Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Teddy sempena anniversary yg ke 6th


السلام عليكم ورحمة الله


BIG TEDDY BEAR... siapa yg tak suka kan? hihihi.. [sekadar kongsi kegembiraan]
Disember anniversary yg tak disangka2, zaza dapat suprise BIG TEDDY BEAR dari en.nizam, Alhamdulillah.
Dah besar2 pon still dapat BEAR hihihi... Tapi dalam hati gediks melompat suka :P

Ucapan terima kasih kepada en. nizam coz bagi hadiah yg lebih besar dari zaza. Suka sangat2 dahla besar.. gebu.. mantap dan padu pulak tu. Tak silap zaza teddy ni dalam 5kg beratnya.. Masa dapat tu..nak peluk giler berat mana taknya sama tinggi rasa nak tertonggeng pun ada.



"Sebelum ni, zaza pernah join giveaway yg hadiahnya merupakan 'BIG TEDDY BEAR'.. tapi bukan rezeki time tu, rupa2nya nak dapat yg ini hihihi.. alhamdulillah".




 







Isnin, 16 Disember 2013

Happy 6th Anniversary 161213



السلام عليكم ورحمة الله

#Throw Back #161207






Siang malam, pagi petang, hujan panas, susah senang, tawa nangis, gelak teriak, sedih sepi, kenyang lapar, gelisah tenang, kabut diam, serabut tenteram.. Kita masih redah bersama. Thank u abg, sebab masih teguh disisi ayg. Semoga Allah terus memberikan kebahagiaan pada kita sampai ke Syurga. In Shaa Allah.


Love you so much !

nOte :  balik keje tdi msak nasi daging special utk suami tercinta :)




Khamis, 5 Januari 2012

Coklat Mini untuk Ulangtahun ke4


السلام عليكم ورحمة الله


COKLAT MINI BAR ni zaza tempah on9 melalui FB Chocolate Wrapper. Memang sangat2 sedap sampai tak cukup nak jilat jari hehehe. Design pulak kita boleh pilih je kat situ nak yg macam mana. Kalau taknak letak gambar pun boleh.. tapi zaza nak letak sb abadikan buat kenangan hehehe. Pasal harga, korang jangan risau.. memang berpatutan dengan hasil kerja yg dibuat.
 

Memandangkan tahun ke3 zaza tempah CUPCAKE. So, tahun ni saje bagi kelainan tukar kepada coklat pulak hehehe. Suami pun suka bila kita surprisekan dia hehe





Jumaat, 16 Disember 2011

♥♥ heppy anniversary day!


السلام عليكم ورحمة الله


Kisahnya..
Zaza terima panggilan dari org yg tak di kenali.. bila tak di layan, asyik SMS pulak kat kita. Sampai ler 2 bulan zaza hanya mengenali belaiu melalui SMS itupun kalau sidia rajin nak call hehe. Akhirnya, sidia memberanikan diri datang dari jauh iaitu KL - Terengganu. Org cakap dah jodoh kan.. dan semua dah ditentukan oleh ALLAH swt. Lepas tu kami bertunang secara rasmi selama 8 bulan dan bernikah secara sah dalam tahun yg sama. Sekarang si dia lah suami zaza yg tersayang hehe. Bila dikenang2 balik peristiwa tu rasa tak sangka pun ada. Ajaibnya cinta cewaahhh !.


 
Alhamdulillah, usia perkahwinan sekarang dah masuk 4 tahun. Semoga dengan pertambahan usia bersama, maka bertambah mekar cinta kasih sayang kami hingga ke Syurga. In Shaa ALLAH.

Abang,
Terima kasih kerana menerima saya seadanya.
Terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya tak kira senang dan susah.
Terima kasih kerana menyayangi saya.
Terima kasih atas kesabaran dan ketabahanmu melayari bahtera perkahwinan kita walaupun kita belum dikurniakan zuriat.


Abang,
Bila ALLAH cepat memakbulkan doa kita, maka Dia menyayangi kita.
Bila lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin menguji kita.
Bila Dia tidak memakbulkan doa kita, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik buat kita.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaaNya. Semoga ALLAH akan terus makbulkan doa-dia kita untuk terus hidup bahagia bersama hingga ke hujung nyawa.

Abang,
In Shaa ALLAH, saya akan cuba baiki segala kelemahan yg ada. Saya akan sentiasa menyayangi abg dan bersama abg. In Shaa ALLAH, saya akan menjadi isteri yg baik buatmu.



Isnin, 27 Disember 2010

Part 2 [Surprise Anniversary]


السلام عليكم ورحمة الله


Entri ni khas untuk suami tersayang.

MENGAPA?
Ini semua gara2 zaza telah membuat kejutan khas teristimewa untuk dia. Suami pulak mengikut je kemahuan zaza meminta dia menemani berjumpa dengan 'seseorg' selepas waktu kerja.


TARIKH : 16Hb Disember 
JAM : 6.30 Petang
Kenyataab rasmi, muka suami macam 'blurr' siapakah gerangan org yg zaza maksudkan itu. Setahu dia, zaza mana ada kawan selain dari kenalan opis dan kawan2 kat kg hihihi. Okey, sampai di lokasi berkenaan.. zaza terus mendapatkan org itu. Sebenarnya, zaza nak ambik tempahan 'cupcake anniversarry kami' hehe.


Surprise!!!
terkejut bila zaza tengok suami.. malu2 kucen bila zaza bagi 'cupcake' tu. Ucapan terima kasih ikhlas darinya. So, kami celebrate je dekat2 situ jugak. Pilihan kami Pizza-hut.


happy anniversary sayang!

ALASAN?
Sebagai tanda ucapan terima kasih yg tak terhingga buat suami yg tidak jemu2 menyayangi diri ini walaupun macam2 kerenah zaza selama ni ada yg menyakiti hati beliau.



Alhamdulillah, Subhanallahm Allahukhbar.
Terima kasih kepadaMu tuhan atas nikmat kurniaMu dengan menghadiahkan diri ini naugan kasih sayang insan paling bermakna dalam hidupku. Moga balasan yg paling mulia dariMu buat dirinya. Aamiin.


Khamis, 16 Disember 2010

Watikah Ulangtahun Perkahwinan ke3


السلام عليكم ورحمة الله


Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru hehe. Rupa2nya hari ni dah genap tiga tahun. Selamat Ulangtahun Perkahwinan sayang. Semoga perhubungan kita berkekalan hingga ke syurga. In Shaa Allah. Sama2 kita mengharungi kehidupan ini dengan sabar dan tabah. Saya sebagai isteri sentiasa memberi kata2 semangat untuk awak lebih maju dan berusaha untuk mencapai kejayaan.





Dulu bujang, kemudian berdua dan sekarang masih lagi berdua. Pelbagai masam manis kami lalui bersama tanpa kehadiran zuriat disisi dan ini membuatkan kami lebih tabah. In Shaa Allah, semoga Allah memberi kami nikmat merasa dan dapat menjaga sendiri anak dari zuriat kami suatu hari nanti.