Khamis, 17 Oktober 2019

Selagi Boleh Balik.. Balik Je


السلام عليكم ورحمة الله

Selagi boleh balik jumpa mak ayah, balik je. Walau berjauhan sekalipun? ofkos la korang kena balik jugak. No.. No.. alasan okey !. Tapi kalau sejengkal je lagi senang hari-hari boleh balik jenguk kan.. Syukur alhamdulillah bertuah korang yg masih ada mak dan ayah (zaza pun masih ada mak ayah). Ada peluang je kita balik. Bukan kita anak mak ke.. anak ayah ke.. sb kita rajin balik rumah. Tapi peluang untuk berjumpa mak ayah tidak kekal lama sb 'mati itu pasti'. Bayangkanlah, suatu hari peluang itu terhenti. Kita tidak ada lagi peluang kecuali 'flashback' huhu. Macam zaza sendiri, 11 tahun duduk berjauhan dgn family. Rindu tu tak payah nak cakap.. kalau dekat mahu hari-hari zaza singgah rumah mak hehehe. Makan pun mesti rumah mak.. melampau ke? hahahahaha.

Kita sebagai anak mestilah kena pikul tanggungjawab terhadap family kan. Tak kira la anak lelaki or perempuan. Dan tak semestinya kita hulur duit melalui on9 kita rasa bangga dan dah langsai tanggungjawab kita. Jangan sb kita dah kawin, ada family sendiri.. macam-macam alasan untuk tidak balik ke kg jenguk mak ayah sendiri. Jangan tunggu raya baru nak balik huhu.




nOted : Al-Fatihah, buat mak ayah sahabat yg telah tiada.


Rabu, 14 Ogos 2019

Leeya Isabelle

السلام عليكم ورحمة الله


Percaturan Allah sangat hebat.


Allah hadirkan si kecik buat ku untuk menjaga dan memberi perlindungan sebaik mungkin. In Shaa Allah, aku akan menjaga si kecik dgn penuh kasih sayang. Aku harap si kecik dapat hidup dgn sihat membesar seperti anak-anak lain dalam jagaan ku.

Sehari sebelum hari raya korban iaitu pada petang sabtu (10 ogos 2019), aku tergerak hati nak pergi kedai runcit dan lalu ikut lorong belakang flat. Aku terdengar tangisan seekor anak kucing di tempat timbunan sampah. Ya Allah, adakah apa yg aku dengar itu betul-betul ada? Puas aku mencari dan angkat plastik sampah tapi takde nampak pun kelibat anak kucing. Dalam fikiran aku, mesti suara tu datang dari arah lain.. kaki aku dah melangkah nak balik.. tiba muncul la si kecik dari celah timbunan sampah. Allah ! nasib la si kecik keluar. Sedihnya aku bila tengok keadaan dirinya dgn mata tertutup dan hidung pulak berhingus teruk huhuhu. Tak kan aku sekejam org yg buang dan biarkan mcm tu je kan? dah la si kecik masih baby.. seekor diri tanpa ibu pulak tu. 

Niat hati aku memang tak nak ambik or kutip dah. Tapi semua yg berlaku takdir dan ujian Allah dan inilah pengorbanan aku. So tanpa berfikir panjang, aku nekad bawak balik si kecik dan akan menjaganya sebaik mungkin. In Shaa Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Si kecik aku namakan 'LEEYA ISABELLE' dan mungkin berumur dalam sebulan lebih.

Aku berharap agar baby Leeya kuat dan cepat membesar.



Note : Mata Leeya aku letak ubat Terramycin dan Hidung aku guna Antibiotik Imexa dalam 0.1ml


Rabu, 20 Mac 2019

Mohamad Aaraz Ilham

السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, zaza dapat anak sedara baru yg ke 4 😍 lahir pada 17 Mac 2019. Syukur ibu dan anak semuanya selamat. Berat baby 2.7kg je sb keluar awal 2 minggu dari jangkaan bersalin (3 April 2019). Baby mesti nak sambut Anniversary mama dgn papa sekali kan pada 30 Mac 2019, itu pasal nak keluar cepat hihi. 


Mohamad Aaraz Ilham, mak yong tak sabar nak balik tengok awak sayang. Mak yong nak gomol cium awak puas-puas. Tunggu tau !! Hadiah utk Aaraz mak yong dah prepare awal sebelum awak keluar lagi. 

Mak yong doakan baby Aaraz cepat sembuh dan cepat-cepat keluar wad ye sayang. 
Kawan-kawan, tolong doakan anak buah zaza semoga cepat sembuh ye.. baby Aaraz kena tahan wad sb Jaundis.


nOted : rindu nak balik kg jumpa mak ayah jugak huhuhu.



Rabu, 20 Februari 2019

Bila Ada Penyakit Hati

السلام عليكم ورحمة الله


Ingatlah ! manusia yg suka mencari kesalahan org lain adalah manusia yg menghidap PENYAKIT HATI. Kedewasaan adalah ketika kau berusaha mengerti keadaan yg sebenarnya dari org yg menyakitimu dan bukan ingin menyakitinya balik. Nak puaskan hati manusia sampai kiamat takkan puas. Nak Redha manusia sampai kiamat takkan dapat. Jadi, carilah Redha Allah SWT.


Selasa, 12 Februari 2019

Selamat Hari Lahir Buat Sahabatku

السلام عليكم ورحمة الله



11 Februari 2019, 
Selamat Hari Lahir buat sahabat baik yg aku kenali sejak Sek. Rendah lagi, Subhanallah... manisnya ukhuwwah! Kerana Allah, hubungan ini masih seerat dulu. . Dengannya, aku berkongsi pelbagai perkara. Tempat luahan perasaan. Sama2 bergelak ketawa dan berkongsi masalah. Saling membantu dan memahami. Tersangat banyak kenangan manis yg tercipta bersama. Yg pasti, jiwa terasa bahagia... Chewah. Tak pernah gaduh ke ? Hehehe.. Ofkos ada, adat la bila berkawan kan. Tak baik gaduh lama2 hehe. 

Buat sahabat baik aku Norlailie Alias, SELAMAT HARI LAHIR! 
Aku doakan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan buat dirimu sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan hidup, dimurahkan pintu2 rezeki, diampunkan dosa2 dan dikumpulkan kita bersama di syurga Allah saat pertemuan abadi kelak... Aamiin.