Jumaat, 31 Julai 2015

Merah + Biru = Pink Itulah Kami


السلام عليكم ورحمة الله


Hari Jumaat ni takde story best sangat.. cuma tadi lepas lunch, kepala kami giler2 dah mai nak selfie hehe.  Gambar ni fresh lagi tau ! dari HP kak arifah terus masuk whatsapp group then haahh kat blog ni. Boleh pulak adik manis kecik molek nurul ni, ngam dengan kami 3 org makcik2 kehkeh. Layan je la dik nurul.. janji kita tak kacau org kan ?. Adik nurul ni sebenarnya baru je praktikal.. tak lama pun pertengahan bulan 11 abis lah dia . Alaa 3 bulan je pun.. janji dapat ilmu dan jugak masyukkk ! hihihi. Lepas ni mesti nurul terngiang2 rindu kat makcik2 ni hahahaha.


nOte : perut lapar lagi acaner ? tadi dah mam huhuhu..

Khamis, 30 Julai 2015

Pulih Sepenuhnya Tanpa Gangguan..


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, luka jari zaza yg haritu pulih sepenuhnya.. jari yg terbelah pun dah jadi sebati [eh macam nk buat doh kuih pulak kan !]. Cuma yg zaza nampak macam bersalin kulit baru hehe. Zaza amalkan sapu minyak gamat dan jugak gel alovera untuk cepatkan penyembuhan luka. Makan masa selama seminggu lebih jugak la.. raya baru ni pun jari berbalut je. Hari ke 10 baru ler zaza bebas dari 'sudu garfu'.. leceh jugak asyik nak kena guna benda tu hari2 bila nak makan nasi hehe.
 
 
nOte : hari ni kita pinkkkkk !
 
 

Rabu, 29 Julai 2015

Pengenalan Gambar Raya Kami


السلام عليكم ورحمة الله

Zaza pun tak tau camne nak mulakan citer raya ni hehehe poyo je kan !. Tak kisah la yg mana dulu janji dah share gambar raya kira sempurna.. sempurna kat 'Diaries Bellezza' je pun. Nampak kan, gambar kami empat beradik semuanya perempuan. Alhamdulillah, walaupun kami semua perempuan.. kami tetap bersatu antara satu sama lain. Bukan ingat perempuan ni takde emo masing2 ye !.. lagi teruk dari lelaki hehe. Cumanya, senang la sikit bila kita ada masalah nak kongsi sama2. Bertuah sangat sebab mereka semua sayang zaza oppss! zaza sayang mereka semua la. Nak tanye korang.. betul ke muka kami adik beradik lain2 ? erti kata takde iras pun. pelik tapi itu la kebiasaan bila kami bersama. Ramai yg tegur kami tak nampak macam adik beradik hihihi. Lupa pulak nak memperkenalkan.. kiri ateh, along [zaza], angah dan adik paling bongsu.


Macam tahun2 sebelum ni, tema pakaian kami manitain sama.. kalau tak sedondon kaler akan sedondon corak hehe. Dah terbiasa dari kami kecik2 lagi sampai lah angah dah ada arissa. Alhamdulillah, suami masing2 pun faham dengan isteri dia. Bab pilih pakaian ni mesti lah isteri kan ?. Kami tempah baju ni awal2 lagi sebelum puasa dan siap pun sebelum puasa jugak hahaha.. kemain lagi nak beraya. Senang citer tak nak kalut time2 nak raya nanti.



Mereka berdua la bonda dan ayahnda tercinta buat kami adik beradik. Tema mak lari dari anak2 hehehe.. kebetulan kain pasang ada 4 corak warna je. Tapi mak tetap sweet di sebelah ayah kehkeh. Mak sebenarnya pemalu orgnya.. tengok ayah nak feeling pegang tangan pun malu2 haishhh !.  zaza doakan semoga kalian berdua till jannah. In Shaa ALLAH.


Malu weh sebenarnya nak tepek gambo zaza kat sini.. maklum lah makin gemok dah ngeee. Ini kan raya ! so malu2 tu buang tepi bucu kati dulu kehkeh. Kami macam biasa bila bergambar sorg mata ke arah lain dan sorg lagi perasan diva tengok camera muahahaha. Nak tau tak ? baju zaza je bau dari kedai.. yg lain semuanya recycle lama punya hahaha. Baju melayu suami yg 7 tahun lepas [baju time kawin].. teruk tak isteri ? sebenarnya bukan tak mau beli baru.. suami memang tak kasi kalau dah baju tu stail okey lagi. Dan kebetulan pulak kaler baju suami sama dengan baju zaza.. so ngam lah pakai yg lama je hehe. Shawl yg zaza pakai pun yg tahun lepas kot.  Itu pun nak citer..


Keluarga bahagia.. mereka berdua lah mama dan juga papa arissa. Biasa kisah arissa je kan, mama dan papa di belakang tadbir je hihihi. Mesti pelik kan, kenapa kat tangan arissa ada kereta mainan pulak time2 nak bergambar raya ni. Sebenarnya, arissa ni buat hal' pantang ada org pegang HP mama dia.. mula lah meraung menangis dah macam kena pukul huhuhu. Alih2 HP zaza jugak yg jadi mangsa raya. Itu yg pujuk dengan kereta hehe. Arissa sekarang dah masuk 1 tahun 6 bulan.. akal cerdik semua ada kat dia. Cuba teka, muka arissa ni ikut sape?.


Gambar ni semua kami ambik selepas selesai solat raya, ziarah kubur dan selepas bersalam2 salaman. Kalau tak buat time2 pagi ni semua.. confirm memang tak akan ada gambar raya kami. Sebab, semua nak beraya ke lain pulak.. dan nanti ada je tetamu nak datang beraya. Alhamdulillah.. ada jugak kenangan gambar kami satu family.


nOte : bertuah adanya mereka disisi..



#20 Wordless Wednesday [APA DAH JADI ?]


السلام عليكم ورحمة الله





nOte : hari ni zaza pakai baju raya hihihi..



Selasa, 28 Julai 2015

Dapat Kad Raya Lagi


السلام عليكم ورحمة الله

Lewat pulak bersiaran hari ni hehe.. maklum lah bila datang sibuk macam2 kerja yg nak kena buat kan !. Tapi bila kerja langsung takde.. taknak pulak update huhuhu.


Yeayy ! dapat kad raya ke2.. kali ni dari blogger shiemacma. Mekasih banyak2 tau kza ucapkan, kerana cma sudi hulurkan sekeping kad raya untuk tahun ni dan jugak tahun sebelumnya hehe. Kad raya ni sampai selepas bulan ramadan iaitu bulan syawal hari raya ke7.

Kad Raya ke3 ni pulak datangnya dari blogger kak fuzamusa. Warna purple setanding warna blog sulaman lace heave hihihi.. memang cantik. Mekasih jugak zaza ucapkan. Kad raya ni pun zaza terima sama date kad raya cma. Buat masa ni kad yg zaza dapat cuma 3 org je.. tapi takpe yg penting hati ni dah berbunga2 bila nostalgia lama kembali.

Dan yg ini, paling rare dalam banyak2 sampul raya yg zaza tengok muahahaha.. cantik giler kot design dia. Sampul raya ni pemberian dari adik angkat zaza. Mekasih banyak2 jugak diucapkan. Bukan sampul je yg zaza dapat.. ofkos la dengan duitnya sekali hihihi. Syukur Alhamdulillah.

   
Bila dah tua2 ni kan.. giliran kita pulak yg kasi duit raya dekat adik2 dan bila sekali tu ada org hulurkan dekat kita perghh ! terharu sangat.. rasa nak nangis je tepi bucu katil.. [tangan sambil tutup muka] :p



nOte : inikan raya ! rayakan sebulan hehe



Jumaat, 24 Julai 2015

Duit Raya RM22.20


السلام عليكم ورحمة الله



Salam Jumaat ! semoga kita semua dalam rahmat ALLAH S.W.T. Aamiin. Selamat Hari Raya Puasa Enam kepada yg meraikannya hari ni dan kepada yg masih berpuasa sunat tu, selamat berpuasa.


Eh, duit raya dari siapa pulak ni ? dan untuk siapa ?. Duit raya RM22.20 tu sebenarnya untuk iolss bukan untuk siapa2 hehehe.. nasib 2220 kalau 2222 lagi cantik nombornya kan hihihi. Apapun syukur alhamdulillah.. tua2 macam ni pun masih ada org yg sudi hulur duit raya. Cas 'gst' ke dua puluh sen tu ? muahahaha. Duit raya ni zaza dapat awal2 lagi iaitu 2 hari sebelum nak raya.. dapat pun time nak balik kg. Tapi si pemberi ni suruh zaza bukak time pagi raya.. zaza ingatkan dia sekadar main2 je.. rupanya betul2 ada duit kat dalam sampul raya. Mekasih banyak2 yer abam #tuanjohnkaizzer !.


nOte : mood masih nak raya lagi.. tapi suami pulak ost ngeeeee!!



Rabu, 15 Julai 2015

#Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


السلام عليكم ورحمة الله




Ramadan bulan penuh berkat, bersama kita memuliakannya.. 
kini, Syawal akan menjelma, bersama kita meraikannya.


Zaza ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua teman2 di alam maya sekalian. Pada yg pulang ke kg halaman, berhati2 dijalan raya dan pastikan halaman anda betul hehe. Semoga selamat sampai.. pada yg tak dapat pulang ke kg halaman tu, Tahniah ! sebab anda telah menyahut seruan agar berjimat cermat di hari raya. Apapun kisahnya.. sambut lebaran tu biar berpada2 dan amalkan lah sikap bersederhana. Moga hari mulia ini kita raikan dengan doa dan kesyukuran. 


Andainya zaza ada salah dan silap, ampuni lah segalanya..

 

Selasa, 14 Julai 2015

Orang lain pun buat kek jugak.. takde la sampai macam ni.


السلام عليكم ورحمة الله



Eh! dah kenapa dengan jari, main mercun ke ?. Huhuhuhu.. sebenarnya la kan, jari kanan yg runcing ni terkena penutup tin susu je hehe [runcing la sangat kan muahahaha]. Mesti nak tau macam mana boleh terkena kan ?. Orang lalok tak tengok kiri kanan, depan belakang memang rupa gitu la. 
 
Time terkena tu zaza kat rumah MIL. Selepas waktu berbuka dan siap solat maghrib, adik ipar mintak tolong buatkan topping kek coklat. So, boleh pulak lupa nak simpan balik tin susu tu huhu.. betul2 depan zaza. Sambil berborak dan mata memandang adik ipar potong kek yg dah siap.. tetiba tangan zaza laju je terkena penutup tin susu yg sedang terbuka. Haahh ! darah kemain laju keluar. Terus bangun ke sinki sebab darah menitik2 atas meja. Mereka yg ada kat situ pun terkejut.. suami zaza je yg buat dekkkk !rupanya dia ingatkan sirap yg tumpah uwaaaaaa. Sepantas kilat nak jadi kan, semuanya kuasa DIA. Makcik zaza sapukan jel alovera, adik ipar letak minyak gamat.. malah darah makin keluar. Nasib rumah tu ada first aid.. so dibalutkan jari zaza. Bila dah balut pun darah still basah kat kain pembalut huhu. Ayah suruh pergi klinik.. risau pulak dia tengok.
 
Bila dah sampai klinik.. doktor bukak balutan, sama jugak darah still lagi keluar.. zaza ingatkan darah dah stop huhu. Time paling rasa sakit bila doktor tekan2 jari zaza uwaaaa. Katanya nak berhentikan darah. Tapi, bila doktor cakap nak kena jahit.. ALAMAK ? memang takkk la jawabnya hehehe. Doktor kata luka agak dalam, tapi kalau taknak jahit pun takpe.. cumanya nak sembuh tu makan masa seminggu jugak. Kalau jahit 3 hari dah okey. Zaza orgnya penakut bila dengar perkataan jahit.. tengok darah keluar banyak boleh pulak. So, doktor balut kemas2 dan bagi ubat penahan sakit serta antibiotik. Alhamdulillah, lega dan selamat dari masalah. Sekarang tunggu jari ni cepat sembuh.. raya berbalut pun takpe.

Ni lah gambar sehari selepas kejadian.. baru zaza perasan memang dalam luka dan panjang jugak terbelah tu huhu. Doakan semoga jari zaza cepat sembuh ye. 

Semalam zaza dan suami berbuka dengan sorg kawan namaya suri. Time zaza nak makan ubat dia tanya lah kenapa ? zaza tunjuk jari yg berbalut tu.. dan citer apa yg berlaku. Belom sempat habis citer dia dah suruh stop.. katanya macam nak pitam. Adoii, tersalah org rupanya hahahaha. Nasib dia tak pengsan.. rupanya dia mabuk darah. itu baru dengar kalau tengok sah2 dia pulak kita nak kena selamatkan hehe.


nOte : lalalalalal tak sabar nak balik kg !



Jumaat, 10 Julai 2015

Exercise Dengan Ular Sawa Darah


السلام عليكم ورحمة الله



Uiksss.. berat weh exercise dengan #ularsawadarah ni muahahahaha. Muka tak boleh blahh ! konon control tak geli kan, ambik ko ular tu dah nak melular ke lain.. dah ler berat. 1st time tau, zaza pegang ular sawa sebesar ni itu yg excited hihihi. Permulaan nak pegang tu memang la geli geleman dibuatnya, tapi kuatkan hati nak pegang jugak ular tu.. nak merasa macam mana bila dapat pegang. Akhirnya zaza berjaya jugak hehe. Kawan zaza fail sebab perasaan geli mendalam sangat dia simpan kehkeh.
 
 
Mesti pelik macam mana ular ni ada kat opis kan, hehe. Sebenarnya, opismate lelaki yg bawakan ular ni.. dia kena pindah site dekat PD, itu yg dia bawak sekali ular kesayangan dia sebab dia datang nak ambik barang. Ular ni umur baru 2 tahun setengah, badan kemain besar. Tuan dia cakap, ular ni makan arnab besar 2 ekor untuk sebulan.. makkk aiiihh patut ler gemok. Zaza pegang pun rasa nak jatuh sebab dia tak duduk diam tambah pulak dengan perasaan takut ngeeee.
 
 
 
nOte : ada jemputan berbuka puasa arini..syukur alhamdulillah.


Khamis, 9 Julai 2015

Iftar - 10 Pullman Putrajaya


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah, rezeki zaza dan kawan2 sepejabat berbuka puasa tahun ni di Hotel Pullman Putrajaya, pada 27hb Jun 2015 hari sabtu yg lepas. Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada sesiapa yg dikehendakiNya tanpa batas.. aamiin. Dan kali ni, zaza berseorangan tanpa di temani suami tersayang hehe. Kebetulan suami ost, so zaza terpaksa pergi bersama maya opismate zaza. Rasa kurang meriah sikit tanpa hadirnya suami disisi hehehe.. kebiasaan makanan dah tersedia atas meja hahahaha wife yg perasan macam permaisuri gitu. Tapi bukanlah zaza malas okey, cuma banyak la sikit makanan bila dah berdua kan.. boleh la mintak sikit suami punya hehe.


Haah, ni dia meja pilihan zaza hehe.. suka duduk hujung2 senang nak ambik makanan. Satu meja ni boleh duduk 11 org. So ada 1 family 5 org dan 3 pasangan couple. Eh, couple tu bukan bujang tau ! no.. no.. masih lagi mood honeymoon hihi [belum ada rezeki]. 
 
Sorry, tak sempat nak snap menu2 yg ada kat situ sebab Hp zaza dah out terlebih awal huhuhu. Sayang kan, semua menu best2 dan yg paling penting kambing golek. Gambar2 kat bawah ni semuanya melalui Hp kak arifah. Jom ! kita tengok..


Masa ni semua dah selesai berbuka.. kalau nak snap sebelum berbuka memang takde org nak layan muahahaha. Masing2 sibuk dengan makanan. Okey, paling kiri isteri big bos, kak amelina, zaza, fatimah, maya, kak arifah, mira dan puan laili.


Bersama en. aziz berbaju hitam. Sempat lagi diaorg posing.. apapun, en. aziz memang sporting orgnya.


Ni pulak, jejaka2 yg baru berjinak kat opis hehe.. mereka semua muka2 baru. Alhamdulillah.. makin ramai ler staff. Nama zaza tak tahu sangat hahahaha. Diaorg pun sporting macam dah kenal lama.


Dua org ni pun muka baru.. malu2 kucen nak bergambar dengan akak2 ni hehe. Padahal zaza yg terlebih control malu hehe.


Nak selfie 3 org memang tak boleh.. anak fatimah muncul tiba2 hahahaha. So layan je la kan, nanti ada yg merajuk pulak. Pandai pulak dia photo genik hihihi.


Family bahagia.. abg zaidi bersama isteri dan 5 org anaknya. Anak2 semua dah besar. Dan gambar kat bawah fatimah bersama suami dan 2 org puteri beliau.




Selepas selesai berbuka dan solat Maghrib, kami semua dihidangkan dengan buah2 tempatan pulak.. salah satunya raja buah. Perghh ! masing2 memang tak lepaskan peluang. Free kan hehe.. eh, free apanya!.. memang dah termaktub dalam satu kepala tu hahaha. Apapun, kami semua memang enjoy malam tu. Hope ada rezeki lagi tahun depan. Aamiin.


nOte :  Aduh, bila dengar lagu raya hati tak sabar nak balik kg lalalalala.


Rabu, 8 Julai 2015

#19 Wordless Wednesday [1st KAD RAYA]


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, haah tengok cun kan kad raya dari blogger uzu. Apapun zaza nak ucap terima kasih banyak2. Senyum sampai ke telinga bila dapat 1st kad raya lalalala. Sape2 yg sudi nak bagi kad raya tu jangan segan2 hehe.. besar tapak tangan nyiru zaza tadahkan.



Jumaat, 3 Julai 2015

Iftar-15 Kami Ke Pizza VS Satay


السلام عليكم ورحمة الله


Ya ALLAH, kenapa lah sejak menjak ni zaza rasa malas sangat nak update entri huhu. Padahal hari2 on9 je pun. Please la zaza ! bangkit dari tido.. jangan nak malas sangat bulan2 puasa ni. 

Semalam bos besar bagi cuti masak hehe.. tapi untuk iftar je ye ! jangan ingat sampai ke sahur.. takde maknanya. Kisahnya, balik dari keje zaza macam biasa memang terus ke dapur. Perkara pertama zaza akan buat masak nasi dulu lepas tu baru masak lauk. Bila dah on suis periuk nasi, alih2 suami bagitau nak berbuka kat luar dengan kengkawan. Mak, tolong zaza !. Dah la masak nasi sekali untuk sahur, macam mana tu ?.
 

Tak nak pening kepala terus siap2 sebab time tu dah jam 6.30 petang. Pasal nasi tu belakang citer hehe. Janji sekarang kita nak berbuka kat luar.. tengok la muka happy kemain macam takde masalah. Sekali 'anak angkat' kami pun turut excited. Sebenarnya dari semalam dah boy tido rumah kami.


Sempat lagi nak selfie.. pompuan macam tu eh, ke zaza sorg je hehe. Nasib time ni mood suami okey.. so dia lah yg jadi camera man hihi. Kalau tak, takde nak layan kerenah wife dia sorg ni. 


Okey, kami dah sampai tempat yg dituju. Tak jauh pun dari kawasan rumah dan restoran pilihan kami, Pizza VS Satay, bertempat di USJ 11. Alhamdulillah, menu makanan semuanya best2 dan berpatutan dengan harga buffet utk dewasa RM 36* dan kanak2 RM18*. Makanan western, melayu semua ada. Nak belasah pizza ke, spageti ke, fish n chips, chicken chop, kambing golek, nasi berlauk kg, satay dan macam2 kuih lagi.


Penuh satu pinggan hehe.. semua zaza sumbat dalam tu.. yg zaza punya spageti olio dan suami spageti cabonara. Siap campur pucuk paku masak lemak lagi tu. Gambar pun blurr macam tuan dia hahaha.. org lain sibuk nak berbuka kita sibuk nak snap gambar !.



Ni pulak pilihan boy chicken chop.. kuah dia pun memang mabeles. Tapi boy ni, makan tak banyak sangat.. padanlah dengan orgnya yg kecik kan. Kami seramai 6 org, 2 org lagi pemalu orgnya hahaha. 

Okey berbalik pasal nasi tadi tu kan.. bila time sahur pulak suami request nak makan oat. Oh tidak ! nasi masih lagi tak makan sebabnya boy pun makan kat luar mama dia jemput huhu. Jadinya zaza sorg jelah yg terpkasa makan nasi tu. Sedih tau bila tengok nasi macam tu. Dalam kepala ni.. menu berbuka nanti zaza nak masak nasi goreng je boleh ? hehe.



nOte : hari2 dengar lagu raya dah..sob sob

Rabu, 1 Julai 2015