Isnin, 6 April 2015

Sporting Habis !


السلام عليكم ورحمة الله



Sabtu dan ahad baru ni zaza balik kg suami at Jeram. Dah lama kot tak balik, padahal bukannya jauh sangat hehehe.. cuma org tu je yg sibuk memanjang. Alhamdulillah, demam ayah dah kebah sikit dari sebelumnya.

Kami balik pun dah lewat pagi dalam jam 2 gitu. Sampai2 sana zaza terus tido hahaha. Bertuah punya menantu !. Pagi esoknya macam biasa breakfast satu family. Sebab jam 10 pagi mak ajak pergi menziarah sepupu yg baru bersalin anak lelaki kat Selayang, KL. Zaza balik kg pun dengan pakaian ala kadar je.. sebab fikir dua hari je. So terpaksa la pakai tshirt dengan seluar je.. kurang sopan pulak. Nasib bukan kenduri kawin hihihi. Tahniah ! mak chor dapat 2 org cucu lelaki. Kiranya opah pun dah ada 2 org cicit jugak hehe. Nak nunggu cicit dari zaza dan suami, In Shaa ALLAH. Doakan untuk kitaorg berdua.


Gambar ni zaza dah nak gerak ke KL.. tapi sempat lagi layan kambing hehe. Paling best, kambing2 ni sporting habis. Pantang kita datang mesti kepala nak keluar. Memula zaza memang takut jugak nak pegang kepala dia hehe. Suami cakap bukannya kambing tu makan org ngeee !. 


Tengok gambar zaza selfie dengan kambing hahaha. Siap nak bercium bagai hahaha. Kalau nak tahu, ayah banyak binatang peliharaan. Antara yg ada kambing, arnab, kucing, monyet, burung, ayam, itik, angsa dan ayam turki tak silap zaza la hehe. Untung zaza tak payah nak gi zoo tengok binatang.. kat belakang rumah pun dah ada mini zoo hihi. Balik je dari rumah mak Chor, kami dua kereta terus ke haluan balik rumah masing2. Balik2 hujan selebat2nya ditengah jalan. Patut la tenghari panas terik kemain.


nOte : Takziah kepada family yg telah kehilangan org tersayang dalam kemalangan Helipkoter terhempas, terbakar di Semenyih. Al- Fatihah.

4 ulasan:

  1. kalau cik akak tu...hahaha..dah cabut lari dah tengok kambing...fobia sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha zaza ok je jangan dgigit sudahh

      Padam
  2. alfatihah

    rumh sy xda kambing
    ada lembu, itik, ayam, kucing.
    suka la rania kalau blk kedah. mcm mini zoo juga..

    in shaa Allah ada rezeki zaza. aamiin .

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah lagi besar ciksu.. mesti rania sukaaa tak payah gi zoo dah hihi..
      *aamiin..tq ciksu.

      Padam