السلام عليكم ورحمة الله
Citer kuih ni dan seminggu sudah iaitu RAMADHAN ke-8.
Tapi hari ni baru aku rajin nak kongsi resepi yg korang memang dah teror kan!
Hari rajin boleh la aku buatkan.. kalau tak BAZAR RAMADHAN hasilnya hihihi..
Aku buat pun tak banyak dapat la sepinggan makan.
Tapi hari ni baru aku rajin nak kongsi resepi yg korang memang dah teror kan!
Hari rajin boleh la aku buatkan.. kalau tak BAZAR RAMADHAN hasilnya hihihi..
Aku buat pun tak banyak dapat la sepinggan makan.
BAHAN-BAHAN :
- 500Gm Tepung Pulut
- 4Sb Tepung Gandum
- Air Secukupnya
- 1Sk Pewarna Daun Pandan
- 1Kpg Gula Melaka - dipotong kecil2
- Kelapa Parut
- Sedikit Garam
CARA-CARA :
1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap,
guna air daun pandan yg telah dikisar.
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi saiz bulat supaya senang nak anggarkan saiznya.
Kemudian leperkan.
3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih2 tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut yg telah digaulkan sedikit garam. Siap untuk dimakan.
nOte : org kG memang panggil kuih ni dgn nama onde-onde cam klasik pun ada hehe..
wah febret...terliur sebentar...hahaha
BalasPadamhehehe..yam buat sendiri dpt byak!! beli belum tentu sedap hahahaha
PadamSalam K.zA..
BalasPadamWhh..buah melaka..
hihi..cma x suka..tp kadang2 klu ade lahap jugak mkn..
pernha buat..tp x menjadi! haha..
tenkiu share resepi :)
wsalam,
Padamooo..xpe bru belajar lama2 nti ok la.. :)
KA pun suka kuih ni hehehe
BalasPadamzaza pun suka!! sama la kita hihih :)
Padam