Isnin, 29 Julai 2013

Resepi : Begedil Ayam


السلام عليكم ورحمة الله

RAMADHAN ke-9 terselit menu Begedil Ayam atas permintaan en. suamiku.  Balik keje terus bergegas ke dapur coz bahan2 yg nak dimasak semua dah ada so senang keje aku! Alhamdulillah.. begedil ayam versi aku menjadi dengan jayanya hihihi.. pujian en.suami bertambah2 kembang hahahahaha.. 


BAHAN-BAHAN :
  •  1/2kG Ubi Kentang
  •  200Gm Daging Ayam Kisar
  •  1Sk Lada Sulah
  •  1Sb Bawang Goreng 
  •  1/2 Labu2 Tangkai Daun Sup - hiris halus
  •  Kelapa Parut Bawang Besar - potong dadu
  •  2 Biji Telur Ayam
  •  Garam Secukup Rasa
  •  Minyak Secukup untuk Menggoreng

CARA-CARA :

1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan.
    Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dahulu.

2. Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh 
    masak.

3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur didalam satu bekas.

4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

5. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih
    dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga bewarna keemasan.

6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di 
    makan begitu saja.


nOte : aku sebenarnya tak berapa sangat begedil ni.. kalau en.suami memang hantu!!

2 ulasan:

  1. Salam K.Za..
    wah..begedil homemade uols... cma sukaaa begedil..tp yg kosong je..no daging, no ayam..ade daun sup jer dlm tu..
    hihi..blh la try..

    eh..tgk bahan2 tu....ade guna kelapa parut??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam cma,
      owhh suka erk..kalau cma buat yg ada segala isi kat dalam tu lagi meletop!!hihihi
      *kza memang xletak kelapa..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.