abu membaca surat khabar manakala Oak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


PAK ABU : Majid, kau tengoklah berita hari ni, ada org sanggup jual anaknya.
PAK MAJIS : Hmm, jawab Pak Majid macam acuh tak acuh aje..
Pak Abu : Iye pun terdesak nak duit, janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapatkan duit. Kerja kat Pam Minyak ke.. jual kacang putih ke.. jual surat khabar ke.. betul tak Majid ?.
 Pak Majid : Hmmm.. sambil menghembus asap rokok daunya keluar melalui hidungnya.
Pak Abu : Kau ni kenapa Majid ?, takkan berita ni kau tak ambil peduli ke ?. Ni melibatkan kemanusiaan tau !. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid : Hmmm.. ni lah, aku nak bagitau kau. Kalaulah aku masa muda2 dulu, aku jual je anak2 aku tu..
Pak Abu : Haaah ? kau biar betul Majid ?.
Pak Majid : Hoii, kau sedar tak ? sekarang ni kita berada di mana ?. Sedarlah Abu.. kita sekarang di RUMAH ORG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak2 aku tu macam ni lah, dah lama aku jual budak2 tu.
Pak Abu : Hehehehe..


nOte : Kasih sayang org tua kita sangat berharga. Jangan jadikan bermacam2 alasan untuk menjaga diaorg.


 


Jumaat, 28 Januari 2011

Salah satu kartun kesukaan..


السلام عليكم ورحمة الله


Suka tengok kartun tak sekarang? hehe. Ingat zaman kecik2 dulu.. bukak je tv mesti layan kartun, tak kira kartun apa tapi yg pasti TOM & JERRY memang the best!. Itu dulu2 kan.. eh, sekarang dah berumahtangga rupanya suami pun sama naik terjebak dengan kartun. Ingat zaza sorg je yg suka hihihihi. Pagi2 siap nak ke tempat kerje mesti bukak tv then layan tom & jerry hahaha. Mengalahkan budak kecik tau!. Bila tengok telatah jerry memang langsung takde perasaan geli kan kan!.. bayangkan tikus2 diluar sana adalah jerry hahahaha.








gambar ehsan google



 







Isnin, 6 Disember 2010

Saya Cintakan Awak


السلام عليكم ورحمة الله


Terlebih dahulu, zaza nak ucap SELAMAT MAAL HIJRAH 1432H. Moga kehadiran tahun baru ni, disertakan dengan azam dan tekad yg tidak hanya menjadi azam rutin setiap kali tahun baru menjelma kan?.. tetapi azam yg dilaksanakan dan dicakap dengan jayanya. Aamiin.


Okey, ada story menarik yg nak dikongsi hehe.
Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam dijalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit motor ni, saya takut..
Lelaki : Tak nak! bawak laju2 macam ni ler seronok..
Gadis : Takk.. langsung tak seronok pun. Tolonglah! saya takut.
Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motor ni, awak kena kata awak cintakan saya dulu.
Gadis : Okey, SAYA CINTAKAN AWAK!..
Lelaki : Okey.. sekarang peluk saya kuat2.

Gadis memeluk lelaki dengan erat.

Lelaki : Awak.. boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak? kemudian pakaikan kat awak.. 
           saya rasa tak selesalah. 


[DALAM AKHBAR KEESOKANNYA]
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa yg terlibat dalam kemalangan tersebut dan hanya satu daripada mereka terselamat.


Kisah sebenarnya, semasa sedang menurubi jalan, lelaki telah mendapati yg brek motosikalnya tak berfugsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan 'saya cintakan awak' dan merasakan dakapan terkahir kekasihnya. Dia juga memberikan topi keledarnya kepada gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat walaupun itu bererti dia akan terkorban. Jadi, sekiranya anda ada seseorg yga amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yg anda cintakannya.


Khamis, 4 November 2010

Surat untuk Mak..


السلام عليكم ورحمة الله


Tersentuh jiwa bila membaca surat ni.. Jadi zaza ingin kongsi dengan korang sebab surat ni berjaya menyentuh banyak hati selain mampu mengingatkan jasa ibu kita. Ia mampu menaikkan semangat kita untuk terus berusaha dalam lapangan masing2 dengan izin Allah swt. In Shaa Allah. Juga sesuai dihadiahkan kepada anak2 supaya mereka sentiasa lembut hatinya kesan daripada membaca surat ni.


SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL.

Mak,
terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
dah hampir sepuluh bulan mak pergi..
rasanya baru semalam mak peluk kita kan! sejuk syahdu masih terasa..

Mak tahu tak,
itulah pertama kali mak peluk anak mak yg nakal ni sejak kita dewasa..
dan itu juga terakhir kalinya..
Emmm.. rupanya, mak dah tahu mak nak pergi jauh..
nak tinggalkan anak2 mak.. nak tinggalkan dunia fana ni..
mak macam dah sedia.. seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
akak kata, sampai ke pagi mak anyam tikar tu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan, mak tak pernah buat begitu..
pastu mak pasang radio kecil disebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kekadang siaran indonesia..
mak terus tekun menganyam..
rupanya, tikar yg telah mak siapkan itu digunakan untuk mengiring mak ke kuburan. 
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih..
pastu mak jemur karpet2..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
paling menarik sekali, mak bagitau kat mana semua duit 
dan barang2 kemas mak ada kat dalam almari, dalam beg..
ada dalam asb dan juga tabung haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulungan tikar..
masa tu mak perasan tak?
kita gelak sakan bila mak bagi tau duit dalam gulungan tikar..
kita kata mak ni memang pesen lama la.. mak cuma gelak.. 
ermmm bahagianya saat tu..


Mak,
Hari sabtu, 18/8/99 jam 3 perang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu, kita sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan..
akak dan abang kat kg semua dah pujuk..
mak tetap tak mau pergi hospital..
dan cuma tinggal giliran kita je yg belum pujuk mak..
mak kata, mak tak mau duduk hospital..
tapi kita berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak makan..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut je la..
mak tetap tak setuju..
mak memang degil..
tak salah, anak2 mak yg ni pun mengikut perangai mak tu..
tapi akhirnya, bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun rasa sakit..
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..


Mak,
ampunilah kami semua..
kami nak mak sihat..
kami tak mau mak sakit2 lagi..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampun kan kami ye mak..


Mak,
malam tu, abang bawa mak ke hospital..
dan itulah pertama dan terkahir kali mak naik kereta kita..
masih terbayang betapa ceria dan gembiranya ma..
kita kata nak beli kereta..
mak asyik tanya aje.. cukup ke duit?
kita jawab, kalau tak cukup kan mak banyak duit..
mak gelak jer..
lepas ti bila kereta kita sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
dan kita masih ingat lagi..
bila kita eksiden terlanggar Ah Chong naik motor..
punya lah kita takut..
kita warning kakak.. jangan sesekali bagi tau dekat mak..
bila balik kampung je..
kita cepat2 simpan kereta dalam garaj..
tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa? selamba jer kita jawab terlanggar pokok bunga..


Mak,
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau..
maafkan kita, kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal sebenar..
mak, kita menipu mak kan.. ampun kan kita..


Mak,
jam 4.30 pagi 19/8/06 bila tiba je kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital..
mesti mak nampak abang cium dahi mak..
mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
mesti mak nampak semua tu kan.. kan.. kan..


Mak tahu tak,
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi, kita memandu dalam keadaan separuh sedar..
adik kat sebelah diam melayan perasaan..
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan kita rela..
namun, alhamdulillah.. akhirnya kita sampai juga..
di sebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong, sekosong hati ni..
sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dingin.


Mak,
kita masih ingat lagi..
kita baca al-quran kat tepi mak.. temankan mak..
jam 11.00 pagi mak dimandikan..
anak2 mak yg pangku masa mak mandi..
mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak..
kita gosok kaki mak perlahan2..
mak perasan tak?
makcik yg mandikan mak tu pujuk kita..
dia kata 'dikk, jangan nangis.. kalau sayang mak, jangan buat begitu.. jangan nangis ye'..
bila makcik tu kata gitu.. lagi la laju airmata ni..
tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak.. 


Mak,
sampai takat ni surat kita tulis..
kita nangis ni.. ni kat dalam bilik baru jam 4.00 pagi..
takde org yg bangun lagi..
kita dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kita sedih..
kita rindu mak!!
takpe la.. nanti bila kita selesai solat subuh..
kita baca surah yassin untuk mak..
mak tunggu ye..


Mak,
sebelum muka mak ditutup buat selamanya..
semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terkahir..
semua org kata mak seolah2 senyum je..
mak rasa tak.. masa tu kita sentuh dahi mak..
kita rasa sejuk sangat dahi mak..
kita tak mampu nak cium mak.. kita tak daya..
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
airmata kita tak boleh tahan dah..
mak mesti ingatkan yg anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak..
jam 12.00 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akan terasa panas..


Mak,
anak mak yg seorg tu demam.. mak tahu!
cuma akak seorg saja anak mak yg tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..


Mak,
hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib, anak mak ni berendam airmata..
dan sampai satu tahap, masa tu malam jumaat selepas maghrib..
selepas kita baca surah yassin dengan kawan2..
entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kita tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung..


Mak tahu,
kita cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak jugak reda..
kita rasa nak telefon mak..
anak mak yg ni dah tak betul kan?
dan akhirnya dalam sedu sedan tu kita telefon kampung..
puas la akak memujuk kita..
akak kata 'tak baik la nangis aje.. doalah untuk mak'
dan akhirnya akak jugak nangis..


Mak tahu tak,
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehinga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk2 sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah surah al-fatihah kita berikan..


Mak,
cukup la sampai sini dulu..
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu.. 
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid sama..
selalunya, kita yg bawak mak naik motor kan?
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak..
esok, kita ingat nak tulis surat kat ayah pulak..
mula2 kita tak tahu nak hantar mana surat ni..
pastu kawan kita bagitau, simpan je buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni aje.. takpe ye mak..
kita kasi org lain baca.. kita stop sini dulu..
sebab kawan kita dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak..


ehsan google



I LOVE YOU SO MUCH.
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kita rasa naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara org..
sampai akhir hayat ni, jasa mak tak akan mampu kita balas.