Jumaat, 18 Disember 2015

Gambar Kesayangan Di Mekah Menunaikan Umrah


السلام عليكم ورحمة الله

Hari ni takde idea sangat nak taip entri hehe. Cuma zaza nak kongsi gambar2 kesayangan yg jauh dimata tapi dekat dihati. Rindu pulak dengan diaorg. Hari ke-8 diaorg kat sana baru zaza dapat khabar berita. Alhamdulillah, mereka semuanya selamat dan dalam keadaan baik. Urusan mengerjakan Umrah pun dipermudahkan.. Alhamdulillah. Hati zaza gembira tak terkata bila tengok gambar mereka yg terpancar keceriaan dan mereka beruntung dapat menjejakkan kaki di sana. Semoga zaza dan suami juga diberi peluang menjadi tetamu ALLAH suatu hari nanti. In Shaa ALLAH.
 

Masa begitu cepat, esok diaorg dah nak berangkat pulang ke Malaysia. Kiranya mereka kat sana selama seminggu lebih iaitu dalam 11 hari je. Apapun, kami di sini mendoakan agar ayah, mak dan ateh selamat sampai. Kami semua teramat rindu.. tak sabar nak peluk cium hehe.
 
 
nOte : esok, lusa cuti kan ? ada plan kemana2 ? hehe..  


Khamis, 17 Disember 2015

Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Ke-8


السلام عليكم ورحمة الله



Sedar tak sedar.. 16 Disember 2015 semalam, merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan zaza dan suami. Alhamdulillah, genap usia perkahwinan kami yg ke 8 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan dan semoga ia berkekalan hingga akhir hayat seterusnya hingga ke Syurga. Aamiin.


Kepada suami tersayang,

Inginku rakamkan jutaan terima kasih kerana dirimu sentiasa bersabar dengan kerenah akan isteri mu. Juga berterima kasih kerana selalu bertolak ansur dengan sikap isteri mu yg kadang2 menyakiti hati mu. Terima kasih jugak kerana diri mu tidak cerewet dalam hal makanan. Apa saja yg dihidangkan, semua diterima tanpa bantahan. Sikap mu yg bersahaja membuatkan diri ini semakin menyayangi mu.


nOte : minggu depan tak sabar menunggu kepulangan org tersayang balik dari Umrah dan OST hehe.



Rabu, 16 Disember 2015

Manja Dalam Kenangan


السلام عليكم ورحمة الله




15 Disember 2015, manja sudah tiada disisiku. Perasaan sedih tak tergambar aku nak ucapkan. Walaupun sempat 4 bulan menjaganya, manja tetap bijak serta pandai.. dan yg paling best terlalu 'manja'.

pagi sebelum manja mandi.. termenung jauh.. kebiasaan manja akan lepak atas atap beranda.

Sehari sebelum manja pergi, manja asyik tidur je, makan tak lalu. Langsung aku tak ambik port disitu. Fikiranku, maybe manja keletihan. Pagi sebelum mandi, manja asyik termenung!. Lepas mandi terus masuk bilik. Tengahari tu manja ada muntah.. keluar air je sebab dia langsung tak sentuh makan. Aku masih biarkan!. Aku ambik peluk manja, tanya kenapa muntah ?. Manja dengan mata tak berkedip tengok aku. Lepas tu manja sambung lepak.. tapi tak tidur.

manja sesudah mandi dalam keadaan sejuk..

Petangnya tergerak hati aku pergi seven-e beli makanan pek untuk manja. Aku bawak manja sekali. Then lepak kat taman bersama2 manja. Bukan takde makanan untuk manja, tapi manja langsung tak sentuh makanan. Gembira bila tengok manja makan. Time nak Maghrib, terus balik rumah. Sebelum tu, aku bagi manja makan antibiotik. Macam biasa, manja terus masuk bilik lepak atas katil. Manja dah tak seceria sebelum ni. Aku kesian, bila masuk tengok manja asyik terbaring tidur je. Aku ambik dan main2 dengan manja. Manja langsung takde nak bagi feedback. Tapi aku langsung tak terfikir lagi !.

manja lena tidur..

Malamnya, manja keluar bilik sebab selalu manja akan tidur luar. Aku rasa tak sampai hati, aku ambik manja dan letak atas dada.. terus je manja lentok tidur. Ya ALLAH, aku langsung tak tahu lagi. Jam 4 pagi manja terkejut dari tidur, seolah2 memanggil aku. Fikiran aku, manja mesti nak makan, berak or kencing. Aku lepaskan manja. So aku sambung tidur. Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi plastik. Sangkaan ku, maybe manja masuk dalam almari. So aku biarkan. Tak sampai 5 minit, aku terdengar bunyi barang2 jatuh!.. sekali dengan suara manja.

time ni manja teman tengok bola..

Terus bangun bukak lampu. Ya ALLAH, apakah ini ?. Aku tengok manja dah terbaring. Aku tak tau nak buat apa dengan haiwan yg sekecik itu. Aku ambik dan peluk manja. Manja dah tak larat time tu. Aku nangis.. aku gosok badan manja. Manja seperti kena strok !. Manja marah bila aku pegang kepala dia. Badan manja langsung lemah. Keluar air liur serta keluar tahi. Cuma masih lagi bernyawa. Mata manja setiasa terbuka luas melihat aku. Masa tu jam 7 pagi.. so ada lagi 2 jam aku nak bawak manja ke klinik. Bartabahlah wahai sayang.. aku usap2 manja. Aku bagi manja air.

manja sangat ringan time ni..lemah atas ribaku..

Tepat jam 8 pagi, manja dah diam kaku. Ya ALLAH, ujian apakah ini. Tak sempat aku nak bawak manja ke klinik. Sedihnya aku.. terus menangis. Betapa sayangnya aku dekat manja. Tak sempat suami aku nak balik main dengan manja. ALLAH lebih menyayangimu.


nOte : dalam aku menaip entri khas untuk manja, tanpa ku sedar air mata membasahi pipi seperti ujan diluar. Patut la ALLAH tergerak hati aku untuk tidur bersama manja.. rupanya manja akan tinggalkan aku buat selamanya.

sebelum ni kehilangan manja..  



 

Rabu, 9 Disember 2015

Untuk Yang Dikasihi Ayah, Mak Dan Ateh.


السلام عليكم ورحمة الله

Untuk yg dikasihi ayah, mak dan ateh. Selamat menunaikan Ibadah Umrah. Kami mendoakan semoga di permudahkan segala urusan serta diberikan kudrat dan kesihatan yg baik sepanjang berada di Tanah Suci Mekah. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan memberkatiNya. Dan semoga selamat sampai dan kembali. Aamiin.
 



nOte : kami semua sentiasa merindui..

Isnin, 7 Disember 2015

Mati Itu Pasti... AL - Fatihah


السلام عليكم ورحمة الله


Innalilahiwainailaihirajiun, sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah.

Belum reda lagi dengan berita pemergian Pelawak Tanah Air, YUSRI BIN EDDO @ Pak Yus Jambu yg telah ke rahmatullah pada 30 November 2015. Selepas tu pulak pada 1 Disember 2015, Seniwati MARIANI BINTI ISMAIL ibu kepada Melissa Saila pulak yg telah ke rahmatullah. Semua peminat serta rakan2 seperjuangannya tidak putus2 mengucapkan salam takziah.

Tibanya pada 5 Disember 2015, zaza dikeutkan dua perkhabaran berita sedih. Merafak sembah dan ucapan takziah kepada kerabat diraja Johor atas kemangkatan YAM TUNKU JALIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU LAKSAMANA JOHOR. Semua rakyat jelata Johor, malah rakyat malaysia turut bersedih. 


Pada hari yg sama, zaza dapat whats App bahawa KAK MURNI, bff suami jugak telah kembali ke rahmatullah kerana komplikasi selepas arwah melahirkan baby twin. ALLAH, besar betul pengorbanan akak.

"Kadang2 kita rindukan seseorg bukan kerana kita rindu untuk tatap wajahnya, tapi kita rindukan kenangan bersamanya kerana kita tahu tidak mungkin kita akan kembali pada masa itu".
 

Khamis, 3 Disember 2015

Gaya Terbang Pun Boleh ?


السلام عليكم ورحمة الله



Lama tak update pasal budak kecik ni sorg. Eh, bukan kecik lagi tau ! kak long tak lama lagi nak dapat adik hehe. Syukur Alhamdulillah. Mak Long tumpang gembira sebab nanti makin ramai la anak buah.


Tengok ! bukan main sopan lagi kak long breakfast pagi ni sambil layan citer kartun. Siap khas lagi meja kerusi sendirian berhad untuk dia sorg. Org lain memang tak boleh nak selit2 walau sikit pun muahahaha. Kalau nak tahu, kak Long memang sentiasa kemas dan comey walaupun dalam rumah sendiri. Mama memang rajin tolong ikatkan rambut dan pakai skaf sebab mama tak suka tengok Kak Long serabai hehe. Tapi Kak Long tak kisah pun, dah terbiasa dari rambut pacak macam pokok kelapa lagi hehe. Ops, lupa pulak.. Kak Long breakfast roti bakar je tau.. sedap sangat mama buatkan.


Eh Eh, Kak Long tukar posisi pulak dah.. berat 66 la budak ni sorg. Gaya bebas macam Ultromen pun boleh huhu. Rasa nak tergelak pun ada bila tengok gambar meniarap ni. Budak2 sekarang kreatif sangat pikiran. Kalau zaza, memang tolak tepi meja kerusi tu.. ambik bantal baring hahahaha. Itu lah kan, budak kecik sebaya Arissa ni bukannya nak ambik port semua tu. Benda2 pelik macam ni la yg diaorg suka buat. Kadang tu, kita pulak risau takut dia jatuh tergolek je. Nanti sape yg sakit ? Kak Long jugak yg kena sakit huhu.


nOte : Masa terlalu pantas, esok dah Jumaat balik.



Selasa, 1 Disember 2015

Disember Datang Lagi


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah, Disember datang lagi. Di bulan terakhir tahun 2015. Semoga diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan harian. Hati ni RAJA bagi segala anggota. Baik di hati maka baiklah di mata. Baik di hati maka baiklah di telinga. Baik di hati maka baiklah di mulut. Baik di hati maka baiklah di tangan. Baik di hati maka baiklah fikiran. Rosak hati maka akan rosak segalanya.

 
 Nak kafir di hati.
Nak jadi murtad pun di hati.
Nak jadi syirik pun di hati.


Pesan ustaz, "Hati kita umpama besi yg berkarat. jadi bagaimana nak polish hati kita dari karat2 itu ? Jawabnya ada dua, mengingati mati dan perbanyakkan membaca Al-Quran".

nOte : Peringatan untuk diri sendiri 


Akhirnya Dapat Jugak Jumpa Manja


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah syukur dapat peluk manja. Malam tadi nak tido pun asyik teringat dekat manja huhu. Akhirnya dapat jugak jumpa manja dalam keadaan baik.


Kisahnya.. zaza balik keje petang semalam bukak je pintu rumah sunyi takde langsung bunyi suara manja. Kebiasaan kalau zaza balik, manja akan datang meluru laju je. Zaza terus cari setiap pelusuk bilik namun tak jumpa jugak huhuhu. Dalam kepala otak terus terfikir 'entah2 manja keluar rumah'. Aduh, macam mana pulak manja boleh keluar kalau semua pintu tertutup. Zaza tenangkan perasaan dan cari pelan2.. mana tau manja saje main nyorok2. Namun, sangkaan zaza meleset.. bayang2 manja pun langsung takde uwaaaa.

Time ni manja kena makan ubat sebab ada jangkitan fungal dan rabu ni nak kena bwak ke klinik lagi untuk checkup

Sedih tak terkata bila manja takde malam tadi. Selalu bila zaza tengok tv, manja akan datang naik ke atas badan zaza..dah nama pun manja harus lah 'manja' kan !. Zaza sabarkan hati.. In Shaa ALLAH, ada rezeki kami jumpa la manja tu nanti. Sampaikan tengah malam zaza masih terdengar suara manja memanggil diluar pintu bilik huhuhu sampai macam tu sekali imaginasi zaza. Bukak je pintu hampa.. langsung takde jejak manja. Manja pagi2 dalam jam 6 pagi dia akan kejut zaza mintak makan walaupun makanan dah tersedia ada.

Manja tido kat mana2 je, janji dia selesa..

Satu lagi, bila zaza nak gosok baju dia akan meluru laju datang duduk bawah papan gosok. Sambil zaza gosok baju, sambil zaza menintiskan air mata kesedihan huhuhu. Dalam hati terfikir macam mana keadaan manja.. dah makan ke belum dan tido dekat mana. Sebab manja kecik lagi.. lagipun, manja tak biasa keluar rumah. Oh ye, zaza memang biarkan manja bebas macam tu je kat dalam rumah sebab manja dah pandai buang air besar or kecik sendiri kat dalam toilet.

Haa ni atas teddy bear pulak dia tido.. zaza kat sebelah dia time tengok tv.

Pagi tadi sebelum pergi keje.. zaza beranikan diri ketuk rumah makcik sebelah. Syukur ! rupanya malam tadi manja tido rumah makcik. Paling lawaknya, manja siap duduk atas badan anak dia hehe. Terkejut beruk anak dia ingatkan binatang apa.. hahahaha dah la ekor sebijik macam tikus.. kurus pulak tu. Gembira rasa bila makcik tu bagitau manja ada. Tetiba pulak pagi tadi manja lompat ke bumbung beranda rumah sebelah. Aduh, macam mana pulak zaza nak ambik ?. Hehe beranikan diri sekali lagi ketuk rumah perempuan bujang. Mujur budak tu bukak pintu sebab time tu dia nak pergi keje. Akhirnya, dapat ambik manja dalam keadaan baik. Kesian manja seharian tak makan minum.

Time ni pulak baru lepas mandi siap syampu lagi hehe.

Masuk je rumah, laju je manja makan.. elok je lepas tu manja terus ke bilik air. Rupanya manja buang air kecik hehe. Pandai manja sayang. So selepas ni, zaza lebih berhati2 bila nak keluar rumah dan pastikan manja memang ada kat dalam. Uolls yg tengok gambar manja pun mesti pelik kan hehe.. tak nampak macam kucen2 lain. Suami zaza cakap manja ni 'istimewa'.


nOte : kasih sayang tak kira manusia or haiwan.. sb dia pun makhluk ALLAH.


Isnin, 30 November 2015

Wajah Persis Ibu dan Ayah


السلام عليكم ورحمة الله



Hi Hi Hi.. terkejut tak tengok gambar2 nenek ni ? kami 4 beradik versi tua dan kalau dipanjangkan umur, sempatlah kami merasa hari tua hehe. In Shaa ALLAH.
 
Asalnya, BFF zaza [lely] yg upload gambar versi tua dekat FB. So, ramai yg komen tanya guna apps apa ?. Bila tengok semula gambar tu, kelakar giler kot !.. gelak sorg2 hahaha. Zaza pun tak berapa ingat guna apps apa sebab benda tu dah lama. Rupanya BFF zaza masih lagi simpan gambar tua dia hehe. Gigih la zaza cari semula apps dan akhirnya, jumpa jugak.. "AGING BOOTH". Uolls yg saje gatai tangan pun boleh try hehe. Apps tu pun FREE download je.
 
"ALLAH Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis ibu dan ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis sebegini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak mak dan ayah. Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa mak dan ayah bersama. Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu dan ayah kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada dah ALLAH tahu kita rindu.. kita perlu lihat wajah mereka".
 
So, sebelum kita berbuat apa2.. renung wajah kita dicermin dan pasti akan ingat mereka. Sanggupkah kita lukakan hati dan perasaan mereka ?.
 
 
nOte : sayang mak dan ayah sampai hujung nyawa.
 



Isnin, 23 November 2015

Resepi : Sayur Pedas Labu Air


السلام عليكم ورحمة الله

Khamis baru ni, tiba2 datang mood mengidam nak hirup kuah sayur labu air hehe. Inilah 1st air tangan zaza selama 8 tahun asyik makan yg my mom masa sewaktu berada di kampung huhuhu. Series, memang tak pernah masak pun bila kat KL ni, hari2 pusing lauk pauk yg sama je hahahaha.. teruknya aku [dush2 tampar pp sendiri]. Okey, jom ! kita tengok resepi masakan Terengganu yg sangat SIMPLE.

fresh dari atas dapur

BAHAN-BAHAN :
  • 1 biji labu air
  • sedikit isi ikan [ikan yg telah direbus] *zaza guna sekor je sb cukup utk labu sederhana kecik
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sb  lada hitam
  • 1 sb budu *kalau taknak letak pun takpe, tapi kalau letak lagi terangkat !
  • secekak daun kesum
  • air secukup
  • garam dan bahan perasa

PENYEDIAANNYA :

1. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan labu yg telah dipotong.
2. Tumbuk hingga lumat bawang merah, lada hitam serta isi ikan.
3. Ambil sedikit air dari periuk yg berisi labu tadi dan gaul sebati dengan bahan yg ditumbuk.
4. Masukkan bahan bancuhan tadi ke dalam periuk.
5. Jangan masukkan direct bahan tumbuk kedalam periuk, nanti isi2 ikan jadi berketul2.
6. Masukkan budu, garam dan bahan perasa.
7. Last sekali masukkan daun kesum dan masaklah hingga mendidih dan labu bertukar warna. 
8. Siap ! bolehlah dihidang dengan nasi panas bersama ikan goreng.



Jumaat, 20 November 2015

"8th Anniversary GiveAway!"


السلام عليكم ورحمة الله


http://lobaksusue.blogspot.my/2015/11/8th-anniversary-giveaway.html
[Nak join, klik banner] 

Giveaway ini berlangsung dari 20.11.2015 sehingga 25.11,2015, jam 11:59 malam

 

Selasa, 17 November 2015

ALLAH Best Planner


السلام عليكم ورحمة الله


sumber google

Bila org cakap kenapa kahwin awal, dah gatal sangat ke?.. sedar tak, kawan2 yg bertanya tu belum kahwin lagi. Bila org tanya bila nak kahwin?.. sedar tak, kawan2 yg bertanya tu mesti rakan sebaya yg dah berkahwin tapi takde topik nak mulakan perbualan. Bila org tanya dah berisi perut tu?.. sedar tak, kawan2 yg bertanya tu.. mesti insan2 yg dalam kepalanya dok pikir nikah harini, sebulan dah berisi. Bila org tanya tengok dah ada anak sorg.. ada plan nak tambah lagi ke?.. sedar tak, kawan2 yg bertanya tu insan2 yg rajin bertanya soalan2 yg sebelum ni. Apa-apa pun persoalan org2 ni semua, lumrah dunia.. bukan semua hati boleh dipuaskan. Bagi yg masih belum berkahwin, bawalah calonmu ke jalan redhai Ilahi menuju syurgaNYa. Dan kepada yg belum dikurniakan zuriat, kuatkan semangat kalian. In Shaa ALLAH, ALLAH tidak menguji diluar kemampuan hambanNya. Berusaha, berdoa dan bertawakkal. Hadapilah kehidupan sunnah Nabi SAW dengan penuh tawadhuk.


nOte :  doakan kita cepat2 dapat baby jugak ye !!


Khamis, 12 November 2015

Tandatangan Berharga


السلام عليكم ورحمة الله






Petang nak balik baru timbul seketul entri huhu.. tak dapat nak tolong diri sendiri sebab akhir2 ni jari jemari malas je nak taip. Ikutkan story tu memang banyak.. tambah pulak otak pun tak nak bekerjasama hehe.

AWAK !Rama-Rama kita dah pun kena kurung dalam frame huhu. Sekarang dah tak boleh nak angkat sayap sebab terhimpit oleh cermin frame muahahaha !. Apapun, zaza nak ucap ribuan terima kasih kepada opismate sebab sudi hadiahkan 'tandantangan' mereka yg berharga ni untuk birthday girl 2 bulan lepas hehe. Bila sebut berharga tu kan, jadi zaza abadikan dalam frame.

Memula ingat nak buat saiz A3 besar gitu.. eh, ko zah ingat retis ke nak suruh org sign autograph hihi.. tapi, time calibrate birthday tu la jugak baru zaza sibuk nak print rama2.. nak guntingnya lagi dan lepas tu nak kena tampal pulak adoii.. jadi pendek citer zaza buat saiz A4 je hehe jimat tenaga empat kerat.



nOte : mood nak story pasal calibrate birthday dekat opis ke laut lagi huhu..



Rabu, 11 November 2015

#31 Wordless Wednesday [EKOR APA NI ?]


السلام عليكم ورحمة الله



Hahaha mesti terkejut tengok ekor ni kan ? 

Ini bukan ekor tikus tau ! 

Sebenarnya ni ekor kucen kite 'manja' hehe. Pantang zaza nak lipat baju ada je datang nak main2 nyorok bawah kain ngee. Tapi bila kita gosok baju pandai pulak dia duduk bawah tempat gosok tu sambil hulur tangan cuit2 tangan kita pulak. Dah nama pun 'manja'.. mestilah nak bermanja dengan tuan dia hehe.


Jumaat, 6 November 2015

Iklan Nuffnang Sudah Berlegar


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, suka sangat sebab bukak je belog pagi tadi sempat tengok iklan nuffnang berlegar2 di atas header, side bar dan juga bawah entri hehe. Setelah sekian lama tuan belog tak nampak iklan nuffnang ni muncul huhu.. ingatkan dah merajuk. Apapun, tuan tanah nak ucap ribuan terima kasih kerana pihak nuffnang sudi bagi BE walaupun tak sehebat mana hihihi.

header & side bar


bawah entri
Oh ye ! sebelum ni kan, kecoh pasal belog tak boleh nak login akaun nuffnang kan ? tuan tanah pun tak terkecuali sama huhu. Ada jugak try apa yg CIK AKAK dan CIK SUE share dekat belog diaorg. Tapi still tak boleh bukak. Terus tuan tanah email dekat ciksue tanya apa masalah yg dihadapi. Alhamdulillah, dapat berita yg memberangsangkan dari ciksue. Ciksue cadangkan supaya kita menggunakan web disebalik apa yg kita guna sebelum ni. Contoh, tuan tanah sebelum ni guna Mozilla so kena bukak chrome. Sebab ciksue pun hadapi masalah yg sama. Akhirnya tuan tanah dapat bukak dengan senyuman yg lebar hehe.. tqsm ! ye dear ciksue.


nOte : harap2 lepas ni nuffnang baik hati bagi BE & CPUV lebih hehe..