Khamis, 27 Ogos 2015

Jangan Terlalu Obses


السلام عليكم ورحمة الله



ehsan google
Kurang Kasih Sayang punca selfie ? 
 
 
Nak tanya ? pernah terjadi tak dekat korang bila korang sibuk menguruskan rumah tangga or apa2 sekali pun tanpa korang sedari, anak2 bermain dengan handphone korang. Kebetulan handphone korang takde kata kunci. So kemain laju la diaorg selongkar itu ini.
 
 
Sebenarnya terjadi dekat hamba ALLAH sorg ni. Sangat menyedihkan bila mana anaknya tak 'tersengaja' menghantar gambar2 'selfie' ibu dia yg agak seksi dalam satu group whats app. Ya ALLAH, runtun hati ibu beliau bila dapat tahu gambar2 tersebut telah di lihat oleh sahabat group. Masa tu rasa nak pitam pun ada. Nak marah anak memang takde guna dah.. sebab mereka bukannya tahu kan ?. 
 
 
Cuba kita beristgihfar panjang2.. fikir sejenak apa fungsi kita berselfie sedemikian. Bukan kita aje yg dapat malu, malah suami kita pun terjebak sekali. Group itu pulak bukan hanya sekadar wanita sahaja.. lelaki pun ada sama. Eh, ramai pulak tu ahli dalam group huhu.
 
 
Bila dah group ni kan, kita pun tak tahu hati masing2.. kalau yg sudah 'viral' gambar tersebut memang tak boleh buat apa. Zaman teknologi canggih sekarang ni, macam2 benda boleh berlaku tanpa pengetahuan kita sendiri. Itu kalau sahabat 'viral' ! macam mana pulak kalau handphone kita hilang ? erkk ! memang padah lah jawabnya. So, kalau boleh jangan lah terlampau obses selfie yg bukan2 dan rasa zaza tak payah kot simpan dalam handphone.
 
 
nOte : peringatan untuk diri sendiri.. renung2kan lah.


Rabu, 26 Ogos 2015

Happy Birthday ANGAH


السلام عليكم ورحمة الله


Semalam 25 Ogos birthday adik zaza, angah iaitu mama kepada arissa. Eh, memang angah sorg je pun yg lahir bulan Kemerdekaan. Kami lagi 3 org bulan September hari Malaysia hehe. Memula zaza ingat nak lukis gambar tapi tangan takde seni jadi org lidi. Lepas tu nak record suara konon nak nyanyi la kan untuk adik tersayang, tapi kuar pulak suara katak hihihi. So zaza taip seikhlas hati kat blog ni haha.
 
Di kesempatan ini, along ingin mengucapkan 'Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran'. Semoga angah diberikan kesihatan yg baik. Sentiasa berbahagia bersama insan2 yg disayangi. Anak yg solehah buat ayah dan mak serta isteri dan mama yg bertanggungjawab dan penyayang. Doa seorang kakak kepada adiknya sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu. In Shaa ALLAH. 


tepek sekali gambar arissa.. kan nanti nangis sebab gambar mama dia pulak lebih2 kat blog maklong hihi



#24 Wordless Wednesday [GAJI]


السلام عليكم ورحمة الله








Isnin, 24 Ogos 2015

Agent Forty Seven - Hitman


السلام عليكم ورحمة الله


Asal hari minggu je kepala otak automatik pikir nak keluar jalan2 muahahaha. Itu zaza ye, org lain memang zaza tak tahu.. tapi kalau sama kita geng ! hehe. Kami sepakat layan Hitman Agent 47.

 
Eh, macam makin gemok dah zaza tengok gambar ni huhu. Mulut cakap nak diet ! tapi nafsu makan tak pernag hilang huhu. Berat tak payah nak citer la kat sini eh.. nanti korang terkejut beruk !. Zaza sendiri pun rasa nak muntah hijau bila berdiri atas penimbang uwaaaaaa. Haipp ! zaza melalut jauh dari topik asal dah ni.


Hitman mengisahkan tentang seorg pembunuh bernama Agent 47 yg telah di didik untuk menjadi pembunuh yg berkalibar. Citer ni memang terbaik !.."Trust Me" muahahaha ciplak kata2 agent forty seven. Tapi zaza bagi 4 bintang je sebab lagi 1 bintang zaza simpan untuk korang tengok sendiri hahahaha.


nOte : 3 minggu berturut2 duk layan movie..


Jumaat, 21 Ogos 2015

Geli Hati Pulak Tengok Gambar Ni


السلام عليكم ورحمة الله




Ya ALLAH, rindunya dekat budak ni sorg. Geram betul bila tengok aksi comey yg mengada2 ni. Spek mata papa yg takde cermin jadi bahan lawak ye. Tengok ! kemain gelak, mybe dia rasa lucu kot ! hehe. Tunggulah minggu depan maklong balik kg.. nanti maklong gigit2 lengan gebu tu.



nOte : minggu depan 3 org kazen kawin.
 



Isnin, 17 Ogos 2015

Telor Ikan Mayong Meletop


السلام عليكم ورحمة الله






Telor Ikan Mayong masak lemak memang lauk kegemaran suami zaza. Bukan senang nak cari telor ikan mayong ni.. sampai meleleh peluh dekat ketiak tau !. Alhamdulillah, jumpa jugak dekat pasar karat, Shah Alam pagi ahad. Tapi bukan ahad semalam ye hihihi. Ahad semalam, kami cuma beli ikan ayam2, ikan pari, ayam serta sayur sikit. Eh, ada tak sape2 yg suka telor ikan mayong ?. Harga telor ikan mayong sekilo ni pun boleh tahan jugak.. zaza pun dah lupa berapa huhu. Tengok ! betapa tak ambik berat langsung pasal telor ikan mayong hehe. Ini pun suami zaza yg belikan.
 
 
So, semalam takde pergi mana2.. zaza masakkan untuk suami. Masak pun cukup untuk kami berdua. Banyak kan nanti membazir pulak !. Lepas ni, suami takde la termimpi2 sebab dah dapat makan telor ikan mayong ni.. kalau mimpi isteri masak sedap2 takpe muahahahaha. 


nOte : Alhamdulillah, sabtu [last syawal], zaza dah raya 6 hihihihi.. puasa ganti pun dah selesai.


Jumaat, 14 Ogos 2015

Makan Durian Sampai Lebam


السلام عليكم ورحمة الله


Sape hantu durian angkat tangan ! hehe. Isnin baru ni, masa suami datang ambik.. dia bisik2 bagitau yg dia dah jumpa mana nak cari durian murah. Ternganga mulut zaza bila dengar durian hihihi. Lepas tu senyum2 malu tanda nak pergi hahahaha. Balik rumah dulu pun tak nak. Mujur la dekat SS13 Subang je. Kalau dah laki bini kaki durian memang menjadi la kan !. org lain pun dah tak pandang kiri kanan huhuhu. Kalau nak tahu, sejak kawin la zaza obses dengan durian.. sebelum ni memang tak layan. Kalau takde pun tak kisah hehe. Kami belasah durian sampai 6 biji, itu pun dah terkulai layu hahaha. Isi2 durian tebal memang tak boleh nak lawan nafsu tekak ni. Makan pulak berdua je, zaza pandang suami.. suami pandang zaza dah jemu nak makan hahaha.  

durian2 ni timbang punya ye kawan2..sekilo zaza dah lupa berapa hihihi

cantik kan warna isi durian.. memang menyelerakan anak tekak hehe

close up lagi.. mesti mulut dah cair kan hehe

Opss ! durian yg kami makan ni buffet punya, cuma RM9 seorg. Memang berbaloi sangat2. Kalau nak yg timbang kilo pun ada je. Isi durian lagi cantik, lagi sedap dan lagi mahal dari yg RM9 tu hehe. Minum pulak dengan air kelapa.. memang menjadi rasa nikmat. Air kelapa pulak harga RM5 sebiji.


nOte : Alhamdulillah, esok zaza dah boleh raya 6 !!





Khamis, 13 Ogos 2015

Bila Kami Bertemu Kembali


السلام عليكم ورحمة الله


Ya ALLAH, akhirnya kami satu kelas masa form 5 dulu dapat berhimpun semula. Eh, berhimpun dalam whats app je hehe. Baru 21 org yg join group termasuk lelaki dan perempuan, lagi beberapa org masih dalam siasatan [dah macam detektif conan pulak]. Tapi sebelum tu, zaza awal2 mintak izin suami pasal nak join group kelas ni. Kita dah ada title isteri mestilah kena jaga nama suami kan ?. Berkawan tu biar berpada2 jangan leka diulit mimpi sudah hihihi. 

Sahabat2 zaza ada yg berhijrah ke Pahang, Johor, Melaka dan zaza sendiri KL manakala yg lain masih lagi menetap di tanah air sendiri iaitu Terengganu. In Shaa ALLAH, ada rezeki serta panjang umur kami akan adakan reunion untuk budak2 kelas kami. Lama giler kami semua tak jumpa, last time sek dulu. kira la berapa tahun. Kalau ada pun yg dekat2 je itu kalau balik kg baru jumpa. Itu kalau jumpa ! kalau masing2 sibuk dengan family memang takde la jawabnya hukhuk.
 
  

Gambar ni time pupuk semangat..
semangat la sangat kan, 
ramai pulak yg pengsan gara2 tempat keras huhu..


Rabu, 12 Ogos 2015

Selasa, 11 Ogos 2015

Resepi : Kek Coklat Moist


السلام عليكم ورحمة الله






Kek Coklat Moist ni la gara2 jari zaza luka hihihi. Tapi bukan kek yg ini tau, kek yg ini jari masih lagi tengah berbalut huhu. Zaza dapat resepi ni dari blogger Namee Roslan. Bila pertama kali buat terus jatuh cinta rasa nak buat lagi muahaha. Bahan2 kek pun senang dan mudah. Gambar kek ini zaza buat time malam raya baru2 ni. Jom ! kita tengok resepi.

BAHAN-BAHAN KEK :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (B)
  • 1 cawan gula perang (A)
  • 1 cawan serbk koko (A)
  • 1/2 cawan susu pekat manis (A)
  • 1 sb soda bikarbonat (B)
  • 1 sb baking powder (B)
  • 1 cawan minyak masak (A)
  • 3 biji telor (C)
  • 1 sb essence vanila (C) 

BAHAN-BAHAN TOPPING :
  • 1 sb butter
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis

PENYEDIAANNYA :

1. Masukkan 5 bahan bertanda (A) sekaligus ke dalam periuk atau kuali. Masak guna api perlahan. 
    Kacau biar sebati dan tutup api, ketepikan.

2. Kemudian, campurkan 3 bahan bertanda (B) ke dalam bekas lain. Tapi sebelum tu, korang ayak 
    terlebih dahulu untuk menggelakkan ketulan2.

3. Selepas itu, 2 bahan bertanda (C) di masukkan ke dalam bekas lain dan kacau hingga sebati.

4. Bila ke semua bahan tadi dah siap. Campurkan bahan (C) ke dalam bahan (A), kacau hingga sebati. 
    Dan selepas itu, masukkan pula bahan (B) dan gaul hingga sebati jugak.

5. Kukus dalam masa 1 jam 20 minit iaitu sehingga betul2 masak.

6. Untuk buat topping kek, memerlukan 3 bahan sahaja. Masak semua bahan sehingga sebati dan 
    bila dah siap masak, korang bolehlah salut atas kek yg dah siap tadi.

7. Akhir sekali tabur Meises Coklat.. siap !.


Isnin, 10 Ogos 2015

Sabtu Minggu Lepas


السلام عليكم ورحمة الله


Sabtu minggu lepas suami zaza baru je balik dari ost kat Perak. Suami pergi pada hari raya ke4 selama 2 minggu kat sana. Jadinya, bila suami dah balik.. dia ajak kita keluar layan movie hehe. Suka la kan, sebelum ni terperap je kat rumah.. balik keje pun terus balik rumah takde nak merayau sorg diri. Ahad minggu lepas kami ke Subang Parade. Dah sampai sana terus ke kaunter tiket.. beli siap2. Ikutkan hati nak tengok citer Mission Impossible, tapi suami dah beli tiket Ant-Man. Bila dah habis tengok.. citer 'abg semut' ni rupanya best jugak.. tak rugi la kalau uolls tengok.  




Lepas layan movie, macam biasalah perut pulak mintak di isi.. so kami ke Nando's. Nando's ni kira menu wajib kami bila ke Subang Parade. Maklum lah, suami memang hantu ayam Nando's ni huhu.. dengan zaza pun bersubahat sama hehe. Series ! ayam ni memang sedap.. nak lagi sedap bila kita mintak sekor muahahaha. Tapi takde la kami belasah tiap2 hari.. mau bankrup wehhh !.


nOte : mood tengah sibuk sebenarnya..



Khamis, 6 Ogos 2015

Sekeping Lagi Kad Raya


السلام عليكم ورحمة الله


Seram sejuk je kat dalam pejabat ni huhu.. rasa tangan ni ringan je nak off aircond muahaha, tapi risau bos pulak ingat aircond rosak kehkeh. Tempat uolls sama ke sejuk ? rasa dah macam kat oversea kan, hehe.

 
Yeah ! semalam zaza dapat lagi sekeping kad raya warna kuning diraja gitu. Kali ni datangnya dari blogger nadia farehah. Mekasih banyak2 tau, so kad raya ni yg ke4 zaza dapat hehe. In Shaa ALLAH, zaza akan usahakan balas kad raya uolls sebelum habis syawal.


nOte : rasa nk makan ayam kfc je huhu..
 
 

Rabu, 5 Ogos 2015

#21 Wordless Wednesday [Panas Baran]


السلام عليكم ورحمة الله


sumber fb





"Rania Turn's 1 GiveAway!"


السلام عليكم ورحمة الله


http://lobaksusue.blogspot.com/2015/08/rania-turns-1-giveaway.html

[join klik banner]


Yeahh, sekejap je puteri sulung ciksu membesar dengan sihat !. Rania dah nak masuk setahun pada 10.8.2015. Jom ! ramai2 kita memeriahkan 'giveaway' yg ciksu anjurkan. Korang yg nak join tu jangan lupa klik banner kat atas tu ye.


Giveaway Tamat : 15.8.2015, 11:59 malam




Isnin, 3 Ogos 2015

Gelagat Nur Zara Arissa


السلام عليكم ورحمة الله



Sekejap je dah masuk bulan ogos. Semoga kita semua dalam lindunganNya. Aamiin.


Kesian bila tengok gambar kat atas ni hehehe. Budak arissa ni pagi2 dah nampak taman permainan kat luar pagar hujung padang nun. Apakan daya sebab pintu pagar tertutup muahahaha.. kalau tak, mahu dia keluar sorg diri tanpa menghiraukan org lain. [bahaya2 elakkan anak anda dari bersendiri].


Hahaha.. tengok ! akal panjang.. bahaya betul budak bertuah ni, dah pandai nak buka kunci tu. Konon boleh terbuka la pintu pagar hehe. Zaza ingat lagi tahun lepas time balik kg, zaza sendiri pun terhegeh2 nak bukak pintu pagar ni tapi tak mau2 terbukak muahahaha. Kebetulan adik zaza balik dari sek.. dari jauh dah tergelak2 tengok gelagat along dia. senget punya adik !.  Buat malu je panas2 sorg diri depan pintu ni. Al maklum lah, ayah dah tukar pintu baru hikhikhik.


Hahaha.. muka tak puas hati tak dapat keluar ke taman permainan.. dah kena duduk dalam basikal tu hihi. Sabar ye sayang.. pagi2 belom mandi lagi tu dah nak main.. tunggu petang2 sikit ye.