Selasa, 16 Julai 2013

APA ITU ISTIDRAJ?


السلام عليكم ورحمة الله


Iyanya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yg mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 

Inilah yg dinamakan Istidraj. 

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa org itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yg durhaka dan sering berbuat maksiat yg terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yg telah datang kepadanya adalah kerana Allah beserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga org ragu2 kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimanapun dengan ada org yg sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadahan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yg lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yg susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula org yg seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa tak takut mati? Katanya, alah org lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai2. Tak kisahlah !.

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasulullah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar2 pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong !.

Secantik2 Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia Istidraj - Manusia yg lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada org yg beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. 

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah2.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Sebenarnya, kadang2 Allah memberikan nikmat yg banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad).

Anai2, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah2 daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai2 pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, org lain mati, namun dia masih belum mati2 juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi, dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yg cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. 

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama2 hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul2, maka terjawablah segala keraguan yg mengganggu fikiran kita.

Mengapa org kafir kaya, dan org yg berbuat maksiat hidup senang/mewah.

Pemberian yg diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yg diredhaiNya.

Rupa2nya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada org kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu Istidraj.

Org naik pangkat, Istidraj.

Org2 besar, Istidraj.

Jangan.

Org yg menggunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdikan kepada Allah bukan Istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yg kita cari, juga bukan miskin yg kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yg diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yg sebenarnya tentang nikmat yg diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yg diperolehi itu adalah nikmat pemberian yg diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,

Nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'alam.


nOte : Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aamiin.

2 ulasan:

  1. Salam K.Za..

    betapa bersikap istidraj itu dibenci allah..
    semoga kita tidak tergolong dlm golongan ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam cma,
      in shaa allah mudah2an kita dibawah lindunganNya :)

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.