Rabu, 31 Julai 2013

Resepi : Akok versi Bellezza


السلام عليكم ورحمة الله

Asyik makanan je aku post!! muahahaha.. bulan puasa katakan.. Ok, kali ni aku nak kongsi resepi kuih AKOK pulak ye!! Boleh dijadikan hidangan pemanis mulut semasa berbuka. 
Jom! godek2 resepi^^


BAHAN-BAHAN :
  •  1 Cawan Telur - pecahkan telur 
  •  1 Cawan Santan Pekat 
  •  1 Cawan Gula Kabung - racik halus2
  •  1 Cawan Air 
  •  1/2 Cawan Gandum
  •  3 Helai Daun Pandan - carik2
  •  Secubit Garam 

CARA-CARA :

1. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200C dan griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam 
    oven.

2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Mask hingga gula hancur. Keluarkan daun pandan. 
    Kemudian sejukkan sebentar.

3. Masukkan santan, tepung gandum, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Blend hingga betul2 
    kembang. Adunan kuih akok memang cair. Tapiskan.

4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

5. Bakar hingga masak selama 15 minit suhu diturunkan ke 180C. Guna api atas dan bawah.


nOte : versi aku punya bulat coz acuan xde yg leper hihihih..yg penting menjadi dan sedap! :)

10 ulasan:

  1. salam k.za..

    wah...rajin kak za buat kuih.. hihi..
    cma kurang mkn kuih ni..tp en hubby sukaaaa :)
    tenkiu share resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, hari rajin cma..hehe
      owh cma kurang erk..kza memang suka!
      en.hubby suka tu leh la cuba buat kikiki..

      Padam
  2. first time tengok rupa akok. tak pernah tau pun makanan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu..tganu memang femes kuih akok.. yg ni versi kza buat..
      kebiasaan selepas akad nikah kuih akok ni la jadi pemanis mulut :)

      Padam
  3. pandai zaza buat akok yer..
    akak makan jer pandai, buat tak tau..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaaa kak, zaza pun cuba resepi kawan2 je.. alhamdulillah menjadi pulak buatnya :)

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.