Memaparkan catatan dengan label mood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mood. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Bila tuan tanah bersuara..


السلام عليكم ورحمة الله


Pernah tak terkena??
Tak kisah la pada diri sendiri or family..
Buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali kan, pepatah org2 dahulu. Tapi itu lah, zaman sekarang ni kalau kita dah buat baik pun diaorg bukan nak ambik kesah. Ambik kesempatan lagi adalah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Manusia oh manusia. 

Pengalaman membuatkan kami lebih berhati2.. tak kira la siapa gerangan org itu. Sebelum ni tak pernah jadi pengalam yg sangat perit buat kami. Kami redha dgn apa yg berlaku. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi siapa tahu kan!. Allahuakhbar Dia yg Maha Mengetahui segalanya.

Kami dah anggap dia sebagai adik bukannya musuh. Kami tak pernah ungkit sedikit pun malah kami tak pernah nak tengking dia. Mintak itu ini lagi lah jauh sekali. Tapi dia langsung tak ada hati dan perasaan terhadap kami. Bahkan, ucapan TERIMA KASIH dan juga MEMINTA MAAF langsung tak ada sekelumit dibibirnya.

Dia yg kami anggap baik di mata kami selama ini hanyalah meleset sama sekali. Pada luaran memang org2 lain pun akan terpikat dengan perwatakannya. Mungkinkah? itu semua hanya lakonan semata2 utk mengamburi mata2 org diluar sana. Ataukah? dia sememangnya berperangai macam tu cuma kami sahaja yg tak nampak!. Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya agar dia menjadi seorg yg baik budi perketinya. Semoga dia menjadi insan yg berjaya. Sedih sangat bila dia perlaku kami sedemikian. 

Tak pernah nampak suami marah sangat2 dengan apa yg terjadi. Sampaikan suami tekad kalau jumpa nak pukul dia. Tapi zaza nasihatkan suami, biarlah apa yg dia buat selama ini kat kita..tuhan yg balas. Akhirnya suami mengalah. Siapa tak marah kan? bila ditatang bagai minyak yg penuh, akhrinya lenyap. Kalau lenyap macam tu je tak apa lah.. ini tidak, suami difitnah macam2. Tak sangka sangat2 bila dipikir balik apa yg terjadi.

Alhamdulillah, kami diberi kesabaran dengan ujian sedemikian. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg telah dia lakukan sebelum ni. Kami tak cakap yg kami ni baik sangat.. tapi kami akan sentiasa memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. In Shaa Allah. :)

sabar ye mak long n pak long..arissa pun sedih jgak ni huhu

 nOte : siapa pun gerangan citer diatas.. biarlah dia dengan kisah dia. dan kami dengan kisah kami.  


Ahad, 19 Oktober 2014

Sunyi pulak handphone ni..


السلام عليكم ورحمة الله


sumber google

Haaa.. nampak emotion kat atas!
macam tu jugak ler apa yg terjadi kat handphone zaza huhu..
tahap maut dah ni.. tak dapat nak diselamatkan lagi [buat masa ni je la] hehe..

Boleh pulak asben 'terambik' zaza punya charger..
guna yg dia punya tak nak masuk daa.. aduh!
apa den nak buat hah! hmmm buat2 tak tau je la kan..
nampaknya terpaksa tunggu asben i balik keje :(


En. nizam sayang, kena beli charger baru ye!.. 
sebab yg abg punya dah rosak tau.. 
pandai erkk buat2 tersalah ambik yg kita punya.. 
siap abg balik nanti.. marah ni ngeeee 

Diri ini terasa sunyi pulak bila handphone tanpa bunyi sana sini muahahaha gatai :p
nasib ada lappy yg menyelamatkan hati yg sunyi kehkeh..


nOte : okeylah, nak sambung buat keje rumah.. nak pi lipat kain baju jap ye.. 
sambil2 tu layan 'LOVE U MR. ARROGANT' hihihi


Isnin, 3 Mac 2014

Ada apa dalam purse anda?


السلام عليكم ورحمة الله


Tajuk bukan main gempak lagi kan! Suspen je hihihi..Uols pun sama hobi tak dengan zaza? [hobi yg tak ada faedah!]. Suka mengumpul resit2 belian kedai or slip bank. [sampai kan ink pada resit tu hilang] tak patut.. tak patut.. sabo je la.

Asal dapat resit beli apa pun mesti zaza campak je dalam purse.. Bukan nak buang terus, dah macam tong sampah!.Mula la kalut bila nak bayar itu ini coz tersilap tarik resit ngeee!!.Jenis degil tak kemana...itu jugak yg dia nak simpan. Sebelum ni, incik suami dah selongkar.. Dia dah buang semua resit2 yg ada dalam purse zaza. Siap kena warning lagi huhuhu... tapi warning manja je.."abg tak mau dah ayg abg simpan semua resit2 ni tau!". Zaza mengangguk kepala tanda isyarat faham.. konon! lepas tu buat lgi hehe..



Okey! so malam ni zaza buang semua resit2 dan ni la hasilnya!. Hihihihi.. sebelum incik suami balik, baik zaza clearkan semua :)


nOte : kalau aku kaya!! kalau aku kaya! hahahahah..


Sabtu, 1 Mac 2014

Menjaga hati org lain lebih susah berbanding menjaga hati dan perasaan sendiri


السلام عليكم ورحمة الله

Selamat pagi SABTU.. 1hb Mac sudah hehe..
Mata tak boleh nak lelap lagi..so sementara tunggu kain baju siap di basuh..
zaza nak share something pasal sahabat baik zaza ni..
malam semalam dia inbox fb zaza meluahkan perasaan sedihnya.
zaza simpati apa yg dialuahkan..
dialong lebih kurang macam ni;


zaza : kenapa sedih sangat emotion ko ni?
bff : aku sedih sngat2 la za..
zaza : apsal pulak?
bff : kawan aku wassup cakap yg dia rindu aku..
zaza : so masalahnya?
bff : dia send emotion then aku pun reply balik. masalahnya, aku tersalah send emotion muka b**i. tapi aku dah minta maaf dekat dia.. dia still xreply msg aku smpi la skrg huhu.. 
zaza : laa.. ko bukannya sengaja kan? lagipun ko dah minta maaf. dah tak payah nak pening2 kepala ko.. In Shaa Allah, nanti bila dia dah tenang okey la tu.
bff : hurmm.. aku risau la. dia ni sensitif sangat orgnya.. tak best la kawan baik jadi renggang macam ni :(
zaza : ko banyak2 bersabar ye!


Macam tu la serba sedikit dialong kitaorg. 
Betul kata org, menjaga hati org lain lebih susah berbanding menjaga hati dan perasaan sendiri.
Kadang2 bila terlampau ikutkan kehendak hati.. kita kadang2 terlupa akan DIA. Subhanallah.
Jadi disini.. zaza rasa tak salah korbankan rasa pada hati sendiri, tak kisahlah pedih or pahit pun asal menyenangkan hati dan perasaan org sekeliling kita.. BAHAGIA pertama dan DERITA kedua. :)
[Maka tidakkah AKU uji hamba-hamba Ku, melainkan sesuai dengan kesanggupannya].


Wahai orang2 yg beriman, jadikanlah SABAR dan SOLAT sebagai penolongmu. Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yg sabar. [Surah Al-Baqarah Ayat 153].

Ahad, 23 Februari 2014

Datang KEMALASAN susah la kan!


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk zaza menulis.. 
sejak2 ni lembap je nak update blog huhu..
semangat zaza dah keras macam batu hurmm..
tak tau kenapa.. idea xde kot! entah la..
On9 tu tiap2 hari tak kira siang malam..
tapi bila dah datang KEMALASAN susah la kan!
zaza teringin jugak nak update blog tiap2 hari macam uols..
cuba dan cuba sedaya upaya tapi kepala otak blurr sudahh..
terus off blog then main game fb hahaha..


Alhamdulillah dapat duit BRIM dan terima kasih kpd PM kita.. kpd yg masih belum dapat lagi tu, sabar banyak2 ye! In Shaa Allah nanti turn uols pulak :)








Khamis, 27 September 2012

... BiLa MooD TaK AdA ...

السلام عليكم ورحمة الله

Pagi tadi aku hanya bekpes 3 keping biskut dgn air neskepi panas je..
selera aku hilang entah kemana...coz aku rasa badan aku ni macam nak demam je.. kepala berat giler! selsema tak hilang2 lagi..wawawawa..sedeyyyy!

Ya Allah Kau kuatkanlah semangatku.. Kau ringankanlah kesakitanku.. Kau permudahkanlah setiap kerjaku Ya Allah. Hanya padaMu tempat ku memohon. Amin Ya Rabbal Alamin.

ngeeee~ bila selera xde..rasa cam nk mam buah ni!!

Bila mood xada... semua benda nak buat jadi malas! apa kes! otak asyik duk pikir tilam kat umah je.. hahaha memang jahat kan? padahal bukan sakit teruk pun! alah.... cuma nak demam je kan? belom demam lagi..ngee~ teruk2.. :p