Memaparkan catatan dengan label takzirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takzirah. Papar semua catatan

Selasa, 16 Julai 2013

APA ITU ISTIDRAJ?


السلام عليكم ورحمة الله


Iyanya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yg mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 

Inilah yg dinamakan Istidraj. 

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa org itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yg durhaka dan sering berbuat maksiat yg terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yg telah datang kepadanya adalah kerana Allah beserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga org ragu2 kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimanapun dengan ada org yg sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadahan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yg lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yg susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula org yg seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa tak takut mati? Katanya, alah org lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai2. Tak kisahlah !.

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasulullah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar2 pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong !.

Secantik2 Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia Istidraj - Manusia yg lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada org yg beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. 

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah2.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Sebenarnya, kadang2 Allah memberikan nikmat yg banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad).

Anai2, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah2 daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai2 pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, org lain mati, namun dia masih belum mati2 juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi, dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yg cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. 

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama2 hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul2, maka terjawablah segala keraguan yg mengganggu fikiran kita.

Mengapa org kafir kaya, dan org yg berbuat maksiat hidup senang/mewah.

Pemberian yg diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yg diredhaiNya.

Rupa2nya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada org kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu Istidraj.

Org naik pangkat, Istidraj.

Org2 besar, Istidraj.

Jangan.

Org yg menggunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdikan kepada Allah bukan Istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yg kita cari, juga bukan miskin yg kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yg diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yg sebenarnya tentang nikmat yg diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yg diperolehi itu adalah nikmat pemberian yg diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,

Nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'alam.


nOte : Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aamiin.

Jumaat, 21 Jun 2013

Hutang Wajib Dibayar Walaupun Tidak Dituntut


السلام عليكم ورحمة الله

HUTANG  !
Sabda Rasulullah saw yang maksudnya :
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
[Riwayat Al-Baihaqi]



HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT
(Surah Al-Baqarah Ayat 283)

Walaupun Anda Akan Menjadi Miskin Dengan Membayar Hutang,
Lebih Baik Daripada Mati Dalam Hutang. 

Doa melunaskan hutang
Ya Allah, Ya Tuhanku, cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.

So, disini kita saling ingat mengingati sesama kita moga hidup dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.


Selasa, 18 Jun 2013

Don't forget to say Alhamdulillah, pagi yg indah.


السلام عليكم ورحمة الله

'Orang yg memulakan Salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabur' (HR. Bayhaqi) 


Don't forget to say Alhamdulillah, pagi yg indah. Langit tampak cerah berwarna biru, telah siap menyambut datangnya mentari yg masih lagi terbit dari Timur. Subhanallah!. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Mulakan hari yg baik dengan perkara yg baik.


nOte : en. suami selamat sampai malam tadi. 

Khamis, 21 Mac 2013

:..Ingatlah Yang Satu..:


السلام عليكم ورحمة الله

"Ya Allah tetapkanlah hati ini pada jalanMu..
janganlah engkau sesatkan hati ini setelah engkau berikan hidayahMu..
m0ga aku terg0l0ng dalam g0l0ngan hambaMu yg bersyukur.
Aamiin"

Allah lah yg membuat kita mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis..
tempat bertahan ketika hendak menyerah..
tempat berd0a ketika hilang tempat mengadu dan ketika semua 0rg menjauh..
tempat untuk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali2..
tempat untuk tetap mengerti ketika tak ada satupun terlibat memberi erti
segala sesuatu menjadi mungkin kerana Allah lebih memahami kita melebihi diri kita.





"Dan Dia lah yg menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yg lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yg dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya ia Maha Pengampun Lagi Maha Menhgasihani. (Al-An'aam)"


Selasa, 5 Mac 2013

:..Ujian Lumrah kehidupan..:


السلام عليكم ورحمة الله


Ujian adalah Tarbiyah dari ALLAH. Apakah ? kita akan sabar ataupun sebaliknya. Kesenangan yg datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari ALLAH.




❥❥❥..Bila ALLAH telah mengurniakan ujian.. itu bermakna ALLAH telah memilihmu.. senyumlah sayang.. kerana itu juga salah satu tanda kasih sayang ALLAH kepadamu..❥❥❥



nOte : Thank You ALLAH. :)


Sabtu, 2 Mac 2013

:..Betapa Indahnya..:


السلام عليكم ورحمة الله

It's Friday. fry your day with Allah's Kalimah like subhanallah alhamdulillah allahuakhbar to make life crispy fun ! Jumaat barakah to all my muslim.



Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yg diharapkan senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita2. Tapi Allah swt merancang dengan cinta Inta La Tahzan Innallaha Maana. Tiada yg kebetulan melainkan semuanya sebaik-baik perancaganNya.


nOte : betapa indahnya :)


Rabu, 27 Februari 2013

:.. PadaMu Ya Allah Ku Bermohon..:

السلام عليكم ورحمة الله





























nOte : Sama2 kita amalkan :) sumber fb



Jumaat, 22 Februari 2013

:..Sebenarnya Lebih Indah..:

السلام عليكم ورحمة الله


❝ Saat 0rang berbicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu petanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka❞






nOte : Tomahan itulah membuatkan kita lagi kuat menempuhi hari2 mendatang :)


Sabtu, 9 Februari 2013

:..Wanita Di Luar Sana..:

السلام عليكم ورحمة الله


Kepada sahabatku yg baik dan belum menutup aurat, silakan menutupnya ya :) Allah Maha Pengampun.. 

Seorang lelaki kristian bertanya kepada seorang lelaki muslim.. 

Lelaki kristan » Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Lelaki muslim » Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula²  di dalam poketnya, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua itu ke atas lantai lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua²nya mana satu yg kamu akan pilih? 

Lelaki kristian » Sudah tentulah yg masih dalam bungkusan  (◕‿◕✿)

Lelaki muslim » Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..



Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya Karim.. Ya Mujib
Aamiin Ya Robbal'alamiin..


nOte : Sumber fb


Jumaat, 1 Februari 2013

:..Jangan Sombong..:

السلام عليكم ورحمة الله


  1. Susah menerima pandangan orang lain
  2. Mudah marah dan beremosi
  3. Memilih-milih kawan
  4. Memandang hina golongan bawahan
  5. Tidak senang dengan kejayaan orang lain
  6. Tidak menghargai dengan pemberian orang
  7. Memperkata keburukan orang
  8. Mudah berdendam
  9. Susah meminta maaf dan memberi kemaafan
  10. Kurang bermesra dengan orang

"Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri" (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi Saw bersabda, "Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan" (HR Muslim).


nOte : jom kita sama2 muhasabah diri amin.. :) sumber fb



Khamis, 31 Januari 2013

:..Jangan Buka Aib..:

السلام عليكم ورحمة الله

Jangan sesekali menjatuhkan maruah orang lain lebih2 lagi dengan niat untuk kepentingan diri sendiri kerana apa yg mungkin berlaku dikemudian hari adalah berpunca dari kelakuan kita hari ini (hukum karma). Jika anda merasa bangga dan puas hati atas apa yg anda lakukan sekarang ini, ketahuilah bahawa orang lain hanya memikirkan anda manusia tak ada sivik dan kurang akal, jadi beringatlah...










Hadis Rasulullah SAW:
"Jangan buka aib orang kerana ALLAH akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri"


nOte : Peringantan untuk diri sendiri :) - sumber fb


Sabtu, 26 Januari 2013

:..Isteri Calon Neraka..:

السلام عليكم ورحمة الله

Tidak suka mengerjakan Solat
Suka bercakap bohong kepada suami
Suka berhias untuk selain suaminya
Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
Tidak menghormati suami
Suka mencari musuh
Sombong
Tidak takut kepada Allah sedikit pun
Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
Tidak mahu minta maaf kepada suami
Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
Degil dan keras kepala
Merasakan diri lebih baik dari org lain
Suka berpoya-poya
Malas melakukan amalan baik seperti membaca Quran, Selawat dan Istgihfar
Suka memandang rendah kepada org lain.












nOte : Semoga kita dijauhi..


Sabtu, 19 Januari 2013

:..Darjat Tertinggi..:

السلام عليكم ورحمة الله


Pagi Jumaat yg indah...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Alhamdulillah.
hari ni aku berjubah hitam ke opis.. :)



Ada 4 PERKARA yg terdapat mengankat kepada DARJAT TERTINGGI walaupun amal dan ibadahnya sedikit iaitu :-

  • Budi Pekerti Yang Baik
  • Sifat-Sifat Penyantun
  • Merendah Diri
  • Pemurah

Hiasilah diri kita dengan 4 perkara ini. Itulah kesempurnaan Iman.
~Ustazah Siti Nor Bahiyah Mahamood~


nOte : Sumber fb


Sabtu, 12 Januari 2013

:.. Jom Kuatkan Iman Kita ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu. Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu. Kamu rasa lemah menghadapi kerana manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

nOte : Sharing is caring.. :)


Isnin, 5 Mac 2012

11 Orang Mendapat Doa Malaikat

 Assalamualaikum...

Pagi2 kuar umah nak pegi keje..ujan renyai2.. alhamdulillah..ujan rahmat dipagi2 hari... sempat juga aku smpi opis awal ...bekpes ngan en.asben roti  bakar ngan teh tarik je.. he3,  apa cer korg semua? dh bekpes lom?  pagi isnin..aku xde apa nak kongsi citer ngan korg cuma aku nak share satu benda je...jom! kita amalkan..



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al- Fatihah
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
10. Orang yang sedang makan sahur
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

nOte : ya Allah masukkanlah aku dari golongan2 seperti hamba2 mu di atas..amin .


Jumaat, 3 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M

 Assalamualaikum.. 

Salam ukhwah.. salam jumaat yg indah.. alhamdulillah kita masih lgi diberi kesempatan menghirup udara yg segar hari ini. Esok dah cuti sampai ler selasa kan.. so, zaza ambik kesempatan nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam pada hari Ahad 5hb Feb 2012.

"Rasul adalah pemimpin umat islam yg tiada tolak tandingnya. Marilah kita berpegang kepada Sunnah & ajarannya."

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini  jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada Isini (Dari hadith riwayat, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dgn 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yg diutus oleh ALLAH s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yg dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dgn mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yg akan dikurniakan oleh AlLLAH s.w.t. kpd mereka yg dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan org yg memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad  s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar utk melakukan sesuatu yg baik merupakan doa dan dikira amal soleh. 

Jelas kpd kita bahawa pembalasan ALLAH s.w.t. akan memberi pembalasan  yg tiada terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah ALLAH s.w.t. akan memberi pembalasan yg tiada ternilai. Seseorang yg   beriman, kuat bersabar kpd ALLAH, ketika di dalam  kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kpd ALLAH dan mengharapkan  pertolongan dan kasih sayang ALLAH s.w.t.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh org yg mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau org yg tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Pengertian Maulidur Rasul Muhammad s.a.w ... Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi s.a.w.


Jumaat, 25 November 2011

TAZKIRAH HARI JUMAAT


Assalamualaikum..

Al-Hamdulillah, .. Kali ini aku ingin berkongsi Takzirah Hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah Penghulu bagi segala hari.

Petua Mencuci Hati oleh :: Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah ::

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 


1.   Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
      Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa   berdo'a turut 
      katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku  bersih".


2.   Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. 
      Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa 
      di-ampunkan, otak tenang. murah rezeki, orang sayangkan kita dan 
      mencetuskan semua perkara kebaikan.


3.  Solat taubat
     Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan 
     minda. 


4. Membaca Al-Quran
    Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, 
    terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
    Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 
 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
    Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan 
    diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya .... (perkara yg elok2 belaka).


7. Program minda/cuci minda
    Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan 
    didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku . Esok aku nak jadi baik,
    berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. " Menurut kajian saikologi, apa yg
    disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepan jang tidur sehingga keesokan
    harinya - cubalah!!..


8. Berpuasa
    Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 


9. Cuba ingat tentang mati
    Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana 
    bimbang akan mati bila2 masa). 


10. Kekalkan wuduk. 


11. Bersedekah. 


12. Belanja orang makan. 


13. Jaga makanan
      jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 


14. Berkawan dengan ulama. 


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 


16. Pesan pada orang, jadi baik. 


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang 
      mengumpat. 

      "Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat." 

nOte: Renung2kan..Selamat BerAmal..


Jumaat, 29 Oktober 2010

Hari Jumaat yang Indah..


السلام عليكم ورحمة الله


Bersyukur kerana masih diberi hidayah dari Allah swt. Semoga terus mendapat hidayahMu.


ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR!


Daripada Umar berkata : Nabi SAW bersabda;
"Sesiapa yg membaca Surah Al-Khafi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat". [HR. Ibu Katsir]. 




Di penghulu segala hari.. marilah kita sama2 membaca Surah Al-Kahfi tiap2 kali Jumaat.







BACA
FAHAM
AMAL


Jumaat, 23 April 2010

Sejenak..


السلام عليكم ورحمة الله


Nabi SAW bersabda:

"Aku diutus dengan agama yg dipegang teguh dan toleran". Kerana itu tidak ada kesusahan yg tidak dapat dilalui, tidak ada pemaksaan diri, tidak ada yg harus diada-adakan, tidak ada bebanan dan tidak ada sikap yg berlebih-lebihan yg ada dalam agama ini adalah fitrah, sunnah, kemudahan dan kebersahajaan. 


"Pilihan yg baik bagi seorg hamba adalah apa yg Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya dan Allah lebih mengasihi hambaNya daripada ibu yg melahirkannya kerana itu seorg hamba harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepadaNya dan menvukupkan diri dengan kecukupan yg diberikan Tuhan kepadanya".


"Maafkanlah org yg menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturahim dengan org yg memutuskannya dengan anda. Berilah kepada org yg tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap org yg berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semu ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan".





 

Khamis, 22 April 2010

Bila Hati Berbicara


السلام عليكم ورحمة الله


Setiap amal bergantng pada niat. 
Niat dan tujuan org beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. 
Niat org yg tidak berikan lebih buruk daripada apa yg nyata dengan amalanya.