Khamis, 30 Disember 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Plus Cuti Umum


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat pagi!.. semoga pagi ni indah buat semua, seindah pelangi hihihi. Semalam, sempat la zaza tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Eh, bukan pergi stadium ye! muahahaha. Kami suami isteri layan kat kedai mamak je.. itupun kebetulan kami makan hehe.


Hero Harimau Malaya iaitu keeper Khairul Fahmi memang cemerlang kerana beliau banyak menyelamatkan pintu gol dari dibolos Indonesia.. dan Safee Sali pula penjaring terbanyak dengan 5 gol. Setelah Malaysia menang 3-0 di Bukit Jalil dan kalah di tempat Indonesia 1-2, Malaysia menjadi juara dengan agregat 4-2. Alhamdulillah.



Apa2 pun TAHNIAH kepada Malaysia. Zaza yg tak tahu sangat pasal bola pun terasa happy kemain lagi dan banggsa sangat2. Perdana Menteri Malaysia pun telah mengistiharkan hari Jumaat 31hb Disember 2-10, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.



nOte : gambar sumber dari google


2 ulasan:

  1. cma cuttiii...kak za cuti x??
    selamat ber oliday..

    congratz utk player2 yg mnharumkan nama negara...

    BalasPadam
  2. yeaaahhhh!!!...
    kza pon cuti...mana leh x cuti kan??
    selamat jugak utk cma...

    Malaysia Boleh!!....

    BalasPadam