السلام عليكم ورحمة الله
Entri ni khas untuk suami tersayang.
MENGAPA?
Ini semua gara2 zaza telah membuat kejutan khas teristimewa untuk dia. Suami pulak mengikut je kemahuan zaza meminta dia menemani berjumpa dengan 'seseorg' selepas waktu kerja.
TARIKH : 16Hb Disember
JAM : 6.30 Petang
Kenyataab rasmi, muka suami macam 'blurr' siapakah gerangan org yg zaza maksudkan itu. Setahu dia, zaza mana ada kawan selain dari kenalan opis dan kawan2 kat kg hihihi. Okey, sampai di lokasi berkenaan.. zaza terus mendapatkan org itu. Sebenarnya, zaza nak ambik tempahan 'cupcake anniversarry kami' hehe.
Surprise!!!
terkejut bila zaza tengok suami.. malu2 kucen bila zaza bagi 'cupcake' tu. Ucapan terima kasih ikhlas darinya. So, kami celebrate je dekat2 situ jugak. Pilihan kami Pizza-hut.
happy anniversary sayang! |
ALASAN?
Sebagai tanda ucapan terima kasih yg tak terhingga buat suami yg tidak jemu2 menyayangi diri ini walaupun macam2 kerenah zaza selama ni ada yg menyakiti hati beliau.
Alhamdulillah, Subhanallahm Allahukhbar.
Terima kasih kepadaMu tuhan atas nikmat kurniaMu dengan menghadiahkan diri ini naugan kasih sayang insan paling bermakna dalam hidupku. Moga balasan yg paling mulia dariMu buat dirinya. Aamiin.
So Sweet..Surprise!!! God bless you .. faithful to the very last hope ..
BalasPadamthanks kak :) lebiuuu
Padam