Rabu, 14 Ogos 2013

Resepi : Nasi Minyak Hujan Panas + Ayam Gulai Style


السلام عليكم ورحمة الله

Sebenarnya aku nak share resepi nasi minyak hujan panas bersama ayam gulai. Aku dapat  resepi asal dari blog ini. Mekasih banyak2 tuan empunya blog yg baik hati sudi share resepi my favorite. Lagipun, hari ni baru masuk 7 Syawal mood raya steel feeling ala bunga2 cinta gitu hihihi. So kena lah masak sedap2 untuk santapan hidangan en.suami tersayang. :)



BAHAN-BAHAN :
  •  3 Cawan Beras
  •  1/2 Kiub Ayam
  •  1/2 Cawan Susu Sejat
  •  1 Helai Daun Pandan
  •  Pewarna [Merah, Hijau & Kuning] aku xletak pun pewarna kuning sb xde
  •  Air Secukupnya - Ikut sukatan jenis beras maasing2

BAHAN TUMIS :
  •  2 SB Minyak Masak
  •  1 SB Minyak Sapi
  •  1 SB Marjerine
  • 1/2 Inci Halia - Hiris
  • 1 Biji Bawang Besar - Mayang
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 3 Kuntum Bunga Cengkih
  • 3 Biji Buah Pelaga

PENYEDIAANNYA :

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.

2. Panaskan minyak, marjerine dan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehinga terbit bau.

3. Masukkan beras dan gaul rata.

4. Masukkan susu sejat dan air secukupnya, kiub ayam, secubit garam dan daun pandan.

5. Masaklah nasi sehingga masak.

6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna merah, hijau dan kuning ditempat yg berasingan. 
    Tutup periuk.

7.  Bila nasi betul2 tanak, gembur2kan nasi dan sedia dihidang.



BAHAN-BAHAN :
  •  1 Ekor Ayam - dipotong
  •  5 SB Cili Mesin
  •  5 Biji Bawang Merah*
  •  3 Ulas Bawang Putih*
  •  1 Inci Halia*
  •  1/4 Inci Lengkuas*
  • I Inci Kunyit Hidup*  [* semua bahan ini di blend] 
  • 1SB Rempah Gulai - bancuh dgn sedikit air panas sehingga menjadi paste
  • 2SB Kerisik - aku xletak sebab xde jugak
  • 4 Cawan Air
  • Air Asam Jawa
  • 2-3 Biji Ubi Kentang - dibuang kulit dan dipotong
  • 1/2 Cawan Santan Pekat
  • Sedikit Perasa [ garam & gula]
  • Belacan
  • Minyak
BAHAN PENUMIS :
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 5 Kuntum Bunga Lawang
  • 5 Kuntum Bunga Cengkih
  • 3 Biji Buah Pelaga

PENYEDIAANNYA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis sehingga wangi dan masukkan cili mesin.

2. Biarkan sehingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend tadi.

3. Masak sehingga pekat dan masukkan semua paste rempah gulai.

4. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra alam dgn ayam ye!

6. Biarkan seketika dan masukkan pula air. Kacau2 biar seketika dan masak sehingga kuah mendidih 
    dan masukkan air asam jawa serta ubi kentang.

7. Masukkan juga santan pekat dan masak lagi.

8. Hendaklah sentias mengacau supaya tak naik kepala.

9.  Masukkan pula sedikit bahan perasa garam dan gula. Biarkan merenih sehingga ayam betul2 masak 
     dengan kepekatan kuah.

10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.


nOte :  Okey aku nak siap2 pergi kerja takecare ye! jangan nakal2..!!


14 ulasan:

  1. Simple & nice..
    boleh try nnt.. thx for sharing ;)

    BalasPadam
  2. nasi minyak hujan panas ni memang fave akak ni... wahhh... boleh buat project di dapur yang seterusnya ni...

    BalasPadam
  3. sedapnya kak..kalau dah lama tak makan, mau bertambah2 mkannya tu.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mimie! memang xigt dunia dah hahaha

      Padam
  4. wahhh... sedap2... baru ni masa deno dalam wad, kakak ada bawakan nasi minyak.. hihi^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la kan! dapat jugak merasa kan deno! untung2 :)

      Padam
  5. sedapnye nasi hujan panas..akak xmerase mkn lg..nak buat asyik tertangguh aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe kak.. nti ada msa free akak buat lagi sedap dri zaza hehe

      Padam
  6. salam k.za..

    wah..nasi hujan panas youuu.. :)
    nasi ni kaler warna warni kan..

    bila nk ajak cma dtg raye ngap nasi ujan panas ni..?
    ehehe.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      hahahaha boleh je datang..
      tpi kza msak xsesedap cma msak kikiki

      Padam
  7. tq for sharing.. lama nad tak online..... buka blog nampak kakak kite share resipi feveret.... nyumnyumm..nk cuba la soon..tgu abes exam la free lama2 leh cuba masak mcmm2

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la kan! rindu jugak nk terjah blog adik nad kita hehe.. sharing is caring! sila2... :)

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.