Memaparkan catatan dengan label my love. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my love. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2014

Bila Bersama, Hati Rasa Indah



السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. 
Walaupun agak BASI untuk dikongsikan.. 
Saat2 indah kami ber2 kehkeh.. [sila muntah hijau :p] 

Indah?
Ye... bukan INDAH HARLINA dalam drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' hihihi.. 
Indah yg zaza maksudkan... dapat meluangkan masa dengan org tersayang.. takde paksaan tau!
Bila lagi kan nak luang masa sama2.. kat rumah itu memang dah pasti hehe. 

Iyelah kan, tiap2 hari keje cuma hari minggu je nak havoc muahaha.. havoc la sangat :p

Ada jugak sesetengah suami or isteri yg keje shift takde masa nak bersama. Apatah lagi dengan anak2. Sampaikan tahap salah sorg terpaksa ambik cuti huhu. Tapi, untuk org tersayang tak salah pun.. janji happy! lagipun bukannye selalu cuti hehe.

Gambar yg alaaa gedikss kat atas tu at Subang Parade. Suami melayan kerenah isteri yg naik gilerr nak bergambar haha.. nasib dapat suami yg sporting kadang2 kahkah. Cuma bila di ajak selfiV bersama langsung taknak pandang camera hp. Bukan malu2 kucen tau.. kebanyakan gambar kami ber2 memang mcm tu.. matanye mesti ke arah lain. Whatever la encik suami... janji awak bahagia kehkeh.. :p

Dalam banyak2 tempat mall seperti Main Place, The 19 USJ, One City, Summit, Sunway Piramid, Empire and banyak lagi. Tapi Subang Parade jugak tetap menjadi pilihan hati suami. Luar kawasan Subang memang tak payah citer la kan! membazir masa katanye. Boleh pulak macam tu erk. huhu..


nOte : kira hari.. tengok kalendar.. tungu nak gaji hahahaha.. :p


Jumaat, 3 Oktober 2014

Sebulan ketinggalan rupa dah jadi macam ni hehe..


السلام عليكم ورحمة الله

Sebelum zaza lebarkan kata2.. terlebih dahulu zaza nak mohon maaf, bukan kerana sombong atau merajuk tak update blog dan juga terjah blog uols ye!.. tapi kerana sedikit kesalahan kecil iaitu penyakit MALAS hehe.. [ayat tak boleh blaahhhhh..macam ada org kesah kan!]. 

Seingat zaza last update 26 Ogos itu pun citer pasal raya AIDILFITRI yg dah basi hihihi..ni nak raya ADILADHA baru muncul aptb :p so, bermakna sebulan lah zaza ketinggalan dengan citer2 uols yg menarik kan!. Opss sebelum tu, tahniah kepada blogger mimie a.k.a CINTA ITU INDAH dan blogger ciksu a.k.a QASEHNYARANIA kerana kelahiran baby pertama. Selamat perpantang ye!

Malam ni pun entah macam mana terRAJIN pulak on9 lappy terus login hahahaha.. Okey sebelum zaza mengundur diri buat seketika waktu.. zaza selitkan gambar kami yg tersangat lawak-gelojoh-whtevr ngeee!.

muka tak boleh blah!!!!!!!!!!!!!

In Shaa Allah, ada masa jika diizinkan zaza akan kembali aktif berblog macam biasa. 
Kami berdua nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA HAJI, SELAMAT HARI RAYA KORBAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat uols semua. Pada yg dalam perjalanan balik ke kg halaman atau pun plan esok baru nak balik, zaza doakan semoga perjalanan uols selamat sampai ke kg halaman masing2.



nOte : zaza balik JERAM umah mertua, dekat je pun hihihi..


Selasa, 26 Ogos 2014

Riang Ria Raya Aidilfitri Kami Sekeluarga..


السلام عليكم ورحمة الله

Pejam celik pejam celik dah 30 Syawal hari ni, esok dah pun masuk 1 Zulkaedah.. hmmm sekejap je rasa sebulan kita beraya kan! hehe.. Uols masih ada jemputan 'open house' ke malam ni?.

Raya dah nak habis zaza baru nak update citer raya hihi.Sorry! mood terlebih ke laut la. Okey zaza tahun ni turn beraya di kG zaza Terengganu. Zaza kali ni bukan balik beraya ber2 tau! kami ber3 hihi. Kami bertolak pada hari Sabtu 26 Julai jam 12.30 tengahari. Nak tau kami sampai jam berapa? ofkos uols tau kan! time raya je mesti jem sana sini ngeee.. perjalanan kami mengambil masa selama 13 jam :(

Apapun kami bersyukur dapat berhenti berbuka area Kuantan. Dan kami sampai kerumah jam 1.30 pagi beberapa jam je lagi nak bersahur hukhukhuk.. 

Jom! tengok beberapa gambar yg kami dapat snap. 


Tengok! suami tengah kusyuk bakar ikan n sotong. Rajin betul suami kita hihi.. Kalau nak tahu, semua ni kami beli fresh tempat org jual ikan yg betul2 dekat tepian pantai.. memang best! sampai excited suami tak menang tangan memilih hehe.Lauk2 ni kami buat last menu berbuka kami sekeluarga. Alhamdulillah kami dapat juga berbuka sama2 dengan keluarga tersayang :)


Esok raya! esok raya! 1 Syawal 1435H
Syukur pada Mu Ya Allah, kami dapat beraya bersama2 keluarga tercinta.


Kameraman import dari KL [anak angkat kami a.k.a boy]. Raya tahun ni tersangat meriah coz keluarga makin bertambah.. dari suami, adik ipar dan terbaru si kecik comey Nur Zara Arissa dah masuk 7 bulan. Tengok! mak pun heppy je.. Alhamdulillah.


Ni dia.... kami berempat yg sentiasa awet muda muahahaha.. [perasan jap]
Tema baju raya kami pun semua sama ofkos la idea zaza hihi.. sebab sebelum2 ni pon memang kami adik beradik sama cuma mak ayah je lain kaler. Kali ni bila dah ada keluarga besar [ehh besar ke?] so kami kata sepakat nak buat sama.. bior ler org kata kami penari boria hehe. :p yg penting kami bahagia haha.


Apa lagi erk nak citer..cer kabo hehe..
Raya kat sana seminggu so kami beraya sakan rumah saudara mara sampaikan nak beraya rumah kawan2 pon tak berkesempatan.. hukhuk cuma dapat ler beraya kerumah sorg dua teman zaza. Jika diizinkan Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi. In Shaa Allah.


 Sampai sini je kot citer raya yg dapat zaza kongsi bersama walaupun tak berapa nak hangat sangat kan!
Nanti kita tunggu citer Raya Haji pulak ye!! amboii belum lagi dah excited kemain.
turn Raya Haji rumah mertua at Jeram. Tunggu!!


nOte : Alhamdulillah 30 Syawal.. berakhir sudah kita menyambut Aidilfitri. Semoga ikatan ukhwah dan kemaafan sesama kita akan berkekalan dalam redha yg Maha Esa. [lega rasanya bila dah tunai hutang raya :)

Rabu, 16 Julai 2014

#10 Wordless Wednesday [SUAMI ISTERI]


السلام عليكم ورحمة الله





nOte : bila pasukan zaza kalah [France] so terpaksa bagi sokongan dekat asben [Germany] hehe.. 
Tahniah buat pasukan Germany :)


Sabtu, 15 Mac 2014

Boleh DEMAM rindu you!


السلام عليكم ورحمة الله

Bila sebelah kanan berada jauh dimata... yg sebelah kiri tu jadi peneman hahaha #miss him.







Kembali kepada catatan seorg isteri, jangan pernah persoalkan RINDU ataupun tidak.. hati seorg isteri kalau sehari berpisah cukuplah rindunya tak terungkap!. Inikan pula seminggu berpisah huahuahua.. Walaupun sebelum ni zaza pernah berpisah seketika [atas urusan kerja] namun hati tetap meronta2 merindui si suami tercinta. Tipu lah kan, jika langsung bersahaja mengatakan okey je... konon pujuk hati. Mana2 isteri diluar sana pun senasib yg sama kan?. Lagi2 yg baru nak belajar berjauhan, boleh DEMAM rindu you! hahahaha..


"Suamiku, semoga seluruh peluh keringat yg kau keluarkan dalam perjuanganmu mencari nafkah untukku, sentiasa berkat dan dibalas syurga. Aamiin".


nOte : Smoga esok, incik suami selamat sampai. In Shaa Allah.


Isnin, 2 Disember 2013

Happy Weekend.. Family1st


السلام عليكم ورحمة الله




Alhamdulillah... hati masih berbunga2 ketika bersama family tersayang!. Weekend baru ni, family zaza dari kG datang jalan2 rumah.. walaupun diaorg datang 2 malam 3 hari je, [dah mcm menginap hotel pulak hihihi] zaza terasa sangat happy !!.. 


nOte : masih menunggu kepulangan suami tercinta :)


Ahad, 15 September 2013

Sepetang bersama family tersayang..


السلام عليكم ورحمة الله

Hmmm.. baru hari ini, aku berkesempatan nak selitkan beberapa keping gambar aku bersama family semasa berada di kG tempoh hari. Nak cakap sibuk tu tak jugak!! tapi, malas bila mood banyak kelautnya huhu.

Kalau korang tengok ada bebudak kecik tu jangan terkejut ye! mereka2 semua tu anak jagaan my mom. Nak ada anak sendiri belum ada rezeki lagi.. in shaa allah. Doa2 kan untuk zaza ye!. 




"Satu-satu sayang ibu.. dua-dua sayang ayah.., tiga-tiga sayang adik-adik.. 123 sayang semuanya!".

nOte : rindu mereka dan sayang mereka ketat2!!






Ahad, 16 Jun 2013

Ayah, Jasamu Tak Terbalas Dunia Akhirat. Selamat Hari Bapa !


السلام عليكم ورحمة الله

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di dunia..
Dedicated t0 ayahnda handsome man, En. Abdullah Abd Ghani and Mertua En. Rahana Hj. Shaari. Bertuah badan mempunyai 2 0rg ayah. :) Sem0ga ayah, dipanjangkan umur dan sentiasa di limpahi rezekiNya.



Ayah, terima kasih segalanya.. terlalu banyak perng0rbanan ayah! terlalu manis untukku rungkai satu persatu. Diriku sangat2 bertuah memiliki se0rang ayah. Kami adik beradik terlalu sayangkan AYAH dan juga MAK. Sehingga hari ni, kami tak akan lupakan jasa ayah yg penuh dengan kasih sayang mendidik kami ilmu dunia dan akhirat.


"Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ke dua ibu bapa ku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil". 


nOte : kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. 


Rabu, 8 Disember 2010

Two Hearts, Two Heart That Beat As One


السلام عليكم ورحمة الله


My love, there's only in my life the only thins that's right my 1st love, you're every breath that i take you're every step i make and i want to share all my love with you no one else will do and your eyes they tell me how much you care yes, you will always be my endless love.









Jumaat, 23 April 2010

Seribu kemanisan nikmat kebahagiaan..


السلام عليكم ورحمة الله


En3 ni mengisahkan tuan tanah dengan pasangat cinta sejati la kan hehe..


Kasih sayang merupakan sifat fitrah dalam diri manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa kasih sayang, begitu juga la kami suami isteri hihi. Tapi pengalaman kami berkenalan memang sungguh istimewa sampai bila2 pun kami tak akan lupakan. Kami kenal dalam 3 bulan saje lepas tu si lelaki terus mewakili faminya untuk datang merisik sekali majlis tunang. Sekaligus senang tak payah banyak ragam kan. Dengan selamatnya kami bertunang pada 14 April 2007 dan kami diijabkabulkan pula pada 16 Disember 2007 pada tahun yg sama. Sudah tertulis bahawa dia adalah jodohku. Aku terima dengan hati yg gembira rasa syukur.



Aku bagaikan puteri yg paling bahagia kerana pernikahan kami dipermudahkan walaupun sederhana namun meriah dengan adanya sanak saudara, jira tetangga serta sahabat handai. Bersyukur dikurniakan suami penyayang, baik hati dan pandai ambik hati family.


Dua tahun genap usia pernikahan kami sangat terasa cepat je masa berajalan. Kami masih belum dikurniakan anak. Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha dan tabah dengan apa yg kami hadapi. Moga Allah membakbulkan doa kami suami isteri.





 





  



Khamis, 22 April 2010

Keluarga Bahagia kami..


السلام عليكم ورحمة الله


Hidup bererti ujian dan cabaran. Namun, ia bukanlah penamat kehidupan. Panjatkan doa kepadaNya mohon jadikan setiap ujian dan cabaran sebagai pencetus semangat untuk terus mara mencapai bahagia yg diredhaiNya.


Alhamdulillah... zaza bersyukur dikurniakan kedua ibubapa serta adik2 yg penyayang. Walaupun zaza berjauhan dengan mereka tak bermaksud zaza akan melupakan mereka. Zaza tetap merindui mereka apa jua pun. 





Ini pulak family MIL. Zaza pun sayang mereka sepertimana zaza menyayangi family zaza sendiri. Zaza bersyukur sangat dikurniakan 'family baru'. In Shaa Allah, zaza tak akan mensia2kan tanggungjawab sebagai seorg anak dan menantu.






Anakmu akan tetap berusaha menjaga hatimu. Anakmu akan tetap menjaga kasih sayangmu. Kerana kasih sayangmu sangat tidak ternilai bagiku, manisnya senyummu hangatnya pelukmu.. akan selalu membawa angin sejuk untukku. Percayalah, anakmu akan tetap menjadi seorg anak yg terbaik untuk family semua. In Shaa Allah.




Buah hati zaza

السلام عليكم ورحمة الله




15 April hari kelahiran buat suami tersayang ke muka bumi Allah. Ya Rabb, terima kasih kerana telah panjangkan umurnya. Zaza berharap suami akan perkemas dan lengkapkan lompong kosong supaya dia boleh menjadi hamba Mu yg sejati.

So, genaplah usianya 31 tahun. Tak lengkang senyuman darinya kerana menerima ucapan ulangtahun dari family serta sahabat handai. Zaza doakan semoga dengan usia yg kian menua ini di lengkapkan sebanyak mungkin ilmu antara maklluk dengan yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Zaza sempat menemaninya sekejap semasa bekerja. Zaza saje suprise kan dia! Harap suami terima dan suka pemberian yg tak seberapa dari isteri tercinta.