Jumaat, 16 Disember 2011

♥♥ heppy anniversary day!


السلام عليكم ورحمة الله


Kisahnya..
Zaza terima panggilan dari org yg tak di kenali.. bila tak di layan, asyik SMS pulak kat kita. Sampai ler 2 bulan zaza hanya mengenali belaiu melalui SMS itupun kalau sidia rajin nak call hehe. Akhirnya, sidia memberanikan diri datang dari jauh iaitu KL - Terengganu. Org cakap dah jodoh kan.. dan semua dah ditentukan oleh ALLAH swt. Lepas tu kami bertunang secara rasmi selama 8 bulan dan bernikah secara sah dalam tahun yg sama. Sekarang si dia lah suami zaza yg tersayang hehe. Bila dikenang2 balik peristiwa tu rasa tak sangka pun ada. Ajaibnya cinta cewaahhh !.


 
Alhamdulillah, usia perkahwinan sekarang dah masuk 4 tahun. Semoga dengan pertambahan usia bersama, maka bertambah mekar cinta kasih sayang kami hingga ke Syurga. In Shaa ALLAH.

Abang,
Terima kasih kerana menerima saya seadanya.
Terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya tak kira senang dan susah.
Terima kasih kerana menyayangi saya.
Terima kasih atas kesabaran dan ketabahanmu melayari bahtera perkahwinan kita walaupun kita belum dikurniakan zuriat.


Abang,
Bila ALLAH cepat memakbulkan doa kita, maka Dia menyayangi kita.
Bila lambat makbulkan doa kita, maka Dia ingin menguji kita.
Bila Dia tidak memakbulkan doa kita, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik buat kita.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaaNya. Semoga ALLAH akan terus makbulkan doa-dia kita untuk terus hidup bahagia bersama hingga ke hujung nyawa.

Abang,
In Shaa ALLAH, saya akan cuba baiki segala kelemahan yg ada. Saya akan sentiasa menyayangi abg dan bersama abg. In Shaa ALLAH, saya akan menjadi isteri yg baik buatmu.



3 ulasan:

  1. alhamdulillah...x sangka..kejap je masa berlalu..
    tahniah kak za n abg ijam..
    insyallah..semoga allah permudahkan segala urusan kalian berdua..

    amin...

    BalasPadam
  2. mekasih cma..
    alhamdulillah..sedar xsedar2 dh 4thun..amin

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.