Selasa, 14 Julai 2015

Orang lain pun buat kek jugak.. takde la sampai macam ni.


السلام عليكم ورحمة الله



Eh! dah kenapa dengan jari, main mercun ke ?. Huhuhuhu.. sebenarnya la kan, jari kanan yg runcing ni terkena penutup tin susu je hehe [runcing la sangat kan muahahaha]. Mesti nak tau macam mana boleh terkena kan ?. Orang lalok tak tengok kiri kanan, depan belakang memang rupa gitu la. 
 
Time terkena tu zaza kat rumah MIL. Selepas waktu berbuka dan siap solat maghrib, adik ipar mintak tolong buatkan topping kek coklat. So, boleh pulak lupa nak simpan balik tin susu tu huhu.. betul2 depan zaza. Sambil berborak dan mata memandang adik ipar potong kek yg dah siap.. tetiba tangan zaza laju je terkena penutup tin susu yg sedang terbuka. Haahh ! darah kemain laju keluar. Terus bangun ke sinki sebab darah menitik2 atas meja. Mereka yg ada kat situ pun terkejut.. suami zaza je yg buat dekkkk !rupanya dia ingatkan sirap yg tumpah uwaaaaaa. Sepantas kilat nak jadi kan, semuanya kuasa DIA. Makcik zaza sapukan jel alovera, adik ipar letak minyak gamat.. malah darah makin keluar. Nasib rumah tu ada first aid.. so dibalutkan jari zaza. Bila dah balut pun darah still basah kat kain pembalut huhu. Ayah suruh pergi klinik.. risau pulak dia tengok.
 
Bila dah sampai klinik.. doktor bukak balutan, sama jugak darah still lagi keluar.. zaza ingatkan darah dah stop huhu. Time paling rasa sakit bila doktor tekan2 jari zaza uwaaaa. Katanya nak berhentikan darah. Tapi, bila doktor cakap nak kena jahit.. ALAMAK ? memang takkk la jawabnya hehehe. Doktor kata luka agak dalam, tapi kalau taknak jahit pun takpe.. cumanya nak sembuh tu makan masa seminggu jugak. Kalau jahit 3 hari dah okey. Zaza orgnya penakut bila dengar perkataan jahit.. tengok darah keluar banyak boleh pulak. So, doktor balut kemas2 dan bagi ubat penahan sakit serta antibiotik. Alhamdulillah, lega dan selamat dari masalah. Sekarang tunggu jari ni cepat sembuh.. raya berbalut pun takpe.

Ni lah gambar sehari selepas kejadian.. baru zaza perasan memang dalam luka dan panjang jugak terbelah tu huhu. Doakan semoga jari zaza cepat sembuh ye. 

Semalam zaza dan suami berbuka dengan sorg kawan namaya suri. Time zaza nak makan ubat dia tanya lah kenapa ? zaza tunjuk jari yg berbalut tu.. dan citer apa yg berlaku. Belom sempat habis citer dia dah suruh stop.. katanya macam nak pitam. Adoii, tersalah org rupanya hahahaha. Nasib dia tak pengsan.. rupanya dia mabuk darah. itu baru dengar kalau tengok sah2 dia pulak kita nak kena selamatkan hehe.


nOte : lalalalalal tak sabar nak balik kg !



10 ulasan:

  1. Next time lebih berhati² tau..semoga cepat sembuh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih.. In Shaa ALLAH, lpas ni lebih berhati2..

      Padam
  2. Balasan
    1. itu la nani.. tuan yg kena ni boleh pulak relaks huhuhu..

      Padam
  3. jahi pun ok.. tp biarlah dia bius.. kdg ada tak bius..huhu..

    slmt hari raya kak =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya jugak yui*

      itu la xtanye pulak doc bius ke tak.. awal2 dah xnak muahahaha..

      Padam
  4. oit.. ciksu bc pon x blh nk hbs serius seriau la.dok byg jri ciksu tau.
    sbb ciksu pon kena gak hri tu.msa buat semperit susuu.kengkonon sayang la secoet susu sekali pergi sua jari sapu kan. sekali zasssss.. laju j darah merecik keluar. ngilu sangat..

    tajam kan tin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la ciksu.. benda nk kena ni terlalu pantas je.. ngilu pun zaza tak rasa hihihi.. sedar2 darah dah menitik..huhu

      Padam
  5. Huaaa.. Kak.. X brni bca hbis.. Dgr kna tin susu trus stop. Seriauuuu.. Ngeriii..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.