Isnin, 6 Disember 2010

Saya Cintakan Awak


السلام عليكم ورحمة الله


Terlebih dahulu, zaza nak ucap SELAMAT MAAL HIJRAH 1432H. Moga kehadiran tahun baru ni, disertakan dengan azam dan tekad yg tidak hanya menjadi azam rutin setiap kali tahun baru menjelma kan?.. tetapi azam yg dilaksanakan dan dicakap dengan jayanya. Aamiin.


Okey, ada story menarik yg nak dikongsi hehe.
Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam dijalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit motor ni, saya takut..
Lelaki : Tak nak! bawak laju2 macam ni ler seronok..
Gadis : Takk.. langsung tak seronok pun. Tolonglah! saya takut.
Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motor ni, awak kena kata awak cintakan saya dulu.
Gadis : Okey, SAYA CINTAKAN AWAK!..
Lelaki : Okey.. sekarang peluk saya kuat2.

Gadis memeluk lelaki dengan erat.

Lelaki : Awak.. boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak? kemudian pakaikan kat awak.. 
           saya rasa tak selesalah. 


[DALAM AKHBAR KEESOKANNYA]
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa yg terlibat dalam kemalangan tersebut dan hanya satu daripada mereka terselamat.


Kisah sebenarnya, semasa sedang menurubi jalan, lelaki telah mendapati yg brek motosikalnya tak berfugsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan 'saya cintakan awak' dan merasakan dakapan terkahir kekasihnya. Dia juga memberikan topi keledarnya kepada gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat walaupun itu bererti dia akan terkorban. Jadi, sekiranya anda ada seseorg yga amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yg anda cintakannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan