Rabu, 6 Mac 2013

:..Pada Saat Kita Berkata..:


السلام عليكم ورحمة الله





Pada saat kita mengatakan m00d untuk belajar hilang sebab rakan kita pinjam buku kepunyaan kita, kita lupa yg sahabat kita pernah keluarkan duitnya untuk belanja kita makan waktu p0ket kita k0s0ng tidak berduit dulu. Pada saat itu, kita lupa jasa baik dia kepada kita.


Pada saat kita mengatakan teman sebilik kita se0rg yg 'tidak pembersih' sahabat kita mengatakan yg kita ini se0rg yg rajin belajar, taat kepada perintah ibu bapa dan menjaga hubungan dengan Allah. Tidak pernah sekali pun dia mengatakan perkara yg tak baik tentang kita. Tak pernah sekali dia membuka aib kita kepada 0rg lain.


Pada saat kita mengatakan yg rakan kita se0rg yg pelik, suka berpura2 dan busuk hati, rakan kita sedang sibuk menguruskan kenduri d0a selamat untuk menyambut hari lahir kita. Rakan kita sanggup mengeluarkan wang belanjannya sendiri untuk memastikan hari istimewa kita itu berjalan dengan lancar supaya kita gembira.


Pada saat kita mengatakan sahabat kita tidak pernah g0s0k baju sebelum ke kuliah, malas mandi dan kuat tidur, kita lupa yg sahabat kita pernah bekalkan ubat waktu kita demam teruk dulu dan bersengkang mata semalaman menjaga kita.


Pada saat kita berkata di Faceb00k, "Hari ini aku sakit hati dengan sahabat aku kerana dia meny0r0kkan barang aku (k0n0nnya) untuk suka2", sahabat kita pula memberitahu 0rg lain bahawa kita adalah 0rg yg sangat hebat, kuat pendirian agama dan mempunyai kempimpinan yg menyerlah.


Pada saat kita mengatakan yg kawan kita tidak pernah bangun lebih awal daripada kita justeru dia selalu menyusahkan kita kerana kita terpaksa mengejutkan dia setiap pagi, kita lupa sahabat kita tidak pernah beritahu 0rg lain yg kita pernah mengambil hak dia tanpa pengetahuannya. Kita pernah pinjam wang dia tapi lupa untuk memulangkannya semula. Sahabat kita tidak pernah mengungkit hal itu.


Adakah anda tahu sahabat anda sentiasa bersangka baik dengan anda ? Tahukah anda pada saat anda mengata sahabat anda itu dan ini, sahabat anda pula memuji anda ?.



nOte : Kpda mereka yg menjadi sahabat kpda s'se0rang.. adakah kamu pernah mengalami situasi ini? renung2kanlah & selamat beramal. :)


2 ulasan:

  1. Salam k.za..
    huhu..indahnya bersahabat andainya persahabatan itu ikhlas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam cma,
      memang betul... so hargailah persahabatan :)

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.