Memaparkan catatan dengan label teman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teman. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Hati aku tersangat MERINDUIMU..


السلام عليكم ورحمة الله

Tetiba malam ni teringat pulak dekat bff time skoll dulu..
Sejujurnya jauh dasar hati aku tersangat MERINDUIMU sahabat..
Kau sentiasa ada saat aku memerlukanmu. aku pulak? aku tak tau samada aku masih lagi berfungsi dgn baik dalam hidupmu. [cewahh ayat tak boleh blahh mcm meminta simpati je kan kan!.] :p



Kau menjadi tempat untuk aku mengadu susah senang, menjadi teman yg sering menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan.. maafkan aku teman, jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini dgn izinNya. Tetapi kita terpisah jauh hujung KL dan Kemaman hehehe..

Masih kau ingat?
Sejak zaman persekolahan lagi memang aku lebih rapat dgn dirimu berbanding yg lain. Suka duka kita lalui bersama. Aku rindukan detik2 itu.. semuanya sentiasa diingatanku.. [yg paling best time kelas malam kita sama2 naik basikal lalui satu kawasan yg gelap tanpa lampu jalan hanya diterangi lampu suluh yg malap.. tetiba time tu jugak la rantai basikal aku tercabut.. grrrrrrr!! nak tak nak aku terpaksa berhenti utk membaiki dan kau masih setia menolong aku.. oh so sweet hehe..]

Namun,
Kini kau sudah berkeluarga ada suami dan anak2.. aku tumpang gembira kerana hidup kamu sangat bahagia kawan. Kau sibuk dgn urusan tak terkecuali dgn aku yg masih lagi 'honeymoon' bersama suami tercinta hehe..
[doakan utk aku dan suami agar dikurniakan juga anak2..]



Sering kali jika aku balik ke kg halaman, hati melonjak utk berjumpa dgnmu.. itu pun jikalau ada jodoh masa yg sesuai erti kata.. hari kau betul2 free. Bila dah dapat jumpa hati ini terasa gembira yg teramat walaupun sekejap je kita bersama. Apa yg ingin aku katakan padamu mungkin kedengaran seperti sudah basi.. namun kata2 ini adalah sesuatu yg lahir dari hati.. aku amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik dirimu. Terima kasih utk segala kebaikan yg telah kau beri padaku.

Aku doakan yg terbaik untukmu teman. Semoga kita sama2 berjaya dlm perkara yg diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. Sekali lagi maaf ku pohon darimu atas segala kesilapan dan keterlanjuran diriku semasa kita berkawan. Satu perkara yg aku harus tahu.. aku sangat menyayangi dirimu kerana bagiku engkaulah anugerah terindah yg diberi Allah padaku.



nOte : nak sangat lepak2 sampai ke pagi hehe


Ahad, 2 Mac 2014

Sembuhkanlah dia sahabatku Nora


السلام عليكم ورحمة الله

Sekarang tidak kira sama ada musim sejuk atau panas, kedua2 keadaan ramai yg mengadu tidak keselesaan kan!. Selain peningkatan bagi kes DEMAM yg terlalu ramai. Termasuklah, sahabat zaza sorang ni.. yg sudah seminggu demam. Namun masih lagi berada di Hospital Putra Melaka. Zaza mintak maaf banyak2 coz tak dapat menziarahi namun dengan iringan doa, semoga nora cepat2 sembuh dan kembali sihat seperti biasa.


"Ya Allah, jauhkanlah dia dari kesakitan wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia dan Engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali pernyakitnya". Doa Rasulullah SAW [Riwayat : Muslim]

Zaza dapat tahu pun melalui wechat dan fb beliau. Sahabat, jangan fikir yang bukan2. Ujian adalah TARBIYAH. Sebenarnya ada hikmah bagi Org yg ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekaligus meningingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yg tinggi Allah berikan kepada mereka yg tabah dan sabar dalam menghadapi musibah. 


nOte : seminggu lagi baru nak senyum lebar!! hehehe


Sabtu, 1 Mac 2014

Menjaga hati org lain lebih susah berbanding menjaga hati dan perasaan sendiri


السلام عليكم ورحمة الله

Selamat pagi SABTU.. 1hb Mac sudah hehe..
Mata tak boleh nak lelap lagi..so sementara tunggu kain baju siap di basuh..
zaza nak share something pasal sahabat baik zaza ni..
malam semalam dia inbox fb zaza meluahkan perasaan sedihnya.
zaza simpati apa yg dialuahkan..
dialong lebih kurang macam ni;


zaza : kenapa sedih sangat emotion ko ni?
bff : aku sedih sngat2 la za..
zaza : apsal pulak?
bff : kawan aku wassup cakap yg dia rindu aku..
zaza : so masalahnya?
bff : dia send emotion then aku pun reply balik. masalahnya, aku tersalah send emotion muka b**i. tapi aku dah minta maaf dekat dia.. dia still xreply msg aku smpi la skrg huhu.. 
zaza : laa.. ko bukannya sengaja kan? lagipun ko dah minta maaf. dah tak payah nak pening2 kepala ko.. In Shaa Allah, nanti bila dia dah tenang okey la tu.
bff : hurmm.. aku risau la. dia ni sensitif sangat orgnya.. tak best la kawan baik jadi renggang macam ni :(
zaza : ko banyak2 bersabar ye!


Macam tu la serba sedikit dialong kitaorg. 
Betul kata org, menjaga hati org lain lebih susah berbanding menjaga hati dan perasaan sendiri.
Kadang2 bila terlampau ikutkan kehendak hati.. kita kadang2 terlupa akan DIA. Subhanallah.
Jadi disini.. zaza rasa tak salah korbankan rasa pada hati sendiri, tak kisahlah pedih or pahit pun asal menyenangkan hati dan perasaan org sekeliling kita.. BAHAGIA pertama dan DERITA kedua. :)
[Maka tidakkah AKU uji hamba-hamba Ku, melainkan sesuai dengan kesanggupannya].


Wahai orang2 yg beriman, jadikanlah SABAR dan SOLAT sebagai penolongmu. Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yg sabar. [Surah Al-Baqarah Ayat 153].

Sabtu, 1 Februari 2014

Nor Azura Mustaffa 23.01.14


السلام عليكم ورحمة الله

Sedar tak sedar dah seminggu sis zura meninggalkan kami. Sepi je bila ketiadaan beliau.. sedey sangat2! tapi jagan salah faham ye!. Sebenarnya, sis zura telah berhenti kerja. Zaza tak pasti sis zura dapat kerja baru ditempat lain or mungkin menjadi suri rumah sepenuh masa hehe.. 

Thank you akak! selama kita berkawan halal kan makan minum zaza. Thanks jugak sudi menjadi seorg sahabat yg setia mendengar dan berkongsi masalah. Zaza doakan agar akak sentiasa sihat serta di limpahi rezeki dan berbahagia bersama keluarga tersayang. In Shaa Allah, ada masa dan panjang umur kita boleh jumpa. hehe bukanya jauh pun. 

Disini, zaza selitkan beberapa keping gambar [sis zura disebelah kanan yg berkaca mata]. Sis sebelum ni tidak memakai cermin mata, akibat dari eksiden tahun lepas sis terpaksa memakainya. Alhamdulillah, zaza heppy bila sis zura sihat macam biasa. :)



  Gambar dibawah semasa sis dalam keadaan teruk akibat eksiden. Bila tengok keadaan muka sis memang terkejut sangat2.. Hanya Tuhan yg maha mengetahui. Subhanallah.






Ote : Pengalaman mendewasakan dan mengenal erti persahabatan.


Selasa, 26 November 2013

Fatimah dah pun bersalin.. Alhamdulillah


السلام عليكم ورحمة الله

Merahnya mak ngah! hehe... tetap maintain ayu ko erk! berseri2 walapaun time ni dah masuk 7bln lebih.
Alhamdulillah sahabat opismate zaza, Fatimah selamat lahirkan baby ke-2 girl jugak pada 20112013 jam 9.45 malam seberat 2.97kg. Tahniah zaza ucapkan. Tarikh pun cantik je.. 



Fatimah bersalin Hospital Temerloh, Pahang. Sebab dia memang asal org Pahang. Anak pertama dulu pun bersalin di Pahang juga. Senang terus berpantang di kg halaman..


Bila tengok baby yg baru lahir..memang geram teramat sangat! Mana taknya, dengan gebu comey..rasa nak peluk cium je hehe. Nak2 tengok time baby ni tido macam best je.. macam sedap je hihihi.. 


Sama tak? sama tak? baby ni bukan kembar ye!.. sebelah kiri si kakak dan sebelah kanan si adik. Time dia dua2 baru dilahirkan.. ffress kuar oven panas2 hihi. Tak sabar nak tunggu ibu dia habis pantang hehe.


ital Hah.. ni da si kakak yg comey bernama PUTERI HAYFA FIRZANA dah pun berumur 2 tahun. Lepas ni, kakak kena jaga adik baik2 ye!.. jangan nakal2 dengan adik dan sayang adik ketat2. [nama adik zaza tak tahu lagi, nanti zaza update semula okey.] *update : PUTERI HANA LIYANA


nOte :ingatkan cuti sek ni musim org kawin.. rupanya ramai pulak org bersalin hehe. Anugerah terindah. Alhamdulillah.



Khamis, 5 September 2013

Gembira sangat dapat jumpa korang !


السلام عليكم ورحمة الله






Alhamdulillah, dapat jugak aku jumpa dengan mereka2 yg bergelar sahabat. Mekasih coz luangkan masa bersama walaupun masa tak berapa nak izinkan kita lepak lama kan!! yg pasti aku berpuas hati :)

In Shaa Allah, jika diizinkanNya.. kita akan bertemu lagi.


Selasa, 11 Jun 2013

sahabat, aku tetap merindui kamu semua!.


السلام عليكم ورحمة الله

En3 ni khas untuk mereka semua !
Wanie, Mariatie, Norishan, Syida, Subiyana, Kak Sha, Kak Tie, Kak Wahida, Jah, Masni, Yaya, Kak Noor, Elly, Na, Elly, Suriati, Kak Na, Kak Yah, Kak Cah, Nuru, Kak Zah, Murni, Nona.
mereka semua ni sahabat aku ketika bekerja di sini (LEMSB) 6 tahun lepas. Syukur, semuanya baik2 dan yg penting mereka tak kedekut ilmu bila diperlukan. 

Walaupun kita berjauhan sahabat, aku tetap merindui kamu semua!.












Mungkin ada juga wajah yg tak ada disini.  Harap maafkan..  yg penting kenangan bersama korang semua masih segar dalam memori ini. Terdetik jugak ingin membuat reunion kembali.

Tapi itulah, masing2 sibuk dgn haluan masing2 dgn anak suami kan! In Shaa Allah, di panjangkan umur dan dimurah kan rezeki kita akan berjumpa.


nOte : entah tiba2 rindu dekat korang! ;) 


Rabu, 6 Mac 2013

:..Pada Saat Kita Berkata..:


السلام عليكم ورحمة الله





Pada saat kita mengatakan m00d untuk belajar hilang sebab rakan kita pinjam buku kepunyaan kita, kita lupa yg sahabat kita pernah keluarkan duitnya untuk belanja kita makan waktu p0ket kita k0s0ng tidak berduit dulu. Pada saat itu, kita lupa jasa baik dia kepada kita.


Pada saat kita mengatakan teman sebilik kita se0rg yg 'tidak pembersih' sahabat kita mengatakan yg kita ini se0rg yg rajin belajar, taat kepada perintah ibu bapa dan menjaga hubungan dengan Allah. Tidak pernah sekali pun dia mengatakan perkara yg tak baik tentang kita. Tak pernah sekali dia membuka aib kita kepada 0rg lain.


Pada saat kita mengatakan yg rakan kita se0rg yg pelik, suka berpura2 dan busuk hati, rakan kita sedang sibuk menguruskan kenduri d0a selamat untuk menyambut hari lahir kita. Rakan kita sanggup mengeluarkan wang belanjannya sendiri untuk memastikan hari istimewa kita itu berjalan dengan lancar supaya kita gembira.


Pada saat kita mengatakan sahabat kita tidak pernah g0s0k baju sebelum ke kuliah, malas mandi dan kuat tidur, kita lupa yg sahabat kita pernah bekalkan ubat waktu kita demam teruk dulu dan bersengkang mata semalaman menjaga kita.


Pada saat kita berkata di Faceb00k, "Hari ini aku sakit hati dengan sahabat aku kerana dia meny0r0kkan barang aku (k0n0nnya) untuk suka2", sahabat kita pula memberitahu 0rg lain bahawa kita adalah 0rg yg sangat hebat, kuat pendirian agama dan mempunyai kempimpinan yg menyerlah.


Pada saat kita mengatakan yg kawan kita tidak pernah bangun lebih awal daripada kita justeru dia selalu menyusahkan kita kerana kita terpaksa mengejutkan dia setiap pagi, kita lupa sahabat kita tidak pernah beritahu 0rg lain yg kita pernah mengambil hak dia tanpa pengetahuannya. Kita pernah pinjam wang dia tapi lupa untuk memulangkannya semula. Sahabat kita tidak pernah mengungkit hal itu.


Adakah anda tahu sahabat anda sentiasa bersangka baik dengan anda ? Tahukah anda pada saat anda mengata sahabat anda itu dan ini, sahabat anda pula memuji anda ?.



nOte : Kpda mereka yg menjadi sahabat kpda s'se0rang.. adakah kamu pernah mengalami situasi ini? renung2kanlah & selamat beramal. :)


Sabtu, 23 Februari 2013

:..Wanita Bergelar Sahabat..:

السلام عليكم ورحمة الله

Ramai yg mempunyai sahabat baik dan tak terkecuali aku sendiri. Alhamdulillah, masih ramai yg sudi berkawan dgn aku. Aku masih mempunyai teman2 di pejabat. Tapi bukan di pejabat je tau! di luar pun ada dan juga di laman maya ni hah! :) tQ u0ls..

Walaupun bersilih ganti teman2 sepejabat. Kami tetap tidak s0mb0ng untuk mengenali antara satu sama lain. Tetap mesra alam seperti biasa. ngeee !! macam kenal dah lama. Tapi yg lama tidak dipinggirkan. masih aktif berfb macam biasa. s0 kami masih macam dulu cuma jarak je yg memisahkan. 
















Menjaga hati sahabat ya! 0rg ckp senang 'jaga hati' tapi bila kita sebut macam tu. kita kena kuat dalam bermujahadah. nak dapat sahabat yg baik, kita kena jadi baik dulu. jangan mengeluh bila kita mempunyai sahabat yg kurang baik. walewah pandai berkata2 pulak aku ni. ngeee!

Kadang2 aku terfikir sendirian ! 0rg lain sukakah dgn cara aku ?

0rg ckp rambut sama hitam, hati lain2 kaler ! betul kan?. 
Setiap manusia dijadikan hati, perasaan, perangai dan kesukaan yg berlainan.
Lain 0rg, lain perangai kan ? masing2 ada akal, fikirkan baik buruk setiap apa yg kita nak lakukan.

Hargailah bila bersahabat, Sayangilah bila bersama, Maafkan bila terluka, Fahamilah bila keliru, Nasihatilah bila terleka dan Tegurilah bila tersilap.

Semoga ukhuwah yg terbina antara kami semua diredhai dan di rahmati olehNya. Aamiin.



nOte : esok lusa cuti :) enjoyyy ! 


Rabu, 6 Februari 2013

:..Terima Kasih Sahabat..:

السلام عليكم ورحمة الله


Pagi yg agak mendung.. Rahmat Allah maha agung. Alhamdulillah masih diberi pinjaman nafas buat seketika detik lagi.. Syukur padamu tuhan. Di awal pagi, selamat mengerjakan ibadah pertama pada hari ini dan semoga perancangan dan urusan kita sentiasa di berkati..Amin.

Hidup ni kadang2 memerlukan pengorbanan demi menjaga hati yg tersayang kan!. Kita sanggup terpaksa korbankan sesuatu dalam persahabatan.. kadang2 bila ditegur tapi tak dijawab bukan kita sombong namanya.. sebaliknya tak perlulah menuduh atau menilai seseorang dari sudut itu namun sebaliknya cuba berfikiran positif supaya ukwah dan nilai persahabatan akan tetap terjalin dengan keberkatan dari Allah. 


Subhanallah, betapa besarnya nikmat yg Allah bagi pada kita semua kan!. Sememangnya hidup ini bukanlah mudah untuk menjaga hati semua orang. Cukuplah sekadar apa yg perlu untuk menghabiskan sisa2 waktu yg ada dengan doa dan harapan biarpun ia hanya skadar iringan doa dari kita buat sahabat2 serta orang2 yg kita sayang.. dan kadang2 kita tak mampu nak jadi yg sempurna dalam hidup seseorang.. tapi kita akan buat yg terbaik untuk org yg kita sayangi.




nOte : hidup ni sentiasa berputar.. sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah..renung2kan.. :


Jumaat, 30 November 2012

:.. Dian Shaz 28.11.12 ..:

السلام عليكم ورحمة الله

:.. Mardiani bt Kamarulzaman a.k.a Dian Shaz nama Fb ..:

Seorang demi seorang berhenti kerja!! hukhukhuk# 
Sedey sangat2.. bila kite dah bermesra alam tiba2 hilang begitu saja kan?. 
Semalam 28hb, kak dian pulak yg berhenti.. 
Tapi apa yg penting! 
Tali persahabatan yg dibina atas kejujuran akan berkekalan. 
In Shaa Allah.

Dan diharap kak dian lebih cemerlang di tempat keje baru ok! 
Jangan nak nakal2 sangat la ye.. nanti kan, b0s marah.. hehe.#


nOte : gelak tawamu tiada lagi kedengaran :(


Jumaat, 16 November 2012

:.. Rafizah Bukari 16.11.12..:

السلام عليكم ورحمة الله

Sedeyy sangat2 sb kak fiza dah nak berhenti keje!!!! arini dia last. sob..sob..
Tengahri tadi aku sempat keluar makan sama2 dgn kak fiza dan juga cecelia. Itu je yg tinggal sb yg lain semuanya cuti panjang.. diam xdiam, dah setahun aku berkawan dgn kak fiza, dia memang seorang yg baik. Dan syukur aku masih boleh berhubung dgn dia sbnya fb, hp kan ada! :) hihihi



Akak, Za harap akak gembira di tempat baru nanti, yg penting keje dgn ikhlas dan kena banyak bersabar. Za mintak maaf banyak2 selama kita kenal dan berkawan.


nOte : mesti sunyi gelak tawamu.. :(

Khamis, 11 Oktober 2012

:.. Apa Kes Pandang Atas ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Biasa kalau nak ambik gambar mesti depan2 kan??
so kali ni kami buat kelainan sikit.. tgok atas pulak hahaha.. padahal saje tak ada keje!. nasib baik menjadi dekat 2 kali jugak la kami nak snap je tak jadi sebabnya pintu lif cepat bebenor terbuka.dah la time buka tu ada org nak masuk, yg kelakarnya dgn dia2 sekali tengok atas..hahaha





So ni la hasilya time kami dah nak balik. suka..suka..suka!

nOte : time ni kami karaoke kat Subang Prade setelah selesai persembahan org kawin ahad lepas.

Khamis, 5 Julai 2012

Sejuk Mata Memandang

 Assalamualaikum...

Petang2 camni jom kita tengok 3kpg gambo beby yg bru lahir..hehe.. Sejuk mata memandang, sejuk lagi perut ibu yg mengandungkan kita kan?..


Nasr Nurhan Wafri | 30 April 2012
Raif Hamdani | 27 Mei 2012
Haris Andika | 12 Jun 2012
Tajuk cam gempak je! hehe.. bukan apa, tumpang gembira ialah bila rakan2 terdekat melahirkan beby memasing... Syukur sesangat!! beby masa lahir comey kan? geram je negok..rasa nak gigit2 je pp..hahaha

1st beby anak kpd pasangan ciko&nora (kwn en.asben).. anak 1st setelah menunggu 4tahun.. Tahniah!..rezeki beliau...

2nd beby anak kpd pasangan Anie& Yassir (kwn karib aku).. anak ketiga setelah pemergian anak pertama genap setahun beliau pergi...Al-fatihah..

3rd beby.. anak kpd pasangan zizi&fiza (kwn en.asben jugak).. anak kedua beliau.. ngeee~ Insyallah..nanti ada rezeki turn aku pulak hehe..

nOte : Awak DOA kan untuk kite dapat beby ye! amin.. mudahan2 berkat doa awak semua.. :)

Khamis, 7 Jun 2012

Sembuhkan Dia..

Assalamualaikum

Terdetik pulak nak share gambo sahabat aku eksiden seminggu yg lalu. Memang teruk apatah lagi terkena bahagian mata..auw! sakit tak dapat dibayangkan.. ^_____^



Ya Allah, kuatkanlah iman sahabatku Azura dalam menuruti dugaan-Mu ini. Sembuhkanlah dia Ya Allah.. Tiada sembuhan melainkan sembuhan dari-Mu jua, Amin Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin.


Buat sahabat semua..
marilah sama2 kita doakan agar dia diberikan kesihatan yg baik..amin..

nOte : berdoa dan berdoa kpdNya~

Rabu, 6 Jun 2012

Ombak Pizza

 Assalamualaikum..

Nak publish pasal makan..ok kan?.. tgari tadi aku dapat makan free..PIZZA! Syukur di atas rezeki yg dilimpahi oleh NYA. Terima kasih kpd biG boS Gafis, sudi pelawa aku makan sekali walaupun aku bukan staff beliau.. hehe muka tak tau malu!..

Sebelum makan, kitaorg posing gediksss dulu..hik2 

  kat laluan pun jadi la..



amboi...sempat lagi ye! pantang kat mana camera zoom..

boss gafis berbaju putih bersihh..:)

ambik2..jangan malu2 jangan segan2.. nanti rugi wooo!!

gambo pompuan kat dalam ni..adalah org branch putrajaya.. diaorg pun ada sama masa ni..

Shiema yg heppy gud lucky!.. ambik makanan pun leh tersenyum..

cam biasa la, nak ambik tu kena kira dulu.. kan org lain tak dapat makan kuang..kuang..


erkkk...alhamdulillah..kenyang pewot kami semua..
thanks sekali lagi pada big boss!

nOte : tersangat kenyang!..