Jumaat, 3 Julai 2015

Iftar-15 Kami Ke Pizza VS Satay


السلام عليكم ورحمة الله


Ya ALLAH, kenapa lah sejak menjak ni zaza rasa malas sangat nak update entri huhu. Padahal hari2 on9 je pun. Please la zaza ! bangkit dari tido.. jangan nak malas sangat bulan2 puasa ni. 

Semalam bos besar bagi cuti masak hehe.. tapi untuk iftar je ye ! jangan ingat sampai ke sahur.. takde maknanya. Kisahnya, balik dari keje zaza macam biasa memang terus ke dapur. Perkara pertama zaza akan buat masak nasi dulu lepas tu baru masak lauk. Bila dah on suis periuk nasi, alih2 suami bagitau nak berbuka kat luar dengan kengkawan. Mak, tolong zaza !. Dah la masak nasi sekali untuk sahur, macam mana tu ?.
 

Tak nak pening kepala terus siap2 sebab time tu dah jam 6.30 petang. Pasal nasi tu belakang citer hehe. Janji sekarang kita nak berbuka kat luar.. tengok la muka happy kemain macam takde masalah. Sekali 'anak angkat' kami pun turut excited. Sebenarnya dari semalam dah boy tido rumah kami.


Sempat lagi nak selfie.. pompuan macam tu eh, ke zaza sorg je hehe. Nasib time ni mood suami okey.. so dia lah yg jadi camera man hihi. Kalau tak, takde nak layan kerenah wife dia sorg ni. 


Okey, kami dah sampai tempat yg dituju. Tak jauh pun dari kawasan rumah dan restoran pilihan kami, Pizza VS Satay, bertempat di USJ 11. Alhamdulillah, menu makanan semuanya best2 dan berpatutan dengan harga buffet utk dewasa RM 36* dan kanak2 RM18*. Makanan western, melayu semua ada. Nak belasah pizza ke, spageti ke, fish n chips, chicken chop, kambing golek, nasi berlauk kg, satay dan macam2 kuih lagi.


Penuh satu pinggan hehe.. semua zaza sumbat dalam tu.. yg zaza punya spageti olio dan suami spageti cabonara. Siap campur pucuk paku masak lemak lagi tu. Gambar pun blurr macam tuan dia hahaha.. org lain sibuk nak berbuka kita sibuk nak snap gambar !.



Ni pulak pilihan boy chicken chop.. kuah dia pun memang mabeles. Tapi boy ni, makan tak banyak sangat.. padanlah dengan orgnya yg kecik kan. Kami seramai 6 org, 2 org lagi pemalu orgnya hahaha. 

Okey berbalik pasal nasi tadi tu kan.. bila time sahur pulak suami request nak makan oat. Oh tidak ! nasi masih lagi tak makan sebabnya boy pun makan kat luar mama dia jemput huhu. Jadinya zaza sorg jelah yg terpkasa makan nasi tu. Sedih tau bila tengok nasi macam tu. Dalam kepala ni.. menu berbuka nanti zaza nak masak nasi goreng je boleh ? hehe.



nOte : hari2 dengar lagu raya dah..sob sob

12 ulasan:

  1. kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. memang sedap! sampai kan tak larat dah nak repaid makanan hehe..

      Padam
  3. Balasan
    1. sedap sangat ! sampai kan licin pinggan hehe..

      Padam
  4. blh j
    asalkan pelbagai kan pasti hbs nsi tu
    ciksu pulak suka msk lauk dlu last skli bru nasi.hihi.sbb suka nasi panas panas

    BalasPadam
  5. hahahaha...eh, macam best je menu western camtu ada buffet! muahahaha...kat area mana ni..?

    sally punya nasi 3 hari dalam periuk -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. susah nk dpt western buffet.. area usj 11 je sally..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.