Jumaat, 28 Februari 2014

56 hari dah si budak tembam Arissa!


السلام عليكم ورحمة الله

Sedar tak sedar Nur Zara Arissa 56 hari dah..
Sekejap je membesar dengan sihat, Alhamdulillah. Minum susu ibu katakan hehehe!
Makin besar makin comey! geram pulak Mak Long tengok Arissa ni.. 
Pipi pun tembam semangkuk dah..hahahaha. Rambut je belom tumbuh panjang lagi..sabar2 :) 


Amboi Arissa! jauh termenung tu... merenung masa depan ye dik!
Arissa cepat2 besar nanti boleh jenjalan rumah Mak Long tau.



  Sepi bukan bererti hilang.. diam bukan bererti lupa.. jauh bukan bererti putus kerana ada satu ikatan yg tak mungkin putus iaitu PERTALIAN. In Shaa Allah.


nOte : Muaahhhh 50x untuk Arissa 50x lagi untuk incik suami yg berjauhan hahahaha.

Khamis, 27 Februari 2014

#6 - Ole-Ole Huan Hin


السلام عليكم ورحمة الله

Thank you to my husband for this gift..
Terharu sangat2 coz tertera nama 'ZAZA BELLEZZA'.


Patut la masa dekat sana (Huan Hin, Thailand) inbox FB, tanya nak 'ZAZA or 'BELLEZZA'.
Dalam hati asal pelik je suami aku ni.. bila tanya kenapa? jawapannya 'ADALAH'!
Konon nak suprise la tue!!!.. Tapi dalam hati kecil suka sangat2!! giler isteri tak suka kan! habaq mai siapa yg tak suka hahahahaha..

Zaza blurr tak tau nak pilih nama mana satu.. so zaza bagi kata putus nak dua2 nama hehe boleh pulak gitu.. org suruh pilih salah satu zaza tamak pilih dua2 sekali muahaha.. ambik ko bila tanya kedekut sangat nak jawab kan..

Gift ni sebenarnya incik suami beli semasa beliau outstation selama 3 minggu baru2 ni. Lama you! sedih pedih semua ada.. hanya tuhan je yg tahu bila berjauhan ni ngeeee!!. Tapi zaza bersyukur sangat2 coz diberikan rezeki  yg melimpah ruah buat kami. Alhamdulillah.

 [jauh dimata dekat dihati] cewaahhhh!! 


nOte : semoga urusan incik suami dipermudahkan..Aamiin. 


Rabu, 26 Februari 2014

#6 Wordless Wednesday [MATI ITU PASTI]


السلام عليكم ورحمة الله





nOte : "Tiap2 jiwa akan merasakan kematian.. marilah kita merenungi sisa2 umur kita, muhasabah pada diri".


Ahad, 23 Februari 2014

Datang KEMALASAN susah la kan!


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk zaza menulis.. 
sejak2 ni lembap je nak update blog huhu..
semangat zaza dah keras macam batu hurmm..
tak tau kenapa.. idea xde kot! entah la..
On9 tu tiap2 hari tak kira siang malam..
tapi bila dah datang KEMALASAN susah la kan!
zaza teringin jugak nak update blog tiap2 hari macam uols..
cuba dan cuba sedaya upaya tapi kepala otak blurr sudahh..
terus off blog then main game fb hahaha..


Alhamdulillah dapat duit BRIM dan terima kasih kpd PM kita.. kpd yg masih belum dapat lagi tu, sabar banyak2 ye! In Shaa Allah nanti turn uols pulak :)








Rabu, 19 Februari 2014

Sabtu, 15 Februari 2014

#5 - Ole-Ole Cameron Higlands


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, zaza nak ucap terima kasih kepada bonda tersayang coz bagi ole2 T-SHIRT dari Cameron Higlands. Mereka bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina 2 minggu lepas. Bukan baju je zaza dapat tau! ada lagi hehehe.. macam biasalah nama pun cameron higlands kan! buah stoberi dengan teh uncang mesti ada maa!. Zaza selitkan sekali gambar riang ria diaorg semasa berada disana :)





nOte : jeles!!! kalau zaza ada sekali mesti lagi seronok ngeeee...


Khamis, 13 Februari 2014

Budak kecik ini sudah botak


السلام عليكم ورحمة الله


Budak ini sudah BOTAK ! cam comey je... cam cantik je...
SENYUM pun dah pandai.. yg penting Mak Long, SAYANG.. RINDU.. Arissa Muaahhh!!!


Rabu, 5 Februari 2014

Kayla Elayna si jantung hati Apek dan Leuniey



السلام عليكم ورحمة الله

Tahniah zaza ucapkan kepada Leuniey iaitu isteri kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat kerana selamat melahirkan baby girl yg sangat comey pada 3hb February 2014 jam 2.55 petang. Nama si comey ini Kayla Elayna binti Khairul Fahmi.



















nOte : balik kg..oooo balik kg.... lalalalala


#4 Wordless Wednesday [TIKET ROBOCOP]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Alhamdulillah... free sape tak nak! hehe.


Isnin, 3 Februari 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


السلام عليكم ورحمة الله

[nak join klik banner]

LINK SPONSER DALAM MEGA GIVEAWAY CIK INTANBERLIAN


Tarikh Tutup : 16 February 2014


Dinner @ Flaming Steamboat


السلام عليكم ورحمة الله

Semalam punya citer!! @ Flaming Steamboat, Sunway.
 Alhamdulillah... kenyang perut zaza bila diisi dengan pelbagai makanan laut hihihi....
1st zaza nak ucap kepada tuan tanah yg sudi belanja zaza, opss!! bukan zaza sorg je ada lagi 2org.
tuan tanah yg dimaksudkan abg ijan [kawan baik asben merangkap juga sedara]. Sedara2 jugak tapi kena mintak  izin asben jugak... maklumlah kita ni kan isteri org :) dan mekasih juga pada arin serta tunang [shima].



Ayuh! lari hai kuda ku lari...hehe. Suka sangat bila dapat bergambar dengan Kuda. Nak naik yg real punya entah bila.. Naik dulu pun seingat 10 tahun lepas kot. Itupun kuda bos punya!

Okey lah, zaza nak sambung lipat kain baju yg dah bertimbun2 macam unggun api ngeee!!


nOte : tetap menghitung hari bahagia hehe..

Ahad, 2 Februari 2014

Bellezza Wardrobe


السلام عليكم ورحمة الله

Tahun bertukar tahun.. zaman bersilih ganti.. tapi tudung bawal tetap dihati zaza hehe.. Sekarang ni zaza sudah mula berjinak2 merpati dengan Bawalist kangaroo. [sehelai cuma RM5 je] suka2!! Dan kalau nak tahu.. sebelum ni zaza peminat setia Shawlista. So zaza terpaksa ketepikan dahulu.. bukan bermakna zaza langsung tak pakai tau!. Kadang2 bila mood shawl tu datang zaza still pakai lagi hehe.. 

Jangan tak percaya tudung bawal pun boleh dipelbagaikan gaya mengikut kreativiti masing2 dan yg paling seronok gaya shawl pun boleh dibuat! :) 


nOte : pensel luna belum mencukupi sepenuhnya hahahaha..


Sabtu, 1 Februari 2014

Telur ayam 2 biji bila nak pecahkan? boleh dibuat sarapan!


السلام عليكم ورحمة الله


"Telor ayam kat pipi tak pernah pecah!" "La telur dua biji kat pipi tu boleh buat sarapan".

Hahahahha!!! sabo je la..
bila zaza post gambar kat fb or face to face dengan diaorg macam tu la dialog yg mereka sampaikan. Dan ada yg datang siap cubit kedua belah pipi zaza. ngeee!! Tanya diaorg kenapa? boleh diaorg jawab, nak rasa lembik or keras... hihihi tergelak besar zaza dibuatnya. 


Tapi zaza syukur sangat memiliki aset macam ni hehehe.. Kalau zaza senyum nampak gigi lagi la besar grade telurnya muahahahaha.. itu pasal senyum2 malu gitu. :p




nOte : nak keluar mood malas tu menebal je haisshh!!


Nor Azura Mustaffa 23.01.14


السلام عليكم ورحمة الله

Sedar tak sedar dah seminggu sis zura meninggalkan kami. Sepi je bila ketiadaan beliau.. sedey sangat2! tapi jagan salah faham ye!. Sebenarnya, sis zura telah berhenti kerja. Zaza tak pasti sis zura dapat kerja baru ditempat lain or mungkin menjadi suri rumah sepenuh masa hehe.. 

Thank you akak! selama kita berkawan halal kan makan minum zaza. Thanks jugak sudi menjadi seorg sahabat yg setia mendengar dan berkongsi masalah. Zaza doakan agar akak sentiasa sihat serta di limpahi rezeki dan berbahagia bersama keluarga tersayang. In Shaa Allah, ada masa dan panjang umur kita boleh jumpa. hehe bukanya jauh pun. 

Disini, zaza selitkan beberapa keping gambar [sis zura disebelah kanan yg berkaca mata]. Sis sebelum ni tidak memakai cermin mata, akibat dari eksiden tahun lepas sis terpaksa memakainya. Alhamdulillah, zaza heppy bila sis zura sihat macam biasa. :)



  Gambar dibawah semasa sis dalam keadaan teruk akibat eksiden. Bila tengok keadaan muka sis memang terkejut sangat2.. Hanya Tuhan yg maha mengetahui. Subhanallah.






Ote : Pengalaman mendewasakan dan mengenal erti persahabatan.