Selasa, 28 April 2015

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"


السلام عليكم ورحمة الله


[Join Klik Banner]
 
Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
 
1) Blogger yg menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 
 
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015

Khamis, 23 April 2015

Terjumpa Duit Syiling Tahun Kelahiran


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat Pagi ! Alhamdulillah.. pagi ni cuaca mendung je kan.
Semoga pagi ni kita semua dipermudahkan segala nawaitu kita. Aamiin.


Comey tak, gambar kartun duit syiling 20 sen tu hehehe. Maksud tersirat disebalik gambar tu sebenarnya. Ada perasan tak, tahun duit syiling tu ?. Okey kalau perasan diam2 sudah muahahaha. 


Kisahnya, semalam zaza ternampak satu beg kecil.. dalamnya ada duit syiling. Alaaa tak banyak pun jumlahnya. Konon nak asingkan duit lama and duit baru. Eh, tetiba ternampak pulak duit tahun kelahiran kami suami isteri. Excited kemain.. sebab sekarang ni kan dah ada duit syiling baru. So apalagi, terus zaza simpan duit ni elok2 jauh dari kawan2 dia yg lain hehe. Walaupun jumlah cuma 20 sen.. tapi bagi zaza beribu2 lemon tersirat sangat.



nOte : ehh, dah khamis.. ngee tak sabar !


Selasa, 21 April 2015

Outstation Jakarta


السلام عليكم ورحمة الله



Budget HOT ! macam datin la kan.. rayban hitam hihihi.
Selfie dalam kereta pun jadi muahahaha..


Ahad baru ni dalam pukul 1 petang, zaza bersama sorg kawan hantar suami ke KLIA. Flight suami pukul 4 petang so kena awal dua jam la kan. Tapi zaza hantar je tau ! takde nak ikut sekali sebab urusan kerja bukannya melancong !. Kalau melancong memang laju je kaki ni melangkah hahaha. Lagipun, zaza keje, kalau suri rumah boleh jugak tumpang dua kaki hehe. 


Kami terpaksa berjauhan seketika selama seminggu. Sekarang seminggu pun cepat je kan !.. pejam celik dah nak masuk bulan lain hehe. Kali ni suami zaza terbang ke Jakarta, Indonesia. 


Zaza doakan semoga suami diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan dan berjalan dengan lancar. Balik nanti kalau ada ole2 dari sana lagi sukaaaa ! hihihihi. Baru je sampai sana, dah mintak bukan2 ngeee.


nOte : minggu ni sibuk sikit..

 

Khamis, 16 April 2015

Surprise Birthday Party [Gelanggang Silat]


السلام عليكم ورحمة الله


Terharu zaza sebagai seorg isteri kerana masih ada segelintir manusia ingin menyambut birthday suami zaza walaupun dah tua hehe. Apapun diucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga buat kalian semua yg hadir pada malam tadi. Sumpah ! zaza pun tak jangka semua tu berlaku.


Kisahnya, sebelum habis latihan silat.. diaorg bekas2 silat datang bawak kek. Eh, bukan kek je tau ! siap package dengan tepung gandum dan juga telor ayam ahaakks !. Okey, plan seterusnya setelah semua budak2 silat habis latihan.. diaorg pun bawak masuk kek then nyanyikan lagu happy birthday. Suami selaku ketua jurulatih, terkejut ! dalam masa yg sama zaza tengok muka dia happy sangat. Alhamdulillah, dengan zaza sekali turut happy.


Dengan takde preparation bagai.. so potong kek pun ada org yg tolong peganggkan muahahaha. Dapatlah budak2 yg baru belajar merasa kek sikit sorg sebelum diaorg semua balik. Cuma yg tinggal hanya budak2 lama. Jadi untuk mengubati rindu yg telah lama terpadam cewaahh !. kami bergambar bersama. Plan seterusnya haaahh.. zaza dipaksa curahkan tepung gandum dekat suami sendiri adoii. Sabo ye suami.. hari bahagia.. hari bersejarah awak tak boleh nak marah2 org kan hihihi. Suami dengan muka yg terpaksa, diam tak terkata. Kiranya plan kami semua berjalan dengan lancar. Kecuali.. balingan telor ayam. Di sebabkan perjalanan balik kerumah kami berdua agak jauh.. so idea nak baling telor tu terpadam macam tu.. alasan kesian hehe.


Jom ! kita layan beberapa keping gambar pada malam tu.


masa ni kek meyorok belakang zaza hihihi. konon nak surprise !
birthday boy memotong kek
kek untuk diberi kepada budak2 silat sikit sorg.
bekas2 silat otai.. dari kiri : abg zul, haris, nuzul, shima, suami, zaza [tak termasuk dlm list hihihi], eda, ain & ecah
masa ni kek bertukar tangan.. plan seterusnya !
curahan tepung gandum.. muka terpaksa redha hihihi.
erkkk.. jangan bertukar jadi hulk sudahhh


Terima kasih kepada Abg Zul, Abg Syoib, Nuzul, Haris, Shima, Eda, Ain dan Ecah. Tanpa korang semua.. birthday party ni takkan terjadi walaupun sederhana je kan ! kan ! hehe. Memori ni semua.. kami berdua takkan lupa. In Shaa ALLAH.


nOte : 63 hari lagi 1 Ramadhan.



Rabu, 15 April 2015

Happy Birthday Khairul Nizam [150415]


السلام عليكم ورحمة الله



Ninoninoninonino ! haa tu diaa ambulan.. ada org sakit menjerit nak bersalin ! pehpehpeh ! ambulan laju woii bawak sorg ibu yg nak bersalin. 


Okey, sampai hospital.. tukar katil, tolak katil masuk bilik bersalin. 


Masuk doktor, masuk nurse.. okey ready push ! push ! push ! ibu tu daa berpeluh dek push ! penat sampai mintak air tapi tak dapat2 !. 


Nurse suruh push lagi.. okey baby daa kuar terus potong tali pusat. Goncang baby tak nangis.. tampar bontot baby baru ler nangis !. Nampak jantina owhh baby BOY. 


Ibu daa penat dan keletihan kuar je baby terus dapat air milo. 


Ibu daa nampak baby boy ! doktor terus letakkan di leher ibunya. Ayahnya pulak azankan baby.. keseorokan ibu dan ayah itu tak terkata. 


Bila tengok baby terus nak namakan KHAIRUL NIZAM dan sekarang dia daa bosarr ! tuu la rupe ehh abg sado kita hahahaha ! 




SELAMAT HARI LAHIR SAYANG. May ALLAH bless u sayang. Me love you so much ! Thanks setia berkhidmat dengan sayang walau apa pun dugaan yg datang.


[Happy Birthday jugak untuk adik ipar zaza, Mohd Hadar iaitu papa Nur Zara Arissa. Berkongsi date yg sama dengan suami zaza].


 
nOte : bersyukur dengan adanya suami yg sentiasa memahami kita.


Selasa, 14 April 2015

Dapat Sambal Kentang Goreng Package Tudung Bawal AJ


السلام عليكم ورحمة الله


Sebenarnya dari semalam lagi zaza duk tunggu abg posmen datang kat pejabat hehehe. Rupa2nya, akak posmen call bagitau org yg menerima barang tersebut tidak mengenali nama si penerima huhuhu. Boleh pulak tersalah nombor adoii. So hari ni barang tersebut dah ada ditangan zaza hehe. Alhamdulillah, kalau dah rezeki kita tak kemana kan !. Bertuah zaza hari ni dapat dua sekali barang dalam satu masa. Memula bukak parcel ingat sambal kentang goreng je.. last2 tengok plastik adijuma erk ! bukak tengok tudung bawal kat dalam. Apapun, zaza nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat tuan empunya badan yg sudi bagi merasa makan dan juga merasa pakai hihihi. 

SAMBAL KENTANG GORENG - Sedap sebab ada ikan bilis sekali dengan kacang.. rasanya pedas manis dan bebudak pun suka ! kalau makan dengan nasi putih mau terangkat pinggan nasi hihihi.

TUDUNG BAWAL ADIJUMA - zaza belum try lagi tudung ni.. tapi yg pasti, zaza tengok kualiti kain okey.. corak pulak tahap kreatif sebab lain dari yg lain.


Berkawan itu harus ikhlas, bukan untuk kepentingan tertentu semata2. Jadikan prinsip berkawan dan bersahabat kerana ALLAH swt. Zaza dengan Fie memang dua2 belum pernah jumpa antara satu sama lain. Kitaorg berkawan rasa2nya tahun lepas tak silap zaza la.. kalau salah sorry ye fie hehe. Kami berhubung melaui whatsapp je. Itu la org kata kalau jodoh tak kemana kan !. tak semestinya jodoh untuk org yg berumahtangga je kan ? hihihi. Kami kenal pun melalui kawan kepada kawan. Padahal nak kata masing2 duduk jauh sangat takde la.. zaza Subang dia pulak Klang je pun muahaha. Maybe belum masa untuk kami bertemu.. cewahhh !. Kak za mendoakan semoga Fie dimurahkan rezeki dan sentiasa diramhati ALLAH swt.




nOte : In Shaa ALLAH, ada rezeki tak kemana..



Isnin, 13 April 2015

Happy Birthday MAK [100415]


السلام عليكم ورحمة الله



SELAMAT HARI LAHIR MAK ! Genap 10 April umur MAK 51 tahun. Inilah wajah ibunda yg zaza paling sanjungi, hormati, sayangi dan kasihi. Kasihya hingga ke Syurga. Sampai bila2 kasih ibu takkan pernah hilang. Terima kasih untuk segalanya MAK. Terima kasih MAK sebab melahirkan seorg insan yg bernama along. Terima kasih MAK sebab jaga anak mak yg degil ni sampai la dah ada suami. MAK sentiasa melayan kerenah anak MAK yg manja plus comey ni hahaha.  Dah meningkat tua dah anak MAK sorg ni kan ?. Tapi sampai sekarang along tak bagi MAK cucu lagi.. In Shaa ALLAH, MAK doa2kan untuk along perolehi zuriat sendiri ye MAK !. Tak mungkin sejuta tahun pun along boleh balas segala yg dah MAK korbankan untuk along. Kalau boleh, along tak mau MAK jadi tua hihihi nak MAK selalu awet muda.  Masakan paling sedap di alam semesta.. serius talk !. Rindu masakan MAK.. tak sabar nak balik kg uwaaaa. Walaupun MAK takde blog hihihi.. tapi along still nak luahkan jugak kat sini. May ALLAH bless u MAK yg cantik dan comey secomey anaknya ini muahaha. Semoga MAK sentiasa diberikan kesihatan yg baik. Semoga MAK sentiasa hidup dalam kasih sayang yg berpanjangan. Semoga MAK sentiasa senyum sokmo ! itu yg penting hehe. Along sentiasa sayangkan MAK sampai hujung nyawa.



Waktu.. Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah.. Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya.. Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu.. Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu.. Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengnnya

Indah.. Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikanlah malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
 
Jadikanlah malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya



nOte : Adakalanya, utk menggembirakan diri sendiri, perlu bermula dengan menggembirakan diri org lain.


Jumaat, 10 April 2015

Wanita Berkaca Mata Ada Misai


السلام عليكم ورحمة الله






Nak tergelak bila tengok gambar diri sendiri diubah mejadi wanita berkaca mata.. itu okey lagi sb zaza memang ada rabun sikit hehe.. tapi yg geli hati tang misai tu hahaha. Kisahnya, zaza bangun dari tido ambik handphone sebab alarm berbunyi macam biasa pukul 6.00 pagi. Tengok2 gambar dah macam ni rupanya adoiii.. mesti keje suami. Takde keje cari keje.. sebab malam tadi dia balik keje lewat pagi.. itu yg gatai tangan. Siap bagai dengan pemerah pipi muahaha.. yg lawaknya satu betul la terletak kat pipi dan satu lagi kat tudung ! tak ke pelik macam tu. Alahai suami, org nak mekap dia pun sibuk nak tolong mekapkan. Bila kita tanya, boleh dia gelak besar.. sabo je la.


nOte :  esok lusa.. selamat berhujung minggu semua ye !


Rabu, 8 April 2015

Resepi : Muffin Udang Berkeju Asparagus


السلام عليكم ورحمة الله


Kemain panjang nama menu zaza kan, konon nak nampak moden sikit hihihi. Padahal sama je kalau kita goreng dalam kuali.. cuma kali ni kelainan sikit bakar dalam oven. Memang sedap dan lagi bagus tak payah nak potong bagai dan boleh je ambik sorg satu bagi anak2 makan hehe.





BAHAN-BAHAN :
  • 2 biji telor ayam
  • 5 ekor udang sederhana besar
  • 2 batang asparagus [potong kecil]
  • 1 keping cheese [carik2]
  • sedikit garam je sb cheese tu dah masin


PENYEDIAANNYA :

1. Pukul telor bagi sebati kuning dan putih.
2. Masukkan pulak asparagus dan sedikit garam.
3. Selepas tu tuangkan telor tadi 1/2 cup muffin setiap lubang.
4. Masukkan udang dan di atasnya taburkan cheese.
5. Bakar seketika sampai masak.






Selasa, 7 April 2015

Movie [Furios7]


السلام عليكم ورحمة الله



Semangat nak tunjuk jugak tiket Furios7 muahahahaha. 
Alhamdulillah, rezeki kami suami isteri.. adik ipar belanja tiket wayang malam tadi bersama lagi 2 org kawannya. Macam biasalah tempat dating kami at Subang Parade hihihi. Memang dah lama zaza tunggu citer ni keluar, siap awal2 lagi pesan kat suami nak tengok. 


Okey, part yg paling best bila Dom dan Brian bawak Red R8 yg memang wow! sangat2. Dan satu lagi part kereta terjun daripada kapal terbang menggunakan payung terjun !. Giler gempak... yg tu memang aksi betul. Tapi yg sadisss.. sob sob hero kesayangan zaza Jason Statham sebagai Deckard Shaw melakonkan watak jahat. Overall citer ni memang sangat2 hebat dan scene ni tribute untuk Paul Walker. Sedih pulak zaza huhuhu.

nOte : citer cinderella zaza layan on9 je hihihi..  


Isnin, 6 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 5] - ALLAH Selamatkan Kamu !


السلام عليكم ورحمة الله



ALLAH selamatkan kamu ! ALLAH selamatkan kamu !
Selamat Hari Lahir kepada mereka yg menyambutnya pada bulan Januari, Fabruari dan juga Mac iaitu En. asri selaku bos besar, Pn. Laili selaku bos perempuan, Edy, Riduzan, Haziq, Hairi dan Hamidi. Semoga kalian semua dirahmati ALLAH swt.

Alhamdulillah, majlis semua berjalan dengan lancar. Walaupun majlis sederhana kecil, tapi semua nampak happy!. Masing2 sporting dan bekerjasama bila diperlukan pertolongan. Pembuka bagi acara pada petang tu iaitu kak Arifah selaku ketua AJK dan diikuti Shaz dan akhir sekali bacaan doa oleh pakcik Mustafa. Selepas tu barulah acara potong kek besday dan tak lupa juga, masing2 dapat hadiah yg tak seberapa.. namun ikhlas dari kami semua hehe. Barulah semua dijemput makan. Haaahh memang semua laju je bab makan sebab masing2 dah kosongkan perut khas untuk besday party ni hihihi.




Bila perut dah kenyang, apalagi kan !.. masa untuk berselfie lah. Dah nama perempuan korang pun tahu hihihi. Dapat bos pulak sporting habis. Time ni baru je siap kemas2 apa yg patut. Iyelah kan, nanti nak balik takde la bergegas sana sini. Lagipun masing2 nak balik ambik anak.. yg ada anak la hehe. Bujang macam zaza ni relaks sampai malam pun takpe. Bujang la sangat... padahal suami dah menunggu kat luar hehe. Last sebelum masing2 nak balik.. selfie dulu dengan bos besar hahahaha.


Haaaa ni gambar selfie kami sebelum acara bermula. Bab gediks santai mesti laju je hehe. Sorry ye ! bukan selalu kami dapat selfie macam ni.. minggu depan dah kena start keje macam biasa. Takde dah nak selfie giler2 macam ni. Kena fokus keje pulak ye anak2 semua hehe. Akhirnya.. siap jugak entri keseluruhan untuk besday party yg diadakan pada 27hb Mac 2015 (Jumaat).

perasan tak baju kak arifah dan tudung fatimah ngeee ! baju kak arifah sempat beli kat maydin mall, manakala tudung fatimah dan kak arifah sewa khas dari zaza wardrobe muahahahaha !.



nOte : Next event In Shaa ALLAH 29hb Mei 2015.
 

Sporting Habis !


السلام عليكم ورحمة الله



Sabtu dan ahad baru ni zaza balik kg suami at Jeram. Dah lama kot tak balik, padahal bukannya jauh sangat hehehe.. cuma org tu je yg sibuk memanjang. Alhamdulillah, demam ayah dah kebah sikit dari sebelumnya.

Kami balik pun dah lewat pagi dalam jam 2 gitu. Sampai2 sana zaza terus tido hahaha. Bertuah punya menantu !. Pagi esoknya macam biasa breakfast satu family. Sebab jam 10 pagi mak ajak pergi menziarah sepupu yg baru bersalin anak lelaki kat Selayang, KL. Zaza balik kg pun dengan pakaian ala kadar je.. sebab fikir dua hari je. So terpaksa la pakai tshirt dengan seluar je.. kurang sopan pulak. Nasib bukan kenduri kawin hihihi. Tahniah ! mak chor dapat 2 org cucu lelaki. Kiranya opah pun dah ada 2 org cicit jugak hehe. Nak nunggu cicit dari zaza dan suami, In Shaa ALLAH. Doakan untuk kitaorg berdua.


Gambar ni zaza dah nak gerak ke KL.. tapi sempat lagi layan kambing hehe. Paling best, kambing2 ni sporting habis. Pantang kita datang mesti kepala nak keluar. Memula zaza memang takut jugak nak pegang kepala dia hehe. Suami cakap bukannya kambing tu makan org ngeee !. 


Tengok gambar zaza selfie dengan kambing hahaha. Siap nak bercium bagai hahaha. Kalau nak tahu, ayah banyak binatang peliharaan. Antara yg ada kambing, arnab, kucing, monyet, burung, ayam, itik, angsa dan ayam turki tak silap zaza la hehe. Untung zaza tak payah nak gi zoo tengok binatang.. kat belakang rumah pun dah ada mini zoo hihi. Balik je dari rumah mak Chor, kami dua kereta terus ke haluan balik rumah masing2. Balik2 hujan selebat2nya ditengah jalan. Patut la tenghari panas terik kemain.


nOte : Takziah kepada family yg telah kehilangan org tersayang dalam kemalangan Helipkoter terhempas, terbakar di Semenyih. Al- Fatihah.

Khamis, 2 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 4] - Kek Besday Untuk 7 Orang


السلام عليكم ورحمة الله


Kali ni kek sponsor by Secret Recipe. Ehh, ingat retisss ke nak kena sponsor kan ! hehe. Sebenarnya yg sponsor adalah GAFIS (M) SDN BHD ok !. Disebabkan yg menyambutnya 9 org iaitu pada bulan Januari, Februari dan juga Mac 2015. So disini kami hadkan kepada empat biji kek iaitu [OREO CHEESE CAKE, WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE, CHOCOLATE INDULGENCE CAKE dan RASPBERRY CHEESE CAKE]. Hahahahahaha kemain ayat 'hadkan' macam zaza big bos pulak. Kesemua kek2 ni kami order main belasah je yerk, sebab nak try rasa.. mesti tuan punya kedai tak bagi ! kehkeh.


Alhamdulillah.. kek untuk Puan Laili, White Chocolate Macadamia memang kena dengan citrasanya. Kembang kempis jap dayang2 semua hahaha. Chocolate Indulgence Cake pulak ramai yg suka.. katanya sangat sedap sampai menjilat jari hihi.. nasib jari kalau kaki ?. Dan dua kek lagi bukan tak sedap cuma kurang menepati citrasa masing2 je. Tapi kami nak mintak maaf banyak2 kepada besday boy and girl tu.. sebab ada 2 kek tinggi dan 2 kek rendah. Kami pun tak tahu sangat bab2 ketinggian kek ni. Apapun, kami dah buat yg terbaik untuk semua yg meraikannya.

Oreo Cheese Cake
White Chocolate Macadamia Cake
Chocolate Indulgence Cake
Raspberry Cheese Cake


SECRET RECIPE
NO. 19, JALAN USJ 10/1G, USJ 10, 47620 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
 TEL. NO. : 03-56310039
 

nOte : Dalam banyak2 kek, serius zaza suka wana kuning tu sb coklat2 ni tolak tepi hehe.





Rabu, 1 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 3] - Menu Utama Mee Kari


السلام عليكم ورحمة الله

Mewah je kan, menu pilihan kami yg tersedia atas meja hehe. Selaku AJK bertauliah, ditolak bahagi campur darab bagai.. kami sepakat menggunakan khidmat Catering Makcik Rokiah bertempat SS19 Shah Alam. Kami tahu pasal catering ni pun melalaui kawan Kak Arifah. So, Kak Arifah lah yg handle bab makanan ni hihi. Tqsm kak menolong kami yg lagak bertauliah. Kalau nak tahu, AJK pun dibahagikan tugas masing2.. org kata bekerjasama adalah lebih baik dari segalanya.



Selepas solat Jumaat makcik Rokiah bersama pembantu iaitu anak perempuannya yg menghantar sendiri ke pejabat kami. Antara menu yg dihidangkan iaitu MEE KARI, BIHUN GORENG, CUCUR UDANG, ROTI SARDIN GULUNG, PULUT PANGGANG, TEH PANAS dan TEH O PANAS. Korang yg tengok menu ni pun dah rasa kenyang kan ! hehe. Apatah kami yg ada kat situ. Harga untuk 35 org makan, makcik Rokiah cuma ambik RM400 sekali dengan penghantaran. Memang sangat2 berbaloi dan kami berpuas hati. Jom layan beberapa keping gambar hasil tangkapan sebelum acara bermula.


Mee Kuning
Limau Kasturi dan Telor Rebus
Tauhu Goreng
Sawi Celur
Cucur Udang
Pulut Panggang
Roti Sardin Gulung
Bihun Goreng

Pernah dengar sate kajang tak ?. Rata2 semua dah tau yg sate kajang memang femes terlajak laris hihi. Haah, sate lain tuan ye !.. kami menggunakan khidmat Din Sate Kajang Retro yg beroperasi di Foodcourt USJ 8, Subang Jaya. Harga secucuk sate hanya RM0.70 je ayam dan daging. Memang giler kentang.. walaupun kentang takde kene mengena ok !. hahaha. Isi setiap cucuk gedebak beso. Rugi sangat2 kalau sate tu hanya di pandang bukan di makan kehkeh.

Sate Ayam dan Daging

Alhamdulillah, rata2 semua org memuji makanan sedap dan mereka berpuas hati. Bukan senang nak handle bab2 makan minum ni hehe. Tapi yg menggelikan hati.. diaorg budak opis ingkatkan ada kek besday je rupanya package sekali dengan makan. Ofkos la kan, nanti kembong kek je dalam perut hihihi.




CATERING MAKCIK ROKIAH, SS 19 SHAH ALAM
H/P NO. : 013-3689128

DIN SATE KAJANG RETRO, USJ 8 SUBANG JAYA
H/P NO. : 017-3585446

Next.. 



nOte : GST sudah bermula 1 April... selamat semuanya !!