Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan

Isnin, 27 Oktober 2014

Teman i dah sembuh..



السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. kembali bekerja setelah 2 hari cuti hehe.. bagi yg cuti panjang Deepavali sampai semalam lagi power kan!.. memang terbaik 5 hari tu. Apapun hope uols bergembira..lalalala

Okey, rajin pulak zaza update blog sejak dua tiga hari ni kan hihi.. sebenarnya, komputer zaza dah okey dari sebarang masalah penyakit yg kronik. Sebelum ni monitor zaza rosak.. zaza tukar yg lain bukan beli baru ye! zaza ambik dari meja sebelah sana.. tempat tu memang takde org pun. Nak hantar baiki sampai ke harini terperap kat situ je.. whatever! So nak dijadikan citer.. cpu pulak buat hal huhuhu..nasib badan zaza oii. Bukak email dgn fb je yg dapat.. yg lain ke laut semua. Tup2 minggu lepas langsung tak dapat bukak fb.. haaa ambik ko!. [sblm ni mengadu kt kawan ckp apa la fb ni.. patern zaman kuno..org lain ok, aku punya entah apa2.]

Lama jugak la zaza abaikan blog tanpa sebarang update..sedey. Bila kat rumah mood dah malas nak bukak lappy.. sekadar hp kat tangan je hehe.. itupun kalau wssp masuk.

Hari Jumaa lepas.. zaza dapat idea ngeh2. Zaza terpikir satu cpu menyendiri tanpa teman disisi haha. Temannye sebelum ni zaza dah ambik [monitor]. So gigihkan diri pasang sendiri cpu. Alhamdulillah, akhirnya zaza dapat melihat dunia yg sangat luas.. yg paling happy zaza dapat update blog ler hihihi.

Tapi, cpu lama zaza bukan sekadar masalah tu je.. microsoft excel pun sama. Kalau nak guna kena convert bagai. Macam payah je! keje yg senang jadi lambat. Semua dokumen sebelum ni kena convert. Dah jadi satu keje nak kena buat.  


Facebook2 jugak.. janji keje yg di amanahkan semua dah siap.. lepas tu cover2 la erk, jangan depan2 bos buat selamba pulak. Kan tak pasal2 semua kene block ngeee.

nOte : Kalau mood tak ke laut, mau setiap masa i update blog hehe..

Jumaat, 24 Oktober 2014

Sebaliknya mengadulah pada Allah SWT


السلام عليكم ورحمة الله


Salam Jumaat barakah ! 
Doaku semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dimudahkan segala urusan utk akhirat, disayangi penduduk bumi dan langit, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman dan faqih dalam agama. Aamiin.


sumber google

 Jika kita tidak suka dengan perangai pasangan.. 
tidak berpuas hati dengan perbuatan pasangan..
atau pasangan kita ada kekurangan..
jangan mengadu pada manusia.. 

jangan komplen di laman sosial tak kira la fb, twitter, instagram, wechat dan sebagainya.. 
Sebaliknya mengadulah pada Allah SWT kerana Dia yang telah menetapkan jodoh kita.. 
yang telah mengurniakan pasangan kita sebagai teman ke syurga.. 
kunci ada di tangan Allah Yang Maha Mengetahui.. 
In Shaa Allah yg buruk akan jadi baik. :)

Zaza tersentuh dengan kata diatas yg telah di kongsi oleh seorg teman.. kata2 itu diambil dari inspirasi #semaniskurma. Zaza setuju sangat2 apa yg dikongsi. Semoga apa yg terjadi pada kita jangan sekali2 hebohkan pada manusia.. kekadang tu bukan sahaja mengaibkan diri sendiri malah akan dapat dosa kering je. Ramai sangat antara kita ni yg terlalu mengikut perasaan marah.. Anggaplah itu semua ujian dariNya.
In Shaa Allah, berkat kesabaran tinggi ganjarannya nanti :)

"siapa pun suami kita kurus ke dia, buruk ke dia, hitam metalic ke dia, selagi dia suami kita, isteri mesti hormat pada dia. Hormat dalam 2 aspek, yg pertama hormat dari segi perbuatan dan kedua hormat dari segi perkataan"
- Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz -

 nOte : Sempena hari AWAL MUHARAM esok [1 Muharam 1436], zaza ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, tersilap bicara, menyentuh perasaan semua dari segi aspek sepanjang tempoh melayari blog ini.. jutaan maaf dipohon. Moga kita semua mendapat keRedhaan yg Maha Esa, diberi petunjuk. Aamiin.

Ahad, 19 Oktober 2014

Sunyi pulak handphone ni..


السلام عليكم ورحمة الله


sumber google

Haaa.. nampak emotion kat atas!
macam tu jugak ler apa yg terjadi kat handphone zaza huhu..
tahap maut dah ni.. tak dapat nak diselamatkan lagi [buat masa ni je la] hehe..

Boleh pulak asben 'terambik' zaza punya charger..
guna yg dia punya tak nak masuk daa.. aduh!
apa den nak buat hah! hmmm buat2 tak tau je la kan..
nampaknya terpaksa tunggu asben i balik keje :(


En. nizam sayang, kena beli charger baru ye!.. 
sebab yg abg punya dah rosak tau.. 
pandai erkk buat2 tersalah ambik yg kita punya.. 
siap abg balik nanti.. marah ni ngeeee 

Diri ini terasa sunyi pulak bila handphone tanpa bunyi sana sini muahahaha gatai :p
nasib ada lappy yg menyelamatkan hati yg sunyi kehkeh..


nOte : okeylah, nak sambung buat keje rumah.. nak pi lipat kain baju jap ye.. 
sambil2 tu layan 'LOVE U MR. ARROGANT' hihihi


Rabu, 20 Mac 2013

Wow ! So creative with your words


السلام عليكم ورحمة الله

sumber FB













*
*
*
*
*
*
*
*
Suami : A,B,C
Isteri : What ?
Suami : Always Be Careful..
Isteri : Hehe then ?
Suami D,E,F,G
Isteri : .... ?
Suami : Don't Ever Forget Girl..
Isteri : Girl ?
Suami : Hmm I'm H.I
Isteri : What H, I ?
Suami Happily Inlove..
Isteri : So.. ?
Suami J,K,L,M Just Keep Loving Me..
Isteri : And how about N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,Z ?
Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall Treat U Very Weel Xcept Me Your Zauj [suami].
Isteri : :)

nOte : sweet giler !


Jumaat, 15 Mac 2013

Sifat-Sifat Orang Yang Beriman


السلام عليكم ورحمة الله

[sumber gambar fB ]

[Surah Al-Anfat, Ayat : 2]
"Sesungguhnya org beriman yg disebut ALLAH gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat ALLAH kepadanya maka bertambahlah imannya sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya".

[Surah 23, Ayat 1-11]
"Sesungguhnya beruntunglah org2 yg beriman iaitu org yg khusyuk dalam solatnya dan org2 yg menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yg tiada berguna dan org2 yg menunaikan zakat dan org2 yg menjaga kemaluannya dan org2 yg memelihara amanat2 yg dipikulnya dan janjinya dan org2 yg memelihara solatnya. Mereka itulah org2 yg akan mewarisi yakni yg akan mewarisi SYURGA FIRDAUSI. Mereka kekal di dalamnya". Subahanallah.


nOte : sharing is caring


Rabu, 27 Februari 2013

Suami Takut Dengan..

السلام عليكم ورحمة الله

Takut adalah sifat semulajadi dan tidak ada sesiapa yg dapat buang perasaan takut melainkan org gila hehe. Org gila pun takut jugak muahahaha. Ada sesiapa yg takut dengan lipas ? ofkos la ramai perempuan kat luar sana yg takutkan lipas kan !. Sekarang zaza nak berakap pasal lelaki okey !. 

Kisahnya, suami zaza sendiri yg takut dengan lipas hehe. Tergelak besar zaza bila dapat tahu.. mana taknya, lipas sekecik anak pun dia boleh lari jauh sampai takde lipas depan mata. Kalau ada jugak lipas kat situ.. zaza la mangsa keadaan yg perlu halau lipas tu huhuhu. Kadang2 tu siap ambik lipas tu.. konon nak baling dekat dia.. tapi jangan ko cari nahas ! kan penampar melekat kat muka korang huhu. Suami zaza memang betul2 geli dengan lipas. Pantang nampak lipas walau pun jauh.. dia awal2 dah melarikan diri hihihi.



nOte : zaza kalau lipas okey lagis etakat ni.. cuma geli pada cicak erkkk.

Rabu, 23 Januari 2013

Semuanya Sudah Berakhir


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, semuanya sudah berkahir selama tiga tahun bersusah payah demi memperolehi B.Eng [Hons] Electrical, UiTM Shah Alam, akhirnya angah [adik zaza] baru je habis belajar. Sekejap je rasa masa berlalu. Jam 4 pagi, angah selamat sampai ke kg. halaman dengan menaiki bas ekspress. Nasib semua barang2 yg lain awal2 lagi angah dah bawak balik setiap kali dia balik time cuti. Cuma, barang2 besar seperti rak2 buku, tilam, meja belajar.. angah bagi dekat zaza. Hehe syukur ! tqsm angah.


nOte : kakak mana yg tak gembira kan ! bila adik2 mereka berjaya dalam pelajaran.



Selasa, 1 November 2011

2 in 1 [Tarikh & Raya]


السلام عليكم ورحمة الله


Amboi ramai yg bercakap pasal date 1.11.11 kan ? tak kira laki or perempuan. Masing2 sibuk dekat wall fb diaorg. Belum lagi 11.11.11 kan ! itu lagi ramai yg menunggu untuk date nikah, tunang, dan macam2 hal lagi la. Bagi zaza la kan, mana2 date pun tak kisah sangat.. janji semua selamat dan berjalan dengan lancar.
 
 
Ehh, terover pulak mak zah ni kalau bercakap. Apa kata kita lari dari topik sikit muahahaha. Raya dah tak lama lagi kan ? cuma tinggal empat hari je lagi hohohoho. Sekejap je rasa. Mood nak buat keje pun makin menurun sampai ke bawah meja hihihi. Lagu2 raya pulak asyik berkumandang je kat corong2 radio. Uwaaaaa nak nages rasa.. tapi tahun ni zaza sambut raya di kg. halaman hehe. Rindu nak jumpa family serta sanak saudara dan tak lupa jugak dekat kawan2 lama.
 
 
nOte :  balik kg.. oooo balik kg.. !!



Isnin, 8 Ogos 2011

Secebis Nota Dari Seorang Ayah


السلام عليكم ورحمة الله


Masih sedih bila teringkatkan pemergian adik Fakhrul, empat hari berlalu di hari yg baik dan bulan yg baik. Menitis air mata zaza bila dapat tahu berita. Arwah adik Fakhrul merupakan anak kepada sahabat zaza iaitu anie. Anie sekeluarga seramai empat beranak dalam perjalan dari rumah [Dungun] untuk pulang ke kg. halaman suami [KL]. Kemalangan berlaku betul2 dah masuk KL dan berlakunya kemalangan akibat kereta yg di pandu suami anie terbabas kerana jalan agak licin akibat hujan time tu. Syukur semua selamat kecuali arwah adik Fakhrul. Arwah adik Fakhrul dikejarkan di PPUM. Namun, ALLAH lebih menyayanginya.. beliau tak dapat nak diselamatkan.


Jom ! kita baca secebis nota dari seorg ayah buat anaknya..


 
Fakhrul Mukminin anakku sayabg,
Dikala ayah menyambut hari lahir ini, kau sudah tiada disisi..
Suara tangis mu masih kendengaran.. tawa dan sukamu masih terbayang..
Anakku, kau pergi dikala usiamu yg masih kecil..
Ayah dan Umi akan mengingati, menyayangi dan mencintaimu sehingga akhir hayat kami..
Ayah dan Umi berjanji akan berusaha dan berdoa ke hadrat Ilahi agar ditingkatkan iman dan takwa kami agar kita akan bertemu kembali dipintu Syurga anakku.
Ayah dan Umi amat kehilangan, namun redha dengan ketentuan ALLAH.
Semoga kita bertemu jua anakku.

AL-FATIHAH buat anaku Fakhrul Mukminin

nOte : wahai sahabatku, segala ujian dan dugaan dariNya ada hikmah yg berlipat ganda. Kuatkan semangatmu untuk meneruskan kehidupan.



Khamis, 2 Disember 2010

Mak Dan Ayah Nak Tahu Tak?



السلام عليكم ورحمة الله


Mak dah Ayah nak tahu tak? dalam koma, adik lihat syurga itu sangat hebat. Hebat dari apa yg mak cakap. Adik dah tak boleh nak tunggu lagi.. sekarang juga adik nak pergi.
 
 
Mak dan Ayah nak tahu tak?  suatu malam datang malaikat, adik merayu2 adik dah tak larat. Tolong ambil nyawa adik cepat.. tapi kata 'nya' sabarlah dulu kerana apabila sampai waktu, Dia takkan pernah lewat.


Mak dan Ayah nak tahu tak? pagi tadi 'dia' datang lagi, masa hujan turun membasahi bumi. Dia datang dengan senyuman yg manis berserta kiasan. Tanda adik dah tak berkesempatan.


Mak dan Ayah nak tahu tak? bila adik dah tiada nanti, bolehlah mak dan ayah berehat lagi. Kerana adik selama ni sering membuat mak menangis tak henti2.


Mak dan Ayah nak tahu tak? bila mak dan ayah leka tak nampak, adik bisik kat 'dia' ambi lah sekarang kalau 'dia' nak. Adik taknak mak nanti ternampak2 wajah adik yg sedang menanggung azab.


Mak dan Ayah nak tahu tak? masa semua taks edar yg adik dah tiada, adik dah tak sakit, tak kejang dan tak derita. Alhamdulillah, adik sihat2 je.. dan dalam erat pelukan malaikat. Adik terus dibawa ke syurga.


Mak dan Ayah nak tahu tak? dari atas adik nampak mak menangis kehilangan. Adik nampak ayah menangis ketakutan dan adik nampak semua menanis keinsafan.


Mak dan Ayah nak tahu tak? adik nampak muka mak pucat, adik nampak ayah peluk erat mak dalam malam yg pekat.


Mak dan Ayah nak tahu tak? tiada lah lagi duka nestapa.. lenyaplah segala sakit sengsara buat mak dan ayah. Teruskanlah kehidupan berdua seperti sediakala. 


Mak dan Ayah nak tahu tak? adik akan sentiasa memerhati setiap langkah mak dan ayah. Dan semua saudara sedarah ku nanti kerumah kita. Disyurga nanti.


Mak dan Ayah nak tahu tak? benda ni adik tak sempat nak cakap, tapi adik malu nak cakap.. sssshhh adik amat sayang pada mak dan ayah.

ehsan google